𝐁𝐀𝐁 1
Tok! Tok! Tok!
LENA Hanum terganggu apabila terdengar suara pekikkan ibunya yang bagaikan petir menyambar dari luar bilik tidurnya. Lantas selimut ditarik hingga menutupi kepala. Nafas dihela. Panjang.
"Hanum, bangun cepat! Tolong ibu masak. Adik-beradik kamu dah kebulur ni." Ibunya, Roslina masih mengetuk pintu bilik tanpa henti.
Hanum sakit hati. Pantas selimut dibaling ke bawah katil. Dia merubah posisi baring ke posisi duduk bersila di atas katil. Kepala digeleng ke kiri ke kanan. Kesal.
Sudahlah malam semalam dia pulang lewat akibat harus tutup kafe lambat. Pagi ini, ibu pula langsung tidak mahu bertoleransi dengannya. Jam dinding dikerling. Sudah menunjukkan pukul 7:15 pagi. Nampaknya, dia dapat masa untuk berehat hanya empat jam sahaja. Kalau hari-hari macam ni, boleh mati kejung tau!
Tok! Tok! Tok!
"Hanum, cepatlah!"
Terlupa dek ibu yang masih setia menunggu di luar, Hanum segera berlari anak membuka pintu bilik. Wajah berang Roslina terpapar saat pintu bilik sudah terbuka luas.
Hanum menyengih.
"Ibu..."
"Hanum sedar berapa kali ibu cuba kejut Hanum? Adik-beradik kamu dah lapar sangat dah tu. Ibu nak goreng telur tapi tak perasan pula yang telur dah habis. Ibu nak minta Hanum tolong belikan telur dekat kedai sekejap."
Tanpa banyak soal, Hanum hanya mengangguk tanda mengiyakan. Roslina senyum senang.
"Macam inilah anak ibu. Cepat sikit tau," pesan Roslina lagi sebelum meninggalkan bilik tidur Hanum.
Sekali lagi Hanum mengeluh. Bilik air dituju. Usai memberus gigi dan mencuci muka, kardigan dan tudung sarung dicapai sebelum disarung pada tubuh.
Kaki mula melangkah menuruni setiap anak tangga. Di saat kaki tiba di anak tangga yang terakhir, dia dikejutkan dengan jerkahan dari adik tirinya, Hanim.
"Cepatlah, along. Aku dah lapar ni!"
Hanim merungut kelaparan. Hanum geleng kepala. Sakit mata tatkala melihat Hanim yang sedang sibuk menghias kukunya. Siap kaki diletakkan di atas meja lagi. Gaya kalah big bos!
Belum sempat Hanum ingin membuka mulut untuk meleteri Hanim, bapa tirinya, Syakir pula bersuara.
"Betul tu. Aku pun dah lapar sangat ni. Ibu kau dah siap masak cuma tinggal telur goreng je. Mana sedap kalau makan nasi lemak tanpa telur kan, Hanim?" Pendapat si anak diminta. Laju Hanim angguk.
"Hanum pergi beli sekejap..."
Kunci motor yang terdapat di atas meja makan, digapai sebelum kaki mencipta langkah menuju ke motorsikal yang terparkir di garaj.
Tangan sibuk memakai topi keledar. Mulut pula sibuk mengomel sendiri.
Asyik-asyik dia! Macam dia sorang sajalah yang free di dalam rumah tersebut. Si Hanim tu macamlah sibuk sangat. Kerja asyik nak melawa sahaja! Bapa tirinya pun sama sahaja dengan anak perempuannya itu.
Dua-dua pemalas. Pantang sahaja tahu dia mendapat gaji atas hasil kerja sambilannya di kafe, laju sahaja dua manusia itu ingin meminjam wang. Nak tunggu bayar, memang lambat lagilah jawabnya. Ada sahaja alasan mereka mengelak dari membayar hutang tersebut.
"Aku tak ada duitlah, along. Ibu bagi duit sekolah sikit je. Cukup-cukup untuk beli makanan. Nak beli air pun tak lepas tau..."
Alasan! Minah tu fikir dia tak tahu ke mana perginya duit tersebut? Sudah semestinya dihabiskan hanya untuk membeli alat-alat soleknya.
"Hanum, pinjam duit. Aku nak beli rokok. Nanti aku bayar balik."
Sama juga dengan ayah si Hanim, Syakir. Bayar balik? Itu sahajalah alasannnya sebelum meminta wang. Asal Hanum ingin menolak, Roslina pula masuk campur berpihak kepada suaminya. Akhirnya, Hanum terpaksa mengalah juga.
Motor menyusur laju menuju ke sebuah kedai runcit yang berada di pekan. Saat tiba di kedai, Mak Cik Yan, pemilik kedai runcit menyapa.
"Hanum!"
Bibir mengoyakkan senyuman lebar. Mak cik Yan berjalan merapati Hanum yang baru sahaja turun dari motorsikal.
"Hari ni kamu nak beli apa pula?"
"Telur. Katanya ibu masak nasi lemak untuk sarapan hari ni."
"Wah! Kenyang besarlah kamu hari ni. Tapi kan, kesian Mak Yan tengok kamu ni, Hanum. Asyik kamu sahaja yang disuruh buat kerja. Bapa tiri dengan adik-beradik tiri kamu tu bukan buat apa-apa pun. Dia ingat kamu ni apa? Dia orang tak sedar yang dia orang tu menumpang sahaja tinggal dekat rumah tu." Mak Cik Yan kesal. Bersimpati dengan nasib Hanum.
Hanum mengiyakan. Sokong dengan kata-kata Mak Cik Yan.
"Nak buat macam mana, Mak Yan? Dah ini nasib Hanum. Dapat keluarga pemalas macam tu. Karang bising, dipukul."
Mak Cik Yan sudah pamer wajah sedih. Kepala Hanum digosok seperti anaknya sendiri.
"Kesian kamu. Mesti sakitkan? Syakir tu memanglah! Sayangkan anak sampai anak kena tegur pun tak boleh. Dah kesian Hanum yang jadi mangsa. Ibu kamu sama sahaja. Takut nak bersuara."
Hanum hanya cemik.
"Kesan lebam dekat badan kamu dah hilang? Mari. Biar Mak Yan sapukan ubat."
Hanum menolak. Lembut. Wanita yang dia sudah di anggap sebagai emaknya sendiri itu ditatap lama. Cuba meyakinkan wanita tersebut bahawa dia benar-benar tidak apa-apa.
"Tak apa, Mak Yan. Alhamdulillah kesan lebam tu makin pudar lepas sapu krim yang Mak Yan bagi. Lagipun Hanum dah biasa. Mak Yan tak perlu risau."
Mak cik Yan angguk juga. Mengalah. Kalau tuan badan sudah berkata demikian, dia hanya turuti sahaja.
Sepapan telur diambil dari rak sebelum diletakkan di atas kaunter pembayaran. Beberapa helai wang ringgit dikeluarkan dari poket seluar.
"Berapa harganya, Mak Yan?"
"Tak payah bayar. Mak Yan bagi free. Mak Yan ikhlas. Kamu ambillah, Hanum."
Hanum menolak dengan menggelengkan kepala. Tangan masih setia menyuakan wang ringgit. Berharap Mak Cik Yan akan menerimanya.
"Mak Yan dah selalu sangat bagi barang-barang secara percuma. Hanum seganlah kalau selalu macam ni. Mak Yan, ambillah..."
Bicara Hanum sedikit memaksa. Mak Yan yang tidak mahu memanjang cerita, segera mengambil huluran wang ringgit tersebut.
"Hanum minta diri dulu. Terima kasih! Assalamualaikum," Hanum pamit minta diri. Tangan wanita tua tersebut dibawa ke bibir.
"Waalaikumsalam. Lain kali datanglah lagi."
Angguk.
Motorsikalnya kembali dituju. Sempat Hanum melambai ke arah wanita tersebut sebelum motorsikal keluar dari kawasan kedai runcit milik Mak cik Yan.
PEN diletakkan di atas meja lalu fail ditutup. Kemudian, dia bangkit dari duduknya. Butang kot dipasang. Tali leher dilonggarkan sebelum dibaling ke sofa.
Rimas! Sesak! Panas!
Tok! Tok! Tok!
"Masuk!" laungnya dari dalam.
"Tuan..."
Seorang pemuda bersut lengkap menghampiri. Kepala ditundukkan sebagai tanda hormat.
"Kenapa, Logan?" Dia bertanya. Kening terangkat tinggi. Panasaran.
"Sekejap lagi tuan harus ke lapangan untuk memantau para pelatih baru yang sedang berlatih menembak di sana. Setelah melihat kemampuan mereka, tuan boleh membuat keputusan sama ada ingin memperkerjakan mereka atau ingin menyingkirkan mereka."
Dia hanya mengangguk. Mata sibuk melihat ke layar telefon bimbitnya.
"Tuan nak turun atau hanya mewakilkan saya sahaja ke sana?" Melihat majikannya yang hanya mendiamkan diri, Logan bersuara lagi.
"Aku turun padang..." putusnya seraya berjalan keluar dari bilik kerja. Langkah laju menuju ke belakang rumah. Logan hanya membuntuti dari belakang.
"Tuan Alexander datang!" Kedatangannya diumumkan oleh penjaga pintu belakang.
Setelah mendengar nama 'Tuan Alexander' disebut, sekelip mata para lelaki yang sedang berkumpul dan sedang menembak sudah berdiri di dalam satu baris. Masing-masing menundukkan kepala.
"Macam mana dengan latihan menembak hari ni, Nick?" tanya Alexander kepada ketua dan jurulatih kelas menembak itu.
"Bagus, tuan. Ada peningkatan," jawab Nick ringkas.
"Kenalkan aku dengan tiga pelatih baru yang boleh dikatakan handal," arahnya.
"Baik, tuan!"
Alexander melabuhkan punggung ke atas kerusi. Peluh yang membasahi dahi, dikesat menggunakan tisu.
"Tuan..." Nick kembali dengan membawa tiga pemuda bersamanya.
"Perkenalkan nama kau orang dekat tuan," bisik Nick kepada tiga pemuda tersebut.
"Nama saya Ivan, tuan."
"Saya pula Zack, Tuan Alexander!"
"Nama saya Mew..."
Tiga pemuda tersebut memperkenalkan nama mereka. Alexander hanya pasang telinga.
"Jadi kau oranglah yang handal menembak tu? Lawan aku."
Masing-masing tergamam. Mulut ternganga luas.
"Apa dia, tuan?" Nick bertanya. Berfikir bahawa dia hanyalah tersalah dengar.
Namun...
"Lawan aku."
Ya, dia tidak silap lagi. Majikannya mengajak tiga pengawal baharu tersebut untuk lawan menembak dengannya.
"Logan." Logan yang bagaikan mengerti panggilan namanya, segera bersuara.
"Siapa yang menang berlawan dengan tuan, akan dihadiahkan sebuah kereta dan sepuluh jongkong emas buatnya. Namun, jika kalah, nyawa mereka akan dijadikan cagaran."
Pucat lesu. Bibir kering. Kepala pening.
Masing-masing takut akan kekalahan. Risau nyawa mereka pula yang akan melayang! Ingin menolak, sudah pasti sebelum perlawanan di mulakan, nyawa sudah terbang. Mereka memandang ke wajah jurulatih mereka. Nick hanya mengangguk. Cuba meyakinkan mereka bahawa mereka boleh menang.
"Baiklah, mari kita mulakan!"
Pistol yang tersimpan di dalam kot, ditarik keluar. Sempat dia menembak beberapa das tembakan ke langit sambil kaki berjalan ke bahagian tengah lapangan.
Bang! Bang! Bang!
Tiga pemuda itu masih diam tidak bergerak di tempat mereka. Air liur terasa kelat. Peluh dingin semakin membanjiri segenap tubuh.
Apakah nasib mereka? Nyawa dijadikan taruhan!
COMING SOON
TERIMA MASIH SEBAB MASIH SABAR MENUNGGU
💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro