Review ✨ MEMORIA
Assalamualaikum... Hai ☺️
Karya: the_kaeo
Pertama kali nak ucap, terima kasih sudi join Book Review saya😂
🔸Ulasan🔸
▪️Jika saya ditempat Amalia tidak tahu kuat atau tidak.
▪️ Amalia seorang yang tertekan dengan kehidupan di sekeliling dia kerana tidak ada yang memahami isi hati dia.
▪️Watak Amalia juga boleh menjadi seorang pendendam dalam diam. Minda yang bercelaru ingin diluah tidak tahu pada siapa. Tidak mudah percaya pada orang yang bertalam dua muka. Susah mahu jumpa kawan yang benar-benar boleh simpan rahsia dan bantu.
▪️Kawan suka gembira memang ramai. Biasalah.
▪️ Anxiety disorders adalah satu gejala gangguan yang lain juga selain sains. Apa yang ustaz beritahu pada sayalah.
▪️Seorang yang mengalami Anxiety disorders ni sangat2 perlu sokongan dan semangat dari keluarga. Kalau boleh jangan tinggalkan insan seperti mereka.
▪️ Anxiety disorders ini jika dari awal mudah dirawat. Jika sudah teruk memang makan masa yang lama hendak pulih. Satu je yang penting jiwa kena kuat. Semangat.
▪️Jalan cerita yang sangat tersusun kemas dan menarik.
▪️Lovers cat. Saya suka cadangan tentang buat rumah kucing tu. Kalau saya Kaya pun saya nak buat macam tu. Tak adalah kucing kita bosan, kan?
🔸Teguran Penulisan 🔸
🔺Tatabahasa🔺
• Tahniah! Tiada kesalahan yang akak jumpa. Dan sangat bagus. Perfect!
🔺Ejaan🔺
• Ada short form sikit.
Contoh perkataan : pi ( cadangan lebih baik taip penuh). Sebab itu dikira singkatan. ✌️
🔺Tanda Baca & Elipsis 🔺
• Boleh baiki dan belajar. Part ini sahaja yang masalah tapi penting sebab asas dalam penulisan.
Contoh: "Kamu mahu pergi mana?" Tanya ibu kepada aku. ❌
Selepas simbol ( " ) Tanya tu tanda baca huruf kecil. Bukan besar.
"Kamu mahu pergi mana?" tanya ibu kepada aku. ✔️
• Elipsis bermaksud jeda/ gagap. Dikenali dengan 3 titik ( ... ) Tak boleh lebih.
Contoh: "Sa... saya, su... suka awak!"
• Tanda baca
= Tanda baca tu banyak... ujar, tempik, marah, tutur, nafi, sangkal, soal, tanya dan lain-lain.
=Elakkan dialog terus noktah. Sebab itu tanda perbualan tamat. Kena letak koma biar seimbang.
Contoh: "Kau suka kucing?" tanya Amirul.
"Suka," balas Amalia.
"Jom masuk dalam kedai," ajak Amirul.
Amalia menganggukan kepala.
🔺Ayat Naratif & Dialog 🔺
• Perfect! 😍
🔺Ayat Pengulangan 🔺
• Boleh baiki lagi. Ada terdapat ayat ulangan.
🔺Isi dalam bab🔺
• Perfect! 😍
🔺Gaya Penulisan 🔺
• Perfect! 😍 Cantik dan kemas.
🔺Penggunaan huruf besar & kecil
• perfect! 😍
🔺Ayat harus didekatkan atau dijarakan 🔺
• Perfect! 😍
Itu saja dari saya. Terima kasih 😘😘
❄️ Pesanan: Jangan putus asa. Teruskan berkarya 😘
Komen positif atau negatif kita ambil sebagai membakar semangat! Kita belajar bersama-sama. Sama-sama bantu dan kongsi ilmu. 🤩
Rating: 8 / 10 🌟
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro