01
Dua Minggu Sebelum...
"Morning Appa, Omma," Jiyu menyapa orang tuanya sebaik sahaja dia mengambil tempat di meja makan.
"Morning anak Appa," Tuan Kim tersenyum ke arah puteri sulungnya.
"Omma, mana Jiyu punya susu pisang?" soal Jiyu.
Biasanya akan ibunya akan menyediakan susu pisang buatnya setiap kali sarapan kerana dia tidak suka susu biasa.
"Eh, rasanya Omma dah letak tadi," Puan Kim juga hairan.
"Adik kamu minum tadi. Katanya tak sempat nak sarapan jadi dia kena minum dua susu," ujar Tuan Kim.
"Appa! Kenapa tak halang dia?"
"Tak sempat nak halang. Dia dah berlari keluar,"
"Haish, Kim Jaeyu," penyepit makanan di tangan digenggam erat.
"Dah, lupakan. Nanti Omma belikan yang lain,"
Jiyu tiada pilihan selain daripada menikmati sarapannya pada pagi itu tanpa minuman kegemarannya.
"Omma, Appa, Jiyu pergi dulu. Terima kasih untuk makanannya,"
Dia mencapai beg sekolahnya setelah berpamitan dengam kedua orang tuanya. Senyuman terukir di bibirnya saat melangkah keluar dari pagar rumah.
"Yaa, kenapa tak cakap dah sampai?"
Lengan San yang sedang berdiri di luar rumahnya dipeluk mesra. San hanya tersenyum nipis.
"Kajja," ajak San.
Jiyu ingin menautkan jari mereka seperti selalu, namun San tiba-tiba meletakkan tangannya ke dalam poket seluarnya.
"Tahu tak, Jaeyu curi susu pisang aku lagi hari ni? Dah lah tu stok susu terakhir kat rumah. Siap lah dia bila dia balik nanti. Aku nak belasah dia. Aku nak-,"
Jiyu terus bercerita tanpa henti.
"Choi San!"
"Wae?" Soal San.
"Kau dengar tak apa yang aku cerita?"
San mengangguk.
"Betul?"
Dia mengangguk lagi lalu mereka meneruskan lagi perjalan hingga ke perhentian bas. Nasib mereka baik kerana bas baru tiba dan mereka sempat mendapat tempat duduk.
"San ah, nanti-,"
Jiyu terdiam bila melihat San yang sedang menyumbat fon telinga ke kedua belah telinganya. Lalu lelaki itu terus memandang ke luar tingkap.
Satu keluhan terlepas dari bibir Jiyu tanpa sedar. Dia kemudian memegang tangan San yang berada di peha lelaki itu. Dan sekali lagi, dia agak pelik kerana San hanya diam tanpa membalas pegangan tangannya seperti selalu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro