Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Thirteen

"Ehh sayang, awal awak balik kerja hari ni,"Jung Kook agak terkejut melihat Hye Jin sudah berada di dalam rumah sebelum waktu sebaliknya isterinya itu pulang dari butik seperti biasa.

"Rasa tak sedap badan. Pening kepala sikit. Tu yang tutup butik awal,"Hye Jin bangun menyambut beg kerja Jung Kook.

Jung Kook melekapkan tapak tangannya pada pipi gebu Hye Jin. "Sayang sakit ke? Demam? Saya boleh bawak awak pergi ke klinik sekarang,"

"Ehh tak payah. Just saya terlalu penat kerja,"pantas Hye Jin mengalihkan tangan Jung Kook dari wajahnya. Dia betul betul tak selesa dengan sentuhan Jung Kook. Dia mengambil sehelai tuala untuk Jung Kook mandi. Jung Kook sedang menanggalkan pakaian.

"Kita mandi sama sama sayang," Jung Kook menarik manja pinggang Hye Jin. Tubuh Hye Jin dikunci dengan lengannya. Belakang leher Hye Jin dikucup lama, kemudian terasa lidah Jung Kook membasahi kulit leher Hye Jin, terasa sengal gigi halus Jung Kook menggigit.  Tangan Jung Kook menyelit masuk ke dalam baju Hye Jin, lalu menjalar naik ke bahagian atas tubuh Hye Jin. Dada Hye Jin diramas ramas. Nafas Jung Kook mula deras menghenjut punggung Hye Jin. Hye Jin tersentak, secara refleks dia meronta kasar. Tubuh Jung Kook ditolak jauh darinya. Dia jijik diperlakukan sebegitu oleh suami yang telah menyentuh perempuan lain. Sumpah Jijik!

"Sayang kenapa ni,"Jung Kook memegang perutnya yang disiku Hye Jin.

"Mian saya tak sengaja...."

Jung Kook mempamerkan wajah bengang. "Hye Jin saya perasan awak dah berubah sejak beberapa hari ni. Awak macam mengelak dari saya....tell me kalau ada sesuatu yang tak kena atau saya ada buat salah pada awak sayang,"ujar Jung Kook seperti langsung tak sedar kesalahan sendiri. Hye Jin cukup menyampah dengan kepuraan suaminya itu.

Cukup cukuplah kau berlakon jadi suami yang baik Jung Kook.

"Saya stress. Sometimes saya tak boleh kawal diri saya. Awak pergi lah mandi, kejap lagi saya siapkan dinner untuk awak,"balas Hye Jin.

Jung Kook cuma tersenyum tawar sambil membawa langkah ke bilik mandi.

Ini peluangnya.

Hye Jin terus mengambil beg kerja Jung Kook. Isi dalam beg digeledah. Hye Jin menemuai beberapa helai resit dan dua keping tiket penerbangan ke USA bertarikh seminggu akan datang. Jung Kook langsung tidak memberitahunya tentang perkara ini. Apa betul suaminya itu akan meninggalkannya dan pergi bersama perempuan tu? Kejam.

Sambil berhati hati menunggu Jung Kook selesai mandi, Hye Jin mencatat  nombor telefon di resit hotel dan memeriksa butiran pada resit membeli belah.

Resit pembelian sebentuk cincin dari kedai barang kemas. Rekod pembeliannya adalah setahun yang lalu.

Cincin ntuk siapa? Perempuan tu? Jadi selama Hye Jin kembali semula pada Jung Kook....Jung Kook sudah pun mempunyai isteri lain? Perempuan misteri tu....adalah isteri kedua Jung Kook yang sah, merangkap madu Hye Jin. Oh shit. Tentu keluarga Jung Kook turut bersepakat.

No....takan semudah tu, Aku, Min Hye Jin bukan yang lemah.

*    *    *    *

"Hello, ni Honey Hotel ke?"

"Nae...ada apa yang boleh
saya bantu?"

"Saya nak tahu ada tak someone yang bernama Jeon Jung Kook buat apa apa tempahan di hotel ni?"

"Encik Jeon Jung Kook? Bila tu tarikhnya? Boleh detailkan tak?"

"11 Ogos 2018. Setahun lepas,"

"Dah lama tu. Kejap bagi saya masa untuk saya check rekod tempahan di system,"

"Ok,"

5 minit kemudian,

"Memang betul Encik Jeon Jung Kook ada buat tempahan kat sini setahun yang lalu,"

"Tempahan apa?"

"Family package iaitu empat buah bilik berserta dewan untuk event perkahwinan,"


Damn!

Hye Jin mematikan panggilan telefon.

*    *    *    *

Keesokkan harinya, Hye Jin nekad pergi ke rumah keluarga Jeon. Jika ingin berdepan dengan Jung Kook, Hye Jin terlebih dahulu perlu berdepan dengan orang orang yang melindungi penipuan Jung Kook selama ini.

Dari pintu rumah, Jung Min menyambut kakar iparnya. "Unnie....kenapa tak bagitahu nak datang,"

"Kebetulan lalu sini, so singgah kejap. Omma mana?"soal Hye Jin. Tidak kelihatan pulak wanita bermulut jahat itu.

"Omma keluar dengan appa tadi. Katanya ada hal penting,"

"Ohh..."

Hye Jin menunggu sekejap Jung Mi membancuh minuman di dapur.

"Jemputlah! Anak anak tengah tido. Unnie dah lama tak datang sini, diorang tu rindu sangat nak main dengan unnie,"Jung Min menghidangkan dua cawan teh hijau di atas meja.

Cawan teh disambut Hye Jin di atas tapak tangannya. "Mian...unnie busy. Kadang kadang tu terlalu sibuk sampai takde masa nak urus diri unnie sendiri. Sampai Jung Kook pun jadi terabai,"

"Terabai? Maksud unnie?"Jung Min buat muka macam tak tahu apa apa.

Amazing, pelakon kedua terhebat  jatuh kepada Jeon Jung Min.

Hye Jin menggapai kemas lengan Jung Min. "Jung Mi rasa Jung Kook tu tak bahagia ke jadi suami unnie? Atau disebabkan unnie ni terlalu berusia dari Jung Kook, kitorang tak sempadan sebagai suami isteri,"soalnya. Ternyata reaksi Jung Mi makin tak senang duduk.

"Errr....unnie cakap apa ni? Jung Mi tak fahamlah,"

Nafas berat dilepaskan Hye Jin sambil pandangan memanah ke wajah cuak adik iparnya itu. "Kat luar sana tu ramai lagi kan yeoja yang lebih sempurna dari unnie. Yang lebih layak dan mampu jadi isteri yang terbaik untuk Jung Kook kan,"

"Jung Min tak rasa ada yang kurang pada unnie. Semuanya sempurna....."

"Aniya. Kalau unnie sempurna, abang kamu tu takan cari perempuan lain. Betul tak?,"sindir Hye Jin.

Jung Min terus terdiam. Dia meneguk teh sambil memikir alasan apa lagi perlu dijawab pada Hye Jin.

"Tolong terus terang, Jung Mi tahu kan pasal yeoja yang Jung Kook simpan tu,"

Jung Min tersedak. "Hah? Yeoja mana? Siapa?"

Hye Jin ketawa kecil. Dia bangun dari kerusi. Tangan disilangkan ke dada. Dia berdiri lebih dekat di sebelah Jung Min. "Tak payah buat tak tahu la Jung Min. Sampai bila keluarga ni nak tipu unnie. Siapa perempuan tu? Bagitahu unnie Jung Min!"bentak Hye Jin menepuk kasar meja. Cawan cawan teh bergegar.

Jung Min menunduk takut. Masih tidak berani untuk bersuara sepatah kata pun. Manakala, Hye Jin terus menggasak.

"Kenapa diam? Takut Jung Kook marah. Korang sekeluarga memang sepakat nak bodohkan aku kan,"

"Unnie salah faham ni...."

"SALAH FAHAM APANYAA! Unnie tak buta lagi la Jung Min! Mungkin selama ni unnie bodoh tak sedar yang Jung Kook curang belakang unnie,'

"Jung Kook tak salah unnie. Dia cuma ikut cakap omma je,"balas Jung Min cuba menyebelahi Jung Kook.

Ketawa Hye Jin semakin kuat. "Jadi omma la yang satukan Jung Kook dengan perempuan tu. Hahhaaha good, pandai omma pilih menantu yang dia betul betul suka kan. Bila diorang kahwin?"

"Setahun lepas. Masa unnie tinggalkan Jung Kook,"

Hye Jin berdecit. Kata kata maki dilepaskan. "Dasar jantan tak guna. Time sakit nak mati masih ada hati kahwin lain,"

Jung Min menolak bahu Hye Jin kerana tidak tahan abangnya dihina. "Jaga sikit mulut Unnie! Unnie tak sedar ke silap unnie dulu. Waktu unnie tinggalkan Jung Kook, dia jadi tak terurus. Dengan penyakit dia lagi, Jung Kook macam mayat hidup tau tak. Omma kesian tengok Jung Kook macam tu, jadi dia nekad carikan seseorang yang boleh jaga Jung Kook. Omma tak silap pilih. Perempuan tu sangat baik, dia betul betul jaga Jung Kook sampai Jung Kook dapat semangat nak terus hidup,"

Hye Jin menengking. "Bullshit!!!" Geram. Marah. "Habis tu kalau Jung Kook dah cukup bahagia dengan bini baru dia tu.....sebab gila apa kau datang merayu pada aku suruh aku kembali balik pada abang kau? Untuk BALAS DENDAM pada aku sebab aku dah tinggalkan abang kau? Untuk apa Jung Min!"

"Sebab cuma duit unnie yang boleh selamatkan Jung Kook. Kami tak mampu nak bayar duit rawatan Jung Kook. Jalan mudah yang ada, Jung Kook kena kembali pada unnie balik biarpun dia dah tak cintakan unnie lagi,"

"Sanggup kau.....argghhh!"Hye Jin menumbuk meja bertubi tubi. Tangisannya mendayu.

"Lagi satu....kalau unnie paksa Jung Kook ceraikan perempuan tu sekali pun....dah terlambat sebab perempuan tu tengah mengandungkan anak Jung Kook. Unnie yang kena undur diri dari hidup Jung Kook. Bagi Jung Kook peluang untuk bahagia,"sambung Jung Min.

"No....Jung Kook takan bahagia sebab dah buat aku macam ni,"

Vote and comment. Korang rasa saper perempuan yang Jung Kook simpan tu?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro