Part 13 🍓
SARA berdiri di luar restoran menunggu kehadiran Mikael yang berada di dalam restoran yang sedang membuat pembayaran seusai selesai mereka makan sambil mengelus perutnya yang kenyang.
"Kenyang dah ?" soal Mikael sambil tangannya menyimpan kad kredit .
Sara yang mendengar soalan itu terus tersenyum lebar. "Alhamdulillah kenyang . Terima kasih along sebab belanja makan."
"My pleasure" ucap Mikael sambil mengelus lembut kepala adiknya.
"Okay, now jom pergi beli novel adik" ajak Sara seraya memegang tangan Mikael.
Mikael hanya mengangguk.
Sampai di tingkat 2 , mereka berjalan menuju ke kedai Book Store yang agak besar dan popular di Mall itu . Tempat yang menjadi tumpuan dan tarikan kepada Book Lovers seperti Sara . Ini bukan kedai buku yang biasa-biasa tapi luar biasa kerana vibes seperti bookstore di Jepun. Yang lagi menarik tentang bookstore ini berbanding yang lain kerana disini terdapat sebuah cafe , di mana pelanggan yang datang dapat menikmati kopi dan makanan sambil membaca buku.
Hampir terbeliak mata bundar milik Sara sebaik saja masuk ke dalam Bookstore itu. Memang betul-betul besar dan cantik dalamnya. The Most Beautiful BookStore.
"Adik nak beli novel apa?" soal Mikael ketika melangkah masuk ke kedai Bookstore.
"Tak tahu lagi. Nak tengok-tengok dulu."
"Adik tengok-tengok lah dulu. Along nak pergi cafe sekejap nak beli kopi."
"Okay, along,"
Sara terus menuju ke bahagian novel sambil tangannya sibuk mengambil gambar view bookstore itu .
Sara masih ralit lagi membaca sinopsis di belakang novel sebelum membelinya. Macam-macam novel yang telah dibaca oleh Sara. Dia mengeluh perlahan.
"Ish nak beli novel mana satu ni. Novel Dheos ke Dia Untuk Aku ? Semua novel best-best. Susah betul nak buat pilihan ni. Nak Abang Itali tapi dalam masa yang sama nak jugak Abang Taufiq," gumam Sara sendirian sambil tangannya memegang 2 novel .
Tiba-tiba terdengar suara Mikael terkekeh ketawa melihat telatah adik nya yang bercakap sendirian itu. Sara terus memalingkan kepalanya ke arah Mikael
" Yang along ketawa ni dah kenapa"
" Adik tu dah kenapa cakap sorang-sorang?"
"Bila masa?"
"Tadi, dari jauh lagi along tengok mulut adik tu dok bergerak-gerak. Ingatkan adik tengah bercakap dengan orang tapi bila along tengok tak ada pun orang , ada adik sorang je."
"Ohh. Ni adik tak tahu nak beli yang mana satu. Dua-dua novel ni best. Susah adik nak pilih."
"Dah kalau macam tu beli je lah dua-dua novel tu apa susah."
"Boleh ke kalau adik nak beli dua-dua novel ni?"
"Kenapa pula tak boleh, mestilah boleh. Apa-apa aje yang adik nak along boleh belikan." Sara tersenyum mendengar balasan dari Mikael. Abang sulung nya memang seorang abang yang baik sangat memahami dia walaupun kadang-kadang agak annoying. Dia sangat bersyukur dapat memiliki abang- abang seperti Mikael Arash , Syafiq Amsyar dan Asyraaf Firas.
"Terima kasih along. Sayang Along"
"Sama-sama my princess. Dah jom bayar." ajak Mikael seraya mahu menuju ke kaunter pembayaran.
"Eh sekejap-sekejap..."
"Kenapa adik?" soal Mikael hairan.
"Along, tolong tangkap gambar adik kat buku banyak-banyak kat sana tu kejap" pinta Sara sambil tangannya menunjuk-menunjuk ke arah tempat yang mahu bergambar.
"Sempat lagi erk nak bergambar. Okay, Jom"
"1,2,3 senyum. Pandang lah camera ni adik yang pusing belakang tu kenapa?" kata Mikael.
"Ish along ni , adik nak gambar candid taknak tengok camera."
"Yalah"
Clip!
"Ha okay tak gambar along ambil ni?"
"Boleh lah dari takda"
"Jom lah bayar"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro