Part 33 🍓
ALHAMDULILLAH setelah hampir beberapa minggu membuat pencarian terhadap Saqeef , akhirnya pihak polis berjaya menangkap dia. Pihak polis mengambil masa yang agak lama untuk mencari keberadaan Saqeef. Mungkin dia sedar yang pihak polis sedang memburu keberadaan dia.
Pencarian pihak polis membuahkan hasil apabila mereka berjaya menjumpai tempat persembunyian Saqeef selama ini.
Myra berasa tenang dan lega apabila mendengar berita mengenai penangkapan Saqeef. Dengan ini Saqeef tidak akan lagi mengancam dirinya dan Myra yakin untuk keluar tanpa rasa takut lagi.
Dan Saqeef telah pun dijatuhkan hukuman akibat daripada perbuatannya itu.
"Aku ada buat air ni. Minum lah." kata Myra sambil meletakkan air oren di hadapan Sara serta sepotong kek coklat.
"Terima kasih. Buat susah-susah pula kau buatkan air. Aku datang sini nak tengok kau je." ujar Sara. Sekarang ini Sara berada di rumah Myra.
"Tak susah pun." balas Myra seraya duduk di sofa kosong berhadapan Sara.
Air oren di atas meja dicapai lalu diminum sedikit.
"Kau macam mana? Sihat?" Sara bertanya sambil air di tangan nya diletakkan kembali di atas meja.
Myra mengangguk ringkas.
"Aku macam ni lah. Sihat je. Lega sikit hati aku ni bila dapat tahu yang Saqeef dah ditangkap. Takde lah aku takut nak keluar lepas ni."
"Itu lah syukur sangat-sangat. Lepas ni kau dah tak payah nak rasa takut lagi. Saqeef tak akan ugut kau lagi."
Sara tersenyum nipis apabila melihat Myra mengukir senyuman. Lega hati dia melihat Myra kembali tersenyum selepas peristiwa hitam itu berlaku.
"Tapi macam mana kalau aku mengandung? Kau tahukan apa yang Saqeef buat pada aku." Senyuman Myra mula pudar bila dia memikirkan akan hal itu. Apa yang perlu dia buat? Takkan dia nak gugurkan pula.
Sara berdiri dari duduk nya lalu berjalan ke arah sofa yang diduduki Myra. Dia duduk disamping gadis itu.
"Kalau kau mengandung nanti kau kena terima. Terima dengan hati yang terbuka walaupun kau tak minta semua ni. Takkan kau nak gugurkan kandungan tu. Ya aku tahu, aku takde di tempat kau. Tapi kau tahukan berdosa kalau kita gugurkan anak yang tak bersalah." Sara memujuk Myra dengan nada lembut. Risau takut menganggu emosi dia nanti.
"No, aku takkan gugurkan kandungan aku kalau aku mengandung nanti. Anak aku tak salah. Aku akan jaga dia. Dah banyak dosa aku buat sebelum ni. Aku taknak tambah lagi dosa aku dengan gugurkan kandungan." kata Myra. Sungguh dia tidak mahu lagi membuat dosa, sudah cukup apa yang dilakukan selama ini. Sekarang ini dia ingin berubah. Berubah ke jalan Allah.
Sara tersenyum kecil mendengar itu. Dia tahu Myra tidak akan sanggup untuk membuat perkara begitu walaupun dulu gadis itu boleh dikatakan jahat dan liar.
"Kau jangan risau. Aku ada dengan kau. Aku pun akan jaga anak kau nanti." ucap Sara lalu tangan memegang erat tangan milik Myra.
"Terima kasih sudi tolong aku Sara. Kalau takde kau aku tak tahu lah macam mana hidup aku." tutur Myra ikhlas. Badan Sara dipeluk ketat-ketat.
AISH mendapat khabar yang sahabat baik nya iaitu Aiden mengalami kemalangan motor. Nak kata teruk rasa nya macam tak tapi nak kata tak teruk macam teruk. Entah lah dia sendiri pun belum sempat nak jenguk Aiden. Kadang si Aiden tu hanya berdrama je lebih. Dia dah kenal sangat dengan perangai Aiden tu.
Aish menelefon Aiden untuk memberitahu yang dia akan datang untuk menjenguknya di hospital namun Aiden berkata dia sebenarnya sedang berada di rumahnya dan tidak berada di hospital. Aish berasa sesuatu yang pelik kerana dia tidak sangka yang Aiden sudah keluar daripada hospital pada masa yang sangat awal seperti itu.
Aish pun terus menuju ke rumah Aiden.
"Assalamualaikum" Aish memberi salam sebaik sahaja sampai di rumah Aiden. Loceng pintu ditekan berkali-kali.
"Walaikumussalam. Kau masuk je lah pintu tak kunci pun. Kau bukannya VVIP sampaikan aku nak kena sambut." laung Aiden dari dalam rumah.
Tak berlengah, langsung saja Aish mengorak langkah masuk. Pintu terus dibuka. Kuak saja pintu , terus mata Aish dihidang dengan sosok tubuh Aiden yang sedang elok berbaring di atas sofa depan TV.
Nampak sahaja kelibat Aish, Aiden terus tersenyum gembira.
"Oh my best friend, akhirnya kau datang juga tengok aku." Aiden mendepakan tangan dalam keadaan mata terpejam seperti budak kecil meminta untuk dipeluk.
Aish sudah buat muka geli geleman. Drama apa lah Si Aiden tengah buat ni. Nak termuntah Aish dibuatnya.
"Kau dah kenapa ni? Gila ke lepas kemalangan?" kutuk Aish selamba. Menyampah pula tengok Aiden macam tu. Lalu di duduk di sofa yang kosong berhampiran Aiden.
"Ish kau ni aku baru nak manja-manja dengan kau." Aiden membuat muka merajuk sambil memuncungkan bibir nya.
"Tak payah nak buat muka macam tu, nanti ada juga yang masuk hospital balik kan."
Aish sudah memutarkan bebola mata hazel miliknya. Tak kuasa aku nak layan drama Aiden.
Aiden masih membuat muka merajuk nya. Tangan mencapai cekodok yang di goreng oleh Mak Jah tadi.
"Bukan ke kau accident, aku tengok elok je kau. Siap dok makan cekodok lagi." ujar Aish kepada Aiden.
Dengan santai nya Aiden membalas sambil mengunyah cekodok yang ada dalam mulutnya.
"Memang lah aku accident tapi kaki aku yang sakit bukannya mulut aku."
Kaki yang dibalut diangkat lalu ditunjukkan oleh Aish. Kaki nya tidak lah seteruk mana cuma terseliuh manja saja. Biasa lah Aiden kan drama je.
Entah kenapa jawapan yang diberikan Aiden itu malah membuatkan hati Aish rasa geram. Dia hanya diam saja memerhati Aiden yang tengah syok makan tanpa mempelawakan kepada nya.
"Cis, kawan jenis apa ntah macam ni. Macam mana lah aku boleh berkawan dengan mangkuk hayun ni. Tengok lah tu makan sorang bukan nya nak share dengan aku. Aku ni tetamu tau. Aku doakan kau biar kau mati tercekik kejap lagi." bebel Aish di dalam hati. Memang dah lama betul dia bersabar dengan perangai tak semenggah Aiden ni.
Tiba-tiba suara Aiden yang tercekik terdengar di ruang tamu itu menyebabkan Aish berpaling ke arah nya. Aish tersenyum jahat, merasakan kepuasan setelah doanya menjadi kenyataan.
Aish berkata dengan nada sarkastik. " Allah memang akan makbulkan doa orang yang baik macam aku ni. Itulah makan golojoh sangat lepastu makan tak tengok kiri kanan."
Aiden dengan muka merah akibat daripada cekodok yang tercekik itu berusaha untuk kembali bernafas secara normal. Dia melirik ke arah Aish dengan pandangan tajam. Air sejuk di atas meja dicapai lalu diminum.
"Ni hah aku nak tanya. Macam mana kau boleh accident?" Tertanya-tanya juga lah dia macam mana Aiden boleh kemalangan.
"Salah kucing tu bukan salah aku. Ada ke patut dia lintas jalan tak tengok kiri kanan. Aku apa lagi terkejut lah sampai tak sempat nak tekan brek. Nasib baik aku tak langgar dia kalau tak mati kucing lah dia kat situ." bersungguh Aiden bercerita bagaimana dia boleh kemalangan.
Dengan muka blur Aish bertanya. "Mati kucing?"
Aiden lepas nafas perlahan. Ingatkan Aish faham rupa nya tak.
"Mati yang sia-sia lah maksud aku."
Aish menepuk dahi mendengar jawapan yang baru keluar dari mulut sahabat nya itu. "Tu bukan mati kucing bahlol itu orang panggil mati katak. Mati yang sia-sia. Tak pernah dibuat orang mati kucing."
"Apa salah ke aku cakap. Dah dia kucing bukan nya katak. Kalau dia katak aku tak cakap pula mati kucing aku cakap mati katak."
Tak sekarang asal Aish rasa macam diri dia seorang yang bodoh. Lagi-lagi bila Aiden cakap macam tu makin bertambah bodoh Aish dibuatnya. Jadi siapa yang betul? Aiden ke dia?
Pejam mata, Aish cuba mengumpul sebanyak mungkin kesabaran dalam dirinya. Kalau tak memikirkan saat ini Aiden sedang sakit memang sudah lama dia bagi penumbuk sebiji. Aish menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin sebelum dia tersenyum nipis ke arah Aiden.
Aish berura-ura untuk bangun. Dia rasa baik dia balik sekarang bukan apa risau takut dia tak dapat nak tahan lagi kesabaran dia. Lagi pun dia tengok Aiden tak ada teruk mana. Dia pun dah datang jenguk.
Pantas Aiden menghalang. " Eh, sekejap! Kau nak pergi mana tu."
"Nak balik lah."
"Takboleh. Kau kena teman aku." ucap Aiden tidak membenarkan Aish untuk balik.
"Apehal pula aku kena teman kau? Eh banyak lagi kerja aku. Aku bukan nya bibik kau." Laju Aish membalas. Dia tidak puas hati kenapa secara tiba-tiba lelaki itu menyuruh dia untuk menemani nya.
"Alah teman lah aku. Kau kan kawan aku. Kau tak kesian ke kat aku. Aku nak tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah ni?" Aiden mula buat drama sedih dia meminta simpati dari Aish.
"Kau tak payah nak buat-buat drama sedih kat sini. Aku hempuk kepala kau dengan pasu ni karang." Pasu kecil yang berada di atas meja di ambil ditunjuk.
Aiden cebikkan bibir nya. Sampai hati Aish nak hempuk kepala dia dengan pasu.
"Sampai hati kau kan. Kau dah tak sayang aku ke?" ujar Aiden dengan nada sebak.
Aish membesarkan mata hazel nya merenung Aiden seperti mahu makan hidup-hidup. Hal itu cukup membuatkan Aiden terus diam seperti orang bisu. Tak sanggup dia nak teruskan drama dia, risau nanti takut dia jadi arwah. Mood Aish tak berapa baik hari ni. Sebab kadang kalau mood baik, Aish sendiri yang akan join drama dengan dia. Satu kelapa. Eh bukan-bukan. Satu kepala. Period agak nya sebab tu lah garang.
"Kau teman aku erh. Lagi pun mama papa dengan Mak Jah takde kat rumah. Dorang keluar pergi mana ntah. Nanti dorang balik kau balik lah rumah kau. Okay?" tutur Aiden lembut sambil kenyitkan mata pada Aish.
Mahu tak mahu, terpaksa juga lah dia stay disitu temankan si mangkuk hayun ni sampailah orang tua Aiden balik. Dia tak ada lah kejam sangat sampai nak tinggalkan si Aiden seseorang kat rumah. Kalau jadi apa- apa salah dia juga.
"Ni Sara tahu tak kau accident?" tanya Aish.
"Hm. Tahu." balas Aiden.
"Habis tu dia cakap apa?"
"Macam lah kau tak kenal dengan Sara tu. Bila dia tahu aku accident bukan nya nak datang melawat tapi membebel je. Dia siap warning lagi kat aku jangan naik motor dah lepas ni. Dia suruh aku naik kereta je." kata Aiden sambil mencapai satu-satu nya cekodok yang tinggal dalam pinggan.
"Oh. Betul lah tu apa Sara buat. Kau tu bila bawa motor macam pelesit." kata Aish selamba. Sokong dengan apa yang Sara cadangkan.
"Dah nama pun motor lagi-lagi motor superbike macam motor kita tu. Kalau nak slow-slow baik aku bawa basikal." jawab Aiden sambil menghulurkan pinggan yang kosong kepada Aish.
"Asal kau bagi aku pinggan kosong?" soal Aish dengan dahi yang berkerut.
"Tolong ambilkan cekedok kat dapur"
"Eh asal aku pula." balas Aish.
"Kaki aku sakit ni kan. Susah nak berjalan." ujar Aiden sambil menunjukkan kaki nya yang sakit itu.
"Kau tu seliuh je bukan nya lumpuh." balas Aish sakit hati. Sakit sikit pun mengada je lebih.
"Banyak mulut jugak kau ni kan. Sakit telinga aku dengar. Cepat lah pergi ambil kat dapur. Atas meja bawah tudung saji tu. Mak Jah letak bawah tu." arah Aiden.
"Kau ni lebih nampak. Aku teman kau ni pun dah cukup baik." marah Aish tapi tangannya menerima huluran pinggan itu.
"Thankyou babe." ujar Aiden tersengih-sengih.
Aish berjalan menuju ke arah dapur yang tidak berada jauh dengan ruang tamu. Dalam hati Aish mencarut pada Aiden.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro