Part 22 🍓
Sara termenung di tepi kolam renang dengan kaki nya dimasukkan ke dalam kolam tersebut. Keluhan berat terbit di mulutnya. Dia teringat kisah petang tadi sewaktu di pantai.
"Aiden sukakan aku? Dia cemburu tengok aku rapat dengan lelaki lain? Aku patut percaya ke dengan kata-kata dia? Ke semua tu hanya penipuan semata-mata sebab rasa bersalah? Raut wajah Aiden tenang namun matanya tak menipu. Aku nampak keikhlasan dan kejujuran dia. Apa patut aku buat? Terima dia?" gumam Sara perlahan.
"Sara!" panggil Myra keras. Sara terus menoleh ke belakang apabila mendengar nama nya di panggil.
"Oh Myra. Kau nak apa panggil aku?" Matanya kembali tertumpu ke arah kolam.
"Eh kau dengar sini, Aiden tu aku punya. Yang kau terhegeh-hegeh dengan dia tu kenapa? Sedar sikit diri kau tu."
"Apa yang kau merepek ni malam-malam buta macam ni" Sara masih cuba menahan sabar.
"Kau buat apa kat pantai berdua dengan Aiden? Kau ingat aku tak tahu ke. Perempuan tak tahu malu. Harap pakai je tudung tapi tergedik-gedik dengan laki"
"Kau ada nampak ke aku dengan Aiden buat benda bukan-bukan? Tak ada kan? Lagi satu sedap mulut kau je cakap aku tergedik-gedik dengan Aiden. Sebelum kau nak cakap kat orang tu cermin dulu diri kau tu macam mana. Aku tengok kau yang terhegeh-hegeh kat Aiden tapi Aiden tak layan pun kau. Kesian betul." bidas Sara.
Myra ketap bibir geram.
"Mulut kau bukan main erh, mak bapak kau tak ajar ke?. Nafas nya menjadi berat apabila Myra menyebut nama umi dan abah nya.
Sara terus berdiri dihadapan Myra. Jarak mereka terlalu dekat. Bila-bila masa saja tangannya akan melayang di muka Myra.
"Kau jangan nak kaitkan mak bapak aku dalam hal ni." katanya dengan tegas.
"Dah memang macam tu. Dulu bukan main sombong kau dengan laki lain tapi bila dengan Aiden tergedik-gedik. Menyampah aku tengok. Ingat pesan aku ni, jangan kau cuba dekat dengan Aiden. Aiden tu aku punya." balas Myra .
"Kau patut nya sedar diri, orang dah taknak jangan terhegeh-hegeh. Dah Aiden tak nak kau nak buat macam mana. Kau kan ramai boyfriend pergi la kat dorang. Ni tak asyik Aiden je. Kenapa? Semua boyfriend kau dah taknak kat kau ke?" perli Sara.
"Apa kau kata tadi? Kau nak cakap aku murah? Kau sebenarnya cemburu dengan aku kan sebab ramai lelaki sukakan aku tapi kau tak ada siapa pun suka."
Sara hanya menayangkan muka menyampah.
"Buat apa aku nak cemburu dengan kau? Bukan dapat pahala pun malah dapat dosa lagi."
"Aku jangan ingat aku tak tahu Sara. Mula-mula kau rapat dengan Rizq sekarang ni dengan Aiden pula. Kau pun tak cukup satu laki. Kau sama je macam aku. Cuma bezanya kau tu bertudung aku tak. Tapi tu lah tak sangka betul aku dengan kau. Betul la orang cakap pakai tudung belum tentu baik. Kesian mak bapak kau." Myra mengeleng-geleng kepalanya.
Pangg!!
Sara menampar Myra dengan kuat. Dia sudah tak tahan dengan Myra.
"Arghh!! jerit Myra sambil tangannya memegang pipi nya yang sakit akibat ditampar oleh Sara.
Dengan perasaan marah, Myra menolak tubuh Sara yang membuatkan Sara terjatuh ke dalam kolam yang berada dibelakangnya. Memandangkan hanya mereka berdua saja yang ada disini. Semua pelajar berada di dalam bilik masing-masing.
"T..to..lo..ng..." pinta Sara dengan nada yang perlahan.
Myra hanya melihat dengan senyuman sinis tanpa ada niat ingin menolong. "Padam muka kau"
Sofea dan Aish tergamam melihat Sara jatuh ke dalam kolam renang. Manakala Aiden terkaku di tempatnya . Mereka bertiga kebetulan keluar menghirup udara malam dan ingin mencari Sara.
Sara sudah terkapai-kapai di dalam kolam. Sara bukan tidak pandai berenang namun dia ada trauma berkaitan dengan air.
Peristiwa hitam dimana dia hampir lemas ketika dia kecil mula terimbau kembali.
"S..Sa..ra.." panggil Sofea dengan nada tersekat-sekat. Myra yang mendengar itu terkejut, air muka nya terus berubah. Adakah mereka nampak dia yang tolak Sara?
Perlahan-lahan badan Sara tenggelam.
"Aiden!! Cepat tolong Sara." kuat suara Sofea memanggil Aiden menyedarkan lelaki itu dari lamunannya.
Aiden terus terjun dan menarik badan Sara untuk keluar dari kolam. Sara sudah tidak sedarkan diri.
"Sara, bangun Sara!" pipi Sara ditepuk dengan kuat. Aiden nak sedarkan Sara.
Sofea menangis melihat keadaan Sara.
Tanpa berfikir panjang, Aiden terus menekan dada Sara berkali-kali. Namun masih sama, tiada pergerakan dari Sara. Selepas beberapa minit , kedengaran batuk kecil datang dari arah Sara. Sofea terus menolak lembut Aiden dan memeluk Sara.
"Sara kau okey?" lega hatinya apabila melihat Sara sudah sedarkan diri. Air matanya mengalir. Dia bersyukur .
"S..Sofea... aku takut" air matanya mengalir secara berterusan.
"Dah jangan takut, kau dah selamat. Aku ada dengan kau ni" pujuk Sofea.
Aiden memandang kearah Myra dengan wajah yang tegang. "Kau buat apa kat Sara?"
Timbul rasa ketakutan di wajah Myra apabila melihat Aiden.
"Aiden, aku rasa sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk kau marah Myra." Aish cuba menghalang Aiden untuk tidak memarahi Myra.
Aiden melepaskan keluhan.
"Sofea, awak bawa Sara masuk bilik. Lagipun dah malam ni. Saya tengok Sara dah menggigil kesejukan tu." ucap Aish.
Sofea mengangguk setuju.
Selesai saja Sara menganti baju , dia terus berbaring di atas katil. Sofea menatap wajah Sara yang sudah bertukar pucat.
"Apa yang berlaku tadi? Macam mana kau boleh jatuh? Dan kenapa kau boleh ada dengan Myra? Myra yang tolak kau kan? Baik kau cakap dengan aku." Bertubi-tubi soalan keluar darinya.
Sara tergelak kecil mendengar soalan Sofea.
"Boleh tak kau tanya aku satu-satu soalan. Ni tak bertubi-tubi soalan kau tanya. Aku dah lah tak sihat ni"
"Yalah-yalah. Aku tanya satu-satu soalan. Oke soalan pertama. Apa yang berlaku?"
"Aku gaduh dengan Myra" balas Sara.
"Oke soalan kedua. Macam mana kau boleh jatuh? Myra tolak kau kan"
Sara mengangguk.
"Aku dah agak dah mesti si Momok tu yang buat kau" Sara ketawa sekali lagi mendengar kata-kata Sofea.
"Oke soalan last. Kenapa dia boleh ada dengan kau"
Sara lepaskan keluhan kecil sebelum menjawab. "Dia yang tiba-tiba datang kat aku lepastu marah-marah aku"
Sofea berkerut hairan. "Dah kenapa dia marah kau?"
"Sebab Aiden lah. Dia kan syok kat Aiden. Dia suruh aku jauhkan diri dari Aiden. Sebab Aiden tu milik dia. Lepas tu dia kaitkan umi dengan abah aku. Aku paling pantang betul la orang cakap buruk-buruk pasal umi abah aku. Apa lagi , aku tampar la dia. Dia marah aku terus dia tolak aku jatuh" Bersungguh-sungguh Sara cerita. Sekali-sekali kedengaran bersin.
"Kurang ajar betul minah tu. Sedap-sedap dia je cakap yang Aiden tu milik dia. Aiden pun tak hingin dekat dia"
Bersin tidak henti menyinggah begitu juga dengan batuk yang tiba-tiba menyerang.
"Aku rasa kau ni demam, Sara"
Sara terus menyelubungi tubuh dengan duvet tebal.
"Kau kena makan ubat dulu baru boleh tidur." suruh Sofea.
"Taknak. Aku nak tidur"
"Aku cakap makan dulu baru tidur. Kalau kau tak makan macam mana nak sihat" tegas Sofea.
"Taknak. Kau tahu kan aku tak suka makan ubat. Pahit!" degil Sara.
Beginilah situasi apabila seorang Sara dijangkiti demam. Susah betul nak makan ubat.
"Kau nak makan ubat ke taknak? Kau jangan sampai aku bertukar jadi singa betina" Tajam mata Sofea merenung Sara.
Melihat renungan Sofea, Sara terus bingkas bangun.
"Mana ubat? Cepat lah aku nak tidur ni" Tangannya dihulurkan.
Sofea memberikan 2 biji ubat penadol kepadanya. Terus dia menelan ubat itu.
Berkerut wajah Sara menahan pahit ubat itu. "Eee dislike , dislike!"
"Ha macam tu lah. Baru cepat sihat" Sofea mengelus rambut Sara.
Sara kembali baring di atas katil. Dia menarik duvet sehingga menutup kesemua badannya.
"Kau tidur lah, Sara. Aku nak ke bilik air kejap. Nak bersihkan muka aku"
Perlahan-lahan matanya tertutup.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro