Eleven
Sepanjang masa bekerja, Hye Jin cuma mengelamun. Minseo yang berpenat melayan pelanggang pelanggang yang datang. Boss itu kelihatan muram saja sejak beberapa hari ni. Jadi agak sukar untuk Minseo membuat kerja sorang diri, lagipun adiknya Hana sudah tidak bekerja lagi di sini. Hana sedang dalam persiapan untuk menyambung pelajaran ke luar negara tak lama lagi.
"Hye Jin, kau ada apa apa masalah ke,"soal Minseo yang sedia menjadi tempat untuk Hye Jin berkongsi masalah. Selalunya Minseo dahulu yang akan bertanya baru lah Hye Jin akan berkongsi.
Hye Jin menekup wajah dengan nafas berat. Minseo meminta diri untuk duduk di sebelah Hye Jin. Bahu Hye Jin dipangkunya."Masalah apa pulak ni? Kau gaduh dengan Jung Kook ke,"
"Aku curiga pada suami aku,"luah Hye Jin.
"Pasal apa pulak,"
Hye Jin menarik beberapa helai tisu untuk mengesat matanya yang berair. Sukar untuk dia menafikan perkara ini, tapi nalurinya betul betul yakin mengatakan,"Aku rasa JUNG KOOK CURANG. Dia ada affair dengan perempuan lain,"
"Mwo?!!"Minseo terkejut. "Kau biar betul ni Hye Jin. Jangan main tuduh je,"
"Aku dah jumpa banyak bukti. Tiap kali aku check pakaian Jung Kook....aku dapat hidu bau perfurm perempuan lain, aku jumpa kesan gincu. And tiap malam Jung Kook akan call perempuan tu,"
"Habis tu kau buat apa? Takan kau nak diam je? Kau dah bersemuka ke dengan yeoja tu,"
Hye Jin menggeleng lalu menghamburkan tangisan yang tak mampu ditahan lagi. "I think, it's will over soon Minseo. Aku takan dapat lagi selamatkan rumah tangga aku. Aku cuma perlu jumpa perempuan tu, dapatkan pengakuan Jung Kook.....dan apa pun jadi pada perkahwinan kitorang even Jung Kook akan lepaskan aku sekalipun, aku tak boleh nak halang dia,"
"Kau nak bercerai?"soal Minseo dengan mata membulat.
Hye Jin tidak angguk, membiarkan saja air matanya terus mengalir. "Habis tu cara apa lagi aku ada. Bercerai lagi baik daripada aku terus stay dalam perkahwinan yang tak berjaya ni. Aku yang terseksa sedangkan Jung Kook....dia bahagia dengan perempuan tu,"Hye Jin segera bangun mengambil kunci kereta.
"Wait Hye Jin! Kau nak pergi mana?"
"Cari perempuan tu,"
"Bahaya! Kau dalam keadaan tertekan cam ni, bagi aku je drive. Kau nak ke jadi macam dulu,"pujuk Minseo. Hye Jin akur, melemparkan kunci kereta kepada Minseo.
"Nak cari kat mana? Kau tahu ke perempuan tu tinggal kat mana,"
"Kat tempat kerja Jung Kook. Aku yakin yeoja tu kerja sekali dengan Jung Kook,"
* * * *
Hye Jin dan Minseo bergegas masuk ke dalam bangunan tempat Jung Kook bekerja. Hye Jin menekan punat lif untuk ke pejabat Jung Kook di tingkat lapan. Pintu lif tidak terbuka kerana lif sedang digunakan. Hye Jin berlari pula ke lif di sebelah.
Sedang dia menunggu pintu lif terbuka, dia sempat mengerling seorang lelaki dan wanita keluar dari kotak lif yang ingin digunakan olehnya tadi. Melihat dari belakang bentuk tubuh si namja, Hye Jin mengenali itu adalah Jung Kook. Jung Kook berpegangan tangan dengan yeoja yang memakai hoodie dan berkaca mata hitam. Jung Kook tidak menyedari Hye Jin berada di situ. Pantas Hye Jin menahan pintu lif dan menyuruh Minseo keluar.
"Tu Jung Kook! Dengan yeoja tu,"Hye Jin menunjuk ke arah pasangan yang berjalan ke lobby bangunan. Hye Jin dan Minseo mengejar mereka sehingga ke tempat parking. Kereta Jung Kook melintas di hadapan mereka.
"Follow diorang,"Hye Jin menggesa Minseo pergi mendapatkan keretanya. Mereka mengekori kereta Jung Kook.
* * * *
Kereta Jung Kook berhenti di hadapan rumah Hye Jin sendiri. Minseo parking di luar pagar rumah. Kelihatan Jung Kook membawa wanita itu masuk ke dalam rumah. Hye Jin ingin menerpa keluar menyerang Jung Kook dan wanita itu tapi dihalang oleh Minseo. Minseo risau sekiranya Hye Jin akan bertindak melulu dengan keadaan tak tentu arah sebegini.
"MELAMPAU! JUNG KOOK BAWAK BETINA TU MASUK KE DALAM RUMAH AKU SENDIRI!"Hye Jin memukul stereng kereta. Tidak betah untuk diam saja memerhati, Hye Jin nekad turun dari perut kereta. Dia menuju ke pintu utama yang sudah dikunci oleh Jung Kook.
"Hye Jin! Hye Jin....kau sabar boleh tak,"
Hye Jin geledah begnya mencari kunci rumah. Ahh time gawat macam ni la kunci rumah nak hilang. "Shit mana kunci rumah aku ni. Arggghhh!"gagal menjumpai kunci, dia menggonggcang tombol pintu.
"Sabar Hye Jin!"
"No! Jung Kook tu betul betul melampau!"Hye Jin nampak pasu bunga di sebelah pintu. Dia terus mengangkat pasu yang berat itu untuk memecahkan tingkap.
"Min Hye Jin! Jangan buat kerja bodoh!"Minseo merampas pasu dari tangan Hye Jin. Hye Jin terduduk rebah. Pasu diletakkan kembali ke tanah. Dia memeluk Minseo seeratnya.
"Kau tak boleh berdepan dengan diorang dengan keadaan kau yang tak terkawal macam ni. Tenang Hye Jin. Kita try fikir cara lain,"pujuk Minseo. Dia memapah Hye Jin masuk semula di dalam kereta. Hye Jin perlu berehat sekejap.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro