Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

05

Jiyu memerhatikan susunan buku di atas rak di biliknya. Dia tersenyum puas setelah merasakan susunannya itu sudah enak dipandang.

"Lagi? Haa, yang ni pula," dia ke meja soleknya.

Segala botol-botol produk penjagaan kulit dan rambut serta aksesori miliknya disusun atur juga.

"Lagi-, haish dah takde apa yang boleh dibetulkan," dia merungut setelah memandang sekeliling biliknya.

Tubuhnya kemudian dibawa ke katil dan direbahkan di sana.

"Kemas bilik Omma Appa dah. Bilik Jaeyu pun dah. Dapur, ruang tamu, bilik mandi, stor pun semua dah kemas. Tapi kenapa aku still bosan?" dia menjerit di akhir ayatnya.

Rambutnya dikusutkan. Sebelum dia kemudian tiba-tiba ketawa perlahan.

"Mestilah sebab dia,"

Telefon bimbitnya dicapai. Skrin tanpa satu pun notifikasi itu direnung kosong. Dia membuka pula aplikasi perbualan antaranya dan San.

"Seminggu. Dah seminggu kita macam ni," ujarnya.

Rasa rindu pada si kekasih makin membuak-buak. Selepas pergaduhan kecil di perhentian bas minggu lepas, dia dan San mula menjauhkan diri.

Jiyu ingin menunjuk yang dia terasa hati dengan harapan San akan memujuknya seperti selalu. Tetapi hampa, San langsung tidak mengendahkan dia.

Puas Arin memujuk dia supaya mengalah dan menegur San dahulu, tetapi dia enggan. Dia tetap mahu San yang memujuknya kerana baginya San yang bersalah.

Tetapi hati dia bukanlah sekuat itu. Buktinya baru seminggu, dia sudah hampir gila. Cuma gara-gara San dan dia tidak keluar pada hujung minggu seperti selalu, dia mula menyibukkan diri dengan bangun awal pagi lalu mengemas segenap rumah keluarganya.

Kononnya ingin menyibukkan diri dan melupakan San. Tetapi lihatlah, dia tetap berharap yang lelaki itu akan mencarinya.

"Tch, aku je ke yang rindu dia?" bibirnya diketap.

"Argh, pedulikan dia. Baik aku mandi!" dia bangun.

Baru sahaja dia ingin mengambil tuala di penyidai, telefonnya berbunyi tanda ada pesanan baru yang masuk.

"Dia?" alat nipis itu dicapainya.

"Omo! Finally! Choi San nak jumpa aku! Yeay!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro