Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 23 🍓

AKHIRNYA tiba juga event dinner untuk semua pelajar yang terlibat. Kali ini event diadakan di Shah Alam I-City . Event akan bermula pukul lapan malam. Sekarang jam menunjukkan pukul 7:00 malam namun bayang Sara dan Sofea masih tidak kelihatan di dalam dewan. Mereka semua diminta untuk berada di dalam dewan pada pukul 7:30 malam.

Sara baru tersedar dari lenanya apabila telefon bimbitnya tidak henti-henti berbunyi menandakan ada notification yang masuk. Dia membuka mata nya perlahan-lahan. Berat sungguh matanya. Dia melihat Sofea yang masih tidur di tepinya sambil memeluk bantal. Mereka berdua tertidur selepas solat asar tadi.

10+ Missed Call
7+from Abang Rizq
6+from Mamat Tak Guna
10+from Zila

Sara terkejut melihat banyak notification masuk.

Sara terus membuka WhatsApp selepas melihat banyak notification masuk dari telefon milik nya. Dia menekan satu-persatu pesanan.

"Abang Rizq"
Assalamualaikum
Lea
Lea okay?
Abang Rizq cari Lea tak jumpa
Lea tak datang lagi ke?
Lea tak sihat lagi?
Event dah nak mula ni

"Mamat Tak Guna"
Sara
Kau demam lagi ke?
Aku tengok kau tak ada pun dalam dewan ni
Sofea pun aku tak nampak ni
Aku call kau tak angkat
Please reply aku risau ni

"Zila"
Sara
Sara
Sara
Kau kat mana?
Kenapa tak datang lagi?
Kau tahu tak event dah nak mula?
Bayang Sofea pun aku tak nampak ni
Korang berdua buat apa lagi?
Cepat lah
Semua orang dah ada

"Alamak!! Aku dah lambat ni! Tinggal lagi beberapa minit sebelum dinner bermula." Sara terus menghempas telefon nya di atas katil sebelum dia kejutkan Sofea.

"Sofea, bangun! Kita dah lambat ni. Dinner dah nak start." Sara berteriak tepat di telingannya yang membuatkan dia terkejut. Sofea terus cemas bangun dari tidur nya.

"Kau dah kenapa terpekik macam monyet tak dapat pisang ni?" ujar Sofea dengan geram. 

Hampir gugur jantung gue

"Banyak lah kau punya monyet. Kau tahu tak yang sekarang ni kita dah lambat? Semua orang dah ada dalam dewan , kita je belum ni."

"Apadia? Dah pukul berapa ni? Tu lah kau orang tua-tua dah cakap jangan tidur lepas asar, tapi kau tidur juga. Sekarang ni kau tengok apa jadi. Kan dah bangun lambat." bebel Sofea dengan rambutnya dah macam hantu.

Sara memandang Sofea yang membebel kalah nenek-nenek.

"Ish kau ni kan, sempat lagi nak membebel erk. Salah kau lah bukan salah aku. Yang kau tidur juga kenapa? Aku takpa lah sebab aku demam. Kau tu tadi elok je aku tengok kau scroll tiktok tiba-tiba aku bangun ni tengok kau tidur tepi aku. Sekarang pukul 7 lebih, kita ada lebih kurang 30 minit je lagi untuk bersiap." ucap Sara sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"A...aku tertidur lah. Penat jaga kau lah". Sara menjuling matanya ke atas.

"Kau ingat aku ni budak kecil ke? Kalau demam kena ada orang jaga."

"Memang kau bukan budak kecil tapi kalau kau demam, budak kecil pun kalah dengan kau. Al maklumlah bila si anak bongsu demam auto jadi manja. Dah lah susah nak makan ubat." Sara tersenyum pada Sofea. Apa yang dikatakan oleh Sofea semuanya betul. Dia kalau dah start demam mesti bertukar jadi manja dan susah nak sembuh tapi alhamdulillah demam kali ni cepat sikit sembuh. Sebab kena paksa makan ubat.

"Yalah, terimakasih ya sudi jaga aku. Sayang kau" kata Sara sambil memeluk Sofea.

"Dah-dah lah, aku pun sayang kau. Tapi sekarang ni kita dah lambat. Maghrib pun kita tak solat lagi. So kita kena cepat-cepat bersiap. Aku pergi mandi dulu lah sebab aku lama , kau takpa sekejap je mandi." Sara mengangguk. Sofea terus bangun dan menuju ke bilik air.




Tergamam Sara melihat dewan itu dihiasi dengan lampu-lampu cantik, mendamaikan dengan tema yang diingini oleh pihak mereka. Cukup elegant.

Mereka berdua berjalan menuju ke meja yang telah disediakan oleh pihak hotel. Meja mereka berada di bahagian kedua di belakang meja pelajar senior sem terakhir iaitu Aiden, Aish dan Rizq.

Suasana di dewan besar itu riang riuh. Semua pelajar sibuk bercakap dan ada yang sibuk selfie. Klip sana klip sini.

"Kenapa korang lambat?" tanya Zila. Zila merupakan kawan kepada Sara dan Sofea. Namun hubungan mereka tidak serapat Sara dan Sofea.

"Kitaorang tertidur lepas solat asar tadi. Tu yang lambat ni. Nasib sempat datang sebelum dinner start" bisik Sofea.

Pakaian Sara simple saja. Tak segempak pakaian pelajar lain. Lagi-lagi si Myra tu. Entah berapa duit dia habiskan untuk membeli baju itu. Dengan makeup ya tebal. Dah macam nak pergi majlis anugerah lagu pula.

Malam ni Sara memakai dress muslimah berwarna putih yang dihiasi dengan manik-manik kecil dan berselendang juga berwarna putih. Juga dipadankan dengan sepatu heel yang setinggi 5 inci serta aksesoris berupa jam tangan dan cincin. Sofea pula mengenakan dress muslimah berwarna pink.

Walaupun Sara hanya mengenakan pakaian simple namun masih kelihatan cantik. Kalau tak cantik tak ada nya pelajar lelaki tak berkedip memandang dia sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam dewan tadi. Termasuk lah Aiden dan Rizq. Mata Aiden tidak berkedip memandang Sara. Terpegun dia melihat Sara. Sara kelihatan sangat cantik walaupun hanya memakai makeup tipis. Timbul perasaan cemburu di hati Aiden apabila ramai lelaki memandang buah hati nya.

Mata Sara terus tertuju ke arah meja yang telah dikhaskan untuk lecturer. Ramai lecturer sudah berada di meja. Masing-masing berpakaian cantik dan segak.

"Kau tengok Aiden tu, dari tadi lagi aku perati dia dok tengok si Sara je. Tapi handsome betul dia" ucap salah satu pelajar teruja.

Sara hanya buat-buat tak dengar tapi matanya berpaling ke arah Aiden. Tak dinafikan Aiden kelihatan sangat tampan malam ini. Ketampanannya jelas menyerlah apabila dia mengenakan tuxedo berwarna hitam dan kemeja putih dalamnya yang tidak dibuntangkan satu bahagian atas.



Sempat Aiden mempamerkan senyuman kepada Sara. Terpegun juga Sara melihat senyuman Aiden.

"Ehem" Sofea berdehem perlahan untuk menarik perhatian Sara.

"Dah kenapa kau ni? Sakit tekak ke?" soal Sara sinis.

"Anak teruna orang tu. Tenung macam nak tembus dah tu." Sara menjeling Sofea .

"Tu yang si Aish tenung kau dari tadi lagi tu takpa? Tenung anak dara orang sampai nak keluar dah bijik mata aku tengok" Sara tunjuk jarinya ke arah Aish yang dari tadi lagi melihat ke arah Sofea.

Sofea terus berpaling ke arah yang di tunjukkan oleh Sara. Kelihatan Aish memandangnya. Sempat dia menghadiahkan senyuman manis ke arah Aish. Tersipu malu si Aish.

"Kau ada apa-apa hubungan istimewa ke dengan Aish? tanya Sara.

"Setakat ni tak ada. Aku dengan dia just kawan je" balas Sofea dengan senyum.

"Ye ke? Macam tak percaya je. Tak nampak macam kawan pun"

"Habis tu macam mana apa?" Sofea mengangkat kedua keningnya ke atas.

"Bercinta" ringkas Sara balas.


Dinner malam ni bermula dengan sangat meriah. Makan malam ni juga dimeriahkan dengan pelbagai persembahan. Banyak makanan yang disediakan oleh pihak hotel. Semuanya sedap. Tersedia juga dessert kegemaran Sara iaitu kek tiramisu.

Sekarang menunjukkan pukul 10 malam, maka tamatlah majlis makan malam. Kemudian Rizq sebagai wakil pelajar senior naik ke pentas mengucapkan terima kasih kepada semua lecture yang mengajar mereka dan lecturer yang bertungkus lumus menjayakan event ini. Dia juga memberikan kata-kata semangat kepada pelajar junior yang masih berjuang . Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak hotel.

Sebelum bersurai, ada acara menyampaian hadiah kepada pelajar perempuan yang paling cantik dan handsome bagi pelajar lelaki pada malam ini. Semua pelajar diminta untuk memilih siapakah yang paling cantik serta pasangan yang serasi pada malam ini. Mereka semua dikehendaki memilih dan menulis nama pada kertas yang disediakan. Kertas itu harus dilipat dan dimasukkan ke dalam bekas yang telah dikhaskan. Mereka boleh saja menulis nama mereka sendiri. Kertas itu akan dicabut oleh Miss Malia ketika dinner tamat. Maka tibalah masa nya.

Kali ini Miss Malia sebagai Penasihat Event ini naik ke pentas untuk mencabut nama dan penyampaian hadiah. Hanya ada 3 hadiah saja. Hadiah pertama kepada pelajar yang paling cantik, hadiah kedua kepada pelajar lelaki dan hadiah ketiga kepada pasangan yang serasi.

"Alright everyone, it's time for the announcement of the Most Pretty Female , Most Stylis Male and Couple Award."

Semua pelajar kelihatan tidak sabar.

"And the Most Pretty Female Award goes to.... Sara Azalea Nur!" jerit Miss Malia.

Terkejut? Terkedu? Betul-betul unexpected. Tak sangka betul ramai pelajar yang memilih dia.

Semua pelajar bertepuk tangan. Sara cepat-cepat bangun. Dia masih tak percaya yang dia akan terpilih malam ini. Masih ramai lagi pelajar yang cantik.

"Congrat Sara" ucap Miss Malia seraya tersenyum.

"Thank you Miss" Sara senyum.

"And the Most Stylish Male Award goes to... Aiden Zharran!". Aiden turut terkejut apabila namanya diseru. Dia terus bangun dan naik ke pentas.

Ramai pelajar perempuan bersorak .

"Congrat Aiden" ucap Miss Malia.

"Thank you Miss" balas Aiden.

"Now, for the last part of event. We shall reveal the Most Stylish Couple Award, and they will be received a special prize for their stylish and charming appearance. So the winners are...

Semua orang menanti dengan cemas.

"And the Couple Award goes to.... Aiden Zharran and Sara Azalea!" Sekali lagi mereka berdua terkejut.

Mereka berdua berjalan naik ke pentas. Dan semua orang terus tepuk tangan dan ada yang bersorak.

"Yeahhh!!! Way to go!"

"Congrats you two!"

"Woooo!

"Oh, they so deserve it!"

"So sweet!"

Aiden dan Sara hanya tersenyum dan memandang antara satu sama lain.

Myra yang mendengar itu terus menahan marah dan cemburu. "Sepatutnya aku yang menang bukan perempuan tu. Perempuan tak guna. Siap kau nanti."

"Kau ni pehal Myra? Jealous ke?" tanya Amelin kawan baik kepada Myra.

"Diam lah kau" marah Myra.

"Congratulations to both of you on winning the Most Couple Award. Your stylist and charming appearance has gained you the recognition you deserve it. We're happy for you both!"

"Thank you Miss" Serentak mereka balas. Miss Malia membalas dengan senyuman.

Mereka dapat special prize. Sara turut mendapat bouquet of flowers.

" And with this, this year's Couple Award for the College Day Celebration has come to an end. Thank you all for your participation."

Mereka terus berjalan turun.




Bila majlis dah tamat , bermula lah sesi bergambar. Semua pelajar mula berpose dan mengambil gambar antara satu sama lain. Ada juga yang bergambar dengan para lecturer.

Tiba-tiba ada seorang lelaki mengajak Sara bergambar dengan nya.

"Lea, jom ambil gambar berdua" ajak Rizq.

Sara terkejut dengan permintaan yang tiba-tiba itu. Dia terus melihat Aiden dan perasan keadaan dari jauh dan riak wajahnya berubah sedikit.

"Err... B..bo.." belum sempat Sara menghabiskan kata-katanya , Sofea terus memotong.

"Sara! Jomlah ambil gambar dengan kita orang" ajak Sofea. Di situ terdapat Aiden dan Aish.

Sara menghembuskan nafas lega.

"Sorry Abang Rizq" Rizq hanya memberikan senyuman nipis.

Sofea selalu menjadi penyelamat ku.

"Memandangkan kau dengan Aiden menang tadi. So, apa kata korang berdua bergambar? Nak?" Sofea terus menolak tubuh Sara supaya berdiri di sebelah Aiden.

"Aiden! Bak sini phone kau. Kau kan pakai phone mahal. Buat apa pakai phone mahal tapi taknak guna kan"

Terkejut Sara mendengar kata-kata selamba Sofea.

"Kau pehal minta phone dia? Aku pun pakai iphone juga. Guna aku punya je lah" ucap Sara sambil menghulurkan telefon nya.

"Memang lah kau pakai iphone juga tapi phone kau tak segempak Aiden punya. Dia kan pakai iphone 15 Promax. Camera mesti cantik. Kau pakai iphone 15 Plus je." balas Sofea.

"Oh kau nak kata phone aku tak gempak lah ni? Sebelum cakap tu cuba kau try tengok phone apa yang kau pakai tu. Kau pun pakai iphone sama macam aku. So phone kau pun tak gempak lah." sindir Sara.

"Boleh" balas Aiden dengan tersenyum.

Lebar senyum Sofea menyambutnya. Sempat Sofea jelir lidah ke arah Sara.

Sara membalas dengan jelingan.

Namun sebelum mereka bergambar, Aiden sempat berbisik di telinga Sara.

"You look breathtakingly beautiful tonight. Your ensemble is stunning and compliments your natural beauty." bisik Aiden.

Wajah Sara terus berubah menjadi merah, pipinya hampir seakan tomato. Aiden puji dia cantik.

Kito nyo cepat blushing. Umie crush adik puji adik cantik.

"Okey, 1,2,3... Klip! Klip!" Entah berapa banyak gambar yang diambil oleh Sofea.




"Dah lah tu. Meh aku ambil gambar korang berdua pula" Sara terus rampas telefon di tangan Sofea.

Aish dan Sofea saling berpandangan sebelum mereka mengangguk perlahan.

"Erh malu tapi mahu. Gatal betul korang ni." bidas Sara.

Mereka berempat ketawa bersama.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro