Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐁𝐀𝐁 2

WAJAH kelat tanpa segaris senyuman. Sesekali mata terpejam buat seketika apabila tangan Logan tersentuh luka di tubuhnya. Logan yang sibuk membalut bahu majikannya yang tercedera, sempat menjeling ke arah empat pemuda yang sedang melutut di atas lantai.

"Maafkan saya, tuan. Saya tak sangka mereka boleh tembak tuan. Mereka tak sengaja. Saya yang bersalah sebab salah mengajar mereka dengan cara yang betul. Tolong maafkan saya..." Nick yang bertanggungjawab ke atas kesalahan para pelatihnya, segera memohon maaf.

Alexander senyap. Hanya mulut sahaja yang bertindak mengeluarkan kepulan asap rokok. Tenangkan diri.

"Logan..."

Hanya dengan menyebut nama, Logan tetap mengerti dengan mesej yang dimaksudkan oleh majikannya. Dia meninggalkan tubuh yang terluka itu dan berjalan menuju ke sebuah peti besi. Kod laluan ditekan. Pintu peti besi terbuka dengan sendiri.

Beberapa ketul jongkong emas dikeluarkan dari peti sebelum dimasukkan ke dalam sebuah beg besar berwarna hitam. Kemudian, dia kembali mendapatkan majikannya.

"Ini dia, tuan." Beg hitam tersebut diserahkan kepada Alexander.

Alexander menyambut huluran tersebut sebelum membaling beg hitam itu ke lantai. Nick dan para pelatihnya binggung.

"Ambil. Pandai-pandailah kau orang bahagikan. Kau orang dah berjaya kalahkan aku. Ini hadiahnya. Esok, Logan akan bawa kau orang ke kedai kereta. Pilihlah mana yang berkenan."

Mata terbuntang luas. Mata saling berkomunikasi antara satu sama lain. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang mereka baru dengar.

"Mulai hari ini, aku nak kau orang bertiga bekerja dengan aku. Tentang gaji dan tempat tinggal kau orang jangan bimbang. Kalau ada apa-apa masalah, kau orang boleh tanya Logan. Merangkap senior dan ketua pengawal peribadi aku di sini. Jangan melawan dan ingkar arahan dia. Faham?"

"Faham, tuan!"

Mereka senang hati. Ingatkan hari ini merupakan hari terakhir untuk mereka hidup. Rupa-rupanya hari bertuah! DahlahSudahlah dapat kereta percuma. Sekarang, dapat pekerjaan pula!

"Keluar..." arahnya dengan nada suara perlahan.

Nick angguk sebelum mula mengarah para pelatihnya keluar bersama dari bilik tidur majikan mereka.

"Tuan, mari kita ke hospital," ajak Logan. Risau akan kesihatan majikannya.

"Tak payah," balasnya ringkas.

Namun, Logan tetap berdegil dan masih mencuba.

"Kalau macam tu, apa kata kalau saya panggil Doktor Taufiq datang ke sini dan periksa?" Kali ini, dia mencuba nasib dengan 'memetik' nama doktor peribadi lelaki tersebut.

Berjaya. Alexander angguk.

"Baiklah. Saya nak telefon Doktor Taufiq sekejap." Kepala ditunduk sebelum telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Kaki berjalan menuju ke hujung bilik. Tidak mahu menganggu majikannya yang mahu berehat itu.

Puntung rokok yang sudah pendek, dibuang ke dalam bekas rokok. Mata dipejam rapat. Cuba merehatkan tubuh yang masih rasa sakit. Tangan menyentuh sebentar pembalut luka yang sudah membungkus bahu dan lengan kirinya. Rasa pedih menjalar ke segenap tubuh. Namun disebabkan dia sudah biasa tercedera, dia sudah boleh menahan dan mengabaikan rasa sakit tersebut.

"Logan."

"Ya, tuan." Logan yang baru sahaja selesai menghubungi doktor peribadi lelaki itu, segera berpaling apabila mendengar namanya dipanggil.

"Telefon Adriyana. Suruh dia datang sini."

"Baik, tuan!"


Prang!

MATA Hanum terbuntang. Buku lima sudah digenggam erat. Sakit hati apabila sepapan telur yang baharu sahaja dia beli di kedai runcit, sudah 'selamat' di atas lantai.

Semua pecah!

Dia beranikan diri melawan tatapan galak bapa tirinya itu. Dada lelaki tersebut turun naik menahan amarah. Kemudian, beralih pula ke arah anak gadis kesayangannya yang sedang menangis sambil merangkul lengan bapanya.

"Ayah, along tolak Hanim. Habis kotor baju Hanim dibuatnya. Baju Hanim tak kisah tapi badan Hanim sakit, yah..." adu si anak gadis kepada bapanya.

Kening Hanum hampir bercantum. Auta lebih minah gedik ni! Sejak bila pula dia tolak gadis manja tersebut? Bukankah gadis tersebut yang menolaknya terlebih dahulu?

"Kau ni memang cari nahaslah, Hanum!" Suara Syakir naik seoktaf.

Lewat ekor mata, Hanum dapat melihat ibu dan adik lelaki tirinya, Haris yang hanya menjadi pemerhati. Masing-masing tidak berani untuk bersuara termasuklah Hanum sendiri.

"Kenapa dari dulu lagi kau dengki dengan adik kau ni? Oh, aku lupa. Mesti kau ikut perangai bapa kau yang tak guna tu, kan?"

Wajah bengis itu dipandang dengan penuh rasa marah dan benci. Walaupun dia tidak pernah melihat wajah bapa kandungnya namun itu tidak bermaksud lelaki bengis itu boleh merendah-rendahkan bapanya.

Namun, dia sendiri mengakui bahawa dia turut sama mempunyai secalit rasa benci terhadap bapa kandungnya itu kerana telah meninggalkan ibu yang sedang mengandungkan dia ketika itu.

Bapa dan suami jenis apakah itu?

Setelah usianya mencecah 4 tahun, Syakir hadir ke dalam hidup dia dan ibunya, Roslina. Dan, ketika itulah hidup Hanum mula berubah.

Gelap.

"Hei, aku tengah bercakap dengan kau ni! Kau dengar ke tak?!!!" Bergema ruang tamu dek jerkahan lantang dari Syakir. Bahu Hanum terhenjut. Berjaya membuatkan dia kembali ke realiti.

Senyap.

"Aku nak kau minta maaf sebelum kaki dengan tangan aku ni naik ke badan kau."

Walaupun dia sendiri tidak rela, namun lambat-lambat bibir mula mengucapkan kata maaf kepada si adik tirinya, Hanim yang dari tadi asyik tersenyum ke arahnya. Ya, dengan senyuman mengejek.

"Aku minta maaf."

Hanim yang berada di sebelah, ditoleh. Hanim angguk. Permintaan maaf Hanum diterima.

Namun, sudah pasti tidak semudah itu...

"Aku boleh maafkan along tapi dengan satu syarat..."

Sudah biasa dengan perkara tersebut, Hanum hanya menurut.

"Apa dia?"

"Belikan aku lip stick baru. Lip stick aku yang hari tu kau belikan dah habis," ujar Hanim sambil mencebikkan bibir.

Dahi Hanum berlapis. Bukan ke baru minggu lepas dia belikan gadis tersebut satu set gincu? Takkan minggu ni dah habis? Agak minah ni buat makan ke apa?

"Hmm. Nanti aku belikan lepas dapat gaji hujung minggu ni."

Sudah semestinya dia tidak ada pilihan selain bersetuju. Ingin membantah? Boleh. Namun, badan harus bersedia kerana akan dijadikan pushcing bag untuk Syakir melepaskan geram.

"Yeay! Sayang along!" Sebuah kucupan hinggap di pipi kanan Hanum.

Laju sahaja Hanum mengesat pipinya itu. Jijik!

"Habis telur ni macam mana? Kau jangan berani-berani nak salahkan aku. Kau yang cari pasal dengan anak aku. Kalau kau tak mulakan dulu, telur tu dah selamat dah." Syakir tidak mahu mengaku akan kesalahannya sendiri.

"Kau pergi beli baru senang cerita. Kau ada duit, kan? Pakai duit kau."

Hanum cuba bersabar. Dia menjeling sekilas ke arah Roslina yang masih setia menonton dari meja makan. Wanita itu mengangguk-anggukkan kepala agar menyuruh dia mengikuti sahaja kehendak Syakir.

Hanum sudah tiada pilihan. Ibu sendiri tidak mahu membelanya, macam mana dia mahu mempertahankan diri?

"Hanum pergi kedai semula. Sekejap lagi Hanum balik."

Topi keledar kembali disarung pada kepala lalu motorsikal kembali ditunggang.

Sakit hati. Penat. Lelah. Rasa terhina.

Dia menghela nafasnya. Panjang.


COMING SOON

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro