Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Review ✨ BUATMU CINTA

Assalamualaikum... Hai 🤭

Karya: una_dreamer

Pertama kali nak ucap, terima kasih sudi join Book Review saya 🤗

🔸Ulasan 🔸

▪️First saya nak cakap. Awak berjaya buat saya menangis 😭😭😭
Yela kehilangan ibubapa itu sangat memeritkan jiwa. Orang yang besarkan dan berkorban untuk anak-anak.

▪️Naura Airina seorang gadis yang baik, sopan dan manja. Menolong orang lain tanpa mengenal sesiapa pun. Itulah, takdir dia berjumpa dengan Airil Nuqman si kacak yang romantik. Auw!

▪️Buatmu Cinta... mesej dia. Jangan sangka orang yang baik itu baik. Jangan sangka orang yang dah lama kenal kita tu, tak boleh buat jahat. Sebab mereka pun manusia. Tentang Nora. Manusia mana tak iri hati dan dengki mereka bukan malaikat. Betul tak?

▪️Jalan cerita yang sangat menarik dan best. Korang tak rugi baca. Sila standby tisu satu kotak ya! Ahak!
Membuat emosi pembaca terganggu ( meroyan) dan tak sabar nak tahu apa berlaku seterusnya!

▪️ Allahu, mana nak dapat suami sebaik Airil Nuqman? Tapi jangan ikut perangai gelojoh dia terus pinang anak orang 🤣 Mak mertua sekeluarga yang baik. Masyallah. Ada je dalam dunia realiti tapi yang beruntung sahaja yang jumpa. Semoga kita ada rezeki dapat keluarga dan suami macam tu. Tak kira kaya atau miskin. Macam pujaan hati dinda ❤️🤣 ( sempat!)

▪️Kejamnya Syafiq Adzmi 😭😭😭 nasib baik kakak dia sekeluarga bercuti. Huhu. Lambatnya Airil sampai! Geram titew tau!

▪️Idea yang menarik dan terselit mesej yang penting. Aurat. Solat. Zikir. Allah itu ada bersama orang-orang yang berdoa pada-Nya.

▪️Akhir sekali, 3 orang sekawan. Masyallah, sangat beruntung Naura. Ada unsur kelakar gila membuat saya sebagai pembaca terhibur! 😍

🔸Teguran Penulisan 🔸

🔺Tatabahasa🔺

Saya tak jumpa atau apa eh? Sebab leka membaca agaknya 🤣

🔺Ejaan🔺

Sis kena baiki karya sis kerana ada beberapa ejaan yang salah. Ada yang ejaan taip tak habis. Hehehe

🔺Tanda Baca & Elipsis🔺

• Ini paling penting dalam penulisan. Ini juga yang dalam karya sis ada kesilapan dan kesalahan. ☺️
• Tak banyak kesalahan dekat sini.
• Jangan risau boleh diperbaiki.

•Elipsis adalah ayat jeda, gugup.
Yang hanya boleh djgunakan dalam dialong tiga titik ( ... ) tak boleh lebih.

• Tak boleh guna dash/ sempang ( - )

Contoh:

"Aw- awak nak bu- buat apa ni?" tanya Naura. ❌

"Aw... awak nak bu... buat apa ni?" tanya Naura. ✔️

🔺Ayat Naratif & Dialog🔺

Boleh baiki lagi tak banyak pun sikit je. Hehe.

• Saya ada betulkan tentang selepas penanda dialog.

Contoh:

"Kita nak pergi mana?"

Tanya Naura sambil melihat Airil. ❌

"Kita nak pergi mana?" tanya Naura sambil melihat Airil. ✔️

🔺Ayat Pengulangan 🔺

Ada terdapat perkataan ulangan yang lebih tiga kali. Jika mahu menggunakan saya saran awak guna ayat lain tapi sama maksud.

• Kerana pihak editor kalau lamar mereka akan terganggu bacaan. Tak semua boleh terima. Jadi awak kena berhati-hati.

Sekadar maklumat ✨

🔺Isi dalam bab🔺

• Perfect! Semua setiap bab penuh isi! 👏👍

🔺Gaya Penulisan 🔺

Kemas dan cantik tersusun.
• Olahan cerita yang sangat menarik✨

🔺Penggunaan huruf besar & kecil

Perfect! 😍

🔺Ayat harus didekatkan atau dijarakan 🔺

Boleh dibaiki awak. ☺️
• Belajar perlahan-lahan, ya. 😘

P/s: Sorry lambat update. Ada nak settle yang nak kejar, rumah lagi, tangan buat hal lagi 🤣 Aye dah baca cerita ni tau, tapi aye kena baca lagi sebab nak feel dan lain-lain. Hehe. Tak boleh ambil ala kadar je.

❄️ Pesanan: Jangan putus asa. Teruskan berkarya 😘
Komen positif atau negatif kita ambil sebagai membakar semangat! Kita belajar bersama-sama. Apa-apa akak boleh rojer saya dan kawan-kawan mahir part yang kita lemah. Sama-sama bantu dan kongsi ilmu. 🤩

Rating: 8 / 10 🌟

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro