Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 8 : WAWA'S TURN

WAJAH pucat milik Wawa ku tatap lama. Mataku sempat menjeling ke arah alat bantuan pernafasan yang turut sama dipasang bagi membantu gadis yang tidak sedarkan diri itu untuk terus bernafas. Aku semakin kesian dengan nasibnya.

Macam mana lah bila dia sedar nanti ? Bangun-bangun sahaja dia mendapat berita bahawa sepupu perempuannya maut akibat kemalangan tersebut. Adakah dia akan menjadi sepertiku kerana rasa bersalah ?

"Tengoklah Wawa ni, Issa. Akak dah tak tahu nak buat apa. Doktor kata dia masih lagi tiada tanda-tanda untuk sedarkan diri..." Ujar Nini dengan nada suara kesal.

"Sabarlah kak. Mula-mula memang macam ni. Nasib baik Wawa masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup." Pujukku.

Sejujurnya, aku iri dengan Nini. Adik perempuannya masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan namun akak kembarku...

"Maaflah kalau akak buat Issa sedih. Akak tak bermaksud." Tubuhku dipeluk mesra.

Aku mengelengkan kepala.

"Issa okey. Alhamdulillah, Issa dah dapat terima apa yang jadi. Issa redha..." Aku terpaksa berbohong.

Aku masih lagi belum menerima apa yang jadi. Malah, setiap malam pasti aku akan menangis merindui akak kembarku.

"Alhamdulillah..."

"Issa, kalau akak nak tahu something boleh ?" Soal Nini. Dahiku berkerut.

"Tanyalah. Kenapa ?"

"Kenapa hari tu kawan Issa datang rumah akak minta rakaman ? Issa ada rancang apa-apa ke ?" Tembak Nini.

Aku terdiam. Patutkah aku memberitahunya ?

"Mana ada Issa rancang apa-apa. Issa cuma nak dengar suara arwah akak Qalis buat kali terakhir..." Aku mencipta alasan.

"Baguslah tu. Akak tak nak Issa buat benda bukan-bukan. Akak tahu Issa tengah sedih. Akak pun sama. Akak tak nak disebabkan terlalu sedih, Issa sanggup ambil risiko. Akak dah tak sanggup nak kehilangan sepupu perempuan akak lagi !"

Aku senyap tanpa memberi sebarang balasan. Aku pun sama. Aku tak mahu kehilangan Wawa kerana kami berempat sangat rapat. Pantang jumpa pasti meriah keadaan !

Namun kini, serba kekurangan. Akak kembarku telah pergi buat selamanya. Wawa pula koma selama berbulan. Kini, hanya tinggal aku dan Nini sahaja. Dan suasananya tidak sama !

"Issa pun sama..."

Kami saling berbalas senyuman. Aku mengeluh. Aku hanya inginkan Wawa sedar. Banyak benda yang ingin kutanya kepadanya.

✿✿✿

"MACAM mana dengan keadaan dia ? Ada tanda-tanda nak sedar ke ?" Tanya Jojo sebaik sahaja aku keluar dari bilik wad persendirian yang duduki oleh Wawa.

Aku mengeluh sambil mengelengkan kepalaku. Jojo menyandarkan badannya ke dinding menandakan dia sudah hampir putus asa. Aku pun sama. Aku turut sama hampir putus asa.

"Eh, percaya cakap aku. Wawa akan sedar. Lepas je dia sedar, kita dah boleh soal siasat dia. Mula-mula memang lah susah tapi kalau kita berusaha and tak pernah mengeluh, aku sure suatu hari nanti kita akan tahu punca sebenarnya..."

Natrah cuba menyakinkan kembali kedua sahabatnya.

"Bila ? Bila dia akan sedar ?"

"Aku tak tahu tapi kau jangan risau Issa. Kita akan bergilir-gilir melawat dia tiap hari untuk check keadaan dia, okey ?" Natrah memberi cadangan.

Aku kembali tersenyum. Good idea !

"Dah jom kita pergi makan. Perut aku dah lapar gila ni. Banyak benda lagi yang kita kena discuss." Ajak Jojo sebelum mula mencipta langkah.

Aku dan Natrah saling berpandangan. Makan je dia tahu ! Kalau dah nama buaya, memang keje makan je lah ! HAHAHAHAHA !

✿✿✿

AKU merengus geram. Pen yang ada di tangan, ku campak malas ke atas meja. Aku mengeliat. Penatnya ! Masuk hari ini, dah seminggu aku kembali masuk ke universiti. Dan tak sangka cepat masa berlalu kerana kini aku sudah masuk tahun keempat.

Aku semakin memulih ? Ermmm bolehlah tapi setiap malam pasti aku akan menangis sambil meratap gambarnya. Aku cuba untuk fokus belajar namun agak sukar.

Dan aku juga dah 2 minggu tidak berjumpa dengan Natrah dan Jojo. Masing-masing sibuk dengan belajar. Kami hanya berbual di aplikasi WhatApps sahaja. Itu pun bertanya tentang keadaan Wawa sama ada dia sudah sedar atau tidak ? Dan malangnya jawapannya sama iaitu TIDAK !

Haih !

Hari ini, giliran Natrah pula untuk mengunjungi Wawa dan akan segera memberitahu aku dan Jojo keadaanya. Namun, Natrah masih lagi tidak memberi sebarang mesej di group WhatApps kami. Dia ada masalah ke ? Aku mula risau.

Ting !

Lamunanku lenyap. Aku segera mencapai telefon pintarku dan aplikasi WhatApps ke buka pantas.

Jantungku berdegup kencang. Ada sesuatu terjadi terhadap Wawa ?! Ya Allah, selamatkan lah dia. Aku amat memerlukannya...

Aku bergegas mempersiapkan diriku sementara menunggu kehadiran Jojo yang akan menjemputku.

✿✿✿

"LEPASKAN aku ! Aku nak tengok adik aku ! Lepas !!!" Aku dan Jojo segera berlari menuju ke bilik kecemasan. Suara raungan Nini menarik perhatianku.

Aku terhenti. Aku hanya memerhati dari jauh kerana aku ingin mengenal pasti apa yang terjadi. Kelihatan Natrah sedang memeluk erat tubuh Nini manakala Nini pula meronta-ronta minta dilepaskan.

Jojo berlari mendapatkan Natrah dan turut sama cuba menenangkan Nini. Apa yang terjadi terhadap Wawa ?

Mataku memandang pula ke arah pak long dan mak long yang merupakan orang tua kepada Nini dan Wawa. Kelihatan kedua-dua orang yang agak berumur itu sedang mengelap air mata mereka dan cuba untuk bertenang. Aku mula mendekati mereka dengan langkah berat.

"Mak long... Pak long..." Sapaku sebelum menyalam kedua-dua pak cik dan mak cik ku.

"Issa..." Tubuhku secara tiba-tiba dipeluk oleh mak long. Wanita tua itu mula menangis di dalam pelukanku.

Aku terkebil-kebil namun aku tidak pun menolak pelukannya.

"Apa yang jadi ? Kenapa ni ? Issa tak faham ? Ada apa-apa terjadi dengan Wawa ke ?" Tanyaku bertubi-tubi.

"Wawa dah tak ada..." Jawab Pak long dengan nada suara serak akibat menangis.

Lututku lemah. Namun, aku segera berpaut pada bahu mak long. Mataku mula memanas.

"Issa..." Natrah mendapatkan ku lalu tubuhku diseret menuju ke sebuah kerusi.

"Weh, aku tengah mimpi ke ni ?" Tanyaku yang masih lagi tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh pak long.

"Ermmm betullah. Wawa dah tak ada. Dia dah meninggal..."

"Bila ?" Soalku.

"Doktor kata mungkin dalam subuh tadi."

"Macam mana dia boleh pergi ? Mesti ada sebab..."

"Doktor kata bantuan alat pernafasan bocor. Diaorang tak sedar. Dan diaorang akan bayar sebab kecuaian tu..."

Hah ! What the hell ?!

"Sabarlah weh. Itu penyebab je. Kalau bukan sebab tu, dia tetap akan pergi juga. Ajal takkan lewat sesaat pun..." Natrah cuba menenangkan ku.

"Tapi aku kesiankan kak Nini."

"Aku pun sama. Nak buat macam mana kan tapi aku faham dia. Adik meninggal weh, akak mana tak sedih ? Keadaan dia sekarang sama macam mana kau rasa sepanjang 2 bulan tu. Sedih, kecewa and susah nak terima apa yang jadi. Kau kenalah tolong bagi semangat dekat dia."

Aku mengeluh. Macam mana aku nak tolong dia sedangkan aku sendiri masih lagi belum sepenuhnya terima apa yang terjadi ?

"I can't, Nat. Aku still lagi tak dapat move on dengan arwah kakak. Better kau dengan Jojo je lah yang bantu dia."

Natrah mengangguk.

Nini yang tadi meraung di hadapan pintu bilik kecemasan kini berjalan pantas merapatiku. Tanpa di duga, dia mula melutut di hadapanku. Aku tercengang.

Apa yang dia cuba lakukan ?

"Issa, kenapa ? Kenapa, Sa ? Kenapa mesti Wawa ?" Tanya Nini dengan wajahnya yang sembab akibat menangis terlalu banyak.

"Akak..." Aku cuba memujuknya.

"Apa salah Wawa ? Macam-macam Wawa tanggung selama ni. Dia accident lepastu koma. Tak ada sesiapa yang teman dia di saat diambang kematian. Tak ada sesiapa tolong bisikkan syahadah dekat telinga dia. Mesti dia kesakitan, kan ?"

Aku diam tanpa memberi sebarang kata. Mungkin apa yang dikatakan oleh Nini adalah benar. Macam-macam arwah Wawa lalui. Sudah pasti dia memang kesakitan menanggung semua ini.

Aku masih lagi memeluk erat tubuh tersebut. Aku hanya membiarkannya menangis di pangkuanku. Mana tahu dia akan rasa lega.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro