Three
"Hei, kenapa macam tak happy je ni?"Jung Kook menepuk paha Hye Jin. Hye Jin yang melemparkan pandangan keluar melalui cermin kereta cuma menggeleng lemah.
"Ani, saya ok je,"
"Ke sayang tak suka kita balik rumah omma saya?"
"Ehh takde lah,"bohong Hye Jin. Dia bukan tidak menyukai keluarga Jung Kook, adik dan appa Jung Kook melayan Hye Jin dengan baik tapi Puan Jeon agak berlainan sedikit. Wanita berusia 50-an itu lebih banyak menyindir Hye Jin kerana masih tidak mampu memiliki anak setelah 5 tahun perkahwinannya dengan Jung Kook. Setiap kali balik ke rumah keluarga Jung Kook, Puan Jeon akan membahaskan topik yang tidak selesa itu.
"Ohh yang pasal ujian kesuburan tu, saya dah pergi jumpa doktor. Result dah keluar. Dia cakap saya takde apa apa masalah pun,"ujar Jung Kook. "Sayang dah pergi check up ke?"
"Err.....takde masa lagi. Nanti saya free la,"
"Bukan apa, dah lima tahun ni kita kahwin.....at least nak jugak saya dapat sorang dua anak. Lagi banyak pon takpe,"Jung Kook senyum nakal sambil mengerling Hye Jin penuh makna.
Hye Jin mengeluh. "Jung Kook, bukan saya tak cuba....kita sama sama bagi effort kan. Rezeki tu datang dari Tuhan. Dah nak buat macam mana belum rezeki kita lagi dapat anak,"
"Saya cuma takut awak ada masalah kesihatan je,"
"Hahhh sekarang awak nak cakap saya ni mandul la,"Hye Jin menaikkan intonasi suaranya.
"Errrr......."
* * * *
Makan malam di rumah keluarga Jeon sangat meriah kerana adik Jung Kook dan suaminya berserta tiga orang anak mereka turut dijemput hadir. Jeritan dan hilai tawa anak anak kecil menceriakan suasana.
"Wahh aunty Hye Jin datang lah,"jerit Alexsa iaitu anak sulung Jung Min. Alexsa berusia 10 tahun dan sangat comel budaknya. Dia yang pertama menyambut Hye Jin dengan pelukan. Hye Jin mengucup pipi Alexsa. Dia kemudiannya bersalaman dengan Puan Jeon, Tuan Jeon dan Jung Mi.
"Aigoo cutenya,"Hye Jin mencuit pipi tembam bayi yang baru 6 bulan dilahirkan oleh Jung Min. Dia meminta kebenaran Jung Min untuk mendukung bayi lelaki itu. Hye Jin dengan Jung Min sangat rapat bahkan anak anak Jung Min sendiri sangat menggemari Hye Jin.
"Kyeopta!"Hye Jin mengucup pipi bayi itu berkali kali. Dia sangat menyukai budak.
"Allan ni nanti besar mesti kacak macam aku kan Jung Min,"usik Jung Kook yang turut bermain tutup tutup mata dengan baby Allan di dalam dukungan Hye Jin. "Tengok tu muka dan mata dia iras aku sangat,"
"Takde maknanya,"
"Ehem, tu anak hyung mesti ikut appa dia la. Jangan perasan ehh,"celah si abang ipar Jung Kook yang tak mahu kalah, kemudian disusuli dengan hilai tawa. Puan Jeon di dapur memanggil seisi ahli keluarga untuk menjamu selera.
* * * *
"Sayang tak makan ke? Kot ye nak main dengan baby pon, letak la baby tu dulu. Dia tengah tidur kan,"ujar Jung Kook. Ahli ahli keluarga lain tengah menjamah makanan, tapi Hye Jin tidak berhenti mendodoikan Allan yang sedang tidur dalam pelukannya.
"Takpe, nanti saya makan la,"
"Hah Hye Jin, dah lima tahun kahwin takan tak boleh bagi Jung Kook ni anak,"celah Puan Jeon. "Orang lain kahwin lepas beberapa bulan je dah lekat. Kau pulak, takan kena tunggu berpuluh tahun baru dapat. Kita ni bila dah tua Hye Jin, kalau ada anak, boleh tolong jagakan kita nanti,"sindir wanita itu lagi.
Hye Jin sekadar senyum tak ikhlas padahal dalam hati memendam perasaan yang meluap luap marah. "Saya dah cuba omma, tapi nak buat macam mana tak dapat lagi,"dia cuba tahan sabar.
"Tengok Jung Min ni, baru 4 tahun kahwin dah dapat tiga anak,"
Jung Min menyiku lengan ommanya kerana tidak selesa dia dibandingkan dengan Hye Jin. Sedar dengan perubahan air muka Hye Jin, Jung Min meminta Allan dari Hye Jin dan berlalu ke ruang tamu. Jung Kook pulak berpura pura diam menjamu makanan. Bahkan tidak langsung menyebelahi isterinya.
"Kalau kau mandul, sia sia jelah Jung Kook kahwin dengan kau. Orang kawin ni sebab nak kan anak. Tahun depan kalau takde jugak, bagi jelah suami kamu tu kahwin dengan perempuan lain yang lagi SUBURRRR," perkataan subur itu ditekankan dengan nada keras oleh Puan Jeon.
"Omma cakap appa ni?"Hye Jin bangun dari kerusinya. Dia memandang mak mertuanya itu dengan geram.
"Aku cakap benda betul la. Dah kau tak boleh penuhi tanggungjawab, kau kena la lepaskan Jung Kook pada perempuan lain. Kawan kawan omma tu, ramai je anak anak dara diorang berkenan kat Jung Kook ni. Kalau kamu nak tahu, sebelum kamu kahwin dengan Jung Kook, dah ramai yeoja yang ajak Jung Kook kahwin. Tapi anak omma ni tolak mentah mentah sebab masih belajar. Tiba giliran kamu yang ke-19 ni, aura dia lain macam. Terus setuju dia nak kahwin dengan kamu walaupun kamu ni tua 7 tahun dari dia. Tapi tak sangka pulak Jung Kook tak bahagia,"
"Yeobo, tak payah lah awak masuk campur hal rumah tangga diorang,"halang Tuan Jeon.
"Hah? Tak bahagia?"Hye Jin berpaling kepada Jung Kook. Jung Kook cuma diam pandang ke arah pinggan. Hye Jin cukup kecewa Jung Kook biarkan saja kata kata ommanya itu terus menikam hati si isteri.
"Omma dah melampau! Omma ingat senang senang je Hye Jin nak lepaskan suami Hye Jin kat orang lain? Apa pun jadi, Hye Jin akan pertahankan perkahwinan Hye Jin sampailah.... "Hye Jin pejam matanya yang terasa mula memberat. Tanpa sedar jalur air matanya menuruni pipi. "Sampailah Jung Kook sendiri yang ceraikan Hye Jin,"Hye Jin tolak kerusi dengar kasar. Dia melangkah laju meninggalkan dapur.
"Kurang ajar betul bini kau tu Jung Kook. Macam tu ke cara kau didik bini kau hah,"cemuh Puan Jeon lagi.
Jung Kook menghiraukan kata kata ommanya. Dia mengejar Hye Jin ke ruang tamu. Malangnya Hye Jin terlebih dahulu menghidupkan enjin kereta dan meluru meninggalkan Jung Kook. Hye Jin memandu dengan perasaan tertekan. Tiada hala tuju, dia ke butiknya untuk tidur di sana malam ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro