•00:13•
Tok! Tok! Tok!
Aku mengetuk pintu bilik Hyena.
"Nugu?" Soal Hyena di dalam bilik.
"Naya. Unnie" kataku.
Hyena membuka pintu dan memaparkan wajah bosannya.
"Unnie nak apa?" Soalnya datar.
"Unnie tak nak apa-apa pun. Unnie cuma nak berbual dengan kamu" kataku sambil berjalan masuk ke dalam biliknya tanpa diundang.
Hyena memandang aku pelik.
Kenapa?
Salah ke seorang kakak nak berbual dengan adiknya yang TERcinta.
Aku duduk di katilnya manakala Hyena duduk di meja belajarnya menyambung membuat kerja sekolah.
"Hyena" panggilku.
"Bwo?" Soalnya tanpa memandang aku.
"Hyena...nampak se...suatu ke masa jumpa...Unnie dekat sekolah tadi?" Soalku teragak-agak.
Hyena lambat menjawab soalanku.
"Nampak apa? Nampak jerawat yang tumbuh dekat dahi Unnie adalah" kata Hyena bersahaja.
Woah! Budak ni dah melampau. Main jerawat aku pulak.
Tapi...betul ke Hyena tak nampak aku dan Joochan berpegangan tangan?
"Emm...Unnie tiba-tiba rasa mengantuklah. Unnie, masuk tidur dululah." Kataku sambil berjalan keluar dari bilik Hyena.
"Unnie, ingat Hyena tak nampak tadi? Lebih baik Unnie berhati-hati" kata Hyena secara tiba-tiba.
Langkahku terhenti selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Hyena.
Aku memandangnya.
Hyena hanya fokus pada kerja sekolahnya.
Sekejap. Aku keliru sekarang ni.
Dia nampak atau tidak?😟
-
Aku termenung jauh dalam kelas yang masih tiada sesiapa itu.
Kepalaku pening memikirnya.
Aku menyumbatkan earphone di telingaku lalu letakkan kepala di atas meja.
Aku mendengar rakaman yang Joochan menyanyi.
Rasa tenang je dengar suara dia...😊
Aku tersenyum melihat Joochan masuk ke dalam kelas.
Joochan juga membalas senyumab padaku.
Seperti biasa dia akan letak begnya di tempatnya lalu duduk di tempat Mikyong iaitu di sebelah aku.
Dia cabut sebelah earphone aku lalu sumbatkan di telinganya dan letakkan kepalanya di atas meje.
Dia memandang aku dengan wajah terkejut.
Aku sudah tersenyum malu.
"Bukan ke...ni....suara saya?"
"Haah. Ni suara awak. Saya sukaaaaaaaa sangat dengar awak menyanyi. Sampai saya terpaksa rakam suara awak menyanyi secara senyap-senyap." Kataku.
"Jinjja? Awak buat sampai macam ni sebab awak sukakan saya?"
"Nae."
"Woah! Jinjja Gomawo. Saya tak pernah buat apa-apa untuk tunjukkan saya suka awak" katanya rasa bersalah.
"Awak tak perlu buat apa-apa. Awak setia dan sentiasa bersama saya sudah cukup menunjukkan awak suka saya" kataku sambil melemparkan senyuman.
"Saya janji saya akan setia dan sentiasa bersama awak" kata Joochan sambil mengusap kepalaku.
"Joochan, saya nak tanya sesuatulah pada awak"
"Awak nak tanya apa?"
"Macam mana awak tahu saya yang chat awak?" Soalku.
Dah lama aku nak tanya benda ni. Tapi tu lah, aku ni bukan robot yang boleh ingat selalu.
"Ouh...pasal tu. Mula-mula tu saya tak tahu pun itu awak. Tapi selepas Jangjun buat group kelas saya tahu awak yang chat saya selama ni" beritahu Joochan.
Haahlah...
Semua budak kelas aku kan ada dalam group tu. Mestilah Joochan tahu....😮
Tapi selepas fikir semula, aku patut berterima kasih pada Jangjum sebab buat group tu.
Kalau tak mungkin sekarang aku masih tidak bersama Joochan lagi.
"Unnie!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro