Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BRNSGR•01




SEMINGGU sudah berlalu.
kini tiba lah masanya hari audition kali pertama bagi dia.
wang juga sudah mencukupi.dengan hati yang gugup dia masuk kedalam ruangan bilik tersebut.

Ada beberapa juri berada didepannya sudah bersedia untuk menilai bakat setiap orang yang masuk kesini.

"Kau boleh suga!" Sempat dia memberi semangat kepada diri sendiri.

Dalam beberapa minit dia mula menunjukkan kelebihan rap dia yang lancar

Selesai sahaja rapnya ,juri yang didepan nampak seakan berpuas hati .jari juga dibuat thump up pada yoongi.

"Rap yang sangat bagus! keputusan masih lagi dalam perbincangan jadi awak diminta untuk duduk diruangan menunggu sebentar ye"

Ujar juri tersebut.
min yoongi hanya menurut sahaja.kaki dibawa masuk kedalam ruangan menunggu,dia gugup sebenarnya .pada masa yang sama dia berharap yang dia berjaya dan terpilih sebagai idol bawah naungan bighit entertaiment.

Punggung ditempatkan disebelah seorang lelaki.

"Annyeongghaseyo ,Jung hoseok imnida"
Riang lelaki itu menyapa sambil menghulurkan tangan didepan min Yoongi.yoongi dengan kekok nya membalas huluran tangan hoseok.

"Min yoongi imnida"

Balasnya.
tampak seperti Jung hoseok seorang yang ceria,tiada langsung tanda -tanda lelaki itu berdebar dengan keputusan yang akan keluar nanti.tidak takutkah dia kalau tidak diterima ?pelik

"Bahagian apa?"soal hoseok ingin tahu.
"Rapper"balas min yoongi .jari nya bersatu erat.tampak seperti berdebar.jung hoseok tersenyum kecil,sah lelaki disebelahnya ini gementar jadi dia mengambil keputusan untuk tidak menggangu lagi min yoongi .
Keputusan ditunggu dengan penuh sabar.

Keluar juri yang menilai mereka tadi dihadapan.kad kecil juga tidak lupa dibawa bersama.mic dibetulkan

"Saya harap semua dapat menerima dengan hati yang terbuka.hanya 7 orang sahaja yang diterima menjadi idol bawah bighit entertaiment"

Ujar juri dihadapan.kesemuanya riuh ,ada yang terlalu gementar.ada yang biasa -biasa sahaja.

Kad ditatap lama juri.hampir kesemua peserta disitu bagaikan nak terkeluar jantung menunggu siapakah yang bertuah terpilih.

"Tahniah kepada ....

"Kim namjoon,kim taehyung ,kim seokjin,park jimin,Jeon jungkook,Jung hoseok dan min yoongi! Tahniah kepada 7 peserta ini!" Sorak juri terlebih teruja.

Min yoongi sujud syukur,tidak percaya dia terpilih.gembiranya hanya tuhan sahaja tahu.

Ketujuh peserta itu mula menaiki pentas .

"Tahniah kepada kamu semua,kamu sekarang ialah satu kumpulan .nama kumpulan kamu akan tau nanti. congrats and goodluck !"

Ujar juri seraya tersenyum lebar .ketujuh mereka mula memandang satu sama lain,tapi tidak bagi yoongi.dia hanya terdiam.sejujurnya dia tidak biasa dengan orang yang dia tidak kenal.
Bukan kerana dia sombong,cuma dia malu.















Sesi audition telah pun tamat .min yoongi dan enam member yang lain mula bersurai pulang kerumah dengan kegembiraan .lagi - lagi min yoongi.lokasi seterusnya tidak lain tidak bukan kerumah song jihyo .gadis itu akan menjadi orang yang pertama dia beritahu .

Dia tersenyum lebar.punat loceng rumah song Jihyo ditekan.
Berharap yang keluar ialah song Jihyo namun hampa yang keluarnya adalah tuan song.senyuman semanisnya diberi pada tuan song,tapi siapalah dia untuk dibalas dengan baik.nampaknya masih sama,tuan song mahupun keluarga Jihyo sendiri tidak suka lelaki miskin seperti dia.
Dari dulu sampai sekarang hubungan songJihyo dan min yoongi tidak disenangi keluarga song hanya kerana lelaki itu dari keluarga yang miskin.

"Kau nak jumpa anak aku lagi ye? Anak aku tidur .kau boleh balik lah ye ,"

Ujar tuan song dengan nada mendatar.kaki berura-ura untuk masuk kerumah semula.hal yang tidak diduga berlaku,song Jihyo yang elok mahu keluar menyapa pandangan min yoongi . tersenyum kecil gadis itu.manakala tuan song merengus kasar terus masuk ke dalam rumah.

Time macam ni lah anaknya muncul kan diri!

"Eo yoongi ,bila sampai ?"soal Jihyo seraya membuka pagar rumah.

"Baru je,appa awak kata awak tidur"kata yoongi .Jihyo mula berkerut dahi
"mana ada saya tidur,saya baru Aje lepas bagi makan gureum"

Anak anjing Jihyo yang baru keluar dari dalam rumah dilihat yoongi.terlihat seperti gureum baru lepas makan seperti yang diperkatakan Jihyo tadi.min yoongi tersenyum kelat.nampak sangat tuan song menipunya supaya dia tidak bertemu dengan song Jihyo.

"Entah lah,saya salah dengar kot..apa -apapun ..saya ada berita baik nak bagitau awak!"
Ujar yoongi teruja ,hal tadi dibiarkan

Serta merta Jihyo melompat teruja. "Apa dia²?"

"Saya lulus audition tu!!!"

Hampir menangis terharu song Jihyo mendengarnya . walaupun bukan dia yang berada ditempat min yoongi,tetapi sebagai girlfriend lelaki itu,dia turut bahagia pada masa yang sama bersyukur, bersyukur atas kejayaan lelaki itu.

Min yoongi memeluk erat tubuh song Jihyo."gomawo ,sebab awak lah saya berjaya" ucap yoongi ikhlas.

Jihyo menepuk perlahan belakang badan min yoongi seraya tersenyum kecil.
"bukan disebabkan saya,ini semua sebab usaha awak berpenat lelah kerja demi audition tu,saya hanya beri sokongan dari belakang.saya bangga dengan awak min yoongi"

Ucap song Jihyo penuh keikhlasan .pelukan dileraikan ,

"Saranghae song Jihyo,thank you for everything"

Tangan Jihyo digenggam kemas seraya tersenyum lembut memandang tepat wajah cantik song Jihyo.

" Nado saranghae min yoongi"

Balas song Jihyo.

Tanpa mereka sedari ,adegan itu ditonton tajam oleh tuan song dan puan song disebalik tingkap.

Puan song merengus kecil

"Tengok tu ,anak kita tu masih lagi berjumpa dengan budak miskin tu! Mana saya nak letak muka saya ni ha? 'anak tuan song bercinta dengan budak miskin' !.abang tolong lah buat sesuatu .saya malu tau bang"

Tuan song memicit pelipis dahinya .kadang rimas juga dia dengan karenah isteri nya sendiri.

"Awak sabar boleh tak? Tahulah saya nanti nak buat macam mana"

Ujar tuan song seraya meninggalkan isterinya .

Tahulah nanti apa dia akan buat nanti.
Yang pastinya anak nya dengan min yoongi takkan dibiarkan bersama.

Ye takkan.






To be continue ...


(877 words)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro