Review ✨ LAURA'S SOUL
Hai... ☺️
Karya: thesweetipie
Pertama kali nak ucap, terima kasih sudi join Book Review saya 🤗
🔸Ulasan 🔸
▪️First, tentang Laura yang kematian ibunya dan dijaga oleh doktor yang selamatkan ibunya.
▪️Hero dah la kacak, baik hati pula tu.
▪️Laura, amboi sombongnya dia. Tapi manja habis bila dengan orang dia sayang.
▪️Jalan cerita yang best dan menarik. Reader jemput baca cerita author ni. Tak rugi baca. 😍
▪️Hazif amboi, gatal. Naliya Rose dalam diam pun sama.
▪️ Betul ke Aida dah berubah? Hmmm
▪️Tak nak spoilkan, korang bacalah 😭😭
🔸Teguran Penulisan 🔸
🔺Tatabahasa🔺
• perfect! 😍
🔺Ejaan🔺
• Sis kena baiki karya sis kerana ada beberapa ejaan yang salah.
• Pencipta nya ( salah )
Pencipta-Nya ( betul )
Nya kena rapat dengan ayat.
• Ada typo juga boleh cek yang saya jumpa bab 35 yang lain saya tak pasti dalam pertengahan bab tu.
🔺Tanda Baca & Elipsis🔺
• Tanda baca boleh dibaiki lagi.
• Tanda seru ( ! ) dan tanda soal ( ? ) tak boleh guna serentak.
•Elipsis adalah ayat jeda, gugup.
Yang hanya boleh djgunakan dalam dialong tiga titik ( ... ) tak boleh lebih.
• Tak boleh guna dash/ sempang ( - )
Contoh:
"Aw- awak nak bu- buat apa ni?" tanya Naura. ❌
"Aw... awak nak bu... buat apa ni?" tanya Naura. ✔️
🔺Ayat Naratif & Dialog🔺
• Boleh baiki lagi tak banyak pun sikit je. Hehe.
• Saya ada betulkan tentang selepas penanda dialog.
Contoh:
"Kita nak pergi mana?"
Tanya Naura sambil melihat Airil. ❌
"Kita nak pergi mana?" tanya Naura sambil melihat Airil. ✔️
🔺Ayat Pengulangan 🔺
• Ada terdapat perkataan ulangan yang lebih tiga kali. Jika mahu menggunakan saya saran awak guna ayat lain tapi sama maksud.
• Kerana pihak editor kalau lamar mereka akan terganggu bacaan. Tak semua boleh terima. Jadi awak kena berhati-hati.
Sekadar maklumat ✨
🔺Isi dalam bab🔺
• Perfect! Semua setiap bab penuh isi! 👏👍
🔺Gaya Penulisan 🔺
• Kemas dan cantik tersusun.
• Olahan cerita yang sangat menarik✨
🔺Penggunaan huruf besar & kecil
• Boleh baiki dan belajar perlahan-lahan.
• Selepas noktah ( . ) Huruf besar.
🔺Ayat harus didekatkan atau dijarakan 🔺
• Boleh dibaiki awak. ☺️
• Belajar perlahan-lahan, ya. 😘
• Lah ( rapat )
P/s: Sorry lambat update. Ada nak settle yang nak kejar, rumah lagi, tangan buat hal lagi 🤣 Aye dah baca cerita ni tau, tapi aye kena baca lagi sebab nak feel dan lain-lain. Hehe. Tak boleh ambil ala kadar je.
❄️ Pesanan: Jangan putus asa. Teruskan berkarya 😘
Komen positif atau negatif kita ambil sebagai membakar semangat! Kita belajar bersama-sama. Sama-sama bantu dan kongsi ilmu. 🤩
Rating: 6. 5 / 10 🌟
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro