Part 27 🍓
SUDAH hampir sebulan Sara tidak mendengar khabar mahu pun bertemu muka dengan Myra. Kalau tak silap kali terakhir dia melihat Myra masa kes Myra tolak dia jatuh kolam tempoh hari. Hampir kesemua student dan lecture sudah tahu berkaitan hal ini. Lagi pun Sara telah memaafkan dia dan kalau boleh Sara tidak mahu lagi mengingati kes itu. Kerana bagi Sara, dia juga salah. Bukan semua salah Myra. Dia juga bercakap buruk terhadap Myra. Mungkin disebabkan hal itu Myra sanggup menolak dia.
Dekat kolej pun sudah lama tidak kelihatan. Namun ada khabar angin mengatakan yang si Myra berhenti belajar dan ada juga khabar angin mengatakan yang dia dibuang dari kolej. Alasan nya masih belum diketahui. Mungkin pihak kolej ingin menjaga nama baik Myra atau mungkin menjaga nama baik kolej?
Tapi hari ini secara tidak sengaja Sara bertemu dengan Myra. Sara melihat dia dari jarak yang tidak begitu dekat mahupun jarak jauh. Mukanya agak pucat dan kelihatan seperti hendak pengsan. Wajah nya itu nampak sangat tidak bermaya. Tiada lagi makeup tebal di wajah nya seperti sebelum ini. Benarkah itu Myra? Adakah dia tersalah orang? Melihat dia dalam keadaan begini membuatkan hati kecil Sara kesian.
Sara merenung wajah Myra dengan penuh tanda tanya yang bermain di benak fikirannya. Sara menyedari ada kesan lebam di wajah cantik Myra. Kesan itu seakan-akan dipukul.
Tapi siapa yang pukul Myra?
Terasa seperti ada yang memerhatikan dirinya terus Myra menoleh ke arah itu. Matanya bertembung dengan mata Sara. Myra terus melarikan anak matanya dari terus memandang Sara. Rasa bersalah mula menghantui. Dia tahu dia banyak buat salah dengan Sara. Dia hampir meragut nyawa Sara. Macam mana kalau Sara mati lemas masa dia tolak Sara jatuh kolam tempoh hari?
Laju kakinya ingin meninggalkan tempat itu. Belum sempat ingin mengambil langkah, nama nya diseru. Sudah tentu lah Sara yang memanggilnya.
"Myra" panggil Sara seraya berjalan ke arah Myra. Sara tahu yang Myra cuba untuk melarikan diri dari dia.
Myra hanya diam tanpa bergerak namun masih tidak menoleh ke arah Sara.
Sungguh dia malu mahu bertemu dengan Sara. Dengan muka dia yang penuh dengan kesan lebam.
"Myra, kau okay?" Sekali lagi Sara memanggil nya.
Dia masih diam membisu.
"Myr..." Laju Myra memotong percakapan Sara tanpa sempat Sara habis menyebut namanya.
"Aku okey" balas Myra dengan nada mendata.
"Agak-agak lah kalau nak menipu pun. Aku tahu kau tak okey. Muka kau nampak pucat sangat. Lepastu aku tengok banyak kesan lebam kat muka kau. Tu kau kata okay?" Sara mencebik pula.
Eh tadi dia juga yang tanya Myra okay ke tidak. Bertuah betul si Sara ni.
"Ak..." belum sempat Myra menghabiskan ucapannya. Tiba-tiba saja tubuh nya hilang keseimbangan, matanya terpejam rapat. Myra sudah jatuh pengsan.
Kalut Sara apabila melihat Myra tiba-tiba pengsan.
"Myra?" jerit Sara berlari ke arah Myra.
"Ya Allah Myra bangun" Sara menampar pipi namun tiada sebarang tindas balas.
Perlahan lahan Myra membuka matanya. Dia memandang sekeliling.
"Alhamdulillah kau dah sedar" ucap Sara laju sebaik saja melihat Myra sedar.
"Aku kat mana ni?" tanya Myra hairan sambil mencuba untuk bangun dari baring.
"Kau kat hospital. Tadi kau pengsan. Kenapa dengan kau sebenarnya? Kau sakit? Aku tengok muka kau pucat sangat Myra."
Bertubi-tubi soalan dari Sara. Orang tanya satu soalan je tapi dia bukan main banyak. Member baru je sedar dari pengsan.
Mendengar itu Myra hanya diam seraya menahan air matanya. Dia hanya menundukkan kepalanya.
"Aku minta maaf" pinta Myra sebelum air matanya jatuh.
Terkejut Sara apabila melihat Myra menangis. Laju dia menghampiri Myra. Sara terus memeluk tubuh Myra.
"Shuhh, tak mau menangis. Aku dah maafkan kau sebelum kau minta maaf dengan aku lagi. Aku pun nak minta maaf dengan kau pasal malam tu. Tak sepatutnya aku cakap macam tu kat kau." pujuk Sara.
Myra memandang wajah Sara. Dia masih menangis.
"Dah lah buruk betul muka kau bila menangis. Malu orang tengok . Jatuh lah saham kau nanti. Kau kan perempuan ter femes kat kolej." sempat lagi Sara mengutuk Myra. Bukan nya dipujuk malah di tambah lagi.
Myra tersenyum mendengar itu. Sempat lagi si Sara ni mengata dia. Dah lah mengata depan-depan.
"Kau ada masalah ke?" soal Sara dengan lembut.
Myra hanya membalas dengan senyuman hambar.
Patutkah dia cerita masalah dia pada Sara?
Adakah Sara mahu mendengarnya?
Pertanyaan itu bermain di fikiran Myra.
"Kalau kau ada masalah, kau share je dengan aku." pujuk Sara dengan nada lembut. Dia tahu Myra ada masalah. Melihat raut wajah muram nya saja dia sudah dapat tahu.
"A...ak...aku takut Sara." rintih Myra dalam pelukan Sara. Dapat dia rasakan badan Myra bergetar-getar ketakutan.
Tapi kenapa Myra begitu ketakutan? Apa sudah yang terjadi pada dia sepanjang sebulan ini?
"Shhh, aku ada kat sini Myra. Kau jangan takut." balas Sara.
Myra tersedu-sedu menangis. Tangannya turut terketar-ketar.
"Cerita kat aku. Kau kenapa? Aku tengok muka kau ni ada lebam. Siapa yang buat?"
"Sa... Saqeef" bergetar-getar nada Myra menutur nama itu.
"Saqeef? Saqeef mana ni?" Berkerut dahi Sara mendengar nama itu. Dia tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini. Rasanya macam tak ada pelajar nama itu di kolej nya.
Siapakah Saqeef?
"Saqeef tu lelaki yang dah lama sukakan aku. Selama ini aku tak pernah layan dia. Tapi disebabkan satu malam itu hidup aku musnah sebab dia. Dia hancurkan hidup aku, Sara" tersedu-sedu Myra berkata.
"Kesan lebam ni sebab dia ke?" tanya Sara sambil menunjukkan kesan di pipi dan di tangan Myra.
Myra menggangguk kepalanya.
"Jangan cakap yang dia pukul kau?" tutur Sara
Sekali lagi Myra mengangguk bersama air mata yang laju mengalir di pipinya.
"Seriusly Myra? Kenapa dia pukul kau?" Terkejut Sara mendengar hal itu.
Sungguh tega lelaki itu memukul seorang perempuan. Betul-betul lelaki dayus. Sepatutnya seorang perempuan harus disayangi, dicintai, dimanjakan bukan disakiti mahupun dipukul.
"Women should be loved, cherish, and pampered, not hurt or mistreated. Women deserve to be appreciated and respected."
Translates: Perempuan harus disayangi, dihargai, dan dimanjakan, bukan disakiti atau dianiaya.
"It's important to treat women with compassion and care, as they play a vital role in our lives and are often the pillars of support and comfort"
Translates: Adalah penting untuk melayan perempuan dengan belas kasihan dan perhatian kerana mereka memainkan peranan penting dalam hidup kita dan selalu menjadi tonggak sokongan dan keselesaan.
Pernah dengarkan ayat ini :
Disebalik kejayaan seorang lelaki akan ada satu perempuan yang hebat dan sabar selepas ibunya yang sentiasa memberi sokongan kepada lelaki.
Dan B. J. Habibie juga mengatakan:
"Lelaki lebih membutuhkan dukungan emosional dari wanita, itulah alasannya dibalik banyaknya lelaki sukses selalu ada wanita hebat."
Jadi disitu kita sudah tahu betapa penting nya seorang perempuan. Jangan sakiti seorang perempuan tapi sayangi lah dia.
Aku paling pantang betul kalau ada laki yang sakitkan perempuan. Pantang nenek moyang aku. Kalau aku jumpa laki tu memang kena dengan aku. Apa dia tak takut ke pukul anak orang. Dasar lelaki dayus.
Geram aku!!!
Myra menghembus nafas bersama air mata masih tersisa di pipi nya lalu mula menceritakan . Dengan suara yang serak dia cerita satu persatu.
"Bila aku dapat tahu yang kau dengan Aiden dah start in relationship, aku marah, cemburu dengan kau. Sebab aku dah lama suka dengan Aiden. Tapi sejak Aiden kenal kau, dia tak pernah nak layan aku. Dia buat aku macam perempuan bodoh sebab kejar- kejarkan dia. Jadi disebabkan rasa marah tu aku...." Terhenti seketika Myra.
"Kau...?" Sara menunggu Myra untuk menghabiskan ucapannya itu.
"Aku buat kerja bodoh. Malam itu aku mabuk berat. Aku pergi kelab malam untuk mengubat luka aku. Aku tak tahu yang Saqeef tu dah lama perhatikan aku. Dia ambil kesempatan atas aku. Dia tahu aku mabuk malam tu. Bila aku dah mula tak sedarkan diri, dia tawarkan diri dia untuk bawa aku balik. Aku mula ikut dia. Tapi dia tipu aku Sara. Dia tak bawa aku balik. Tapi dia bawa aku pergi hotel." Kedengaran suara menangis Myra yang semakin kuat.
Flashback
Setelah sampai di bilik hotel Saqeef menghempaskan badan Myra ke katil. Terbit senyum sinis di bibirnya.
"Akhirnya kau jadi milik aku Myra. Bukan main susah aku nak dapatkan kau selama ini. Malam ini kau milik aku." kata Saqeef sambil memandang atas ke bawah badan Myra.
Dia mula menghampiri Myra lalu rambut Myra diselak ke belakang telinga dan pipi nya di usap lembut.
Myra mula sedarkan diri namun tidak sepenuhnya. Dia masih lagi dalam keadaan mabuk. Tapi dia sedar yang Saqeef berada begitu dekat dengan nya.
"Lepas lah .... lepaskan aku" ronta Myra sambil menolak badan Saqeef jatuh ke lantai.
Myra cuba untuk lari namun keadaan nya masih mabuk menyukarkan dia untuk keluar dari bilik itu. Dengan pantas Saqeef bangun dan menarik tangan nya.
Badan Myra dihempas kasar ke atas katil. Dia tersenyum sinis ke arah Myra.
"Tolong lepaskan aku... kau nak apa dari aku" rayu Myra sambil menangis.
"Oh don't cry my baby. Kau tanya aku nak apa? Aku nak kau lah bodoh." Saqeef mula mendekatkan muka nya dengan muka Myra.
"Lepas lah bodoh. Aku cakap lepasss!!!" jerit Myra seraya cuba untuk lari. Namun tidak berjaya.
"Kau boleh diam tak?" marah Saqeef.
"Lepas!!!!"
Pang!
Saqeef menampar keras pipi mulus Myra. Myra terdiam menahan sakit. Dia tidak mampu untuk melawan kekuatan Saqeef.
"Aku dah cakap diam kan yang kau tak faham bahasa kenapa" ucap Saqeef sambil tangannya menampar nampar Myra.
Muka cantik Myra sudah dipenuhi kesan merah akibat tamparan lelaki itu.
Myra masih menangis ketakutan.
"Jangan takut sayang... aku ada ni. Malam ini kau milik aku Myra. Milik aku!!!" jerkah Saqeef.
Dan malam itu....
Malam yang paling....
Malang....
Buat Myra Syahira...
Flashback end
"Bila aku sedar pagi tu dia tak ada. Aku hanya mampu menangis Sara. Aku tak boleh nak buat apa-apa. Kudrat dia lebih kuat dari aku. Kalau lah malam itu aku tak mabuk mesti semua ni takkan terjadi kan. Bodoh nya aku Sara." Myra mula memukul diri dia sendiri.
Laju Sara menahannya. Nafas dihela berat. Sara tidak mampu berkata-kata lagi. Dia faham perasaan Myra sekarang ini walaupun perkara itu tidak terjadi pada dirinya. Lantas dia memeluk tubuh Myra bagi menenangkan Myra yang menangis.
"Kenapa kau tak buat reports polis Myra? Dia dah buat benda tak baik kat kau?" tanya Sara.
"T...tak... boleh. Aku tak boleh buat report" Laju Myra menggelengkan kepalanya.
"Kau cakap apa ni? Kenapa kau tak boleh buat report? Cakap kat aku Myra."
"Aku takut. Dia ugut aku Sara. Kalau aku buat report polis nanti dia sebarkan gambar aku dengan dia pada malam itu."
Sekali lagi Sara hanya diam membisu. Sungguh dia buntu. Tapi dia kesian melihat Myra.
"Tak kau tak boleh macam tu Myra. Aku tahu kau takut. Tapi kau kena juga buat report polis." pujuk Sara.
"Aku takut..." Jelas ketakutan di wajah Myra.
"Tak apa aku ada Myra. Aku teman kau nanti pergi balai buat report okay. Sekarang ni aku nak kau rehat. Kau tu tak sihat lagi."
Myra mengangguk. Sungguh dia terharu. Betapa baik nya Sara. Perempuan yang selama ini dia benci. Yang dia hampir bunuh inilah yang ada dengan dia sekarang. Sanggup membantu dia. Patut lah Aiden lebih memilih Sara berbanding dia. Sara perempuan yang baik tak macam diri nya. Tak pandai jaga maruah diri.
Setelah itu Sara menarik selimut untuk menutup badan Myra.
"Sara..." panggil Myra perlahan. Sara menoleh ke arah nya.
"Ya?"
"Jangan bagitahu Aiden pasal ini. Maksud aku, kau jangan bagitahu dia yang kau jumpa aku ni."
Sara memandang pelik Myra.
"Kenapa aku tak boleh bagitahu kat dia?"
"Kau tahu kan yang Aiden benci aku. Dia masih marahkan aku pasal kes tempoh hari yang aku tolak kau tu." terang Myra supaya Sara tidak bersangka buruk bila dia kata jangan bagitahu Aiden. Sesungguhnya dia tak nak bermusuh dengan Sara.
Sara tersenyum tipis. Apa yang Myra katakan itu benar. Sejak kes itu Aiden sangat marahkan Myra. Sampaikan bila Sara bertanya atau bercakap pasal Myra dia mesti akan marah atau dia akan cuba tukar topik agar tidak membicarakan hal itu.
"Kau tak payah risau lah. Aku takkan bagitahu Aiden. Kau jangan risau" balas Sara menyakinkan Myra. Dia tahu Myra takut untuk berjumpa dengan Aiden. Pada malam kes itu, Sara nampak yang Aiden betul- betul marah terhadap Myra. Begitu tegang wajah nya ketika itu.
Myra mula melelapkan matanya. Sara diam diam melihat ke arah Myra.
Rasa sedih, rasa kesian, rasa marah, rasa geram, dan rasa benci mula timbul di hati Sara sebaik saja mendengar cerita itu. Hanya disebabkan Myra menolak nya dia sanggup buat macam tu. Just because the girl rejected his love, he's willing to do the most evil things to her. Lelaki tak guna macam tu memang layak di hukum.
"Women are not objects that can be taken and used as a man pleases. women are people, and they deserve respect and dignity. Forcing or coercing a woman to do something against her wishes is abhorrent and inhumane."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro