Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Eighteen

Dari hospital, Jung Kook terus ke rumah Hye Jin. Turun saja dari perut kereta, dia terus memecahkan pintu utama rumah Hye Jin. Dia tahu Hye Jin ada menyorok di dalam. Kereta yang Hye Jin gunakan untuk melanggar Hana tadi terparking di garaj. Bonet hadapan kemik dan terpalit sisa sisa darah.

Penggera keselamatan berbunyi ketika Jung Kook melangkah masuk selepas pintu utama  dipecahkan dengan pasu. Marahnya membuak buak sekarang. Dia mungkin akan bertindak gila. Dia peduli apa kalau dia bakal membunuh Hye Jin nanti. Kerana perempuan celaka itu, isterinya sedang bertarung nyawa di dalam wad. Seperti mana Hye Jin menyakiti Hana, beribu kali lagi Jung Kook boleh balas balik.

"MIN HYE JIN! HYE JIN KELUAR KAU SEKARANG!"jerit Jung Kook seraya menendang sofa. Matanya tajam mencari sosok Hye Jin di ruang tamu.

"Baru sekarang kau ingat nak balik ke rumah ni,"Hye Jin menuruni anak tangga dari tingkat atas. Dia sudah lama menantikan kedatangan tetamunya ini. Sejauh mana pun seorang suami itu pergi, akan tetap pulang ke pangkuan si isteri, kan?

Jung Kook sengih menyeringai. Dua pandangan saling bertaut tajam.

Hye Jin sedikit pun tidak gerun berhadapan dengan Jung Kook. Jung Kook yang bukan lagi seperti dia kenal, yang lemah lembut, penyayang, yang tak pernah menyakitinya. Lelaki ini mungkin sekarang sudah menjadi seekor 'monster' yang tunggu masa untuk membunuh, menerkam si mangsa dengan sangat ganas.

Belum sempat dijejakkan kaki pada anak tangga terakhir, Jung Kook mara dan meragut lengan Hye Jin. Hye Jin rebah kerana ditarik terlalu kuat. Jung Kook cengkam leher Hye memaksa isterinya itu bangun. Dia tolak Hye Jin ke dinding. Hye Jin meronta cuba melepaskan diri. Tangan Jung Kook menampar pipi Hye Jin berkali kali sehingga Hye Jin betul betul diam memandang Jung Kook.

"Kau pengecut pukul perempuan Jung Kook," dia ludah air liurnya yang bercampur darah ke wajah Jung Kook.

Jung Kook menggosok lengan pada pipinya. "Ni balasan kau sebab dah sakiti Hana,"

"Hahhaahahha aku lagi suka isteri tercinta kau tu mati. Biar kau hidup menderita sorang diri! Kau selanyaknya tak berhak merasa bahagia,"

Jari jari Jung Kook mencekik leher Hye Jin lebih rapat sehingga Hye Jin tidak mampu lagi mengeluarkan suara. Nafas Hye Jin putus putus. Seluruh wajahnya jadi pucat. Bibir terketar ketar menahan sakit. Seboleh mungkin Hye Jin melawan khudrat Jung Kook. Dada Jung Kook ditumbuk  biar pun tumbukannya sangat perlahan dan tidak menyakitkan Jung Kook sedikitpun. Sekurang kurangnya dia tak boleh mati di tangan lelaki jijik ni.

"Kau silap, kau yang patutnya mati. Kalau kau nak tahu, aku dah lama plan nak bunuh kau sebelum kita bercerai lagi supaya aku boleh bolot semua harta kau. And now....aku dah tak hadap kekayaan kau tu lagi...yang aku nak sekarang adalah AKU SENDIRI YANG CABUT NYAWA KAU!"nafas hangat Jung Kook terhembus ke wajah Hye Jin. Pancaran mata Jung Kook seakan menantikan kematian Hye Jin. Sesekali Hye Jin memejamkan mata, mencari sedikit kekuatan yang masih bersisa untuk melawan Jung Kook.

Tulang tulang leher Hye Jin semakin mampat, menyempitkan lagi salur udara untuk nafasnya sampai ke paru paru. Mata Hye Jin pejam celik menahan kelopak matanya dari terkatup. Dengan sedikit khudrat yang ada, dia gerakkan tangannya ke wajah Jung Kook. Dua jarinya mencungkil biji mata Jung Kook.

"Arggggghhh sial!"Jung Kook yang kesakitan, melepaskan Hye Jin. Hye Jin berlari ke dapur. Jung Kook pantas mengejar dengan tangan menekup sebelah mata menyebabkan dia terlanggar beberapa buah perabot dan melambatkan pergerakannya.

Hye Jin pandang sekeliling ruang dapur. Dia cuma nampak sebilah pisau di atas meja makan sebagai senjata. Tanpa banyak berfikir, dia terus sambar pisau tersebut dari rak. Tepat pada masa itu juga, Jung Kook datang dari arah belakang dan menghantukkan kepala Hye Jin ke permukaan meja.

"Kau nak bunuh aku pulak ke!"Jung Kook cuba merampas pisau dari tangan Hye Jin. Dia genggam tangan kanan Hye Jin yang memegang pisau lalu lengan Hye Jin itu dipatahkan. Hye Jin meraung kesakitan terus terbaring ke lantai. Dengan sebelah tangan kiri menompang tubuh untuk bangun, Hye Jin mengesot untuk menggapai semula pisau yang dah tercampak ke bawah meja.

Betapa kejamnya Jung Kook, dia pijak kedua dua belah lutut Hye Jin yang tidak membolehkan Hye Jin untuk berganjak.

Berdetak dentum tubuh Hye Jin diterajang. Inilah suami yang melindungi dia dahulu, dan ini jugaklah suami yang akan membunuhnya.

"Arggghhhhhhh!"raungan kesakitan Hye Jin tidak sedikit pun menjentik simpati Jung Kook. Hye Jin tahan setiap pukulan Jung Kook, tahan biar pun isi tubuhnya jadi lumat, tulangnya remuk, urat uratnya putus, kulitnya koyak, darahnya bersepai.

Pisau cuma beberapa inchi dekat di hadapannya. Kilauan dari mata pisau yang memantulkan cahaya dari lampu siling seakan memberikan sekelumit harapan untuk Hye Jin.

"Mati kau Hye Jin! Mati! Mati!" Jung Kook seperti orang gila, sedang mengangkat kerusi pula untuk dibaling ke belakang tubuh Hye Jin. Belum sempat perkara itu berlaku, Hye Jin berjaya memungut semula pisau. Kerusi yang dibaling Jung Kook dia berjaya elak. Dengan peluang yang ada, Hye Jin mengelar kedua dua pergelangan kaki Jung Kook. Jung Kook tersungkur menggelepar kesakitan.

"KAU KALAH JUNG KOOK!"Situasi berubah. Hye Jin yang mendominasi sekarang. Sungguh dia mahu menikam pisau ini ke dalam dada Jung Kook sehingga mengonyakkan jantung Jung Kook, biar tiada lagi degupan, biar Jung Kook mati dalam ajal yang penuh kesakitan. Tapi Min Hye Jin masih manusia yang ada rasa simpati. Pisau cuma  diangkat namun tidak sesekali pun mendarat ke dada Jung Kook. Dan air mata Hye Jin mengalir saat menatap wajah Jung Kook.

Ahh shit, kenapa dia perlu membunuh orang yang paling dicintainya? Adakah dengan tamatkan nyawa Jung Kook hatinya akan puas. Hye Jin jadi keliru untuk memutuskan.

"HAHHAHAHAHAHHAH! Kenapa? Kau tak sanggup nak bunuh aku? Kau masih cintakan aku? PERGI MATILAH DENGAN CINTA KAU TU. BUNUH AKU SEKARANG HYE JIN. JANGAN SIA SIA KAN PELUANG KAU NI. KAU NAK SANGAT TENGOK AKU MATI DEPAN MATA KAU. BUNUH AKU HYE JIN. BUNUH AKU!"Jung Kook sendiri yang menarik tangan Hye Jin ke perutnya. Pisau terbenam ke dalam perut Jung Kook. Gelak tawa Jung Kook tidak berhenti. Hye Jin menggigil takut, pantas mencabut pisau itu.

"Semua orang akan tahu kau yang bunuh aku Hye Jin. HAHHAHA MIN HYE JIN SEORANG PEMBUNUH! PEMBUNUH!"Jung Kook menyapu tapak tangannya yang berlumuran darah pada pipi Hye Jin sebelum dia tak sedarkan diri. Hye Jin pandang cctv yang sedang merakam mereka berdua di ruang dapur. Dia terus mencampakkan pisau. Rakaman cctv itu akan menjadi bukti dia yang membunuh Jung Kook padahal perkara yang sebaliknya terjadi. Shit, dia nak bangun larikan diri tapi tubuhnya dah jadi separuh lumpuh.

Pakkk! Parkk! Pak! Kedengaran dentingan tumit kasut wanita menyentuh jubin lantai. Bunyi itu menghala ke dapur membuatkan Hye Jin jadi tak tentu arah.

Polis ke?

"Jesus Christ! Korang berdua memang perang besar. Saper menang saper kalah ni?"kata Minseo yang muncul berdiri di laluan masuk ruang dapur. Darah bertakung di lantai seperti banjir. Di lantai sebelah meja, dia melihat Jung Kook terbaring dengan tompokan darah besar pada pakaian di bahagian perut. Hye Jin yang masih sedar bersandar penat di sebelah jasad Jung Kook.

"Minseo tolong aku. Aku tak bunuh Jung Kook. Dia sendiri yang tarik tangan aku.... "Hye Jin cuba menjelaskan tapi kedatangan Minseo dirasakan bakal membawa bala yang lebih besar. Atau Jung Kook dan Minseo telah terlebih dahulu merancangkan semua ini.

"Sorry Hye Jin, kita dah tak jadi kawan dah kan sekarang. Lagipun aku datang sini bukan untuk jadi malaikat penyelamat kau. Shit, aku terlepas show gempak kau dengan Jung Kook tadi! Hahahaha mesti satu korea ni akan gempar dengan berita seorang isteri membunuh suami sendiri,"hujung kasut Minseo menguis kepala Jung Kook. Minseo meletakkan jarinya pada leher Jung Kook. Masih terasa degupan nadi Jung Kook.

"Jangan risau Hye Jin, Jung Kook hidup lagi ni. Dia jenis liat nak mati,"Minseo mengeluarkan telefon dari tas tangan.

"Minseo andwae....jangan buat aku macam ni, aku tak salah!"Hye Jin meraih kaki Minseo.

"Kau tetap pembunuh Hye Jin. Adik aku hampir mati disebabkan kau. Kau rasa hukuman apa yang akan kau dapat nanti...."usai meniap satu nombor pada skrin, Minseo melekapkan telefon ke telinga.

"Minseo aniya!"

"Pallijuseyo! Saya jumpa adik ipar saya di rumah Min Hye Jin. Dia....dia kena bunuh....darah banyak sangat. Min Hye Jin sedang pegang pisau...saya takut!"selepas menjerit, Minseo mematikan panggilan. Dia mencangkung di hadapan Hye Jin. Dagu Hye Jin diangkat mendongak ke wajahnya.

"Kesian kat kau Hye Jin, dalam sekelip mata je.....hidup kau dah hancur sehancurnya. Sebelum polis sampai, aku kena hapuskan bukti bukti yang sepatutnya, supaya memang terbukti kau yang cuba bunuh Jung Kook. Bilik cctv kat atas kan. Hahaha nasib baik kau pernah bawak aku datang rumah kau sebelum ni,"

Hye Jin mengetap gigi. "Aku takan maafkan kau Minseo,"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro