Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Four

Seperti hari hari biasa, Hana akan datang lebih awal sebelum Minseo tiba. Minseo memberi amanah padanya supaya menguruskan proses pembukaan butik. Pagi itu Hana sedikit hairan kerana lampu di dalam butik kelihatan menyala, kipas berpusing. Dia masuk ke dalam butik lalu terus menggapai batang penyapu. Bunyi dengkuran kecil menyapa gegendang telinganya.

"Siapa tu?"Hana menghampiri sofa  tepi kaunter. Kelihatan bossnya Hye Jin terlingkuk tidur di atas sofa.

"Boss kenapa tidur kat sini,"Hana mengggerakkan tubuh Hye Jin supaya bangun.

"Ehh dah pagi ke,"Hye Jin bangkit dengan berpaut erat pada lengan Hana. Wajahnya kelihatan sangat pucat.

"Boss ok ke tak ni?"Hana cuba untuk memapah Hye Jin tetapi ditolak. Hye Jin gapai tas tangannya di meja kecil. Dia berdiri dengan lemah. Kepalanya berpusing ligat dan pandangannya kabur. Beberapa langkah dianjak, Hye Jin terjelepok ke atas lantai. Hana terus mendapatkan bossnya itu yang sudah terbaring tidak sedarkan diri. Dia panik, terus menggeledah handbeg Hye Jin mencari kunci kereta. Dia memapah Hye Jin keluar dari butik, masuk ke dalam kereta. Kereta dipandunya dengan laju.

*    *    *    *

"Hello Hye Jin! Kenapa sayang tak balik rumah semalam. Sayang tido kat mana? Sayang buat saya risau la,"

"Errr mian Encik Jung Kook. Saya  Hana....err pekerja kat butik Hye Jin,"

"Mana wife saya sekarang??? Kau rompak dia ke sial,"

"Ehh tak, saya kat hospital sekarang. Puan Hye Jin pengsan tadi,"

*    *    *    *

Tiba di hospital, Jung Kook bergegas masuk ke dalam bilik yang menempatkan Hye Jin. Hye Jin yang terbaring di atas katil terus didakapnya. "Awak tak apa apa ke sayang?"diperiksanya seluruh bahagian tubuh isterinya itu jika terdapat kesan luka.

"Awak saya ok la. Tak payah panik macam ni,"

"Suami mana tak risau kalau wife dia ni tak balik rumah. Saya mintak maaf banyak sayang pasal omma saya tu,"Jung Kook peluk sekali lagi Hye Jin. Nurse di sebelah katil menundukan pandangan kerana segan melihat mereka berdua.

"Suami Puan dah sampai ni, saya pergi panggilkan doktor ye,"kata nurse itu sebelum pergi mendapatkan doktor.

"Saya tidur kat butik semalam. Sorry saya keluar tak mintak izin awak,"

"Takpe sayang saya faham,"

Doktor yang memeriksa Hye Jin sekejap tadi masuk ke dalam bilik itu.
Dia membawa beberapa helai kertas keputusan pemeriksaan kesihatan Hye Jin.

"Isteri saya sakit ke doktor,"soal Jung Kook risau. Digenggamnya erat tangan Hye Jin.

"Isteri Encik sihat je. Pening, pitam ni cuma gejala biasa bagi kebanyakan ibu yang mengandung,"

"Hah? Mengandung?"Hye Jin dan Jung Kook saling membalas pandangan. Jung Kook ternganga. Hye Jin tersenyum lebar.

"Tahniah Encik Jeon Jung Kook, isteri encik mengandung dua bulan,"

Jung Kook melompat gembira. Dahi Hye Jin dikucup. Kemudian tangannnya menggosok perut Hye Jin. "Terima kasih sayang. Baby kitaa,"ucapnya.

*    *    *    *

"Puan Hye Jin? Aikkk kat mana pulak dia dah pergi,"setelah Hana kembali dari cafe untuk membeli makanan, dia lihat bilik yang ditinggalkan sekejap tadi sudah kosong tanpa Hye Jin.

"Awak Hana kan?"seorang lelaki menyapa Hana sewaktu dia keluar dari bilik itu.

Kemudian Hye Jin muncul memanggil Hana. Hye Jin merangkul lengan suaminya.

"Ehh kenalkan ni pekerja kat butik saya. Dia yang hantar saya ke hospital. Gamowo Hana,"kata Hye Jin.

"Ohh dah kenal kat telefon tadi. Act Hana yang bagitahu awak kat sini,"

Hana berjabat tangan dengan Jung Kook.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro