Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 24 🍓

SEJAK makan malam itu hubungan antara Sara dan Aiden bertambah baik malah semakin rapat. Sara telah memaafkan Aiden. Boleh dikatakan hari hari mereka berdua keluar bersama. Dulu mereka bagaikan anjing dengan kucing setiap kali berjumpa namun sekarang macam belangkas. Panggilan antara mereka juga berubah. Dulu ber aku kau sekarang dah awak saya.

"Awak nak makan apa?" soal Aiden sekilas memandang Sara yang duduk di sebelahnya.

"Erm entah lah. Saya ikut awak lah. Tapi saya teringin nak makan chocolate lava cake . Awak tahu tak kat mana kafe yang ada jual kek yang sedap?" tanya Sara.

"Saya tahu kat mana nak dapatkan kek coklat yang sedap tu" balas Aiden tersenyum.

"Betul ke? Awak tahu kat mana nak cari?" soal Sara memandang ke arah Aiden.

"Ya, tak jauh pun dari sini"

"Okey , let's go" ucap Sara dengan teruja. Aiden tersenyum kecil melihat Sara.

Aiden terus memandu kereta miliknya menuju kafe yang dimaksudkan. Setelah 5 minit akhirnya mereka sampai di tempat itu. Mereka melangkah masuk ke dalam kafe dan dipenuhi dengan aroma lazat kek dan roti yang baru di bakar.

Sementara Aiden ke kaunter membuat pesanan, Sara menuju ke meja yang kosong. Sara hanya memerhati saja Aiden. Aiden menarik kerusi di hadapan Sara. Anak mata Sara melilau melihat di sekeliling kafe itu. Bibirnya mengukir senyuman sebaik saja melihat nama kafe yang tertera cantik di pintu. Cafe Et Amore.

"Macam mana awak boleh tahu kafe ni? Baru buka ke? Kenapa saya tak pernah tahu." soal Sara

"Macam mana lah awak nak tahu kalau awak asyik terperap je dalam bilik dengan abang fictional character awak tu. Kafe ni nak kata baru buka tak tapi nak kata lama pun tak. Saya rasa baru 1 tahun." Sara merenung tajam ke arah Aiden. Melihat itu Aiden hanya tersenyum.

"Kenapa cemburu ke"

"Haah, saya cemburu" jawapan ringkas yang membuatkan lidah Sara menjadi kelu.

"Err... habis tu awak tahu kat mana pasal kafe ni?" Sekali lagi Sara bertanya.

"Actually... kafe ni aunty saya punya." Sara terkejut mendengar.

"Seriously? Patut lah awak tahu semua pasal kafe ni. Kenapa tak cakap awal-awal?" Sara cemberut.

"Awak yang tak tanya saya" selamba Aiden balas.

"Macam tu je dia balas? Kau ni memang menguji kesabaran aku lah Aiden. Kau suka menguji lah Aiden. Kenapa Aiden?" gumam Sara.

Sara hanya diam dan merenung Aiden. Aiden terus tersengih-sengih.

"Can i ask you something?" tanya Sara.

Aiden mengganguk. "Apadia?"

"Why is it called Cafe Et Amore?"

"Sebab Cafe Et Amore berarti 'Cafe Of Love' dalam bahasa Perancis. Itu adalah nama yang indah dan romantik yang dapat menggambarkan suasana yang baik. Lagi satu Perancis kan dikenali sebagai negara yang romantik. Dan disebabkan cafe ni romantic vibe, ramai orang datang sini dengan someone yang dorang sayang. Kebanyakkannya orang muda lah, datang dating gitu. Macam kita sekarang ni." balas Aiden sambil menunjuk-nunjuk mereka berdua.

Hampir tersedak Sara.

"Macam kita sekarang ni. Apa maksud macam kita? Aku dengan dia tengah dating ke ni? Bila masa aku dengan dia..." desis Sara dalam hati.

Terukir senyuman di bibirnya melihat wajah Sara yang seakan sedang memikirkan sesuatu.

"Aunty awak orang Perancis ke?"

"Why" Aiden menaikkan keningnya.

"Yalah sebab dia namakan cafe ni dalam bahasa Perancis kan. Mana lah tahu kot-kot aunty awak orang Perancis."

"Oh tak lah. Aunty saya bukan orang Perancis. Tapi dia tinggal kat sana. Lama juga lah dia duduk kat sana. Sekarang ni baru balik kat sini" jelas Aiden.

Sara mengangguk faham. "Oh patut lah"

Selang 5 minit akhirnya pesanan mereka sampai. Waiter itu menyerahkan kek kepada Aiden lalu Aiden mengambilnya dan memberikan kepada Sara. Terbit senyuman di bibirnya.

"Finally, the cake is here!" ucap Sara teruja dengan menepuk-nepuk tangannya.

Melihat telatah Sara membuatkan Aiden tertawa kecil.

"Asal comel sangat ni" bisik Aiden.

Mereka mula menikmati kek coklat itu.

"Bismillah" Suapan pertama melebarkan senyuman Sara. Matanya terpejam rapat menikmati rasa kek coklat yang sedap itu.

"Sedap sangat ke kek tu?" soal Aiden sedari dari tadi lagi Sara tidak henti-henti makan.

Sara mengangguk. "Dah lama saya craving nak makan kek ni . Harini baru dapat makan."

Mereka terus menikmati makan kek yang sedap itu, menikmati setiap suapan. Aiden mengerling ke arah Sara yang turut sama menikmati kek itu. Sempat dia mengambil beberapa keping gambar Sara tanpa disedari. Mereka berdua berpandangan dan tersenyum.

"Eh Ran kenapa datang tak bagitahu Mak Long ?" tegur Datin Hani, ibu saudara kepada Aiden. Datin Hani merupakan kakak kepada mama Aiden iaitu Datin Suraya. Mereka berdua berpegang gelaran Datin.

"Ran bukan taknak bagitahu tapi Ran tengok Mak Long macam sibuk. Ran taknak ganggu . Mak Long sihat?" Seraya itu Aiden berdiri dan menyalami tangan ibu saudaranya.

"Mak Long macam ni lah Ran sihat-sihat orang tua kan. Hmm... btw who's the pretty girl in front of you? Is she your girlfriend?" tanya Datin Hani tersenyum memandang Sara. Sara membalas senyuman itu. Sara turut menyalami tangan Datin Hani.

"Ummm... no, she's not my girlfriend-"

"Ahh, so you're not dating yet, right? Well well , it's just a matter of time then, isn't it? When you going to be in a relationship with her?"  Bertubi-tubi soalan dari Datin Hani. Soalan itu membuatkan Aiden tersedak.

Sara hanya diam membisu mendengar perbualan mereka berdua. Namun dia seakan terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh Datin Hani. "When you going to be in a relationship with her?"

"Ran..." kata-kata Aiden terus dipotong laju oleh Datin Hani.

"Oh, don't deny it, Ran. She totally your type, ain't she?" bisik Datin Hani sambil mengenyitkan matanya.

"Mak Long..." Datin Hani tersenyum melihat kekeluan anak saudaranya. Begitu lah Aiden setiap kali Datin Hani bercakap berkaitan perempuan dengannya. Daripada Aiden seorang yang bercakap banyak terus berubah gagap apabila bercakap. Dah macam orang buat salah pula.

"Just kidding. So pretty girl, what's your name? Datin Hani kembali memandang ke arah Sara yang dari tadi hanya diam.

"Sara Azalea. Aunty boleh panggil saya, Sara" balas Sara.

"Pandai Ran cari. Nama secantik tuannya. Panggil MakLong tak payah Aunty." Sara tersipu malu sambil menundukkan kepalanya.

"Takpa lah Mak Long pergi dulu lah. Enjoy your food"

Mendengar kata-kata Aiden membuatkan langkah Datin Hani terhenti sebelum dia menoleh kembali ke arah Aiden.

"Oui, ce n'est pas ma petite amie mais je vais la faire mienne. Je l'aime, tante." Datin Hani tersenyum. Lalu dia membalas.

[ Ya dia bukan girlfriend Ran tapi Ran akan jadikan dia milik Ran. Ran sayangkan dia, MakLong ]

"Je sais que tu l'aimes C'est la première personne que vous avez amenée ici. et encore une chose, il t'aime bien aussi. Je peux le voir dans ses yeux." Terkedu Aiden mendengar. Seraya itu Datin Hani melangkah pergi.

[ MakLong tahu Ran sukakan dia. Dia orang pertama yang Ran bawa datang sini. Dan lagi satu, dia pun sukakan Ran. MakLong boleh nampak matanya]

Berkerut dahi Sara mendengar perbualan antara Aiden dan Datin Hani. Apa yang dorang bincangkan. Nampak macam serius.

Aiden melepaskan nafas lega. Lega kerana sesi menjawab bersama Datin Hani akhirnya selesai. Mungkin disebabkan mereka berada di kafe sekarang ni, kalau di rumah sudah pasti dia tidak akan terlepas selagi dia tidak menjawab soalan Datin Hani.

Sara yang melihat itu ketawa. Riak wajah lega Aiden membuatkan dia tidak dapat menahan ketawa. Dah macam penjenayah buat salah yang sudah dilepaskan.

Aiden menjegil mata.

"Yang awak ketawa ni kenapa?" soal Aiden sambil tangannya mencapai gelas air. Dahaga bersoal siasat tadi. Ah lega!

"Saja. Kelakar lah saya tengok awak" Ketawa masih jelas lagi kedengaran.

"Bila masa saya buat lawak ni"

"Tadi lah. Dah kenapa tiba-tiba gagap?" usik Sara

"Err.... saya tak tahu nak jawab apa lagi. Banyak sangat soalan MakLong tadi. Dah macam kena soal selidik dengan bakal bapa mentua pula. Macam tu ke nanti?"

Sekali lagi Sara mengerutkan dahinya menandakan dia tidak faham.

"Apa maksud awak macam tu ke nanti?" soal Sara.

"Hmm... macam tu juga ke nanti saya kena soal dengan ayah awak?" Membulat mata Sara mendengarnya.

"Hahahaha, saya gurau je lah" Tersengih Aiden hingga nampak gusinya.

"Yes my girl, awak nak tanya apa?" tanya Aiden lembut. Dia seakan tahu seperti Sara ingin menanyakan sesuatu.

"Err... awak cakap apa tadi dengan Aunty? Awak kutuk saya ke? Ke awak puji saya? Awak pandai cakap Perancis?" Senafas betul soalan yang ditanya oleh Sara.

"Laju-laju nak pergi mana? tanya satu-satu my girl." Aiden tersenyum lebar. Senyumannya itu membuatkan hati Sara berdegup kencang. Tambah lagi si Aiden memanggilnya "my girl". Kali ni dah 2 kali dia panggil. Kalau berterusan boleh jadi gila dia.

"A...aw...awak cakap apa tadi?" tergagap-gagap Sara.

Tercetus gelak besar Aiden melihat Sara gagap. Baru panggil my girl dah gagap kalau panggil sayang entah apa yang jadi nanti.

"Tak ada cakap apa pun. Haah saya boleh la sikit-sikit cakap bahasa Perancis"

"Macam mana awak pandai cakap Perancis?"

"Saya belajar. Sebab dulu saya pernah ke Perancis rumah Aunty. Lama juga lah saya duduk kat sana. Disebabkan saya tak faham apa yang mereka cakap jadi saya belajar lah"

"Ohh macam tu" panjang sungguh ohh Sara sekali dengan mulutnya memuncung. Aiden mengangguk.

Ting!

Bunyi notification masuk di telefon milik Sara. Dia terus mencapai telefon nya yang berada di atas meja.

Sofea: Kau pergi mana? Dating ke?
Sara: Sibuk je kau ni. Kau nak apa ws aku ni?
Sofea: Eh kau nak ws pun dah tak boleh ke?
Sara: Bukan tak boleh
Sofea: Habis tu?
Sara: Kau nak apa sebenarnya Sofea?
Sofea: Nanti aku nak kau temankan aku cari Mee celup.
Sara: kat mana? Bila?
Sofea: nanti lah tapi aku pun taktahu kat mana yang sedap. Kau tahu?
Sara: Tak. Dah kenapa tiba-tiba kau nak makan ni? Bukan ke kau tak suka?
Sofea: Saja. Dah lama aku craving. Anak aku dalam perut ni yang nak.
Sara: Pala hotak kau anak. Anak cacing adalah dalam perut kau tu.
Sofea: HAHAHA iya la anak cacing aku ni yang craving. Teman ye nanti
Sara: Yalah
Sofea: okelah bye. Aku taknak ganggu orang dating

Sara terus menutup telefon nya sebaik saja selesai membalas pesanan dari Sofea.

"Siapa mesej?" tanya Aiden yang setia menunggu dari tadi lagi.

"Sofea"

"Oh dia nak apa?"

"Dia suruh temankan dia nanti"

"Pergi mana?"

"Entah lah. Dia cakap craving nak makan Mee celup"

"Oh, bila?"

"Tak tahu lagi"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro