03
"Arghh, sakitlah!"
Jiyu tersenyum puas setelah memukul belakang kepala adiknya yang sedang berada di hadapan peti ais itu.
"Padan muka! Siapa suruh curi susu pisang aku?"
"Yaa, San Hyung tahu tak yang kau ni kasar? Depan dia bukan main lagi lemah lembut," kutuk Jaeyu sambil mengusap belakang kepalanya.
"Aku kasar dengan kau je. Sebab kau layak dapat layanan macam tu," ujar Jiyu sambil menjelir lidah ke arah adiknya itu.
"Tch, aku ambil gambar kau tunjuk dekat San Hyung baru tahu. Silap-silap dia minta putus,"
"Yaa!"
"Apa yang bising ni?" Puan Kim muncul sambil memandang kedua anaknya itu.
"Noona ni Omma. Perangai dia entah apa-apa. Jaeyu pelik, macam manalah San Hyung boleh bercinta dengan dia. Dah lah tak cantik, kasar pula tu," kutuk Jaeyu selamba.
"Eh, suka hati kau je. San cakap aku perempuan paling cantik okay,"
Puan Kim hanya menggelengkan kepalanya mendengar perbalahan si anak lalu dia kembali ke ruang tamu setelah mendapatkan apa yang ingin diambilnya tadi.
"Tu dulu. Sekarang, ada dia puji? Haa, bila last dia puji kau?"
Jiyu terdiam dengan soalan itu. Dia juga sudah lupa bila kali terakhir San memujinya.
"Tch, takde lah tu. Kan dah cakap, San Hyung tu buta sebab pilih kau Noona,"
"Yaa!"
Jaeyu ketawa kerana berjaya menyakitkan hati si kakak sebelum dia berlari pergi dari situ.
"Tu dulu. Sekarang, ada dia puji? Haa, bila last dia puji kau?"
"Bila last dia puji aku?" soalan Jaeyu tadi kembali bermain di fikirannya.
Telefon bimbit di poket seluarnya dikeluarkan lalu nombor San terus didial. Namun panggilannya tidak bersambut kerana nombor San sedang tidak aktif.
Jiyu membuka pula ruangan perbualannya dengan San. Dan baru dia sedar sesuatu. Perbualan mereka sejak seminggu ini tidak seperti selalu.
San tidak seperti selalu. Tiada lagi emoji hati ataupun panggilan manja buatnya. Dan hampir semua balasan dari lelaki itu pendek dari selalu.
Dan itu cukup membuat seorang Kim Jiyu mula berasa kurang senang. Pelbagai andaian buruk mula muncul di fikirannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro