Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10

Jiyu melangkah dengan laju bila dia tahu San sedang mengejarnya. Sampai sahaja di perhentian bas berdekatan hotel, San sudah pun berjaya menyaingi langkahnya.

"Jiyu yaa,"

"Lepaslah!" Jiyu menolak bila San ingin menyentuhnya.

Dia berdiri membelakangi lelaki itu dan mula menangis tanpa sedar.

"Yaa," dia akhirnya berpaling menghadap lelaki itu.

"Aku tak tahu yang kau seteruk ni. Aku ingatkan, putuskan hubungan kita lepas kau spend time dengan aku tu adalah perkara paling teruk. Rupanya aku silap, penipuan kau jauh lagi teruk dan menyakitkan,"

"Kau cakap apa haritu? Kau tiba-tiba hilang perasaan pada aku? Kau sendiri tak boleh faham perasaan kau?" Jiyu tergelak sinis di akhir ayatnya.

"Kenapa? Susah sangat ke nak mengaku yang kau sebenarnya tengah bercinta dengan Naeun?"

"Yaa, aniya!" laju San menafikannya.

"Then what? Apa yang aku nampak tadi? Kau cakap dekat aku yang aku tak perlu risau sebab korang kawan, kau marah aku sebab aku cemburu dengan Naeun. Kau cakap macam kau memang takde apa-apa dengan dia. Habis tu tadi?"

"Jiyu yaa,"

"Aku benci penipu San ah,"

"Aku tak menipu Jiyu yaa!"

Esakan Jiyu makin kuat bila San meninggikan suaranya lagi. San meraup wajahnya dengan penuh kesal bila melihat itu.

"Aku tak tahu nak explain macam mana. Tapi betul, Naeun bukan punca aku putuskan hubungan kita. Sebenarnya-,"

"Aniya, kau tak perlu jelaskan apa-apa. Apa pun alasannya, kita dah berpisah pun San ah. Walaupun aku masih sayangkan kau dan hubungan kita," potong Jiyu.

Usai menghabiskan ayatnya, Jiyu menahan sebuah teksi yang kebetulan tiba di situ. Tanpa memandang San, dia terus masuk ke dalam perut teksi tersebut dan kenderaan itu bergerak pergi dari situ.

"Arghhhh!" San menjerit kuat sambil menyepak tin kosong yang berada di atas jalan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro