Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 12 🍓

SETELAH 15 minit, akhirnya mereka berdua tiba di sebuah shopping mall terkenal dan mewah yang terletak di Kuala Lumpur iaitu Pavillon Bukit Jalil. Memandangkan rumah mereka tidak berapa jauh dengan Mall itu . Mereka terus masuk ke dalam mall sebaik saja mendapat parking. Walaupun masih pagi namun mall itu sudah dipenuhi dengan ramai orang.

"So kita nak pergi mana dulu ni? Makan ke pergi beli novel adik dulu?" tanya Mikael sebaik saja melangkah masuk ke dalam mall.

"Ermm... kita pergi makan dulu lah. Adik dah lapar ni. Adik kan tak makan lagi pagi ni. Lepastu baru kita pergi beli novel adik." ujar Sara

Mikael mengangguk bersetuju dengan Sara memandangkan perutnya juga sudah lapar. Mereka berjalan menuju ke arah salah satu restoran yang ada di mall itu. Mereka masuk ke dalam Restoran MyeongDong Topokki. Suasana di restoran agak sesak walaupun masih pagi. Mungkin disebabkan restoran ini merupakan restoran yang terkenal disitu.

Sara memilih restoran khas makanan Korea. Dia memilih restoran ini kerana sejak kecil lagi dia suka makanan Korea namun berbeza dengan Mikael. Walaupun abang sulongnya tidak suka makanan khas Korea, dia tetap memilih untuk makan disini.

"Err... adik betul ke nak makan kat sini" soal Mikael sambil matanya memerhati restoran itu.

"Betul lah! Adik dah lama tak makan makanan Korea ni. Lagipun along cakap nak belanjakan. Kenapa along tiba-tiba tanya ni? Ke sebab harga makanan kat sini mahal?" tanya Sara dengan wajah tak bersalah.

"Ni bukan sebab harga mahal ke murah. Kalau demi adik mahal pun takpa, along tak kisah. Tapi ni sebab benda lain"

"Benda apa along," Sara buat-buat tak faham.

"Ish adik ni saja je kan nak kenakan kan along. Adik dah tahu along tak suka makan makanan Korea tapi adik tetap nak makan kat sini. Kalau adik nak makan makanan yang mahal, boleh along tak ada hal tapi bukan kat sini. Banyak lagi restoran lain adik."

"Lah sebab tu je ke? Ingatkan apa tadi. Sebab along tak suka makanan Korea lah adik ajak along makan sini. Tulah siapa suruh kacau adik tidur tadi. Padam muka!" balas Sara dengan ketawa kecil melihat wajah muram Mikael.

"Sampai hati adik buat along macam ni. Habistu along nak makan apa kat sini?"

"Banyak makanan along boleh makan kat sini. So tak payah nak buat muka sedih lah kat sini. Adik tetap nak makan kat sini. Kalau along tak nak makan kat sini, along boleh tunggu kat luar. Nanti adik dah siap makan, adik panggillah along." Balas Sara dengan tak ada perasaan.

Mikael diam dan merenung ke arah Sara. "Tahu lah banyak tapi semua tu along tak makan. Dah lah tak sedap."

"Ish along ni tak try lagi dah cakap tak sedap. Cuba along try dulu mana tahu sedap. Kalau tak sedap, adik pun tak makan lah. So just trust your little sister ni tau." pujuk Sara sambil menarik tangan Mikael ke meja.

Akhirnya Mikael mengalah. Nak bergaduh dengan perempuan memang takkan menang . Perempuan kan semua betul. "Erm... Yalah adik ku."

"Along nak makan apa?" tanya Sara sambil melihat buku menu.

"Along nak makan nasi. Kat sini ada nasi tak?"

"Mestilah ada. Along ingat orang Korea tak makan nasi ke? Kucing pun makan nasi tau inikan pulak manusia.  Along nak makan nasi apa,?"

"Order je lah apa-apa pun janji nasi"

"Kalau macam tu, adik order makanan yang sama macam adik lah."

"Ha. Ikut suka hati adik lah. Janji dapat makan. Along dah lapar ni."

Sara melambaikan tangannya menunjukkan isyarat memanggil waiter. Mikael hanya memerhatikan Sara. Dengan pantas seorang waiter perempuan berjalan menuju ke arah mereka sambil tersenyum manis.

"Ye, nak order apa?" soal waiter itu dengan nada ceria.

Sebaik mendengar suara waiter itu, Mikael memalingkan kepalanya menghadap waiter itu. Senyuman dibibirnya mula lekang seperti melihat bidadari di depan mata.

"Saya nak order Chicken Bibimbap 2, Hotteok 1, lepastu air Peach Tea sejuk 2. Okey tu je. Terima kasih" ucap Sara dengan tersenyum sambil menutup buku menu.

Waiter itu menganggukkan kepalanya.

"Yang along tiba-tiba senyum ni dah kenapa? Dah buang tebiat ke?" tegur Sara apabila melihat abang sulongnya tersenyum seorang diri.

"Tak ada apa-apa lah. Takkan along nak tersenyum pun tak boleh. Senyum kan satu sedekah. Tak kena keluar duit satu sen pun. Bukan macam adik, susah betul nak senyum tu. Kedekut nak buat pahala." bidas Mikael dengan selamba.

"Amboi sedap mulut je along cakap kat adik. Adik tahu lah senyuman tu satu sedekah. Tapi senyuman along tu nampak pelik. Macam senyuman orang gila tau. Ke along dah sangkut kat waiter tadi?"

"Kalau along cakap ya macam mana? Lagipun cantikkan waiter tadi adik"

"Dah agak dah. Tadi baru cakap dah insaf ni tak sampai 1 hari dah buat balik. Along ni pantang betul jumpa perempuan lawa sikit." Tak dinafikan waiter tadi memang cantik, bertudung dan manis bila tersenyum.

"Along rasa along dah jatuh cinta lah" luah Mikael sekali nafas.

Sara menghamburkan tawanya. "Along, setiap kali jumpa perempuan lawa, setiap kali tu lah along cakap jatuh cinta tau. Tapi satu pun tak melekat. Ni bila jumpa , along cakap lagi."

"Tak kali ni betul-betul adik. Cinta pandang pertama"

Sara menggaru kepalanya yang beralaskan tudung bawal. "Err... along biar betul?"

"Betul lah. Along rasa macam nak kenal dia dengan lebih dekat,"

"Suka hati along lah. Asalkan along jangan nak mainkan hati perempuan sesuka hati. Adik paling tak suka kalau ada lelaki mainkan perasaan perempuan. Kalau along betul-betul berkenan go confess to her. Dia nak accept or rejected itu terpulang pada dia. At least along dah bagitahu dia yang along suka kat dia."

"Nantilah. Lepas makan along bagitahu" sempat matanya melilau mencari kelibat waiter perempuan itu.

"Senang betul along ni jatuh cinta. Cinta pandang pertama pulak tempat paling along tak suka."

"Eh! Siapa cakap tak suka? Dulu memang tak suka tapi sekarang along dah suka. Nasib baik adik ajak along makan kat sini, kalau tak mesti along tak jumpa dengan bidadari tadi kan"

"Yes! Say thanks to me"

"Ok. Thankyouu my princess." ucap Mikal sambil tangannya mencuit hidung Sara.

Mereka berdua ketawa kecil. Namun tanpa mereka sedari, ada seseorang yang sedang memerhati adegan mereka di luar restoran.

Ya. Aiden sedang memerhati mereka dengan pandangan penuh cemburu. Dia kebetulan ada di mall ketika itu bersama Aish. Sedang ralit dia melihat ke arah Sara dan Mikael , tiba-tiba Aish menegurnya.

"Kau tengok apa tu Aiden?" soal Aish sedari dari tadi lagi Aiden melihat ke arah restoran Korea itu.

"Cuba kau tengok siapa tu..." ucap Aiden sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke arah restoran itu.

Kepalanya ditoleh mengikut arah yang ditunjuk oleh Aiden. "Tu macam Sara"

"Memang dia pun. Tapi siapa dengan dia tu? Selalunya dengan Sofea je. Harini dengan orang lain pulak."

"Mana lah aku tahu. Maybe boyfriend dia. Lagipun takkan lah hari-hari dia nak berkepit je dengan Sofea kan. Yang kau tanya ni kenapa? Kau cemburu ke kalau Sara ada boyfriend?"

"Aku cemburu? Memang tak lah. Buat apa aku nak cemburu. Aku cuma pelik je sebab Sara cakap dia tak ada boyfriend." nafi Aiden walaupun wajahnya jelas terserlah riak cemburu.

"Dia malu lah tu nak mengaku sebab tu dia cakap tak ada. Dia taknak orang tahu dia dah berpunya. Private relationship gitu. Lagipun kau bukan siapa-siapa pun bagi dia so buat apa dia nak mengaku kan."

Wajah Aiden terus berubah seratus peratus. Kalau tadi wajah cemburu kali ni wajah muram.

"Kau sebenarnya suka kat Sara kan..." Tiba-tiba Aish bertanyakan soalan yang amat susah untuk Aiden menjawab.

Aiden menghela nafas perlahan. Namun belum sempat Aiden membalas, Aish terus mencelah.

"Sah! Kau memang sukakan Sara!" ujar Aish sambil menepuk tangannya sekali tanda dia berjaya mencari kenapa muka Aiden kelihatan sedih dan marah tadi.

"Entah lah. Aku rasa dah tak ada peluang."

"Asal kau cakap macam tu?"

"Yalah, Sara kan dah ada boyfriend. Takkan aku nak rampas Sara dari boyfriend dia pulak walaupun aku boleh je nak rampas sebab baru boyfriend kan belum suami lagi. Tapi..."

"Ish kau ni cepat sangat give up. Mana tahu yang makan dengan dia tu bukan boyfriend dia melainkan abang dia ke. Nanti kau tanya lah Sara. Tak pun kau tanya Sofea ke. Mesti Sofea tahu , dia kan sahabat Sara." cadang Aish.

"Kau gila ke? Takkan lah kau nak suruh aku tanya Sara pulak. Nanti apa pulak dia cakap."

"Suka hati kau lah. Aku suruh tanya taknak. Lepastu mula lah meroyan." ucap Aish selamba.

Aiden merenung tajam ke arah Aish. "Mulut kau bukan main erk. Sedap-sedap je cakap aku meroyan."

Hanya senyuman sahaja yang mampu Aish berikan.

"Jom lah pergi cari baju. Tadi kau ajak aku datang sini sebab kau nak beli baju kan. Takkan nak tercegat je kat sini. Dah macam security pulak. Kalau dapat gaji takpa lah,"

Mereka terus beredar dari restoran itu. Namun mata Aiden tetap melihat ke arah Sara dengan Mikael.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro