Part 30 🍓
HARI ini adalah hari pertunangan Sara dan juga merupakan hari kelahiran nya. Selalu nya orang pasti gembira dan meraikan majlis pertunangan mereka namun tidak bagi Sara Azalea Nur. Sepatutnya hari ni hari yang paling bermakna dan meriah namun bertukar menjadi hari yang paling Sara dibenci walaupun hari ini hari kelahiran nya. Hari dimana dia terpaksa bertunang dengan lelaki yang dia tidak kenal. Orang tua nya membuat majlis pertunangan termasuk hari jadi nya. Suasana ketika itu sangat riuh rendah terutama sekali di bahagian dapur. Namun hati Sara tidak semeriah itu.
Ruang tamu itu sudah dihiasi cantik dengan bunga bungaan dan pelamin yang simple tapi masih kelihatan indah apabila dipandang. Pelamin hanya dipandang tanpa rasa perasaan. Sara berjalan ke arah nya dan terus naik ke pelamin. Tanpa memandang sesiapa. Dia hanya menundukkan kepalanya melihat sejambak bunga yang dipegang oleh nya. Sukar untuk dia menggambarkan perasaan nya saat ini. Patutkah dia gembira dihari pertunangan nya dan hari jadi nya?
Setitik demi setitik air mata Sara jatuh namun segera dia mengesat air mata agar orang tua nya serta tetamu yang hadir tidak melihat itu. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada tetamu yang hadir walaupun terpaksa.
"Umie, keluarga pihak lelaki dah sampai" luang Firas di muka pintu.
Mendengar itu Sara redha. Tetapi hati nya hanya mencintai Aiden Zharran bukan orang lain.
Puan Nora segera ke pintu untuk menyambut pihak lelaki. Sara hanya diam di atas pelamin. Sekali lagi Sara menundukkan wajahnya. Sungguh tiada kekuatan untuk dia melihat lelaki yang bakal menjadi tunang nya. Jauh di sudut hati nya, dia mengharapkan agar lelaki itu adalah Aiden. Namun dia tahu itu semua tidak akan terjadi. Tidak mungkin Aiden.
"Assalamualaikum" kedengaran suara perempuan memberi salam. Mungkin ibu kepada pihak lelaki.
"Waalaikumusssalam, jemput masuk." Puan Nora tersenyum menyambut rombongan dari pihak lelaki.
Rombongan pihak lelaki masuk bersama beberapa hantaran ditangan. Mereka bersalaman antara satu sama lain.
Maka tiba lah sesi menyarungkan cincin. Sesi yang paling Sara tidak inginkan namun apa kan daya ibu kepada pihak lelaki sudah elok duduk di tepi nya. Namun masih tiada tanda tanda dia ingin mengangkat wajah nya melihat itu.
Puan Nora yang melihat anak nya masih menundukkan wajah ke bawah segera menegurnya.
"Adik, Mama bakal tunang adik nak sarungkan cincin tu. Tak elok kalau adik buat dia macam tu. Pandang dia." lembut Puan Nora menegur anak nya.
Nak tak nak Sara terpaksa lah mengangkat wajah nya. Dengan perlahan lahan kepala nya diangkat. Sara terdiam. Betapa terkejut nya dia apabila melihat Datin Suraya sedang memandang nya dengan senyuman manis terukir elok di bibir nya.
Adakah dia sedang bermimpi saat ini?
Kenapa Datin Suraya boleh ada dekat sini?
Jangan cakap yang bakal tunang nya adalah Aiden. Kalau betul kenapa Aiden tak cakap apa apa pun pada dia sewaktu mereka bercakap di telefon malam semalam.
Entah apa yang dirasai oleh Sara saat ini. Sepatutnya sekarang ni dia gembira sebab apa yang dia ingin kan tercapai. Bakal tunang nya adalah Aiden tapi saat ini dia rasa seakan akan ditipu. Tergamaknya Aiden menipu dirinya. Aiden menipu dia hidup-hidup. Seharian dia menangis disebabkan rasa bersalah kepada Aiden kerana terpaksa memutuskan hubungan mereka namun Aiden sanggup buat semua ni.
Tanpa disedari air mata nya mula membasahi pipi mulusnya. Entah air mata gembira atau sedih yang menitis itu. Tapi apa yang boleh dikatakan saat ini Sara terluka. Terluka dengan sikap Aiden. Tak sepatutnya dia buat Sara macam ini. Sara juga kecewa. Kecewa dengan orang tua nya. Dia tahu mesti orang tua nya sudah berpakat dengan Aiden untuk menipu nya. Patut lah orang tua nya beria ria suruh dia terima pertunangan ini.
Orang tua nya serta Datin Suraya terkejut melihat Sara menangis.
"Sara, kenapa menangis ni." Datin Suraya mengusap air mata Sara.
Tanpa membalas Sara segera bangun dari pelamin dan berlari ke tingkat atas meninggalkan majlis. Suasana menjadi haru biru. Para tetamu terkejut melihat Sara berlari. Ada tetamu yang hadir mula berbisik bisik sesama sendiri.
"Eh kenapa si Sara menangis, dengan berlari tinggalkan majlis dia ni?" tanya salah satu tetamu.
"Adik..." panggil Puan Nora.
Firas, Syafiq dan Aiden yang berada diluar segera masuk ke datang rumah apabila mendengar bunyi bising. Terkejut Syafiq apabila melihat adik kesayangan nya yang tadi elok duduk di atas pelamin tapi sekarang hilang. Hanya ada sejambak bunga di atas pelamin.
"Umie, adik pergi mana.?" soal Syafiq berjalan ke arah Puan Nora.
"Umie rasa adik kamu ada dalam bilik dia. Tadi masa Mama Aiden nak sarungkan cincin dia menangis lepastu dia lari tinggalkan majlis ni." terang Puan Nora.
Mendengar itu Aiden tahu yang Sara sudahpun tahu yang dia plan semua ini. Sara mesti kecewa dengan nya. Timbul rasa bersalah di hati Aiden saat ini. Tetapi dia tidak niat pun sebenarnya ingin menipu Sara. Dia buat semua ini hanya untuk melihat bagaimana reaksi Sara.
"Yang kamu tercegat kat situ dah kenapa Ran. Pergi lah pujuk Sara." Lamunan Aiden terhenti sebaik saja mendengar suara Datin Suraya. Dia mengangguk.
Tetapi sebelum itu dia berlari keluar rumah menuju ke kereta miliknya. Semua orang memandang pelik kenapa secara tiba tiba dia berlari keluar.
Selepas itu muncul Aiden berserta sesuatu di kedua belah tangannya. Laju kaki nya mendaki naik ke tingkat atas menuju ke bilik buah hati nya.
Tiba dihadapan bilik, kedengaran suara menangis Sara. Aiden tidak mengetuk bilik sebelum masuk ke dalam bilik jadi Sara tidak perasan akan kehadiran dia. Jelas kedengaran suara tangisan Sara walaupun dia membelakangi Aiden. Hati Aiden terasa sakit. Sungguh bukan niat dia ingin membuatkan Sara menangis.
Setapak demi setapak Aiden berjalan ke arah Sara. Tetapi Sara masih belum menyedari hal itu. Dia masih dalam keadaan menangis. Sehingga lah Aiden duduk bercangkung di depan dia baru lah dia perasan.
"Please dont cry. It hurts me when i see you crying. Saya tak ada niat nak tipu awak." lembut saja Aiden berkata. Sara terkejut apabila mendengar suara garau milik Aiden. Sejak bila Aiden ada dalam bilik ni. Kenapa dia tidak perasan?.
Hidung nya merah, mata nya merah itu tanda nya dia menangis teruk. Dari semalam lagi dia tidak berhenti menangis.
"Bila awak masuk ni?" tanya Sara tersedu-sedu.
"Tadi. I'm sorry." ujar Aiden.
"Kenapa awak buat saya macam ni Aiden. Awak ingat benda ni lawak ke? Seharian suntuk saya menangis sebab rasa bersalah dengan awak. Tapi awak? Boleh awak buat semua ni pada saya. Awak mainkan perasaan saya Aiden. How dare you!!" luah Sara kecewa dengan Aiden dengan air mata terus menitis.
"I'm so sorry. Saya tahu salah saya tapi please dont cry. Don't cry. Your tears break my heart." pujuk Aiden lembut. Sakit hati Aiden melihat air mata Sara jatuh disebabkan dia.
Sara mula mengesat air mata nya.
"Saya nak batalkan majlis ni. Saya taknak bertunang dengan awak. Sakit Aiden. Sakit. Awak tipu saya."
Terkejut Aiden mendengar itu. Tidak. Dia tidak akan membenarkan Sara membatalkan majlis ini. Dia sayangkan Sara. Dan disebabkan sayang lah dia tersilap ambil langkah dengan membuat semua ini.
"No. I don't want to. Please don't to this. Saya tahu salah saya. But please don't call off the engagement." Aiden bersila di hadapan Sara.
Sara hanya diam membisu. Sungguh dia pun taknak batalkan. Tapi hati dia jauh lebih sakit.
"Sayang..." lembut Aiden memanggil Sara.
Sara masih diam. Aiden melepaskan nafas nya. Merajuk ni buah hati dia.
"Pandang saya."
Sara tidak memandang Aiden.
Aiden tersenyum kecil.
"Look at me. Please look into my eyes. I made a mistake but I promise to make it up to you and make things right. Please give me a chance to prove it." Aiden berkata. Mata nya tepat memandang buah hati nya yang masih lah menunduk wajah ke bawah.
Perlahan lahan Sara mengangkat wajah. Tersenyum manis Aiden memandang nya. Hampir tercair dia.
"Kita teruskan majlis pertunangan ini okay. Kesian dekat mama dengan umie tau. Dorang dah tunggu kita kat bawah. Pasal hal ni, ya semua ni saya yang plan. Saya minta umie rahsiakan. Sumpah saya takda niat pun. Saya cuma nak tengok sejauhmana awak nak pertahankan hubungan kita. Tak sangka pula awak sayangkan saya." Dengan berhati-hati Aiden jujur. Risau takut Sara makin menangis.
"Oh jadi awak meragui cinta saya lah ni?" tajam mata Sara menikam mata Aiden. Tadi wajah nya merah disebabkan banyak menangis tetapi sekarang merah disebabkan rasa marah.
"Eh bukan-bukan. Saya tak pernah meragui cinta awak cuma..."
"Cuma apa?" soal Sara.
"Ish janganlah pandang saya macamtu. Takut lah saya." Takut Aiden dibuatnya.
"Ya Allah selamatkan lah aku dari singa betina ini." doa Aiden dalam hati.
"Saya tanya awak ni Aiden. Cuma apa?" Sekali lagi Sara bertanya. Kali ini nada suara nya macam tengah marah.
"I love you" ucap Aiden.
Lain yang ditanya, lain yang dia jawab. Ni memang nak kena dengan Sara. Tapi Sara suka apabila mendengar itu.
"Bu..." Aiden memotong percakapan Sara.
"Eh lupa pula saya." Hampir dia lupa dengan hadiah yang di bawa tadi. Aiden bangun dan berjalan ke meja solek milik Sara. Tadi sebelum menghampiri Sara dia sempat letakkan hadiah atas meja tu.
"Happy birthday my beautiful girl or maybe my fiancée. I hope this day is as amazing as you are. You bring joy and happiness to my life everyday." ucap Aiden sambil menghulurkan sejambak bunga kepada Sara.
Terkedu Sara dibuatnya. Sejambak bunga yang berada di tangan Aiden kini sudah bertukar tangan. Yang membuatkan dia terkedu dan terkejut tanpa mengeluarkan satu patah suara adalah hadiah yang Aiden berikan kepada nya. Bukan sejambak bunga biasa. Tetapi sejambak bunga bersama beberapa jenis novel. Novel pula yang telah lama dia inginkan tetapi susah untuk dia dapatkan.
Sejambak bunga bersama novel Rose's dan Behind The Hoodie. Novel yang paling limited sekali untuk dapat. Bagaimana Aiden boleh dapatkan novel ni?
"Ma...macam mana awak dapatkan novel ni? Dan macam mana awak tahu yang saya dah lama nak novel ni?" tersekat-sekat Sara bertanya. Dia masih terkejut.
Perlahan-lahan Sara pandang Aiden.
Ketawa Aiden melihat itu. Comel je buah hati dia ni.
"Apa je yang saya tak tahu pasal awak. Semua saya tahu, Sara. Dan pasal novel ni. Macam mana saya dapat? Tak susah pun. Tekan lepastu bayar." senang betul Aiden balas. Tetapi tidak sesenang itu. Hanya dia sahaja yang tahu betapa susah nya dia ingin mendapatkan novel ini. Betul-betul susah dia nak battle malam itu. Dengan izin Allah, dia berjaya dapatkan kedua-dua novel itu demi Sara. Nak dapatkan ticket bola tak susah macam ni.
Usaha tangga kejayaan. Itulah ayat motivation yang Aiden gunakan ketika dia hampir berputus asa ingin mendapatkan novel itu. Walaupun bunyi agak kelakar tapi ada dia kesah. Yang dia kesah adalah dapatkan novel itu. Malam itu dia hampir gagal. Dugaan demi dugaan yang berlaku. Salah satu nya adalah masa dia nak buat payment. Boleh pula tiba-tiba line telefon dia slow. Ketika itu habis segala carutan dia keluarkan. Tetapi nasib menyebelahi dia. Dan yes he got the novel. Menjerit dia dibuatnya apabila dia berjaya mendapatkannya. Demi buah hati sanggup dia berkorban.
Terharu Sara. Rasa sedih dan marah hilang begitu saja sebaik mendapat novel. Tersenyum sampai ke telinga dia.
"Thankyou Aiden." Aiden mengangguk kepala. Nasib baik dia pandai pujuk. Tak sia-sia lah penat dia nak dapatkan novel tu.
"Dah Jom turun bawah. Dorang dah tunggu. Saya dah tak sabar dah ni" sengihnya pula.
Sara menggeleng kepala dengan gelagat Aiden. Betul-betul tak sabar ni. Mereka berdua pun turun ke tingkat bawah. Sampai sahaja dibawah mereka berpandangan antara satu sama lain. Pandangan hairan. Umie, abah, mama, papa, Firas, dan Syafiq tersenyum melihat mereka.
Sara berjalan ke arah pelamin dan duduk di atas nya.
"Jadi boleh kita teruskan majlis ni?" tanya Dato Zaki.
Sara dan Aiden mengangguk setuju.
"Mengada erh kau dik. Nak kena buah hati dulu pujuk baru nak turun." usik Firas.
Sara mendecit. "Sibuk je"
Maka sesi menyarungkan cincin pun selesai. Sekarang sesi berfoto pula sebagai kenangan. Aiden naik ke atas pelamin dan duduk bersebelahan dengan Sara. Mereka berbalas senyum.
"Having you in my life, makes everything so special and beautiful. Just like you my flower." bisik Aiden perlahan ditelinga Sara. Tersipu malu Sara dibuatnya. Mulut manis betul tunang dia ni.
Seusai sahaja sesi bergambar, kedua belah keluarga Sara dan Aiden mengambil peluang untuk berbincang tentang majlis perkahwinan yang akan diadakan 3 bulan dari sekarang. Keluarga kedua pihak bersetuju untuk mengadakan majlis itu lebih awal. Benda baik tak elok dilambatkan.
Pada mula nya Sara terkejut tetapi dia tetap setuju. Pasal Aiden? Tidak usah dikata. Aiden terlebih dahulu setuju ketika mendengar itu. Tergelak semua orang dibuatnya.
Disaat Datin Suraya bertanya adakah Aiden setuju untuk melangsungkan majlis seperti yang mereka bincangkan, dia pula yang bertanya kepada mama dia sebelum bersetuju. Boleh dia pi tanya tak boleh ke kalau esok buat majlis perkahwinan tu. Semua orang terkejut dan ada yang ketawa mendengar itu. Nampak tak yang dia tu bukan seorang yang penyabar.
Aiden, Aiden buat malu betul. Simpan sikit gelojoh tu. Sara tak lari ke mana pun. Risau betul dia macam Sara ni nak lari.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro