Nineteen-Last
7 bulan kemudian,
"Dengan ini, tahanan Min Hye Jin, 37 tahun.....dijatuhkan hukuman perjara selama 15 tahun atas dua kesalahan cubaan membunuh Kim Hana dan Jeon Jung Kook berdasarkan bukti bukti yang kukuh,"tuan hakim mengetuk tukul sebanyak dua kali. Gema sorakkan memenuhi ruang mahkamah. Hye Jin cuma tenang di tempat duduknya. Peguam yang membela Hye Jin cuma mampu menepuk bahu Hye Jin. Sepatah kata pun tidak dikeluarkan dari mulut Hye Jin sehinggalah dua pegawai polis tiba untuk nembawa Hye Jin keluar. Seterusnya ke penjara.
Dipenjara 15 tahun.....Hahhaha tempoh itu agak lama, tapi dia yakin dia mampu bertahan kerana dendam ini yang terus menghidupkan jasadnya. Dendam yang sebati menjadi nyawanya.
Hye Jin langsung tak pandang ke arah Jung Kook semasa dibawa oleh polis melalui laluan tengah mahkamah. Keluarga Jung Kook bukan main bersorak padanya. Minseon tersenyum sinis. Hana meninggalkan sekejap Jung Kook yang berada di atas kerusi roda. Dia menghadang laluan hadapan Hye Jin.
"Bagi saya cakap kejap dengan Min Hye Jin,"pinta Hana kepada pegawai polis. Hye Jin yang menundukkan kepala mengangkat wajahnya. Wajah menganjing si Hana itu ditatap dengan rasa benci.
"Selamat tinggal di rumah baru. Orang macam kau, layak mati kat sana Hye Jin, membusuk dalam penjara sepanjang hayat kau,"bisik Hana. Hye Jin cuma membalas dengan anggukkan malas.
"Dulu aku berjuang untuk pertahan perkahwinan aku yang cuba kau musnahkan. Sekarang, aku masih jugak berjuang. Perjuangan untuk lihat kau, Jung Kook, Minseon....melutut di kaki aku nanti. 15 tahun, aku harap kau akan bersabar tunggu aku. 15 tahun, aku harap kau manfaatkan sepenuhnya waktu yang singkat itu bersama suami tersayang kau dan bila tiba waktunya nanti....aku akan muncul kembali dalam hidup korang, menciptakan kehancuran yang tak terjangkau. Dan ketika itu, kau akan menyesal, merintah sebab kehidupan kau dah jadi sebuah neraka. Ingat tu Hana," Hye Jin terus dibawa keluar. Hana nampak terkedu. Tangannya menggeletar. Minseo menolak kerusi roda Jung Kook ke arah Hana.
"Hei, you ada cakap apa dengan Hye Jin tadi,"soal Jung Kook.
Hana geleng. "I just bagi dia pesanan terakhir,"
"Hana, Jung Kook....well everything was done. Happy ending for both of you,"Minseo merangkul bahu Hana dan Jung Kook serentak. Dia tumpang bahagia untuk kebahagian mereka berdua. Biarpun Hana kehilangan bayi yang baru dikandungkan semasa kemalangan. Tapi takpe, tentang anak, Jung Kook dan Hana mungkin mampu bagi anak sedara yang baru lagi.
"Unnie...."Hana menggenggam tangan Minseo. "Hana dah Jung Kook dah bincang yang kitorang nak bawak unnie tinggal sama sama kat Amerika nanti,"sambung Hana. Biji mata Minseo terbeliak sebelum bibirnya menggariskan senyuman.
"Wait... I thought korang tak jadi pindah lepas apa yang jadi,"
"Kat sana lagi better untuk mulakan hidup baru. Kita boleh bina keluarga yang bahagia...."Hana beriaksi teruja.
"Hah...family?"Minseo menjeling Jung Kook. Jung Kook melepaskan tawa kecil.
"No, jangan fikir yang bukan bukan eh. No way lah Hana nak suruh unnie jadi bini nombor dua suami Hana ni. I mean, bila ada unnie...at least Hana tak bosan,"
"Eeee sper yang nak suami kamu ni,"Minseo menunjual bahu Jung Kook dengan jari telunjuknya. "Untuk kebahagian Hana, unnie sanggup buat apa saja,"dia menggangguk serayu tubuhnya dipeluk Hana.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro