Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Fantasy Award

"Ayda!" Ayda yang baru sahaja terlelap terus mencelikkan mata. Digenyeh mata yang sedikit kabur sebelum figura seorang lelaki yang duduk bercangkung di hadapannya terbias di retina mata.

"Sorry for disturbing you. But, I think we need to move now." Ayda yang mendengar hanya mengganggukkan kepala. Perlahan dia mula berdiri sambil dibantu oleh jejaka tersebut.

"Are you strong enough to walk?" Ayda hanya tersenyum tipis saat soalan itu mencecah gegendang telinga. Nafas dihela lemah sebelum kepala diteleng ke arah kanan, membuatkan sepasang matanya bertembung dengan sepasang mata biru laut yang sedang merenung ke arahnya.
"I think... I still can walk. After all, what I need to do is keep walking, right? If I want to stay alive, I need to walk," ujar Ayda dengan nada rendah. Shawn hanya diam. Tangan masih setia memegang lengan Ayda, membantu gadis genit itu berjalan keluar dari rumah tempat mereka tumpang berteduh.

Mata Shawn meliar ke kiri dan ke kanan saat mereka sudah berjalan di kaki lima. Bangunan runtuh di merata-rata tempat. Kereta hangus terbakar berlonggok di tepi jalan. Bahkan mayat bergelimpangan di atas jalan.

Siapa sangka, saat ini dunia telah tiba-tiba diserang oleh robot humanoid yang telah dicipta oleh para manusia? Serangan mengejut dan tiba-tiba telah membuatkan semua yang tidak bersedia telah menemui ajal atau mati diseksa secara perlahan-lahan, seperti gadis disampingnya saat ini.

Gadis ini telah terkena tembakan racun rambang yang dilepaskan oleh robot-robot durjana itu. Racun yang membunuh siapa yang terkena dalam diam. Jika sesiapa yang terkena tembakan tersebut tidak mendapatkan vaksin dalam masa 48 jam, dia akan mati.

Masalahnya tempat mereka sekarang berada jauh dari pangkalan hospital yang menyediakan vaksin. Hendak menggunakan kenderaan yang tersadai di tepi jalan, terdapat banyak kenderaan rosak, timbunan batu hasil bangunan runtuh dan juga puluhan mayat yang bergelimpangan di atas jalan raya.

Mujur pihak berkuasa di seluruh dunia berjaya mengawal keadaan dengan mengalahkan pasukan robot humanoid yang tiba-tiba menyerang. Akan tetapi kesan kerosakan daripada serangan robot humanoid mengambil masa untuk pulih.

"Argh!"

"Ayda!" Shawn terjerit kecil saat Ayda Jebat tiba-tiba jatuh terduduk di atas tanah. Pantas dia duduk bercangkung di sebelah Ayda yang sedang menundukkan kepala.

" Ayda, are you okay?" soal Shawn sedikit panik sambil memegang perlahan kedua-dua pipi Ayda. Ayda hanya diam sambil memejam mata.

"I... I feel like... Something's burning inside my body. I feel like... dying. I... I...." Nafas Ayda tiba-tiba menjadi tersekat-sekat. Seluruh wajahnya basah dengan peluh. Shawn mengetap bibir. Pantas kaki duduk bersila sebelum menarik Ayda tidur di atas ribanya. Meskipun dia tahu seorang wanita muslim mempunyai batas antara pergaulan antara lelaki dan perempuan, tetapi dia terpaksa melakukan ini demi nyawa gadis genit ini.

"Ayda." Pipi Ayda ditepuk perlahan. Namun Ayda masih kekal memejamkan mata.

"Ayda, wake up. Don't scare me." Pipi Ayda ditepuk lagi. Walaupun dia tidak mengenali gadis ini, dia berasa dia bertanggungjawab membantu gadis ini setakat yang dia mampu.

"Ayda..." Peluh yang membasahi seluruh wajah mulus itu dilap dengan sapu tangan yang sentiasa berada di dalam poket. Dengan penuh cermat dia mengelap wajah itu.

"Shawn..." Shawn yang tadi ralit mengelap wajah cerah itu terus terhenti. Mata terus tertumpu pada gadis yang baru mencelikkan mata.

"I think... I can't go anymore. I feel like dying. Something's inside me and it makes me feel tired and hot. I forced myself to keep walking but I can't anymore. Just go, Shawn. Leave me. I think I'll die soon. But you, you're still strong. So take care of your health. Just go. Find a shelter by the government. You're the worldwide's hottest singer. You must stay alive. So you can find the right path and be my relative by religion. Just go, Shawn. Go..." ujar Ayda perlahan. Nafasnya semakin tersekat-sekat. Terasa racun semakin menular ke dalam urat-urat di dalam badan. Dia tak berdaya untuk berjalan lagi.

"No! I swear I'll never leave you, girl. We're going to cure you. I will leave but not without you! I'll leave with you!"

Shawn pantas berdiri. Diregangkan sedikit badannya sebelum dia terus bertindak mencempung Ayda yang semakin lemah.

"I don't give a single care to be runing while carrying you so you must be strong! Fight that stupid poison! You can do it!"

"Shawn..." Ayda mengetap bibir saat Shawn sudah mula berlari sambil mendukung dia. Rasa terharu dan teruja bercampur, memenuhi segenap ruang di dalam diri.

Tak sangka, dengan kedatangannya ke konsert Shawn Mendes semalam berjaya membuatkan dia dapat menempuh dugaan ini bersama artis kegilaan ramai itu.

Sewaktu si penyanyi kacak ini menyanyi, tiba-tiba kawasan konsert diserang. Dia yang berada di bahagian depan bersama yang lain terus menjerit ketakutan. Baru sahaja kaki hendak berlari, tak semena-mena dia berasa lemah. Rupa-rupanya dia telah ditembak di bahagian lengan, menyebabkan dia jatuh terduduk di dalam kelompok manusia yang menjadi gila untuk selamatkan diri.

Ketika itu, ada satu tangan tiba-tiba menarik dia untuk bangkit. Tanpa sempat otak proses maklumat tentang apa yang berlaku, dia terus berlari dengan lelaki itu.

Setelah lama berlari, baru dia tersedar yang menarik tangannya ialah Shawn Mendes, si penyanyi tinggi lampai pujaan hati! Hati baru nak berbunga-bunga gembira tapi entah kenapa mata dan badannya berasa berat, membuatkan dia jatuh secara tiba-tiba.

Dan ketika dia membuka mata, dia sudah berada di sebuah rumah bersama penyanyi pujaannya. Baru nak rasa bahagia, dia dikejutkan dengan berita bahawa dia ada tempoh 48 jam untuk bertahan kerana racun yang telah ditembak menular masuk ke dalam badan.

Tak sempat nak rasa terkejut, dia kembali memejam mata. Badan berasa sangat lemah. Sedar-sedar Shawn mengejutkannya untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan vaksin.

Dan sekarang, dia sedang berusaha untuk bertahan di dalam dukungan penyanyi kesayangannya. Tapi mampukah dia untuk terus bertahan sebelum tiba di hospital? Ayda tidak tahu. Badannya kian lemah dan lemah.

"Shawn, if I die... Never blame yourself, okay? You're doing everyting to help me."

   "AYDA!"

Ayda yang baru terjaga terus menoleh ke arah kanan. Kelihatan Shawn sedang memandangnya dengan sepasang mata bercahaya. Ayda tergamam seketika sebelum menggenyeh matanya sekali lagi.

'Wow, Shawn Mendes betul-betul ada depan mata akulah!' Ayda tahan perasaan teruja yang mula menguasai diri sebaik dia yakin penyanyi terkenal itu duduk di sebelah katilnya. Perlahan matanya meliar ke kawasan sekeliling. Kelihatan ada beberapa ahli sihir berpakaian serba hitam sedang merawat seorang pesakit. Malah, ada juga beberapa bayang pontianak berkot hitam putih melintas laju di hadapannya. Ayda menelan air liur sebelum dia kembali memandang wajah Shawn yang setia merenung ke arahnya.

"I'm still alive?"

"Yes. We've made it. I ran for an hour straight. When I feel so deadly exhausted, a truck of witches  cross over. So I asked them to send us here. Glad we arrived here early so the doctors can save you with help of the witches and the draculas. Then you sleep for 12 hours till now," jelas Shawn sambil tersenyum. Hati Ayda tiba-tiba dipagut sayu. Rasa bersalah menjengah hati ketika mendengar cerita Shawn. Tak sangka jejaka ini sanggup berlari dalam tempoh yang lama sambil mengendongnya demi menyelamatian dirinya.

"Thanks for helping me, Shawn. If you're not with me, I think I will lay on the cold road, waiting for death or already dead. Sorry for giving you trouble."

"Nah, you don't. Actually I'm glad that I can help you. Oh... I wanna tell you something, Ayda."

"What?" Kedua-kedua kening Ayda hampir bertaut ketika mendengar bicara Shawn.

"I don't expect you're a singer like me. Plus, you're also an actress!"

"Oh how do you know about me?"

" You know, all presidents from each country in the world have an emergency meeting in Kuwait. They talked about how to manage this condition successfully. They came out with many great suggestions but they they can't do anything without any supporrt. So they asked Magic Realm for helping us. So, Magic Realm give some power to us so we can do anything we used to do before such as scrolling pictures in Instagram or updating status in Facebook like usual and also the helpers to help our doctors.  Then, when I'm googling about what happened in these days, I accidentally found about you too. So, nice to meet you... Ayda Jebat," ujar Shawn sambil membongkokkan sedikit badannya. Ayda tersenyum.

"Aww... It's an honour for a worldwide singer, who is Shawn Mendes... to know about me. Oh, your bracelet is blinking."

"Oh !" Shawn pantas memegang gelangnya. Spontan bibirnya mengukir satu senyuman.

"This is a couple bracelet. You wear one, and your significant other wear the other one. When you think about him or her, just push the button on this bracelet. Whenever one of you push it, the other's bracelet will blink. So you'll know that your partner is thinking about you... Even though distance keep you apart," terang Shawn dengan muka berseri. Ayda yang mendengar hanya menjatuhkan kepala beberapa kali. Semua orang tahu siapa pemilik gelang lagi satu itu.

"Err... Shawn... Actually I wanna to ask you something. Err... Do you know what is going on? Why the humanoids attacked us suddenly?"

Shawn angkat bahu mendengar soalan Ayda.

"I don't know. It happened around the world. Not only in Malaysia. I think... someone plotted this. Maybe this accident is a warning for us. But don't worry, the government in aware. Our situation's going to be better." jawab Shawn, menyedapkan hati Ayda.

"Alright. Thanks, Shawn. Thanks a lot. You're doing everything to save me. Even though you're an artist, you have a good heart. You don't freaking care that your fans might be crazy and let yourself be surrounded by them."

"Nah, It's nothing. Besides, in this situation who would care about their favourite singer? Oh... Wait!" Shawn seperti teringatkan sesuatu. Pantas telefon pintarnya dikeluarkan daripada kocek seluar. Mata meneliti butir-butir aksara yang tertera di skrin telefon sebelum dia kembali menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar.

"Ayda, sorry to say but I need to go. Someone's gonna fetch me here." Ayda tersenyum perit.

'Aduh, aku baru nak beramah mesra dengan dia!'

"So I guess this is our farewell?" Shawn tersenyum nipis seraya menganggukkan kepala.

"I think so. Sorry... got to go. Don't forget to keep in touch with your contacts. Your phone in a drawer besides your left," pesan Shawn dengan penuh prihatin.

"Alright. Thanks again, Shawn Mendes. Glad to meet you."

"Yeah, me too! Bye, Ayda. May you always be in your best health."

"Aww... Thanks."

"My pleasure." Figura Shawn terus menghilang di sebalik langsir. Ayda hela nafas lemah.

'Oh my God! Shawn Mendes know me! Shawn Mendes was so warm with me! Awww, my handsome crush... You're the best! Aku rasa aku dah semakin sihat! Ahaks!'

BOWAawards

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro