Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07

"Jiyu dah putus dengan San,"

Ketiga ahli keluarga Kim yang lain terkejut dengan pengumuman tanpa dijangka Jiyu di meja makan pagi itu. Terutama sekali Jaeyu yang sering mengusik kakaknya tentang itu dahulu.

"Aigoo, biasalah tu sayang. Cinta monyet kan? Mana nak kekal lama," ujar Puan Kim cuba menceriakan suasana.

"Tapi kami bukan monyet Omma. Kami-maksud Jiyu, Jiyu serius dengan San. Tapi dia-,"

Jiyu tidak dapat menghabiskan ayatnya. Terbayang dirinya yang ditinggalkan lelaki itu di taman tema selepas memutuskan dia.

"Haish, Noona! Kau nak aku pergi belasah dia kat sekolah nanti?"

"Kim Jaeyu!" Tuan Kim mencerlung anak bongsunya itu.

"Tch, bukan kau ke harapkan aku putus dengan dia?"

Jaeyu terdiam dan makin serba salah.

"Aniya. Yang tu aku bergurau je,"

Puan Kim memandang kedua anaknya itu. Pertama kali dia lihat Jaeyu dengan wajah begitu.

"Dah. Berhentilah cakap tentang ni. Yang dah lepas tu biarkan. Makan cepat, nanti lambat pula nak ke sekolah,"

Puan Kim mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan suami dan anak-anaknya.

"Nah, ambil aku punya,"

Jaeyu meletakkan kotak susu pisang miliknya di hadapan Jiyu. Menyebabkan semua memandangnya.

"Tch, tak payahlah tiba-tiba buat baik dengan aku. Geli lah," Jiyu menolak kembali kotak susu tadi ke arah adiknya.

Jaeyu mengambil kotak itu lalu dicucukkan straw dan dihulur pada si kakak lagi.

"Ambil atau aku cium pipi kau? Mana kau nak?"

"Okay, fine! Ughh," Jiyu mengambil juga susu itu.

Chupp!

"Yaa!"

Jiyu menjerit bila Jaeyu mencium pipinya. Manakala adiknya itu hanya beriak selamba.

Pasangan Kim berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum. Sekurang-kurangnya mood suram tadi sudah bertukar gara-gara tindakan nakal Jaeyu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro