Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 10 🍓

BARU saja Datin Suraya melangkah masuk ke dalam villa, dia dikejutkan oleh anaknya yang tiba-tiba muncul dihadapannya.

"MAMA! are you okay? What happened? Tangan mama okay? Mama ada luka kat mana-mana lagi tak? Tu lah Mama, Ran dah pesan banyak kali jangan diri elok-elok. Tengok apa dah jadi ni. Nasib baik tak teruk tau"

"Ya Allah Ran , terkejut mama tau. Kalau ya pun risau bagilah mama duduk dulu. Ini tak mama baru je nak masuk Ran dah buat mama terkejut. Kalau buatnya mama kena heart attack tadi macam mana?" bebel Datin Suraya

" Sorry mama Ran tak sengaja. Ran cuma risaukan mama." Mana tak risau selalunya kalau dia balik dari kolej, Datin Suraya akan menyambut dia maklumlah anak manja tapi harini bila dia balik kelibat Datin Suraya pun tidak kelihatan. Terus dia mencari mamanya di dapur. Namun hanya ada Mak Jah iaitu pembantu keluarganya. Sempat dia bertanya Mak Jah tadi dimana mamanya.

Flashback

" Mak Jah , Mama mana? Ran cari tak ada pun mama" tanya Zharran.

" Mama keluar beli barang tadi tapi sekarang ni mama kat klinik" ucap Mak Jah

" Kat klinik? Kenapa?"

" Mama kena ragut tadi kat supermarket "

" APADIA? Kena ragut? Habistu mama macam mana" tanya Zharran dengan nada yang terkejut.

" Mama okay. Tadi mama call Mak Jah . Ran jangan risau la"

Zharran menghela nafas lega

"Bodyguard pergi mana ? Asal dia tak teman mama? Bukan ke papa dah pesan always kena ikut mama pergi ke mana-mana."

"Yang tu Mak Jah tak tahu. Tapi Ran kan tahu Mama macam mana. Mama mana suka bodyguard teman dia pergi mana-mana."

Ye Datin Suraya tidak suka bodyguard menemani nya. Dia lebih suka keseorangan . Dia mahu hidup seperti orang biasa tanpa pangkat. Walaupun dia seorang datin tetapi dia seorang yang baik , tidak sombong dan peramah. Disebabkan sikap dia begitu , banyak staf staf perempuan dan lelaki yang bekerja dengan suaminya yang menyukai.

TAMAT

" Sayang juga Ran kat Mama ya. Mama okay sayang cuma tangan mama je seliuh" ucap Datin Suraya bagi mengurangkan kerisauan anaknya.

' Ish mama ni ! mestilah Ran sayang mama, mama kan mama Ran" balas dia dengan nada seakan merajuk

" Kalau sayang , bila Ran nak bagi mama menantu?" sempat Datin Suraya bertanya

" Err Mama! Kesitu pulak dia. Orang risaukan dia boleh pulak dia nak menantu"

"Mama dah lama nak menantu. Lagi pun Ran satu-satunya anak Mama dan Papa."

" Ye Ran tahu. Nanti la Ran cari. Ran ni belum habis belajar lagi. Nanti bila Ran dah habis belajar , Ran cari menantu kat Mama ya. Mama pun tahu kan bukan senang nak cari perempuan yang boleh dijadikan isteri ni . Takkan Ran tiba-tiba nak ajak perempuan yang Ran jumpa kat luar tu kahwin kan. Mama nak ke menantu macam tu? Kalau Mama nak , Ran boleh onz je . Ni Mama betul-betul okay?"

" Ran jangan nak buat benda pelik-pelik . Nak cari isteri ni kena cari yang baik , solehah , tutup aurat bukannya pakai baju tak cukup kain macam Myra tu . Mama tak suka Ran berkawan atau ada apa-apa dengan Myra tu . Kalau Mama dapat tahu nanti habis Ran Mama kerjakan. Dan Mama tahu susah nak cari perempuan yang baik tapi kalau Ran tak usaha macam mana nak jumpa. Lagisatu Mama okay Ran . Nasib baik ada Sara tadi tolong Mama"

Zharran menganggukkan kepalanya. " Ye Mama . Ran tak ada apa-apa hubungan pun dengan Myra tu . Dia je sibuk ganggu Ran . Ran tak layan pun .

"Bagus la kalau macam tu Ran."

"Tadi Mama cakap apa? Ada orang tolong? Siapa nama dia? Sara kan? Sara mana pulak ni Mama. Mama ni mudah sangat percayakan orang luar tau" bebel Zharran.

" Sara tu budak perempuan yang tolong Mama tadi masa Mama kena ragut lepastu dia bawa Mama ke klinik. Baik orang nya dah la cantik , tutup aurat dan ramah pulak tu. Susah nak jumpa budak perempuan macam tu zaman sekarang ni" ucap Datin Suraya dengan SENYUM

" Eh Mama puji bukan main erkk. Nampak macam suka je kat budak tu"

" Ofc Mama suka . Kalau boleh Mama nak dia yang jadi menantu Mama tau"

" Mama jangan macam-macam erkkk. Mama baru je kenal dia dah cakap dia baik lepastu siap nak buat dia jadi menantu lagi. Entah-entah dia bukan macam yang Mama cakap"

" Ish tak baik la Ran cakap macamtu. Mama dapat rasa yang Sara tu betul-betul budak yang baik sesuai sangat kalau jadi menantu dan isteri " ucap Datin Suraya sambil tangan kanannya memukul bahu Zharran. Maklumlah tangan kirinya terseliuh.

" ADUH Mama ni , sakit la bahu Ran !" bahuku aku gosok akibat pukulan daripada Mama. Mama pula hanya menjeling ke arah ku.

"Mulut tu bukan main . Nak kena cili dengan Mama ni. Cuba bersangka baik dengan orang sikit ni tak tuduh orang yang bukan-bukan je" bebel Datin Suraya.

"Err... Kenapa Mama tak bersangka baik jugak dengan Myra? Mana lah tahu kan walaupun dia pakai baju tak cukup kain tapi sebenarnya dia baik"

Datin Suraya merenung tajam ke arah Zharran.

Backup Myra nampak. Ran ada hubungan dengan dia ke? Cakap dengan Mama sekarang"

"Bukan macam tu lah Mama . Ran betul-betul takda hubungan dengan dia. Dia cuma kawan sekolej Ran. Ran cuma bagitahu Mama je . Kan Mama cakap kena bersangka baik"

Datin Suraya mengeluh kecil

"Mama bukan nak kata Myra tu tak baik tapi Mama tak suka lah dia tergedik gedik macam tu . Haritu masa Mama jumpa dia kat Mall , dia berpelukan dengan lelaki . Bila dia perasan Mama terus dia datang tegur Mama . Siap panggil "Mama" lagi tau. Dia ingat dia menantu Mama ke nak panggil macam tu." Panjang Datin Suraya membebel.

Zharran hanya mendiamkan diri.

" Takpa lah Ran , mama nak naik atas dulu. Mama nak rest sekejap. Nanti bila Mak Jah dah siap masak , Ran panggil Mama ye."

Zharran mengangguk " Okay Mama . Nanti kalau Mama nak apa-apa, Mama panggil je Ran"

"Ye lah" balas Datin Suraya serasa menuju ke lif untuk naik ke tingkat atas. Maklumlah villa  mereka kan besar. Mestilah ada lif.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro