Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Review ✨ POISON

Hai 🤗

Karya: wiyyahaminz

Pertama kali nak ucap, terima kasih sudi join Book Review saya😂

🔸Ulasan🔸

▪️ Watak Tasneem seorang yang periang dan agak gila-gila. Dapat kawan pula masuk air. Memang lagi lawak.

▪️Jalan cerita yang menghiburkan para pembaca dan ada diselitkan dengan unsur lawak.

▪️Aryan Ayden dia ni suka ke tak dekat Tasneem? Lepastu, mana dia menghilang? Ke dia meninggalkan dunia? Haaa... Korang kena baca. Sebab saya pun tertanya-tanya.

▪️Izz Qairell... Ya, Allah. Sweetnya alahai. Baik pula tu. Setia bila betul-betul dia dah jatuh cinta.

▪️Lelaki... Walau dia kaki perempuan. Bila jumpa perempuan yang betul-betul buat dia jatuh hati dan special pada dia. Dia tetap dengan perempuan tu. Dia tak akan lepaskan.

▪️Cerita yang diselitkan unsur kekeluargaan dan persahabatan memang menarik perhatian pembaca. Syabas author.

▪️Jalan cerita dah menarik cuma... gaya bahasa, dan lain-lain tu boleh baiki lagi dik. Perlahan-lahan kita belajar. Okay. 😘

▪️Idea tu bagus dah. Cuma bacaan kena olah lebih sedap pembaca baca dan nanti kalau hantar dekat penerbit tak adalah nak edit banyak. 😄
Okey jom kita tengok mana yang awak salah. Dan awak boleh edit tanpa unpublished story awak. 🤗

🔸Teguran Penulisan 🔸

🔺Tatabahasa🔺

Ada banyak kesalahan tatabahasa. Tapi jangan risau awak, boleh perbaiki. 😉

Samalah seperti saya pada awal. 😆

🔺Ejaan🔺

Awak kena baiki. kerana ada beberapa ejaan yang salah dan kena taip penuh tak kira bahasa malaysia atau english.

Contoh: bu= ibu.

🔺Tanda Baca & Elipsis🔺

• Ini paling penting dalam penulisan. Ini juga yang dalam karya awak ada kesilapan dan kesalahan. ☺️

• Tanda baca seperti: ( . ), ( , ), ( ! ), ( ? )
( " ) Pembuka kata dan penutup kata ( " )

• Tanda soal boleh digunakan 1 kali.
Tanda seru boleh digunakan 1 kali.
• Tanda soal dan seru tidak boleh digunakan serentak. Contoh;-

"Apa?!" ❌

"Apa!" ✔️

"Apa?" ujarnya dengan nada terkejut. ✔️

•Pembuka dan penutup harus rapat dengan ayat. Contoh;-

"Nampak boyfriend aku tak?" tanya Jiha pada kawan-kawan teman lelakinya. ✔️

"Nampak boyfriend aku tak? " tanya Jiha pada kawan-kawan teman lelakinya. ❌

" Nampak boyfriend aku tak? " tanya Jiha pada kawan-kawan teman lelakinya. ❌

" Jom tengok wayang, " ❌

"Aku suka kau" kata Alya. ❌

"Mari makan ", ❌

"Dah jangan gaduh" . ❌

( ☝️ Bukan awak buat. Tapi ramai penulis lain buat macam ni. Ini salah. Saya hanya beritahu sebab ada yang baca, kan? Sambil-sambil boleh tahu mana penulisan kita salah). ❤️

( Lepas penutup kata ) kita letak ayat penanda dialong. Contoh;-

- ujar, tempik, marah, nafi, sergah, tanya, soal, tengking dan lain-lain.

Semua itu harus huruf kecil.

*Ada sedikit awak buat betul lain salah. Hehe.

•Elipsis adalah ayat jeda, gugup.
Yang hanya boleh djgunakan dalam dialong tiga titik ( ... ) tak boleh lebih.

🔺Ayat Naratif & Dialog🔺

Baik. Tapi ada salah beberapa boleh baiki okay 😘

🔺Ayat Pengulangan 🔺

Ada terdapat perkataan ulangan yang lebih tiga kali. Jika mahu menggunakan saya saran awak guna ayat lain tapi sama maksud.

• Kerana pihak editor kalau lamar mereka akan terganggu bacaan. Tak semua boleh terima. Jadi awak kena berhati-hati.

Sekadar maklumat ✨

🔺Isi dalam bab🔺

• Perfect! Semua setiap bab penuh isi! 👏👍

🔺Gaya Penulisan 🔺

Bagus dah. Cuma kena baiki yang lain. Lepastu, cantik dah. 😍

🔺Penggunaan huruf besar & kecil

Tahniah! Tak ada kesalahan. 👏

🔺Ayat harus didekatkan atau dijarakan 🔺

Boleh dibaiki awak. ☺️
• Belajar perlahan-lahan, ya. 😘

❄️ Pesanan: Jangan putus asa. Teruskan berkarya 😘
Komen positif atau negatif kita ambil sebagai membakar semangat! Kita belajar bersama-sama. Sama-sama bantu dan kongsi ilmu. 🤩

Rating: 5.5 / 10 🌟

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro