Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11

Langkah San yang lemah itu mulai menjadi sedikit laju bila dia mendengar bunyi bising dari rumahnya. Dia pantas berlari ke rumahnya. Dilihatnya, pintu pagar terbuka luas.

"Appa!" terus dia meluru masuk.

"Balik pun kau," ujar Tuan Choi.

San berlari mendapatkan ibunya yang sedang terduduk di lantai. Di sisinya, ada isi beg yang dibawa bekerja yang sudah berselerak di lantai.

"Omma okay?" soalnya pada si ibu.

Puan Choi mengangguk lemah.

"Tapi duit sewa rumah kita-,"

"Appa ambil duit Omma lagi?" San memandang si bapa.

"Aku ni suami Omma kau tahu tak? Aku nak ambil duit dia pun, ikut suka aku lah!"

"Tapi tu duit Omma! Omma penat-penat kerja siang malam, Appa sesuka hati je ambil," San berdiri menghadap si bapa.

"Habis tu, aku nak bayar hutang aku guna apa kalau aku tak ambil duit ni?"

"Hutang judi Appa bukan tanggungjawab Omma lah! Appa yang berhutang, Appa lah cari duit sendiri bayar!"

"Kurang ajar!" Tuan Choi menampar San kuat sehingga anaknya itu terjatuh.

"San, sudah," Puan Choi memeluk anaknya.

Risau jika San melawan lagi dan dipukul suaminya itu.

"Hutang aku banyak lagi. Kau dah buat belum apa yang aku suruh?" soal Tuan Choi sambil memandang San.

"Appa ingat San akan ikut suruhan tak masuk akal Appa tu?"

Tuan Choi tertawa sinis.

"Apa yang susah sangat kau nak minta duit pada dia? Appa budak tu ada business sendiri, confirm duit banyak! Kalau kau minta pinjam sikit mesti dia bagi punya! Apa guna kau bercinta dengan anak orang kaya kalau tak bawa apa-apa keuntungan?"

"Atau aku patut minta sendiri? Haa, kau ajak lah dia datang rumah kita ni esok. Cakap lah Appa Omma kau nak berkenalan dengan dia. Nanti aku sendiri cakap dengan dia," Tuan Choi memberi cadangan.

"Jangan harap. San dah putus dengan dia. Jadi Appa jangan berani cuba dekati dia atau minta apa-apa dari dia,"

"Mwo?"

"Ya, Appa tak salah dengar. San dah putus dengan dia. Jadi takde sebab untuk dia pinjamkan duit pada kita,"

Usai menghabiskan ayatnya, San membantu ibunya bangun dan ke bilik tidur utama.

"Omma, tentang duit sewa rumah tu, nanti San cuba minta gaji awal dari Ahjussi,"

"Mianhei San ah,"

San tersenyum dan menggeleng.

"Omma tak salah," ujarnya.

Selepas itu, San keluar dari bilik ibunya dan melangkah masuk ke biliknya pula.

"Yaa, kau buat apa ni?"

Terkejut dia melihat adiknya sedang membersihkan serpihan kaca di lantai.

"Appa pecahkan tabung Hyung. Mianhei, Jiung tak sempat selamatkan,"

Choi Jiung bangun sambil membuang serpihan kaca tadi ke dalam tong sampah.

"Gwaenchanha. Appa ada pukul kau ke?"

Jiung menggeleng.

"Baguslah kalau macam tu. Dia dah ambil duit kita ni, harapnya dia tak balik lah beberapa hari ni,"

San meletakkan beg sekolah di meja belajarnya.

"Hyung, betul ke Hyung dah putus dengan Jiyu Noona?"

San terdiam sebelum mengangguk.

"Kesian Hyung. Sebab kita dapat Appa macam tu, Hyung terpaksa korbankan perasaan Hyung,"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro