Part 11 🍓
AKHIRNYA hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. . Hari ini merupakan hari cuti semester. Hari di mana Sara Azalea tidak perlu bangun pagi untuk ke kolej . Hari cuti begini adalah hari yang paling indah untuk merehatkan mental dan fizikal nya .
Setelah selesai solat subuh, Sara terlelap kembali mungkin kerana keletihan. Semalam dia tidur lewat malam menyiapkan assignment yang diberikan oleh Dr. Syed. Dia perlu menghantar assignment itu sebelum cuti semester. Namun tidurnya terganggu akibat mendengar nyanyian sumbang di tingkat bawah bersama alunan petikan gitar . Nyanyian itu benar-benar menganggu membuatnya tak mampu nak tidur walaupun sudah dipaksa matanya untuk pejam.
"RINDUNYA rindu, rindunya aku. Rindu yang serindu rindunya, aku pejamkan mataku ini dan bayangkan raut wajahmu. Aku rindu menangis sepanjang malam, merindui dirimu di sana...." Suara nyaring itu kedengaran semakin kuat mengejutkan aku dari tidur. Aku melihat jam yang digantung di dinding sebaik saja mataku berjaya dibuka.
" Siapa yang ganggu aku tidur ni!" jerit Sara sambil menggaru rambutnya yang seperti hantu Kak Limah itu.
Bantal di kepala dipukul berkali-kali oleh aku bagi melepaskan rasa kegeraman . Aku bangun dengan sebal dalam hati. Aku keluar dari bilik dengan wajah yang bengang, rasa macam sabar aku sudah setipis kulit bawang. Sebaik saja aku turun ke tingkat bawah, kelihatan abang sulong nya duduk di sofa sambil memegang gitar. Sah memang abang aku yang menyanyi dengan suara sumbang tadi. Mungkin dia perasan ada orang yang memerhatikannya, terus abang sulongku berpaling ke arah ku. Dia senyum segaris dekat aku.
" Eh adik. Goodmorning my princess.'' Mikael tersengih ceria ke arah adik bongsunya.
" Along... Along tahu tak sekarang ni pukul berapa? Along tahu tak adik penat semalam adik tidur lewat sebab siapkan assignment? Lagi satu gitar ni along ambil kat mana?" Aku dah mula membebel secara senafas. Dah macam menyanyi rap.
" Sekarang pukul 10:00 pagi . Oh gitar ni erk? Along rembat Firas punya. Tadi abang masuk bilik dia ambil." Balas Mikael. Firas adalah abang ketiga nya. Dia memang suka menyanyi dan memiliki suara yang sedap berbanding abang sulong nya.
"Oh tahu pun pagi. Habistu kenapa pagi ni Along nak menyanyi? Kenapa tak tunggu petang-petang sikit ke."
" Saja.." Mikael membalas dengan selamba.
"Ya allah kau berikanlah kesabaran untuk aku." Sara berdoa di dalam hati menahan sabar . Matanya melilau mencari kelibat umienya. "Along, mana umie?"
"Umie keluar dengan abah pergi rumah kawan abah,"terang Mikael.
"Oh patutlah along dok syok menyanyi , memekak pagi-pagi macam ni rupanya umie takda kat rumah. Kenapa bila ada Umie along taknak buat macam ni"
"Bukan along taknak buat tapi baru saja along nak pegang gitar Umie dah warning awal-awal jangan. Jadi nak buat macam mana? So masa ni lah peluang untuk along menyanyi . Dah lama along tak tunjuk bakat menyanyi along ni" ucap Mikael sambil meletakkan gitar disebelahnya.
"Banyak lah along punya bakat. Kalau sedap takpa lah jugak, ni tak suara dah macam katak panggil hujan. Lepastu nyanyi lagu jiwang pulak . Along rindu kat siapa? Buah hati ? Along mana ada buah hati . Umur dah 32 tahun tapi single lagi . Orang lain kalau umur macam tu dah ada anak 2 3 orang . Tapi along sorang pun takda . Bukan setakat anak , isteri pun takda. Tak laku ke wahai Leftenan Mikael?" perli Sara.
Mikael menjeling pada Sara. " Eh sedap mengata along. Along bukan tak laku . Ramai je perempuan nak kat along cuma along je tak nak. Kalau boleh along nak perempuan macam Neelofa tak pun Izara Aishah . Adik tak nak ke kak ipar adik macam tu?"
"Tinggi betul angan-angan along tu . Nak cari isteri macam Neelofa ? Bagus dah macam tu cuma agak-agak lah abang. Along ingat adik tak tahu ke yang along ni playboy. Pantang tengok perempuan lawa sikit terus nak try." bidas Sara geram.
" Ish-ish tak baik adik cakap macam tu. Sepatutnya adik doa kat along bukannya perli . Lagi pun along dah lama insaf tau."
"Dah lah along, daripada adik layan along baik adik sambung tidur. Lagisatu nanti jangan lupa simpan gitar Acik tu . Kalau dia dapat tahu along ambil gitar dia mesti dia mengamuk. Haritu along main gitar dia sampaikan tali gitar dia putus." ujar Sara sambil memusingkan badannya menuju ke arah tangga. Baru saja Sara memijak satu anak tangga, kedengaran suara Mikael memanggilnya.
"Adik... Tak elok tau anak dara tidur sampai tengah hari. Macam lah along tak kenal adik macam mana. Kalau adik sambung tidur jawabnya tengah hari lah baru adik bangun, tu pun sebab Umie suruh bangun kalau tak..." belum sempat Mikael menghabiskan kata-katanya, Sara terus memotong.
"Kalau tak apa?" soal Sara merenung tajam pada Mikael.
Melihat renungan tajam dari adiknya, dia hanya menayangkan gigi putih nya . Ni kalau dia sambung kata-katanya yang terhenti tadi , tak pasal-pasal adiknya jadi singa betina.
"Err... Adik. Jom keluar nak?"
"Tak nak." balas Sara sambil menggeleng laju.
"Jom lah adik. Adik cakap nak bermanja dengan along kan. Ni along ajak adik tak nak pulak. Along dah nak balik Johor tau." rayu Mikael dengan lembut.
"Along cakap along cuti 5 hari . Ni baru 3 hari tau dah kenapa along nak balik Johor? Along nak mungkir janji pulak ke dengan adik?" ucap Sara dengan bibir dimuncungkan.
"Along bukan nak mungkir janji dengan adik tapi along betul-betul kena balik Johor esok. Along dapat panggilan dari Kem minta along untuk turun padang operasi esok malam. Along minta maaf ye adik." ucap Mikael bersungguh.
"Ye lah . Adik pun nak minta maaf dengan along. Sepatutnya adik kena faham kerja along macam mana. Maaf kan adik ye along . Kita nak keluar pergi mana.?" ucap Sara sambil memeluk tubuh Mikael.
"Takpa along faham . Adik bukan ye tak faham kerja along tapi sebenarnya adik sunyi sebab along, angah dan achik selalu takda kat rumah kan. Walaupun kitaorang busy , kitaorang tetap sayang adik. Adik jangan risau tau. Dah tau mau sedih-sedih. Kita pergi mall nak? Nanti along belanja adik novel. Nak ke tak nak?" ucap Mikael sambil mengusap lembut rambut Sara.
Sara tersenyum lebar sebaik saja mendengar abangnya mahu membeli novel untuk nya. Hilang terus rasa marah, sedih dan mengantuknya. "Mesti lah nak. Betul ni along nak belanja adik novel?"
Mikael menganggukkan kepalanya
"Kalau nak pergi mandi. Along tunggu adik dalam kereta. Lambat along tinggal adik."
"Okey. Along tunggu tau, jangan tinggal adik" laju Sara berlari naik tangga.
Mikael tersenyum melihat telatah adik bongsu nya itu. Umur dah 23 tahun tapi perangai macam budak kecil lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro