𝕭𝖆𝖇 9 : HIM
PETANG esoknya, The Sengalsss I mean aku, Natrah dan Jojo berjumpa di rumah kedua-dua orang tuaku. Kami hanya berborak dan berbincang di gazebo yang terletak di halaman rumah.
"Kesian aku tengok Kak Nini tu. Dah rupa mayat hidup dah aku tengok muka dia. Takut aku kadang-kadang. Malam ni, ada kenduri tahlil, cuba kau bayangkan muka dia nanti. Serammm !" Kata Jojo sambil membuat mimik muka ketakutan.
Aku dan Natrah hanya tertawa mendengar lawaknya. Biadap ! Tapi apa yang dia katakan betul. Aku sendiri pun takut tengok muka Nini sekarang. Agaknya macam tu lah kot muka aku ? HAHAHAHAHA !
"Tapi kan weh tak sangka kan Wawa dah tak ada. Aku still lagi masih tak percaya."
Aku mengangguk.
"Kalau dah ajal. Sesaat pun kita tak boleh lari."
"Tapi aku pelik dengan kematian dia." Dahiku berkerut memandang Jojo.
"Maksud kau ?"
"Entahlah. Hati aku mengatakan Wawa mati dibunuh. Mungkin ada yang bocorkan alat bantuan pernafasan tu ?" Jojo memberi andaiannya.
"Tak mungkin !"
Pantas sahaja aku mencelah. Tak mungkin Wawa dibunuh ! Tak mungkin...
Aku memandang Natrah. Aku ingin tahu adakah pendapat dia sama dengan ku ?
"Ada kemungkinan. Mungkin si pelaku tak nak Wawa buka mulut or cerita hal sebenar dekat polis ? Si pelaku kena lah buat tindakan awal. Kalau Wawa mati dia selamat lah..."
Betul juga tu. Aku mula berfikir.
Pin ! Pin ! Pin !
Perbualan kami bertiga terhenti apabila terdengar bunyi hon kereta seseorang. Dahiku berkerut sebelum kembali bertindak biasa.
"Kereta siapa tu, Issa ?" Tanya Jojo.
"Tengoklah siapa yang keluar nanti."
Kelihatan Azamee Mikael keluar dari keretanya dan berjalan keluar dengan membawa dua beg plastik besar yang dipenuhi dengan barang-barang dapur.
"Azamee rupanya. Bekas abang ipar tak jadi kau."
"Dia memang macam tu ea ? Bawa bahan-bahan dapur untuk family kau ?"
Aku menganggukkan kepalaku.
"Memang setiap 2 minggu sekali, dia memang akan bawa bahan-bahan mentah. Mama dengan papa dah kata tak payah, dia tetap nak buat juga."
"Weh, geng. Korang rasa tak apa yang aku rasa sekarang ni ?" Natrah tersenyum penuh makna.
"Apa dia ?"
"Selalunya orang yang paling dekat dengan mangsa lah dia pembunuhnya. Mangsa tak sedar pun selama ni orang yang kononnya dia percaya, orang tu lah sebenarnya yang buat benda buruk terhadapnya."
"Takkan lah weh. Kalau betul lah tu lah dia pembunuh sebenarnya,memang aku terkejut gila !"
"Aku memang dah lama syak dia. Pelik dengan perangai dia. Aku tengok dia langsung tak sedih tau." Ujarku.
"Habis tu apa pula motif dia ? Dia kan cintakan arwah Qalis. Kenapa dia sanggup bunuh kekasih hati dia sendiri ?"
Aku mengangkat bahuku. Aku masih lagi tidak tahu tapi mungkin suatu hari nanti aku akan dapat tahu kebenaran ?
"Kita tak tahu sama ada dia betul-betul cintakan arwah akak atau tak ? Mana tahu selama ni dia bercinta dengan akak mungkin sebab nak balas dendam ke ? Sebab cemburu ? Lelaki kalau dah terlalu cintakan seseorang, kadang-kadang boleh gila tau." Jojo memberi pendapatnya.
"Aku pun rasa juga. Baca ni.Muka surat 14." Sebuah buku bersaiz sederhana berwarna merah hati disuakan.
"Buku apa ni ?Dairi ?" Tanya Jojo sambil membelek buku tersebut.
"Ermmm dairi arwah akak.Aku terjumpa semalam masa kemas-kemas."
Jojo mula membuka helaian muka surat yang ku suruh dia buka.Dahinya berkerut.
"Bacalah kuat-kuat..." Arah Natrah. Jojo akur.
"Hari ini aku terkejut dengan apa yang terjadi.Buat pertama kalinya,aku melihat dia,kekasihku,Azamee bersikap dingin dan baran.Sepanjang kami berkenalan,dia tidak pernah bersikap sedemikian.Dan lebih parah,dia membelasah kawan lelakiku sehingga terpaksa membawa lelaki tersebut ke hospital.
Dia cemburu.Aku dengan kawanku hanyalah berteman rapat.Aku tak sangka rupanya selama ini dia mempunyai sikap menakutkan.Pendendam yang kadang-kadang juga membuatkan diriku takut walaupun aku tahu bahawa dia tidakkan menyakitiku.
Aku kesal dan rasa bersalah.Walau bagaimana pun,aku tidak akan menyalahkannya.Kerana aku tahu dia sangat menyayangiku.Kekasihku,Azamee..."
"Oh my..." Natrah terdiam.
"Baca pula muka surat 25." Arahku lagi.
"Kecewa.Itulah perkataan yang mampu aku ungkapkan sekarang.Sekali lagi dia mengamuk.Dia masih lagi cemburu.Ya,dengan lelaki yang sama.Kawanku hanya ingin memulangkan barang yang ku beri pinjam kepadanya namun kekasihku,Azamee sudah salah faham dan mula menjauh hati.
Katanya,dia kecewa dengan sikapku.Dan tidak ku sangka bahawa dia mengucapkan kata 'PUTUS'.Dia ingin mengakhiri hubungan cinta kami.Aku turunkan egoku dan memohon agar dia memaafkanku dan memberiku peluang untuk menebus silap ku.Dan,aku lega kerana dia masih lagi memberiku peluang..."
"Diaorang pernah hampir putus ?!" Mata Natrah terbeliak.Aku menganggukkan kepalaku.
"Maknanya dekat sini Azamee ada satu perangai yang dia tak tunjuk tau.Jealous dan pendendam..." Sambung Jojo.
"Sebab tu hati aku kuat mengatakan dia lah suspek yang sebenarnya.Weh,orang kalau dah mabuk bercinta,kadang-kadang Tuhan pun dia boleh lupakan..."
"Lagi satu,aku tengok dia mana sedih sangat bila arwah akak meninggal.Siap boleh senyum lagi tau."
"Sejak bila kau suspek dia ni ?" Tanya Natrah sambil menyilangkan tangannya ke dada.
"Dah lama.Sejak malam tahlil.Aku pelik dengan perangai dia." Balasku.
Ya,apa yang aku katakan seratus peratus betul.Semua yang ku katakan semua tertumpu pada dia.
"Jadi apa yang kau nak buat ?"
"Aku nak buat dia sengsara.Aku takkan biarkan dia hidup bahagia.Aku nak buat dia gila dan akhirnya aku nak habiskan hidup dia dengan tangan aku sendiri..." Kataku perlahan.Tanpa ku sedar,tanganku sudah pun mengepal penumbuk.
"BUNUH DIA ?!"
"Jangan buat gila,Issa !Aku tahu kau tengah marah tapi takkanlah..." Natrah cuba menenangkan aku namun aku tetap mengeraskan hatiku.
"Aku memang dah gila,Nat.Aku dah lama gila.Sedangkan arwah paksu aku boleh buat,apakan lagi dia ?" Aku tertawa besar.Geli hati apabila teringkat kembali cara kematian bangsat itu.
Jojo dan Natrah saling berpandangan.Itulah rahsia terbesar Hanani Harissah.Tanpa orang ketahui,dia lah membunuh paksunya sendiri.
"Sekejap,macam mana nak kau nak balas dendam hurmmm ?Dia jarang datang sini.Datang pun setakat nak hantar barang dapur..."
Betul juga tu.Aku buntu.Kepala ku urut perlahan.Cuba memikirkan penyelesaian.
"Aku ada idea.Ini je jalan yang ada.Bergantung sama ada kau nak atau tak." Aku berkerut memandang Jojo yang sedang tersenyum lebar sambil memandang aku.
"Apa dia ?"
"Perkahwinan..."
"What ?!"
✿✿✿
PERKAHWINAN ?Betul ke hanya perkahwinan jalan yang ada ?Aku sebenarnya tak kisah cuma aku harus menjaga 2 hati insan yang paling aku sayang iaitu arwah akak dan Hafizi Nain.Macam mana kalau mereka kecewa nanti atas sikap pentingkan diri ku ?
Tapi,apa lagi jalan yang ku ada selain perkahwinan ?Si sial tu jarang datang ke rumah ni.Datang pun 2 minggu sekali.Itu pun hanya sebab ingin menghantar barang-barang keperluan untuk ahli keluargaku.
Namun,kadang-kadang kita perlu juga bersikap selfish,kan ?Lagi pun aku buat semua ni demi akak kembarku.
Dia punca kematian akak kembarku !
Nyawa perlu dibayar dengan nyawa !
Bingkai gambar ku capai lalu ku dakap erat.Tangisanku mula kedengaran memenuhi segenap penjuru bilik.
"Maafkan adik kalau sikap adik ni makin melampau dan buat akak bencikan adik.Tapi ingat,adik buat semua ni demi kebahagiaan akak.Adik nak akak hidup tenang dekat sana..."
"Adik janji yang adik akan balas dendam atas kematian akak. Disebabkan jantan sial tu lah akak mati !"
Penumbuk ku genggam kemas.Sebelum...
Bang !!!
Cermin yang tadinya elok tergantung di dinding kini sudah pun melayang ke lantai.Kaca-kaca dari cermin tersebut turut sama berselerek di atas lantai.Aku menghembus nafas lega.Amarahku semakin berkurangan selepas menjadikan cermin sebagai tempat melampiaskannya.
Darah yang mula mengalir keluar dari sebalik jari-jemari ku,aku abaikan saja.Aku bayangkan cermin tersebut adalah jantan sial tu.Aku tertawa besar.Seronok melihatnya terbaring kesakitan di lantai.Tubuhnya basah bermandikan darah.
"HAHAHAHAHAHAHAHA ! Padan muka kau,sial !Ini baru sikit.Suatu hari nanti aku akan buat kau merayu-rayu untuk hidup !HAHAHAHA !"
Tok ! Tok ! Tok !
"Issa ?Buka pintu ni sayang.Kamu okey tak ?" Kedengaran suara mama sayup-sayup memanggil namaku dari luar bilik.
Namun,ia langsung tidak menarik perhatian aku.Target ku cuma dia.Dia !
"Kau mati !Kau yang sepatutnya mati !Sial !" Rambutnya ku cengkam kuat sehingga membuatkan tubuhnya meronta minta dilepaskan.
"Lepaskan saya..." Pintanya dalam keadaan merayu.
"Alololo kesiannya dia.Mati !Mati !"
"YA ALLAH,ISSA !!!"
Aku tersentak.Jeritan nyaring mama membuatkan aku tersedar dan kembali ke dunia nyata.Aku keliru sambil memandang sekeliling.Rasa sakit di bahagian tangan dan kaki ku membuatkan aku terkedu.Keempat-empat anggota badanku kini berlumuran dengan darah.Tambahan pula,tangan kananku sedang mengenggam serpihan kaca yang saiznya agak besar.
Kaca tersebut ku baling ke lantai.Dahiku berkerut menahan kesakitan yang mencengkam.
"Mama..." Panggilku perlahan.Mataku kembali memanas.
Mama berdiri di pintu sambil ditemani papa dan...si sial tu ?!
"Issa !" Tubuhku dipeluk erat oleh mama.Wanita yang agak berumur itu mula menangis di dalam pelukan ku.
"Harissah..." Suara garau itu menyebut namaku.Hatiku kembali panas.
"Harissah,awak okey ?" Tanyanya cemas sambil mula mendekati kami.Matanya merenung lama ke arah tangan dan kakiku.
"Diamlah, sial !" Tanpa ku duga,serpihan kaca aku kutip kembali lalu aku cuba baling ke arahnya.Dan aku gembira apabila ia terkena tepat di bahagian kening jantan sial tersebut.
"Arrrghhhh !"
"ISSA !"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro