Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BRNSGR•02





BIGHIT ENTERTAIMENT



SEAWAL pagi lagi ketujuh member itu sudah berada didalam bangunan yang tidak terlalu mewah hanya bersederhana sahaja.
Bang pd nim yang merupakan CEO bagi mereka turut berada bersama ketujuh ahli itu.

"Saya dah membuat keputusan ,ketua bagi kumpulan kamu ialah kim namjoon.disebabkan dia pandai dalam bertutur  bahasa English dan juga mempunyai ciri -ciri ketua yang baik jadi saya melantik  dia sebagai ketua.ada sesiapa yang tak setuju?"

Kesemua nya mengelengkan kepala.


Kim namjoon agak segan sedikit,tidak menyangka dia akan menjadi ketua walhal dia merasakan dia tidak layak untuk menjadi ketua , membimbing membernya yang lain.dia memang seorang yang merendah diri.


"Nama kumpulan ialah BTS singkatan dari Bangtan boys"


Oh satu lagi ,kamu semua diminta untuk berpindah ke dorm yang disediakan memandang kan kamu semua akan menjalani kehidupan sebagai trainee,dan selepas itu debut.saya akan pastikan kamu semua menjadi artis yang terkenal,itu janji saya "

Ujar bang pd nim.berniat besar untuk membantu "anak buahnya" berjaya suatu hari nanti.

BTS tersenyum lebar.

"Kamsahamnida bang pd nim"mereka menunduk hormat.

Min yoongi tersenyum syukur.
nampaknya ini satu permulaan hidup yang baru bagi dia .dia akan tunjukkan pada dunia yang dia akan menjadi bintang rap yang popular!

Selepas sahaja bang pd nim beredar.jung hoseok si friendly mula membuka suara.
"Memandangkan kita akan duduk disatu dorm yang sama,apa salahnya kalau kita eratkan lagi hubungan?"
Soal Jung hoseok .sengaja mahu kan hubungan yang baik antara mereka,agar tidak kekok pada masa akan datang.



Kesemuanya termasuk min yoongi mengangguk kan kepala.ada betulnya juga kata Jung hoseok tadi.

"By the way ,umur korang berapa?"soal kim namjoon .sudah lama dia berhasrat ingin menanyakan soalan pada mereka semua tapi tak berkesempatan.

Sesi mengenal umur bermula.setelah mengetahui ahli tertua ialah kim seokjin terus sahaja mereka memanggil Seok jin hyung.manakala min yoongi yang kedua turut juga dipanggil Hyung.
Nampak seperti mereka mula merapatkan lagi hubungan .
















Baju dikemas rapi didalam satu beg bersederhana kecil .
dia akan berpindah kedorm BTS .tuan min dan puan min masih lagi sama.tiada tanda -tanda keduanya ingin menyokong keputusan dia untuk menjadi idol.
Namun itu bukan salah satu sebab untuk dia berputus asa,dia akan meneruskan impian yang sudah dia kecapi.memanglah hasilnya tidak nampak sekarang,mungkin nanti .

Dia keluar dari biliknya bersama dengan beg yang digalas.kedua orang tuanya sudah berada didepan.walaupun tidak menyukai keputusan anaknya namun masih lagi dia sayang akan min yoongi .satu -satunya anak yang mereka ada.

langkah diambil menuju kerumah song Jihyo yang hanya berada disebelah rumahnya sahaja.

Punat loceng ditekan.dalam beberapa minit barulah song Jihyo keluar dengan wajah yang sedikit muram.

"Gwaenchana?ada sesuatu yang berlaku ke?"

Soal min yoongi ,dia sedar riak wajah song Jihyo yang kelihatan keruh tidak seperti sebelum nya .ceria sahaja .

"S-saya dengan keluarga saya akan berpindah esok"

Ujar song jihyo dengan suara sayunya.min yoongi terkelu lidah .pindah?jadi Jihyo akan tinggalkan dia?

"Pindah mana?"soal yoongi walaupun berat mulut untuk bersuara.mahu menangis sahaja mendengar perkataan pindah yang terpancul dari bibir gadis itu.

"US,maafkan saya yoongi..saya terpaksa mungkir janji kita.ni semua appa yang aturkan,appa nak teruskan syarikat dia dekat sana"

Jelas song Jihyo .mukanya juga sedih ,tidak menerima keputusan tuan song untuk pindah ke US dan meninggalkan yoongi disini.

Min yoongi terdiam . matanya mulai berkaca.

"Awak datang sini ada apa - apa ke?"soal Jihyo cuba menukar topik.dia tak kuat melihat yoongi yang menahan tangis.

"Saya akan pindah ke dorm nanti ,saya akan tinggal disana dengan member yang lain"ujar min yoongi setelah lama mendiamkan diri .song Jihyo mengganguk faham.

"Diaorang okay?ada buat benda tak elok tak kat awak?"soal Jihyo risau ,yela orang sekarang kena hati -hati .tak semua yang nampak baik tu baik,atau pepatah mengatakan 'Don't judge book by it's cover'

Min yoongi tersenyum kecil.inilah yang dia sukakan song Jihyo.ambil berat gadis itu yang semula jadi dan ikhlas dari hati.dan lebih dia suka kalau Jihyo mengambil berat tentangnya.

"Diaorang okay je,baik."jawab min yoongi.sememangnya ahli BTS yang lain semua baik-baik belaka.

Jihyo mengeluh lega .
"take care tau ,saya dah takde kat sini dah ..tapi saya akan tetap sokong awak yoongi! "Ujar song jihyo cuba menceriakan situasi mereka yang agak suram.

Min yoongi tersenyum hambar.kalau dia halang Jihyo pergi pun,dia tetap tak mampu berbuat apa-apa malah mungkin tuan song lagi akan membencinya nanti.
Jadi dia hanya pasrah,biarlah dia pendam sakit ni seorang diri.

"Kalau kita ada jodoh , kita akan berjumpa lagi dan saya harap masa tu hati awak takkan berubah yoongi.saranghae"

Ujar song jihyo .mungkin ini kata -kata terakhir dia sebelum berpindah jauh dari korea untuk entah berapa tahun,mungkin selamanya?

Min yoongi memandang dalam anak mata song Jihyo .senyuman cuba diukir.walaupun hati tengah sarat dengan kesedihan.

"Hati saya takkan berubah Jihyo,bagilah beribu tahun sekali pun hati saya tetap sama.saya tetap akan cintakan awak seorang."ujar min yoongi .jarak mereka semakin mendekat.deruan nafas hangat kian terasa.

Min yoongi memejamkan mata bergitu juga song jihyo.bibir mencantum lembut .
Ini kali pertama mereka bercium, selama menjalinkan hubungan cinta ,min yoongi tak pernah mengambil kesempatan keatas dia.

Bunyi deheman tuan song mematikan sesi ciuman lima minit pasangan itu.

"Song Jihyo,kemas barang kamu cepat ."

Arah tuan song tegas , min yoongi di kerling sekilas.tidak berminat

"Nae appa!"

Min yoongi tersenyum kelat .

"Yoongi"

Gelang yang pernah dia beli  dikeluarkan.gelang yang bertanda "myg ♡ sjh " diberikan pada min yoongi.

"Ni gelang tanda hubungan kita.saya pun pakai jugak!"

Gelang yang elok tersarung ditangan kecilnya ditayangkan.min yoongi tersengih kecil.
Huluran gelang Jihyo tadi disambutnya.

Gelang itu terus dipakai ketangan .cantik!


"Song Ji Hyo!"


Panggil puan song yang didalam rumah,barangkali memberi amaran untuk segera mengemas baju untuk pindah.

Song Jihyo tersenyum kelat .
"bye yoongi "
Bibir terus mendarat dipipi mulus laki itu.sebelum dia terus menghadap kebelakang berura -ura untuk masuk kerumah.

Min yoongi dengan segera mencapai tangan song Jihyo .membuat kan langkah gadis itu terhenti,muka berpaling pada min yoongi.

"Saya akan tunggu awak song jihyo.saranghae song Jihyo,neomu Saranghae"

Ujarnya ikhlas.mata sudah memerah menahan tangis.Sungguh ini berat ,
Berat untuk dilakukan.meninggalkan seseorang dan tidak tahu entah bila boleh bertemu kembali.

"Nado Saranghae min yoongi,saya harap awak dapat capai cita -cita awak .take care,mungkin saya takde kat sini untuk sokong awak .tapi jangan risau ,saya akan sentiasa sokong awak dari jauh min yoongi.awak min yoongi saya yang hebat! jangan mudah berputus asa okay! Janji dengan saya yang awak akan berjaya .sebab awak layak mencapai kejayaan tu .just believe youself ,you can do it"

Dengan air mata yang tidak henti -henti mengalir dia terus masuk kerumah meninggalkan min yoongi.dia taknak lelaki itu sedih dengan pemergian dia .kalau boleh dia nak pergi dengan senyap tapi malangnya lelaki itu dulu yang datang kerumah .

Serta merta yoongi jatuh melutut.air mata yang ditahan sedari tadi jatuh juga.ini bukan min yoongi yang orang lain kenal,dia tidak mudah menangis walau perit apa yang dilaluinya.tetapi sekarang?air mata lelakinya jatuh juga disebabkan gadis bidadari seperti song Jihyo.

Bodoh ,yoongi kau memang bodoh

Kalau dia mempunyai segalanya ,mempunyai rumah yang besar .duit yang banyak ,mahu sahaja dia membawa Jihyo tinggal bersama dia.tetapi apa yang dia ada sekarang?tiada apa -apa.

" Ehem ehem ,kau jangan nak berdrama sangat .aku tak pernah suka kau jadi menantu aku "
ujar tuan song dengan nada yang  sinis.serentak itu mata min yoongi
Terarah pada tuan song yang masih berada disitu sejak tadi.

" Apa lagi yang saya kena buat untuk uncle terima saya? "
Soal min yoongi berani.matanya juga penuh harapan.

Tuan song Mendecit sinis.
"Kau kaya dulu baru  aku boleh terima kau dalam keluarga aku.tapi—

Aku rasa semua tu dalam mimpi jela eh "

Ujar tuan song sinis .kata -kata yang  berbaur hinaan . walaupun bergitu min yoongi tetap juga tersenyum pada tuan song tapi yang dibalas jelingan menyampah lelaki itu.

"Tak mustahil uncle,kalau saya kaya ..saya akan melamar anak uncle."

Ujar min yoongi tanpa segan silu.

Tuan song melipatkan tangan ke dada.
"Teruskan dengan angan -angan bodoh kau tu."
Ujar tuan song sinis sebelum melangkah pergi masuk kerumah semula.
Sakit pula mata dia hadap insan yang bernama min yoongi ni.

Min yoongi tertunduk lemah .beg yang digalas dibetulkan .kakinya melangkah keluar .lokasi seterusnya tidak lain tidak bukan ke dorm BTS.

Dia bertekad.dia akan berusaha bersungguh -sungguh dan akan buat yang terbaik .



To be continue ...





(1353 words)


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro