Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 29 🍓

SETELAH agak lama perjalanan Sara akhirnya di sampai ke rumah nya. Perjalanan nya mengambil masa lebih kurang 3 jam. Itu pun nasib baik tak jem. Kalau jem mungkin akan lama lagi. Dia baru balik dari rumah sepupu belah abahnya yang baru berkahwin kemarin. Rumah sepupu nya itu di Kuantan, Pahang.

Umie dan abahnya telah pulang lebih awal berbanding dia kerana ada urusan penting yang perlu diurus. Pada mulanya, Sara juga ingin mengikuti mereka namun umie dan abahnya tidak membenarkan. Sara agak pelik kenapa orang tuanya tidak membenarkan nya ikut serta balik malah mereka menyuruh Firas untuk ikut bersama mereka. Bila ditanya kenapa dia tak boleh ikut mereka, kedua ibubapa nya mengatakan dia perlu menolong majlis sepupu nya itu. Nak taknak Sara terpaksa terima. Dia tahu ada sesuatu yang disorokkan oleh umie dan abahnya. Dia dapat mengagak apabila melihat riak wajah umienya yang seperti cacing kepanasan apabila dia bertanya kenapa dia tak boleh pulang bersama mereka.

"Akhirnya sampai juga aku" ucap Sara sambil membetulkan urat-urat saraf. Memandangkan lama dia memandu.

"Eh kereta siapa ni? Macam kenal tapi siapa?" Matanya memandang sebuah kereta yang agak mewah berada di rumahnya. Kereta BMW itu elok terparkir di garaj tepi kereta abahnya. Pintu kereta nya di tutup.

"Lantak lah kereta siapa pun yang penting sekarang ni aku nak katil aku. Penat ni. Rasa nak baring je sekarang ini." Sara menuju ke bonet belakang kereta nya untuk mengambil beg.

"Assalamualaikum" riang suara Sara memberi salam.

"Waalaikumussalam" jawab Encik Kamarul.

"Sayang, adik dah sampai ini. Cepatlah." panggil Encik Kamarul. Puan Nora laju berjalan ke suaminya.

"Ha dah sampai. Mana dia?" ucap Puan Nora seraya memandang ke arah luar untuk melihat anak manja nya itu.

Kedua-dua tangan Encik Kamarul menutup pintu di ruang tamu itu agak tidak dilihat oleh anak nya.

"Umie Abah, kereta siapa kat luar tu? Abah baru beli kereta ke?" tanya Sara sebaik saja melangkah masuk. Dia bersalaman dengan kedua orang tuanya.

"Ha kereta? Tak lah abah mana ada beli kereta." balas Encik Kamarul hairan.

"Habistu kereta siapa tu." ucap Sara sambil menunjuk kereta itu.

"Kereta aku" ucap satu suara yang tidak asing pada pendengaran Sara dan sudah lama dia tidak mendengar suara itu.

Kepalanya menoleh ke arah suara itu. Terkejut dia melihat orang yang selama ini yang dia rindu iaitu Syafiq Amsyar abang keduanya yang bekerja di luar negara hampir 3 tahun. Memang susah betul nak balik rumah ni. Tapi dia faham yang abang nya itu bekerja susah sikit dapat balik.

"Angahh!!!" jerit Sara lantas berlari memeluk abang nya itu. Tanda melepaskan rindu.

"Angah, bila sampai ni? Sampai hati tak bagitahu adik pun." soal Sara seraya melepaskan pelukan itu. Rindu sangat dia kepada abang nya itu. Sudah hampir 3 bulan dia tidak berjumpa dengan abangnya.

"Baru je sampai. Saja angah tak bagitahu adik. Nak buat suprise gitu." seloroh Syafiq. Dia tersenyum melihat adiknya yang menjeling manja ke arahnya.

"Rindu nya aku kat kau adik" ucap Syafiq perlahan sambil mengusap kepala adiknya. Rindu betul dia dengan satu-satunya adik perempuan yang dia ada ni.

"Adik pun rindu angah." balas Sara.

"Dah-dah lah tu. Meluat achik tengok" ucap Firas yang berjalan ke arah mereka.

Sara yang mendengar itu menjeling. "Biar lah. Jealous lah tu."

"Tak ada masanya achik nak cemburu." Firas turut membalas jelingan itu.

"Adik pergi lah rest dulu. Adik mesti penat kan baru balik. Nanti malam ni angah bagi something special kat adik."

"Something special untuk adik?" Mata Sara mula bersinar sinar. Tak sabar rasanya.

Syafiq mengangguk.

"Wah tak sabar nya. Okay lah adik masuk bilik dulu tau." ucap Sara berjalan ke arah ruang tamu. Baru saja tangan nya ingin membuka pintu, nama nya dipanggil.

"Adik!!" panggil Puan Nora. Sara menoleh pada umienya.

"Ya umie?" Sara memandang pelik ke arah umienya. "Kenapa umie?"

"Adik masuk guna pintu satu lagi lah." kata Puan Nora.

"Kenapa pulak? Pintu ni rosak ke?" soal Sara sambil tangan nya memegang pintu itu.

"Haah rosak. Nanti abah baiki." sampuk Encik Kamarul.

"Rosak? Tadi elok je adik tengok umie dengan abah guna pintu ni." ucap Sara pelik. Encik Kamarul memandang anak nya itu dengan wajah nya seakan marah.

Melihat itu Sara terus berasa takut. Abahnya jarang marah tapi bila dah buat muka macam tu memang kecut lah perut dia.

"Oh okay. Takpa lah adik masuk bilik dulu lah. Adik mengantuk." ucap Sara tersenyum nipis.

"Mengantuk? Ha adik masuk lah." balas Puan Nora.

"Tapi adik nak lalu guna pintu ni. Dekat sikit dengan bilik adik." ucap Sara tunjuk pintu itu.

"Tak boleh adik. Tadi kan umie dah cakap rosak. Tunggu abah baiki dulu." tegur Encik Kamarul namun agak tegas sedikit suara nya.

"Ok adik masuk dulu" Laju dia menarik beg bagasi miliknya menuju ke bilik nya menggunakan pintu satu lagi.

Hilang kelibat anak manja nya itu, Puan Nora dan Encik Kamarul melepaskan nafas lega. Nasib baik tak kantoi. Bukan main susah nak tipu budak Sara ni. Firas dan Syafiq hanya ketawa kecil melihat orang tua nya begitu bersungguh sungguh untuk menipu adik bongsu mereka.

"Nasib kau lah adik." desis Firas dalam hati.






Masuk sahaja dalam bilik. Sara terus menghempaskan badannya ke atas katil. Terdiam lama kerana terlalu nyaman dengan keselesaan ini. Lega rasanya bila badan bertemu dengan katil yang empuk ini. Seharian memandu membuatkan badan nya merasa letih. Mata terpejam seketika sebelum dia bangun dari pembaringan. Dia berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Tak elok tidur dengan badan yang kotor. Tangannya mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air.

Dia hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja untuk mandi. Lantas dia menuju ke almari untuk mencari baju lalu ke arah katilnya. Tangan mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja kecil di tepi katilnya. Jari nya bergerak membuka galeri. Satu persatu dia melihat gambar yang diambil masa majlis perkahwinan sepupunya itu. Gambar itu ditatap lagi. Terbit senyuman di bibirnya. Cantik!. Mahu memuat naik gambar itu sebagai kenangan dan tanda mengucapkan taniah kepada sepupunya. Tubuh disandarkan pada kepala katil lalu aplikasi Instagram dibuka. Laju sahaja jarinya mencari gambar itu lalu di muat naik di story. Sempat dia menaip nama sepupunya untuk di mention. Simbol send ditekan.

"Okey done!" Setelah berpuas hati dia menutup telefon nya sebelum diletakkan ditepi. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.

"Waktu-waktu macam ni dah tak boleh nak tidur. Orang tua cakap tak elok tidur." gumam Sara.

Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak tidur walaupun badan nya agak keletihan. Dia turun dari katil nya dan menuju ke arah pintu. Dia siap untuk turun ke tingkat bawah untuk melihat apa yang dilakukan oleh orang tua nya dan abang-abangnya, Dari tadi lagi dia terdengar bunyi bising di tingkat bawah. Adakah abah nya sedang membaiki pintu?

Dia berjalan turun ke tingkat bawah. Kaki berjalan ke arah ruang tamu.

"Eh asal sofa kat luar ni?" soal Sara apabila melihat sofa di ruang tamu nya berada di luar.

"Ha pintu ni. Aku tengok tak rosak pun. Elok saja." omel Sara sendirian sambil tangan bercekak pinggang.

Terus dia membuka pintu ruang tamu itu serta merta. Kelihatan Firas duduk elok di atas pelamin sambil tersenyum ke arah nya. Orang tua nya terkejut melihat Sara yang kini di hadapan mereka. Laju kaki nya berjalan ke arah mereka. Pelik juga dia sewaktu membuka pintu itu. Terdapat pelamin yang cantik dihiasi di ruang itu. Berkerut dahi Sara.

"Cantik nya. Pelamin untuk siapa ni?" soal Sara tersenyum tanpa menyedari apa-apa.

Hampir terkelu orang tua nya untuk menjawab. Sara melihat abang-abang nya tersengih ke arah nya. Semakin berkerut dahi nya.

"Ha adik tahu. Ni mesti pelamin untuk angah kan. Sebab tu angah balik kan. Wahhh! Angah dah nak kahwin ke? Dengan siapa?" Teruja Sara mengatakan itu. Dia mengira yang dia akan mendapat kakak ipar sedangkan tidak.

Syafiq menggelengkan kepala.

"Ha ni mesti Achik punya kan?" soal lagi Sara sambil mengedipkan matanya tanda mengusik.

Firas turut menggelengkan kepalanya. "Kalau aku punya tak main lah pelamin kecil macam ni. Aku buat kat hotel terus, lagi besar dari yang ni."

"Cis berlagak betul" Sara mencebik. Mentang-mentang lah bekerja kat Itali kan. Nak buat kat hotel bagai, tapi awek pun belum ada. Habistu nak sanding dengan siapa? Sorang-sorang lah jawab nya.

"Habistu kalau bukan pelamin Angah dengan Achik, pelamin siapa? Jangan cakap yang abah nya kahwin lagi?" Sara menutup mulutnya seolah-olah tanda terkejut. Encik Kamarul mengangguk.

"Biar betul abah." Bagai tidak percaya dengan apa yang baru abahnya bagitahu.

Laju Encik Kamarul menggelengkan kepalanya apabila melihat muka isterinya yang merenung tajam ke arah nya "Eh tak lah mana ada abah nak kahwin lain."

"Gatal abang ni. Tua-tua pun nak kahwin lain ke?" Puan Nora terus mencubit lalu memulas kuat perut suaminya. Huh rasakan pengepit ketam seorang isteri.

"Aduhh! Sakitlah sayang. Abang gurau je lah" ucap Encik Kamarul apabila melihat jelingan manja isterinya itu.

Sara tertawa kecil melihat perangai abahnya itu. Sungguh dia gembira dapat melihat situasi itu. Kebahagiaan untuk keluarganya.

"Umie, pelamin untuk siapa ni?" lagi sekali Sara bertanya. Selagi orang tua nya tidak menjawab selagi itu lah dia akan bertanya.

Tiba-tiba Firas bersuara.

"Taniah adikku sayang" ucap Firas tiba-tiba.

Berkerut dahi Sara dibuatnya. Sungguh dia dia tahu apa yang dikatakan oleh Firas itu. Kenapa tiba-tiba abangnya mengucapkan taniah kepadanya.

"Dah kenapa Achik cakap taniah kat adik ni?"

"Taniah lah sebab esok kau akan jadi tunang orang. Dah besar panjang adik aku ni kan."

Laju tangan Syafiq menepuk dahi Firas. "Yang kau cakap tu kenapa. Kan dah kantoi. Kau ni memang tak pandai nak simpan rahsia lah."

Segera Firas menutup mulutnya."Alamat terlepas cakap pulak" tersengih sengih dia dibuatnya.

"Ooo macam tu..." panjang betul 'O' Sara itu. Kepala di angguk. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Terhenti serta merta kepalanya.

"Eh kejap. Achik cakap apa tadi. Esok adik jadi tunang orang? Apa yang achik cakap ni? Adik tak faham lah." Sara mengecilkan matanya. Ni mesti ada sesuatu yang dia taktahu tapi abang nya tahu.

"Sebenarnya adik..." Sara tertumpu ke arah Puan Nora. Dia menunggu apa yang ingin dikatakan oleh umienya.

"Sebenarnya apa umie?"

"Pelamin ini untuk kau lah adik. Esok kau bertunang." jujur Syafiq. Nampak macam susah sangat nak bagitahu kat Sara kan jadi biar dia sendiri lah yang cakap.

Terbuntang mata Sara mendengar apa yang baru dikatakan oleh abang nya itu. Terasa macam nafas nya terhenti sesaat dua. Esok dia bertunang? Dengan siapa?

"B...be..betul ke umie? Esok adik bertunang? Angah tipu adik kan sebenarnya. Tak lawak lah angah." Sara masih mahu menafikan apa yang dia dengar tadi tapi apabila melihat muka abang nya yang seakan serius itu membuatkan dia tahu yang abang nya tidak main-main.

Mana tak terkejutnya kalau dia baru je balik dari Kuantan tiba-tiba abang nya kata yang esok dia bertunang. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba je ni. Otak nya tiba tiba blank. Macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Umpama mencurah air ke daun keladi.

"Buat apa angah nak tipu kau dik. Betul lah esok kau bertunang. Kau ingat kitaorang main-main ke?" tutur Firas.

"Adik bertunang dengan siapa?" tanya Sara perlahan.

"Mana lah aku tahu. Kau tanya umie dengan abah lah. Aku dah tanya tapi umie tak nak bagitahu." Firas hanya mengangkat bahu tanda dia memang tak tahu apa-apa.

"Umie... adik tak nak. Umie pun tahu kan sekarang ni adik dengan Aiden. Umi tahu adik dengan dia tengah bercinta. Tapi kenapa umie buat adik macam ni?" ucap Sara. Matanya mula berkaca tapi dia cuba untuk menahan air mata dari turun.

"Adik..." panggil Puan Nora lembut.

"No, adik tak nak umie. Jangan paksa adik. Lagi satu adik tak kenal dia siapa. Adik tak cintakan dia. Adik cintakan Aiden umie. Tak kan lah umie nak adik terima lelaki yang adik tak kenal umie." kali ini nada suara nya naik satu oktaf. Bukan niat dia untuk meninggi suara pada umie nya tapi sesungguh nya dia tak terima semua ini.

"Adik jaga suara tu. Elok ke cakap macam tu kat umie." tegas suara Encik Kamarul.

"Takpa abang." lembut suara Puan Nora membalas.

"Adik, dengar ni umie nak cakap. Cinta boleh dipupuk adik. Sebab itu lah umie minta adik bertunang dulu dengan dia. Adik belajar cintakan dia dulu sepanjang tempoh pertunangan itu." Puan Nora memujuk anak manja itu. Tangannya naik mengusap kepala Sara.

Air mata yang ditahan tadi akhirnya turun. Dia tak nak. Dia hanya cintakan Aiden.

Jadi sebab ini lah orang tua nya balik awal semalam sampai kan tak bagi dia ikut balik bersama. Sebab nak siapkan pelamin ni.

"Umie, adik tak nak. Tolong adik angah." Jatuh kesian Syafiq melihat adik nya itu. Namun apa kan daya dia tak boleh membuat apa-apa. Dia tidak boleh membangkang orang tua nya.

"Tolong adik, achik. Adik taknak." rayu Sara sambil air mata jatuh di pipi nya.

"Adik, umie dengan abah tak pernah minta apa-apa dengan adik sebelum ni kan. Kali ni je abah minta, adik. Terima pertunangan ini." lembut saja Encik Kamarul memujuk anak nya supaya menerima. Suara seperti lembut nya sutera.

Sara menatap wajah orang tua nya yang berharap agar diri nya menerima pertunangan ini. Lambat-lambat akhirnya dia mengangguk setuju walaupun dalam hati hanya dia saja yang tahu. Demi umie dan abah nya dia rela terima dan berkorban.

Tersenyum orang tua nya apabila anak manja nya setuju.

"Alhamdulillah" serentak orang tua nya berkata.

'Takpa lah umie, adik masuk bilik dulu." ucap dia perlahan. Air mata masih tersisa di pipi nya. Puan Nora angguk.

"Sayang, kesian abang tengok adik tu. Kita cakap je lah yang sebenarnya kat dia." tutur Encik Kamarul. Masih teringat muka anak nya yang sudah basah dipenuhi dengan tangisan tadi.

"Saya pun kesian juga abang tapi kita dah janji kan. Biar dia sendiri yang cakap dengan adik nanti." Puan Nora turut kesian namun dia sudah berjanji takkan bagitahu hal ini kepada anaknya. Biar lah anaknya sendiri yang tahu.

Masuk sahaja dalam bilik, air mata nya turun semakin lebat. Mulut dia ditutup agar suara tangisan nya tidak didengari oleh keluarganya. Dia hamburkan semua tangisan nya. Tangannya mencari telefon nya. Laju nombor Sofea didail. Dia perlu kan Sofea sekarang ini. Hanya Sofea saja yang memahami dia.

"Sara, ada apa call aku ni." tanya Sofea.

"Sofea..."

"Eh Sara kau kenapa. Kau menangis ke? Kenapa suara kau lain?" Sofea bertanya dengan nada kerisauan.

"Tolong aku Sofea..." Esakan Sara semakin menjadi-jadi, mata dan wajah nya mula sembab akibat banyak menangis.

"Sara cakap kat aku. Kau kenapa? Jangan buat aku risau macam ini." Sofea resah apabila mendengar suara tangisan sahabat nya itu.

"Umie aku paksa aku bertunang dengan orang yang aku tak kenal,Sofea." cerita Sara dengan suara serak.

"Apa? Umie kau paksa kau bertunang. Bila?" terkejut Sofea.

"Esok."

"Kau biar betul. Takkan esok." membulat mata Sofea ketika itu.

"Betul. Pelamin pun dah ada. Umie aku dah siap kan semua nya."

"Aiden tahu tak pasal semua ni?" tanya Sofea.

"Tak. Aku tak tahu nak bagitahu dia macam mana." laju Sara menggeleng. Sungguh dia tak tahu macam mana nak bagitahu Aiden dengan apa yang berlaku ini. Begitu pantas semua ini. Ingatkan dalam drama saja berlaku semua ini dimana orang tua perjodohkan anak nya dengan pilihan mereka. Kini perkara ini terjadi kepada diri dia sendiri.

Adakah Aiden akan menerima nya?

Adakah sampai disini sahaja hubungan mereka berdua?

"Sabar lah Sara. Aku tahu kau kuat. Nanti kau cuba slow talk dengan Aiden. Bagitahu semua nya. Dia kena terima semua ini. Ni bukan kau yang minta tapi umie dan abah kau. Kau percaya lah mungkin ada sebab kenapa umie kau buat macam ni." pujuk Sofea. Dia tahu sahabat nya itu begitu mencintai Aiden malah Aiden pun sebaliknya. Namun apa kan daya, pilihan ibu bapa adalah yang terbaik.

Sara diam membisu. Tiada kata kata yang keluar dari mulut nya malah air mata nya yang turun semakin lebat.

Mungkin apa yang dikatakan oleh Sofea itu benar. Mungkin sampai disini saja hubungan dia dengan Aiden. Dia perlu menerima yang hubungan mereka hanya sampai disini. Dia juga perlu jujur dengan Aiden berkaitan hal ini. Aiden perlu tahu semua nya. Dia tekad akan bagitahu semua ini pada malam ini. Walaupun agak sakit untuk dia terima tapi dia terpaksa. Umie dan abah nya dah banyak berkorban demi dia selama ini mungkin sudah tiba dia membalas jasa orang tua nya dengan menerima pertunangan ini.

"Maafkan saya Aiden. Saya terpaksa buat semua ni. Mungkin sampai disini je hubungan kita. Saya doakan awak berjumpa dengan perempuan yang lebih baik dari saya." perlahan Sara gumam. Hati nya sangat terluka.

"Kau dengar tak apa aku cakap ini?" tanya Sofea.

"Aku dengar. Nanti aku akan bagitahu semua nya pada dia. Mungkin betul apa kau cakap tu. Pilihan orang tua mungkin terbaik." Sara cuba untuk tersenyum.

"Aku ada dengan kau Sara. Apa apa bagitahu aku."

"Hmm... takpa la aku letak dulu lah. Aku penat lagi pun aku baru sampai kan."

"Okey kau rehat tau. Jangan fikir sangat pasal ini." pesan Sofea kepada sahabatnya itu.

Sara terus mematikan panggilan. Badan dibaringkan di atas katil empuknya.

Mungkin penat menangis, Sara tidak sedar dia tertidur kepenatan akibat menangis.


Seusai solat, Sara duduk menekur di atas sejadah. Lama dia termenung sebelum mutiara jernih mengalir di tubir mata. Kenapa semua ni terjadi? Adakah benar cinta nya hanya sampai disini?

Sedang Sara melayan fikiran tiba-tiba telefon miliknya berdering. Perlahan-lahan dia bangun. Sara melirik telefon nya yang nyaring berbunyi di atas meja solek nya. Tertera nama Aiden di skrin telefon. Aiden seperti tahu yang diri nya memerlukan Aiden saat ini. Namun di saat yang sama dia takut untuk menjawab panggilan itu. Dia takut panggilan itu adalah panggilan buat kali terakhir antara mereka sebelum Sara menjadi tunang orang. Kerana tidak baik kalau di saat diri nya bergelar tunang orang tapi masih berhubungan dengan lelaki lain mahupun lelaki itu adalah orang yang dia cinta.

Akhirnya Sara mengangkat panggilan itu. Dia berusaha untuk berhenti menangis.

"Hi sayangku, buat apa tu" soal Aiden sebaik saja buah hati nya menjawab panggilan nya.

"Hi, tak ada buat apa pun baru siap solat." balas Sara. Jelas kedengaran serak suaranya. Akibat baru menangis.

Suara Sara yang serak itu membuatkan Aiden terkaku seperti batu. Jarang sekali dia mendengar suara Sara begitu.

"Sara" lembut saja suara Aiden memanggil.

"Ya"

"Awak okey tak ni?" tanya Aiden dengan nada kerisauan.

Sara terdiam seketika sebelum menjawab. Serta merta air mata nya kembali bergugur di pipi nya.

"Macam mana dia nak bagitahu Aiden?"

Dia berdehem. "Aiden" sungguh lembut suara Sara memanggil lelaki itu.

"Yes my girl."  riang suara Aiden membalas.

"Saya ada benda nak cakap dengan awak" nada suara Sara mula bertukar serius namun air mata nya masih di pipi.

"Cakap lah, saya dengar."

Sara menarik nafasnya dan menghempuskan nafasnya.

"Saya terpaksa buat semua ni. Maafkan saya Aiden."

Berkerut dahi Aiden mendengar. "Awak cakap apa ni, saya tak faham lah. Kenapa tiba-tiba minta maaf ni."

"Sebab saya tahu bila saya bagitahu awak semua ni nanti akan buat awak terluka."

"Hah? Saya tak faham. Boleh awak bagitahu tak apa sebenarnya yang terjadi." merungut Aiden setelah mendengar kata-kata buah hati nya itu.

"Saya dah nak bertunang Aiden." Sara terasa ingin meraung di saat mengatakan itu.

Aiden membesarkan matanya. "Apa!? Apa yang awak merepek ni Sara."

"Tak Aiden. Apa yang saya cakap ni betul. Saya akan bertunang" suara nya sayu. Menahan hiba.

Tiada balasan daripada Aiden. Kini tiada lagi suara riang Aiden yang kedengaran. Sara tahu Aiden terluka. Dia juga terluka tapi dia terpaksa.

"Aw..." belum sempat dia menghabiskan kata kata nya, terlebih dahulu Aiden memotong.

"Dengan siapa?" tanya Aiden.

"Saya tak tahu. Saya tak kenal pun siapa dia. Umi dengan abah yang aturkan semua nya." balas Sara dengan rasa bersalah.

"Jadi awak terima lah?" Mendengar soalan itu membuatkan Sara semakin menangis. Dia tahu jawapan yang akan dia berikan nanti akan membuatkan Aiden hati nya kecewa dan terluka.

"Ye tapi saya terpaksa awak."

"Sampai hati awak Sara. Saya cinta dan sayang awak. Tapi awak buat saya macam ni. Awak terima lelaki lain." Seperti dia mengagak jawapan nya memang benar menyakitkan Aiden.

Kedengaran suara Aiden seakan kecewa dengan diri nya.

Adakah dia terpaksa melepaskan gadis yang dia cintai?

"Percaya lah cakap saya Aiden. Saya buat semua ni terpaksa. Saya pun cinta kan awak. Saya tak nak hilang awak, Aiden." Tersedu sedu dia bercakap.

"Kalau awak cintakan saya, awak takkan terima pertunangan tu, Sara."

"Saya betul-betul terpaksa terima, Aiden"

"Bila?" soalan itu terpacul keluar dari mulut Aiden. Sekali lagi Sara takut. Takut jawapan kali ini akan menambahkan lagi kesakitan pada hati Aiden.

"Saya tanya ni, bila awak bertunang?" keras suara Aiden ketika itu.

"Esok" sebaris jawapan itu membuatkan tiada satu pun balasan yang keluar dari Aiden.

Kebisuan Aiden membuatkan Sara terluka. Sesaat Aiden terdiam baru lah dia membalas.

"Taniah Sara" Laju air mata Sara kembali menitis. Balasan dari Aiden cukup membuatkan hati nya meraung.

"Te...ri..terima kasih" agak berat hati Sara ingin mengucapkan itu.

"Jadi malam ini adalah hari terakhir awak sebagai kekasih hati saya sebelum awak bergelar tunang orang. See you tomorrow, Sara" Setelah mengatakan itu Aiden terus mematikan panggilan tanpa sempat Sara membalas.

Sara terus mencampak telefon nya itu. Tika ini Sara tidak mampu untuk memikirkan apa apa lagi yang dia tahu hanya menangis dan terus menangis.

Dia berharap semua ini hanya mimpi buruk. Dia harap dia bangun secepatnya. Seseorang tolong bangunkan dirinya dari mimpi buruk ini. Tapi sekelip mata harapannya hancur musnah saat ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro