Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Seven

husband:
Sayang dah tido ke? Saya otw balik rumah ni. Rindu sangat kat awak sayang. Baby sihat?
10.45 p.m.

Reply

Sorry awk sy lmbt reply.
Sy tertido td tunggu awk.
12.02 a.m.

Sejam kemudian....

Lambatnya awk drive.
Kenapa tk sampai
rumah lagi ni?
Ada apa apa berlalu ke?
01.15 a.m.

Panggilan kali ke 10 dan semua mesej Hye Jin tidak dibalas oleh Jung Kook. Hye Jin semakin risau. Dia mundar mandir sekeliling ruang tamu. Sesekali pandangannya dilemparkan ke luar rumah melalui tingkap kaca, menanti kereta Jung Kook tiba. Hye Jin buka aplikasi Tracker di telefonnya. Nasib dulu dia turut memasang apps yang sama pada telefon Jung Kook. Nasib baik jugak telefon Jung Kook masih aktif, jadi dengan mudah dia dapat tahu lokasi Jung Kook berada.

"Kawasan perumahan?"Hye Jin meneliti peta di skrin telefon. Jung Kook masih di lokasi yang sama membuatkan Hye Jin mencurigai sesuatu yang buruk mungkin telah berlaku pada suaminya itu. Adakah Jung Kook kemalangan? Atau dibunuh selepas dirompak? Banyak persoalan yang bermain di minda, Hye Jin menggapai kunci keretanya. Dia nekad keluar mencari Jung Kook.

*    *    *    *

Kereta yang dipandu Hye Jin semakin mendekati tempat Jung Kook berada. Dia memasuki kawasan perumahan. Keretanya berhenti tepat di hadapan sebuah rumah dua tingkat bernombor 362. Kereta milik Jung Kook kelihatan terparking di garaj hadapan rumah tersebut.

"Jung Kook buat apa kat sini?"Hye Jin turun dari kereta dengan rasa sangat berdebar debar. Enjin kereta sengaja tidak dimatikan. Bell pada pagar ditekan sebanyak tiga kali. Seorang wanita menguak pintu utama. Pintu pagar automatik terbuka. Wanita itu terpinga melihat Hye Jin berjalan masuk ke arahnya.

"Awak ni saper? Ada hal apa ye malam malam buta datang rumah saya?"soal Aeran.

"Saya cari suami saya,"balas Hye Jin.

"Suami awak?"

"Mana Jung Kook? Dia ada kat dalam kan,"tegas Hye Jin.

"Sorry Jung Kook takde kat sini. Dah pergi la balik! Ganggu orang je,"halau Aeran.

Hye Jin merempuh tubuh Aeran untuk masuk ke dalam rumah. Dia melihat kasut kulit hitam milik Jung Kook ada di rak sebelah pintu. "Suami aku ada kat dalam kan! Bagi aku masuk la! Jung Kook! JUNG KOOK KELUAR SEKARANG!"jerit Hye Jin berjaya menerobos ke ruang tamu.

"Jung Kook takde kat sini! Baik awak pergi sekarang sebelum saya call polis. Sesuka hati je pecah masuk rumah orang,"Aeran sebolehnya cuba untul menghalau Hye Jin seperti yang dia janjikan pada Jung Kook.

"EH PEREMPUAN TAK TAHU MALU! MANA KAU SOROKKAN LAKI AKU. TU KAT LUAR TU KERETA DIA, KASUT DIA ADA KAT SINI. KAU NAK TIPU APA LAGI. MANA JUNG KOOK! JUNG KOOK!"Hye Jin naik berang. Seluruh bilik di tingkat bawah digeledahnya. Dia naik ke tingkat atas dengan termengah mengah memegang perut. Dia masuk ke dalam satu bilik. Di muka pintu, lutut Hye Jin terketar ketar. Dia lihat Jung Kook terbaring di atas katil.

"Jung Kook-ah!"selimut yang membaluti tubuh Jung Kook direntak dengan kasar. Air mata Hye Jin jatuh serta merta melihat keadaan suaminya tanpa seurat benang. Bahu Jung Kook dipukul dengan kuat. "Sampai hati awak buat saya macam ni Jung Kook!"Hye Jin menangis. Dia rebah ke lantai. Aeran turut naik ke bilik bersama dua orang pengawal keselamatan.

"Perempuan gila ni pecah masuk rumah saya. Bawak dia keluar sekarang,"arah Aeran. Pengawal pengawal itu mengheret Hye Jin keluar.

*    *    *    *

Kereta dipandu dengan laju. Air mata Hye Jin bercucuran jatuh. Hatinya betul betul hancur. "Sampai hati awak Jung Kook,"jeritnya. Stereng dihentak. Sebuah kereta meluru dari arah hadapan tanpa disedari Hye Jin yang sedang menyapu sisa mata. Kereta Hye Jin bertembung dengan kereta tersebut. Kepala Hye Jin terhentak ke stereng. Hye Jin gagal mengawal pergerakkan keretanya menyebab ia terbalik lalu melanggar tiang elektrik tepi jalan.

*    *     *    *

Minseo dan keluarga Hye Jin mengiring Hye Jin yang ditolak masuk ke dalam wad. Hye Jin dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tubuhnya berlumuran darah. Jururawat mengarahkan mereka supaya menunggu di luar sehingga pembedahan untuk mengeluarkan bayi di dalam kandungan Hye Jin selesai. Keluarga Hye Jin terpaksa bersetuju Hye Jin bersalin secara pembedahan caesar untuk menyelamatkan bayi dengan keadaan Hye Jin yang tak stabil.

Jung Kook tiba di hospital tak lama selepas itu. "Hye Jin mana?"soalnya sangat cemas. Aeran menjelaskan kepadanya tentang Hye Jin datang menyerang rumah Aera sebelum isterinya itu terlibat kemalangan.

Puan Min cuma menunjuk ke arah pintu wad yang masih tertutup rapat. Minseo berpelukan dengan wanita itu. Jung Kook meramas rambutnya. Mereka menanti penuh debar.

*    *    *    *

"Tahniah Encik Jeon. Bayi lelaki,"suara tangisan bayi membingitkan ruang bilik itu. Jururawat meletakkan bayi yang sudah dibalut kain lampin ke pangkuan lengan Jung Kook.

"Anak appa,"hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya Jung Kook ketika itu. Cahaya mata pertamanya. Dahi si bayi dikucup lama. Syukur dengan anugerah besar dari Tuhan ini. Air mata Jung Kook mengalir.

"Isteri saya macam mana?"

"Buat masa sekarang keadaan isteri Encik masih tak stabil. Puan Hye Jin kehilangan banyak darah,"

Perasaan gembira itu lenyap hilang serta merta.

*    *    *    *

Jung Kook setia menunggu Hye Jin di luar wad. Pukul 10.00 pagi dan Hye Jin masih di dalam bilik pembedahan.  Semua ahli keluarga Hye Jin sudah pun beransur pulang setelah melihat anaknya. Masing masing memuji kecomelan bayi yang belum diberi nama itu.

"Encik Jung Kook,"seorang jururawat datang mendapatkan Jung Kook.

"Ada apa apa ke jadi pada Hye Jin?"

Jururawat itu memandang Jung Kook dengan serius. Dia tahu berita yang akan disampaikan ini akan menghancurkan hati Jung Kook.

"Pasal anak Encik. Disebabkan kelahiran pramatang, bayi Encik mengalami komplikasi jantung yang menyebabkan dia sukar bernafas. Doktor dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan bayi Encik, tapi Tuhan lebih menyayanginya. Mian.....anak Encik dah meninggal dunia beberapa minit tadi,"

Seketika dunia Jung Kook jadi gelap. Lututnya mencium lantai.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro