09
"Jiyu!"
Arin melambai ke arah rakannya itu. Dengan malas, Jiyu melangkah mendapatkan gadis itu.
"Yaa, jangan lah buat muka macam kena paksa pula datang sini,"
"Tch, bukan memang kau paksa aku ke?" soal Jiyu menyebabkan lengannya dicubit Arin.
"Aku tahu kau tak berapa suka Naeun, tapi apa salahnya kita datang party hari jadi dia. Bukan selalu tau budak sekolah dapat datang party dekat hotel mewah macam ni,"
"Ya lah Cik Arin sayang. Dah jom,"
Mereka berdua mula berjalan ke lif bersama untuk ke aras di mana majlis hari jadi Naeun diadakan. Sampai sahaja, Arin menarik Jiyu keluar dengan terujanya.
"Cantik gila, untung betul jadi Naeun," Arin tidak berhenti memuji dekorasi bilik yang dijadikan tempt sambutan hari jadi itu.
Dengar cerita yang orang tua Naeun berada di luar negara sekarang, jadi mereka menempah semua itu buat puteri tunggalnya.
Arin dan Jiyu mula menyertai rakan-rakan mereka yang lain. Mereka berbual sementara menunggu majlis bermula.
Apabila Naeun muncul sahaja, semua orang bertepuk tangan meraikannya. Mereka dijemput makan setelah Naeun selesai membuat ucapan pendek dan memotong kek.
"Yaa, aku nak ke tandas," Jiyu bangun dari kerusinya.
Dia keluar dari bilik itu untuk ke tandas yang berada di luar. Baru sahaja sampai di lorong untuk ke tandas, langkahnya terhenti.
"Yaa, kenapa berhenti?" Arin yang mengikutnya dari belakang menyoal.
"Jiyu?" Arin menyentuh bahunya.
"Arin ah, aku rasa aku nak balik,"
Terus Jiyu berpatah balik dan meninggalkan Arin.
"Yaa, kenapa?"
Akibat rasa ingin tahunya, Arin melangkah ke hadapan lagi. Dan dia terkedu melihat Naeun yang sedang memeluk San di hadapannya.
"Yaa, korang buat apa?" dia meluru ke arah mereka.
Terus San menolak tubuh Naeun.
"A-Arin ah," San nampak sangat terkejut.
"Kau memang tak guna Choi San!" jerit Arin.
"Arin tunggu lah, aku boleh explain," San mengejar langkah Arin.
Saat itu juga, Jiyu keluar dari bilik tadi dengan beg tangan miliknya. Pandangannya dan San sempat bertaut, sebelum gadis itu meneruskan langkahnya kembali.
"Jiyu yaa!" San mengejar langkah gadis itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro