Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

•00:06•

Ting!

Jangjun telah menambah anda di dalam group CLASS 2K19💕

Seungmin
woah! Akhirnya dah
Ada group kelas!

TAG
•Waw! Dah maju!

Y
•Korang jangan nak mengumpat
Pulak dalam group ni eh.

Jaehyun
•Eh? Suka hati kitaoranglah

Jangjun
•kalau macam tu aku
Buang kau dari group ni

Jaehyun
•Eh jangan-jangan.

Jangjun
•Tau takut...

Haesoo
•Joochan, esok kau ada buat persembahan kan.

Joochan
•Haah.

Mikyong
•kau nyanyi lagu apa?

Joochan
•Mana boleh bagi tahu..

Mikyong
•Ha alah kau. Itu pun
Nak berahsia...

Mikyong
•Joochan?

Mikyong
•Yah! Joochan!

Jangjun
•Mana dia? Tiba-tiba senyap pulak.

Ting!

Aku berhenti menjadi pemerhati di dalam group itu apabila dapat chat dari seseorang.

Aku keluar daei group itu dan ternampak chat dari Joochan.

Aku cepat-cepat tekan chat Joochan lalu melihat chat yang dihantar Joochan.

Saya kenal awak? Maksudnya, kita rapatlah

Emm...rapat?🤔

Aku rapat ke dengan dia?

•Emm...tak sangat

Aku menanti jawapannya.

Yeke? Kita satu sekolah ke?

Nak bagitahu ke?

•nae

•Baguslah macam tu. Kita jumpa esok

Jumpa?

Memang tak lah. Aku punyalah tak nak dedahkan identity aku.

•Tak naklah. Malu

•Malu? Kenapa nak malu pulak?
Okey. Tak pe. Esok saya ada buat persembahan masa perhimpunan. Jadi saya nak awak...ambil gambar saya dan send pada saya.

Ambil gambar dia?

Aku memang selalu ambil gambar dia senyap-senyap.

Benda tu tak jadi masalah pada aku. Tapi...kenapa dia nak suruh hantar pada dia pulak?

•Okey.

-

Aku memandang Joochan yang berada di tepi pentas.

Aku memerhatinya yang sedang melihat skrin telefonnya.

Ting!

Aku cepat-cepat melihat skrin telefon aku.

•Jangan lupa ambil gambar saya♡

Wow. Dia masih ingat. Tapi...simbol dekat belakang sekali tu membuatkan aku menjadi tidak keruan.

Nasib Mikyong ada dekat sebelah.

Kalau sekarang ni aku dekat bilik aku, aku rasa bantal aku dah nazak sekarang ni.

Aku tersenyum kecil lalu membalas chat dia.

•Arraseo.

Aku kembali memandang Joochan. Dia tersenyum memandang telefon.

Aku mengalih pandangan aku ke arah Mikyong apabila dia memandang aku.

Mikyong memandang aku pelik.

"Kenapa?" Soal Mikyong.

"T-Tak ada apa..." kataku lalu pandang ke arah lain lagi.

-

Aku bersiap sedia telefon aku apabila Joochan bersedia untuk menyanyi.

Lagu Through the Night oleh IU dimainkan.

Riak wajah Joochan terus berubah selepas lagu dimainkan.

"I bam~"

Apabila Joochan mula menyanyi, bulu roma aku mula naik.

Wow...merdunya suara dia...
Aku tak menyesal jadikan dia crush aku.
Aku juga takkan tolak dia kalau dia jodoh aku.

Aku melihat Mikyong yang memberi tumpuan sepenuhnya pada Joochan.

Aku mengambil Joochan secara sembunyi tanpa ketahui oleh orang lain.

Aku tersenyum kecil melihat hasil tangkapan gambar aku.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro