Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 6 : CONFUSE

AKU memandang sekeliling. Aku turut meneliti diriku sendiri. Badanku lengkap berpakaian baju tidur. Itu tidak membuatku pelik tapi kenapa kini aku sedang berdiri di jalan raya yang sunyi dan tiada sesiapa di sekitar ku.

Ya, jalan raya inilah yang berjaya meragut nyawa akak kembar kesayanganku. Aku mendongak memandang langit yang membiru. Siang ? Bukankah sekarang sedang waktu malam ? Aku keliru.

"Adik..."

"Adik..."

"Adik..."

Arrghhh !

Kepalaku sakit. Suara itu setiap hari pasti akan menganggu aku. Dan, aku pasti suara itu milik arwah akak kembarku, Hanani Qalisha.

"Adik." Aku dapat merasakan suara itu semakin dekat dengan telingaku. Aku menoleh ke belakang apabila merasakan suara tersebut datang dari arah belakang.

Aku terkesima. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang berdiri di hadapanku. Seorang gadis memakai pakaian serba putih. Wajahnya juga turut bercahaya. Rupanya yang menawan membuatkan aku tidak gentar malah semakin mendekati tubuh tersebut.

"Akak..." Panggilku dengan nada suara cukup perlahan. Pipi bercahaya itu ku sentuh.

Perasaan sebak mula menyelubungi diri. Aku sudah tidak mampu menahan air mataku yang ingin mengalir.

"Adik..." Aku dapat merasakan pipiku turut disentuhnya.

Aku memejamkan mataku buat seketika. Aku ingin menikmati sentuhan lembutnya.

"Akak, ad-adik rindu kakak. Kenapa akak tinggalkan adik ? Ap... Apa salah adik ?" Dadaku sakit. Bagaikan ada batu menghimpit dadaku.

"Shhh don't say that. Adik tak salah apa-apa. Ini dah memang takdir kita, sayang."

Lututku lemah apabila mendengar dia bersuara. Aku merindui suara itu. Suara lunak yang sentiasa membuatkan kemarahan aku hilang setelah mendengarnya.

"Ka... Kalau macam tu, ajak adik ikut kakak ! Please..." Rayuku. Tangan itu digoncang kuat.

Hanani Qalisha mengelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil. Pipiku diusap perlahan.

"Belum tiba masanya. Banyak lagi yang belum selesai..."

Dahi aku berkerut. Apa maksud akak kembarku ?

"Ap-Apa maksud akak ?"

"Tolong akak. Tolong ! Akak tak tenang dekat sini. Tolong akak, adik..."

"Tolong apa ? Bagitahu adik. Adik sanggup buat apa sahaja demi akak." Air mata ku kesat kasar.

Hanani Qalisha membuka mulutnya dan berbicara namun suaranya tidak kedengaran. Keningku semakin berpaut antara satu sama lain.

Apa yang dia cuba sampaikan ? Mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu dengan penuh emosi namun suaranya langsung tidak kedengaran. Ia membuatkan aku semakin gelisah.

"Apa akak cakap ni ? Adik tak dengar apa-apa. Please tell me... Cakap kuat sikit !"

Mulutnya masih lagi terkumat-kamit. Ku lihat wajahnya mula basah dek air matanya sendiri.

Jantungku semakin berdegup kencang. Tanganku mengigil untuk mengelap air mata tersebut.

Walaupun aku tidak mengerti dan langsung tidak faham apa yang cuba disampaikan, namun aku tahu apa yang dia cuba sampaikan itu sesuatu yang menyedihkan dan pilu. Lihat sahaja air matanya membuatkan aku tahu keadaannya.

Don't worry, akak. Adik akan cuba sedaya-upaya untuk tolong akak walaupun adik tak tahu apa-apa. Adik takkan biarkan akak tidak tenang di sana. Adik sayang kakak...

✿✿✿

FIKIRANKU melayang jauh. Aku asyik memikirkan apa yang aku mimpi semalam. Aku sendiri tak tahu ingin mengatakan mimpi semalam sama ada mimpi ngeri atau mimpi indah.

Tapi, bagi aku campuran. Mimpi indah kerana aku dapat bertemu dengannya walaupun di dalam mimpi. Bagi aku, ia boleh jadi mimpi ngeri juga kerana aku tidak mengerti apa yang dia cuba sampaikan.

Tanpa ku sedari, Natrah dan Jojo asyik merenung tanpa kesedaranku. Jojo berjalan merapati Natrah.

"Weh, Nat !" Panggil Jojo dalam nada suara berbisik.

"Ha, kenapa ?" Sahut Natrah.

"Aku kesian lah dekat Issa tu. Dah 2 bulan dia macam ni. Badan dia ada dekat depan kita tapi roh dia macam tak ada tau. Termenung sorang-sorang."

Natrah mengangguk. Dia mengakui apa yang dikatakan oleh Jojo. Dia juga turut bersimpati dengan nasib sahabat baiknya sejak sekolah menengah. Dia lebih rapat dengan Hanani Harissah berbanding akak kembarnya, Hanani Qalisha. Ini kerana ketika sekolah menengah, dua beradik kembar itu terpaksa berasingan kelas.

Setiap rahsia Hanani Harissah dia tahu. Itu pun sahabat baiknya itu menceritakannya sendiri. Dan Hanani Harissah menceritakan apa yang terjadi padanya dan arwah paksunya tanpa segan-silu. Dia lah tempat gadis itu meluahkan segala yang dia tidak boleh ceritakan pada kakak kembarnya.

"Tapi kan weh... Dia walaupun muka pucat macam mayat, still nampak cantik, kan ?"

Heh, ambil kesempatan ! Natrah mengelengkan kepala sambil tertawa dengan perangai buaya Jojo.

Dia juga tidak menafikan bahawa Hanani Harissah memiliki wajah yang menarik dan mempunyai kecantikan yang semula jadi. Ia langsung tidak mencacatkan rupanya walaupun tidak mengenakan sebarang solekan.

"Cuba kau tegur dia. Kesian la aku tengok." Arah Jojo. Natrah akur dan mula mendekati tubuh sahabat baiknya.

"Issa, fikirkan apa tu ?"

Aku terkejut. Aku dapat merasakan tubuhku dipeluk kemas oleh Natrah namun aku tidak membantah.

"Kau masih lagi fikirkan arwah Qalis ke hurmmm ?" Tanya Natrah mesra.

Aku mengeluh.

"Aku sampai bila-bila akan fikirkan dia weh. Dia takkan pernah hilang dalam ingatan aku. Never !"

Natrah mengangguk tanda mengerti.

"Apa yang kau tengah fikir pasal dia ? Kalau tak keberatan, ceritalah dekat aku. Mana tahu boleh kurangkan sikit beban kau ?"

Aku berfikir seketika. Patut ke aku menceritakan kepada Natrah tentang mimpiku malam tadi ? Adakah sahabat baiknya itu akan percaya dengan kata-kata ku ?

"Aku mimpi..." Aku mengambil keputusan untuk menceritakannya.

"Okey, lepas tu ?"

"Aku mimpi aku jumpa dengan arwah akak dekat tempat kemalangan. Dia panggil-panggil aku. Muka dia cantik sangat weh ! Bercahaya. Baju dia... Suara dia..."

"Baguslah tu. Mesti kau happy, kan ?"

"Happy tu mestilah happy tapi aku tak puas hati lah." Aku mencebik. Dahi Natrah berkerut.

"Kenapa ? Apa yang jadi dalam mimpi tu ?"

"Kau kena langgar sekali ke dalam mimpi tu ?" Tanya Jojo yang dari tadi hanya menjadi pendengar.

Jojo !

Natrah membesarkan matanya ke arah Jojo agar lelaki itu berhati-hati dengan kata-katanya. Jojo yang sedar kesalahannya segera menutup mulut.

"Abaikan dia. Mulut tak ada insuran. So, apa yang jadi ? Sambung lah..." Natrah benar-benar ingin tahu.

"Dia minta tolong aku. Bila aku tanya kenapa ? Dia ceritakan sesuatu dekat aku sambil menangis. Tapi masalahnya, suara dia langsung tak keluar. Mulut dia je terkumat-kamit mengatakan sesuatu. Dia macam bisu secara tiba-tiba tau. Sebab tu aku tengah fikir..."

Natrah dan Jojo saling berpandangan.

"Ke ini semua mainan tidur ?" Aku merengus.

"Aku tak rasa macam tu lah, babe. Dia macam cuba nak sampaikan sesuatu tau cuma ada benda sekat dia untuk bersuara. Tapi aku sendiri pun tak tahu..." Jojo memberi pendapatnya.

"Tak logik. Karut..." Tak mungkin !

"Betul juga apa yang Jojo cakap tu, Issa. Arwah Qalis sampai menangis minta tolong. Dia macam terdesak. Aku pun ada rasa something tau."

"Apa yang aku boleh buat ? Arwah Qalis dah tak ada. Aku dah tak boleh buat apa-apa..." Aku menyerah kalah.

"Don't worry. Kitaorang takkan paksa kau. Biar kitaorang siasat dulu. Kitaorang nak tolong kau weh. Tak sanggup kau terus-menerus macam ni." Bahuku diusap perlahan oleh Natrah. Aku menganggukkan kepalaku.

Terserah. Kalau betul sahabat-sahabatnya ingin membantu, dia tidak kisah.

"Wawa ada adik-beradik ?" Tanya Jojo secara tiba-tiba.

"Dia ada sorang kakak perempuan. Orang panggil dia Nini. Kenapa ?" Tanyaku pelik.

"Boleh nanti kau bagi aku alamat dia ?"

The fuck ! Agak si Jojo ni nak ngorat si Nini pula ke ? Tolonglah ! Perangai buaya Jojo langsung tidak boleh dipisahkan. Kadang-kadang perangainya itu membuatkan aku sebal.

"Jojo, why ? Takkan akak sepupu aku pun kau nak sebat ?" Aku mengeluh. Sakit kepala dengan perangai Jojo.

"Bukan lah ! Ada benda yang aku nak siasat. Bagilah. Nanti kau tahu. Natrah akan tolong aku."

Aku memandang Natrah. Gadis itu hanya mengangkat kedua bahunya tanda turut tidak tahu dengan rancangan Jojo. Tunggu dan lihat sahajalah lelaki buaya itu ingin lakukan apa. Asal nanti jangan lupa inform aku sudah ! Putus ku. Aku tidak mahu membuat kepalaku semakin sakit. Kalau tidak, memang terpaksalah aku telan ubat-ubatan yang pahit itu.

Tak sanggup !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro