Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 7 : THE BEGINNING

"NAH ! Kau dengar apa yang terakam dalam ni." Natrah menyuakan telefon pintarnya kepadaku. Terdapat fail berupa suara rakaman yang sudah pun dimuat turun yang ku lihat di skrin telefon tersebut.

"Tekanlah." Arah Jojo sambil menyilangkan tangannya di dada.

Aku gementar. Namun, hatiku benar-benar ingin menekan dan mendengarnya. Tapi aku takut...

No... Kau boleh, Issa ! Kau boleh !

Dengan teragak-agak, fail itu ku tekan. Kedengaran suara dua orang manusia yang aku cukup kenali. Aku mula teliti mendengarnya.

"Kau kenapa, Wawa ?! Kau tahu kan aku tengah bersiap, kenapa kau nak ajak aku juga ? Asal tak ajak Issa je ?" Kedengaran suara Hanani Qalisha berbicara.

"Aku terpaksa lah. Nah. Baca ni."

"Apa ni ?"

"Mana lah aku tahu. Kau bacalah sendiri."

Aku memandang ke arah Natrah dan Jojo buat seketika. Baca ? Apa yang diaorang maksudkan ?

"Amboi, senyum bukan main ea ? Apa yang ditulis dalam tu ?"

"Ada lah..."

"Poyo lah kau !"

"Wa, boleh tak kau bawa aku pergi satu tempat ni ?"

"Pergi mana ? Aku risau lah. Kau tu lagi beberapa jam je nak nikah tau. Kang nanti apa-apa jadi mesti aku yang kena !" Kedengaran enjin kereta dihidupkan.

"Eleh, habis tadi kau paksa-paksa aku ikut kau kenapa ? Sampai menipu suruh aku teman kau pergi beli barang ! Boleh je kau suruh Issa teman, lepastu kau bagi jelah aku surat ni."

"Surat ?" Dahiku berkerut. Aku kembali memasang telinga mendengar setiap apa yang dibualkan.

"Bukan aku tak nak tapi perempuan yang kirim surat ni suruh baca dekat luar. Lagi bagus bukan dekat rumah. Rahsia besar katanya. Aku pun tak tahu apa isi surat tu."

"Perempuan mana ?"

Perempuan ? Ada perempuan bagi surat dekat Wawa untuk kakak Qalis ?

"Dia kata dia adik perempuan Azamee. Aku mana kenal sangat adik-beradik tunang kau. Aku cuma sampaikan je apa yang dia suruh. Katanya abang dia yang arahkan dia..."

"Boleh lah. Kau bawa aku pergi satu tempat ni. Tak lama pun. 10 minit je. Amee tunggu aku dekat sana." Kedengaran suara Hanani Qalisha memujuk.

"Korang berdua ni gila tahu tak ? Lagi berapa jam nak nikah still lagi gatal nak jumpa. Kuda betul !"

Kereta mula bergerak. Mungkin ? Kerana aku dapat mendengar bunyi seperti Wawa sedang memandu. Mungkin mereka akan pergi ke tempat yang Hanani Qalisha ingin pergi ?

"Weh, wa. Betul ke apa yang aku buat ni ?"

"Manalah aku tahu.Fikir betul-betul. Kalau nak balik, aku boleh patah balik. Aku risau lah."

Keadaan menjadi senyap buat seketika. Aku tertanya-tanya dengan jawapan akak kembarku.

"No. Kita dah nak sampai. Aku tak nak buat dia tunggu sorang-sorang..."

Arrrghhh akak ! Bodoh !

"Suka hati kau lah. Aku follow je. Nanti kalau diaorang bising, kau tanggung ea ? Aku malas nak dengar mak aku bebel. Bukan takat mak aku je nanti, sekali akak aku. Lagi aku tak tahan nanti si Issa bebel. Bernanah woi telinga !"

"HAHAHAHAHA ! Issa je pun..."

"Issa je kau kata ? Mulut dia kotor tau. Cakap main lepas je tak macam kau. Time biasa mulut dah kotor macam tu apa nanti time marah. Habis memang aku kena maki free je lah. Tak sanggup..."

"HAHAHAHAHA ! Issa tak pernah maki or cakap benda-benda tak elok dekat aku. Cakap bodoh pun tak pernah tau. Nampak tak betapa dia sayangkan aku. Jealous tak ?"

"Pilih kasih betul !" Kedengaran suara Wawa berjauh hati. Manakala, kedengaran suara Hanani Qalisha seronok mentertawakan sepupu perempuannya.

Tanpa ku sedari, air mataku deras mengalir membasahi pipiku. Namun, mulutku tersenyum lebar. Aku gembira mendengar akak kembarku ketawa.

Betul apa yang Hanani Qalisha katakan, aku tak pernah berkata-kata buruk terhadapnya. Cakap 'bodoh' tak pernah. Ini kerana aku menghormatinya sebagai akak kembarku dan aku terlalu menyayanginya.

Tiba-tiba...

"Arrrghhhh Wawa ! Tekan break ! Tekan break, Wa !"

Senyumanku lenyap selepas terdengar jeritan nyaring dari fail rakaman tersebut. Dan aku yakin itu suara kepunyaan Hanani Qalisha.

"Tak boleh ! Asal tak boleh tekan ni weh ?! Wehhhh !!!"

"ARRRRGHHHHHHH !!!"

Jantungku berdegup kencang. Jeritan Hanani Qalisha dan Wawa memenuhi di segenap bilik tidurku. Aku dapat merasakan diriku sukar untuk bernafas. Dadaku sakit.

"ISSA !"

Natrah dan Jojo mendekati tubuhku dan cuba menampung tubuhku daripada rebah. Mataku berpinar.

"Issa, kau okey tak ?!" Tanya Jojo cemas. Natrah mengelap peluh yang membanjiri dahiku.

"Ak-aku susah... na... nak bernafas..."

"Weh, tahan. Jojo ! Panggil uncle dengan aunty cepat !" Natrah berteriak.

"Okey !" Jojo mula berlari keluar daripada bilik untuk mendapatkan kedua-dua ibu bapaku.

"Issa, tahan weh. Aku tahu kau kuat !" Tanganku digenggam erat oleh Natrah.

Tanganku menggigil menahan kesakitan yang teramat di bahagian dada. Aku susah untuk mencari nafas. Mulut ku buka agar udara boleh masuk ke dalam tubuhku namun gagal. Dadaku semakin sakit. Tangan Natrah ku genggam kuat sehingga membuatkan dia menahan kesakitan akibat genggaman kuatku.

✿✿✿

AKU membuka mataku secara perlahan-lahan. Cahaya lampu membuatkan mataku tertutup buat seketika. Kepalaku masih lagi terasa sakit namun ku kuatkan diriku juga untuk bangkit.

"Issa dah sedar..." Aku terdengar suara Natrah memecah kesunyian.

"Ya Allah, anak mama. Sedar pun kamu. Risau kami dibuatnya !" Aku dapat merasakan tubuhku dipeluk kemas oleh mama.

"Apa yang jadi ?" Tanyaku dengan nada suara lemah.

"Kau tiba-tiba sakit kepala sampai kau pengsan. Kau kata kau susah nak bernafas." Bagitahu Natrah.

Aku hanya mengangguk. Tak larat untuk terus bercakap. Tekakku kering dan perit.

"Nak air..." Pintaku.

"Nah." Air suam dihulurkan. Gelas disambut lalu air ku tegak rakus.

Ahhh lega !

"Anak mama lapar tak ? Kalau lapar, nanti mama masakkan bubur ya ?"

Aku mencebik memandang papa. Bubur lagi ! Bosan ! Papa yang bagaikan mengerti pandangan mataku, segera menolong.

"Saya rasa awak kena masak benda lain lah, Indah. Kesian budak tu asyik makan bubur je. Jemu tau. Cuba bagi makan chicken chop ke ?"

Dahi mama berkerut memandang papa.

"Chicken chop ? Bang, anak kita ni tengah sakit bang woi." Mama bercekak pinggang memandang papa.

Aku tertawa memandang telatah mama dan papa.

"Kalau macam tu biar saya tolong awak masak ea ? Kita masak nasi goreng sama-sama. Baru sweet, kan Issa ?" Papa cuba meminta bantuanku.

"Betul tu..." Sokong ku.

Papa segera menarik tangan mama meninggalkan bilik tidurku. Aku mengelengkan kepalaku sebelum wajah Natrah dan Jojo kembali dipandang.

"Aku rasa kau kena perbanyakkan rehatlah weh." Cadang Jojo. Aku mengelengkan kepala.

"Tak nak. Aku tak nak rehat. Aku nak siasat semua ni."

Natrah dan Jojo mengangguk. Mereka setuju dengan kata-kataku.

"Jadi... Tadi, aku ada dengar pasal surat. Azamee bagi akak surat sebelum beberapa jam diaorang bernikah ?"

"Nampaknya macam tu. And diaorang on the way nak pergi satu tempat ni. Itu pun sebab Azamee yang nak jumpa dia..." Kata Natrah.

"Dan kenapa dia nak jumpa Qalis ? Sedangkan lagi beberapa jam diaorang nak jadi suami isteri. Tak logik tahu tak ?" Sambung Jojo pula.

Aku mula memikirkan apa yang mereka katakan. Betul...

"Kan. Sekejap, macam korang dapat rakaman ni ?"

"Kau ingat tak masa aku minta alamat rumah akak Nini. Haaa kak Nini yang bagi kitaorang fail rakaman ni. Dia rupanya selama ni pasang alat rakam dengan pengesan dalam kereta Wawa sebab dia risaukan Wawa. Wawa tak sedar pun selama ni..." Cerita Jojo.

"Polis tahu tak pasal rakaman ni ?"

"Tahu. Akak Nini dah serahkan pada polis awal-awal lagi untuk dijadikan bahan bukti. Dan polis dah sahkan yang kemalangan diaorang melibatkan kemalangan dengan sebuah lori."

Takkan semudah tu ?! Aku tidak puas hati.

"Wawa... Macam mana dengan Wawa ? Dah lama aku tak dengar pasal dia sejak kemalangan hari tu..." Aku teringat akan Wawa yang turut menjadi mangsa kemalangan. Adakah dia pun sudah meninggal ?

"Wawa masih selamat kata Kak Nini tapi koma. Dah 2 bulan dia koma. Masih lagi tak ada tanda-tanda nak sedar."

Aku memicit pelipisku. Keadaan menjadi semakin rumit.

"Esok kita pergi hospital. Kita jenguk Wawa." Putus ku. Ini saja jalan yang ada.

Natrah dan Jojo menganggukkan kepala mereka. Nampaknya, esoklah pemulaannya...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro