04
"Yaa, kau okay?"
Arin memandang Jiyu yang sedang menahan rasa geramnya itu. Gadis itu sedang memandang ke arah San yang sedang berbual bersama seorang pelajar perempuan di hadapan kelasnya.
"Eo, Jiyu yaa!"
San segera menoleh ke arahnya.
"Yaa, aku balik dulu. Selesai elok-elok, jangan ikutkan perasaan marah tu sangat," Arin sempat menasihatinya sebelum meminta diri untuk pulang.
Jiyu segera berjalan ke arah San dan gadis yang memanggil namanya tadi.
"Berbual apa?" soal Jiyu sambil memeluk lengan San seperti selalu.
"Naeun tanya tentang kerja sekolah je," ujar San.
"Oh ya? Dah selesai? Kalau dah, jom lah balik,"
"Dah. Tapi saya ingat nak ajak San-,"
"San sibuk. Kitorang berdua nak keluar sekejap lagi," potong Jiyu pantas.
"Kan?" Jiyu memandang San meminta jawapan lelaki itu.
San tiada pilihan selain mengangguk.
"Kalau macam tu, takpe lah. Saya pergi dulu. Gomawo San ah," Naeun segera pergi.
"Kajja,"
Jiyu menarik tangan San untuk pergi dari situ. Mereka berdua berjalan ke arah perhentian bas yang sudah sepi memandangkan kebanyakan pelajar sudah pulang. Hanya mereka yang pulang lewat kerana ada aktiviti kelab.
"Yaa, kan aku dah cakap aku tak suka kau rapat dengan Naeun,"
"Kitorang bercakap tentang kerja sekolah je,"
"Tapi aku tetap tak suka. Naeun tu ada perasaan pada kau," ujar Jiyu lagi.
Sambil itu dia memandang tangannya yang bergerak bebas tidak seperti selalu. Selalu tangannya akan digenggam kemas oleh San.
"Jangan jadi budak-budak boleh tak?" San menarik lengannya yang dipeluk Jiyu.
"Mwo? Budak-budak?" soal Jiyu sedikit terkejut.
"Naeun dengan aku kawan. Macam mana aku kawan dengan Arin dan kau kawan dengan Wooyoung. Macam tu," terang San.
"Yaa, mana sama! Aku takde perasaan pada Wooyoung. Arin pun takde perasaan pada kau. Jadi tak sama,"
"Yaa, jebal geumanhae!" jerit San tiba-tiba.
Dan sudah tentu Jiyu terkejut mendengar itu.
"Berapa kali aku nak cakap? Aku dengan dia kawan je! Susah sangat ke nak faham?"
Jiyu mengetap bibirnya dan berusaha menahan tangisannya yang hampir pecah itu. Pada masa yang sama, bas mereka tiba.
"Kau tak pernah marah aku. Tapi sebab Naeun, kau macam ni,"
Jiyu terus berlalu masuk ke dalam bas. San yang sedar akan keterlanjuran bicaranya itu mengeluh perlahan. Baru dia sedar dia menaikkan suaranya tadi.
"Nak masuk ke tak?" soal si pemandu bas sambil memandang San.
San dengan segera masuk ke dalam bas. Setelah membuat pembayaran, dia terus ke belakang untuk mendapatkan Jiyu.
Dia ingin mengambil tempat di kerusi kosong di sebelah Jiyu, namun gadis itu dengan segera meletakkan beg sekolahnya di situ. San tiada pilihan selain terpaksa duduk di kerusi lain.
Entahlah, aku rasa cerita ni tak menarik. Patut unpublish je kan?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro