Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 4 : LOST

KEPALAKU pening. Aku risau keadaan kakak kembarku. Lagakku seperti ibu kucing yang kehilangan anak-anaknya. Mataku melilau memandang sekeliling halaman rumah mencari kelibat kakak kembarku.

Mana dia ? Risaunya aku ! Alas meja kanopi kugenggam erat. Hatiku dari tadi gelisah.


"Issa, kau kenapa ?" Tegur Natrah, sahabat baikku sejak dari bangku sekolah lagi. Natrah menghampiriku dengan membawa dua gelas cawan kaca yang berisi air oren.

"Aku risau lah weh ! Qalis dah lama keluar dengan Wawa. Diaorang masih lagi belum balik."

Natrah mengangguk tanda mengiakan kata-kataku.

"Itu lah. Rasanya dah sejam diaorang keluar. Wawa tak ada cakap apa-apa ke sebelum keluar tadi ?" Tanya Natrah.

"Ada. Dia kata nak ajak Qalis pergi kedai sekejap beli barang. Dah sejam kot. Takkan tak jumpa barang tu. Aku tak sedap hati lah, Nat !" Luahku. Fikiranku benar-benar serabut.

"Ya Allah, Indah !" Kedengaran riuh-rendah dari dalam rumah. Aku dan Natrah saling berpandangan sebelum mula berlari menuju ke dalam rumah.

Kakiku kaku. Kelihatan tubuh mamaku rebah di atas lantai sambil kepalanya di atas reba Puan Maimun, rakan sekerja mama.

"Mama ?"

Aku benar-benar terkejut sehingga membuatkan kakiku beku tidak berginjak mendekati tubuh lemah itu.

"Issa !" Aku tersentak.

Papa berlari menuju ke arahku dengan riak wajah cemas. Aku semakin binggung.

"Ke-kenapa pa ?"

"Kakak kamu. Qalis dan Wawa kemalangan !"

Bam !

Lututku lemah. Nasib baik Natrah terlebih pantas menangkap tubuhku daripada terus menyembah bumi. Aku merasakan waktu di dunia ini berhenti. Dunia perlahan-lahan mengelap.

Hanani Qalisha kemalangan ?

✿✿✿

"ISSA !" Aku sudah tidak peduli dengan jeritan papa yang memanggil-manggil namaku. Mataku melilau memandang sekeliling. Mataku tertumpu pada sebuah kereta yang sudah pun terbalik di atas jalan raya. Kereta tersebut sedang dijilat oleh api besar yang marak.

Kereta itu... Aku pasti itu kereta kepunyaan sepupuku, Wawa. Mana hilangnya Wawa ?!

Kini, mataku terpandang pula ke arah sekelompok orang yang berhenti untuk melihat sesuatu. Namun, beberapa orang polis menghalang mereka daripada terus mendekati tempat kejadian.

Dengan langkah lemah, aku menuju ke tempat tersebut. Tubuh mereka ku tolak agar tidak menghalangi jalanku. Aku ingin melibat mangsanya.

Dan aku berharap mangsa tersebut bukanlah akak kembarku. Mungkin kereta itu bukan kepunyaan Wawa ? Mungkin modelnya sama ?

Harapanku musnah !

Mataku tertumpu pada sekujur tubuh yang mengenakan baju pangantin yang kini dipenuhi dengan corak merah darah di pakaian putihnya. Tudung putih yang tersarung di kepala mangsa berubah menjadi warna merah pekat.

Tak...

Tak !

"Kakak !" Aku segera berlari mendapatkan tubuh itu. Tubuh itu ku peluk erat. Air mata sudah tidak dapat ku tahan lagi.

"Issa !" Papa mengejar langkahku dan dia turut berhenti apabila melihat aku yang sedang memeluk tubuh puteri pertamanya.

Papa turut sama terduduk lemah di sebelahku. Bahuku diusapnya perlahan.

"Bangun kak ! Akak ! Bangun !!!" Arahku. Pipi itu ku tampar kuat. Namun, tidak ada tanda-tanda untuk dia bangun. Aku semakin gelisah.

"Bangun ! Kenapa ?! Kenapa akak tinggalkan adik ? Apa salah adik ? Ya Allah, kenapa mesti akakku ? Ambillah nyawa ku. Kembalikan kakak ku !" Aku mula meraung seperti orang gila. Aku sudah tidak peduli. Aku hanya ingin kakakku sedar.

"Hiks... Ak-aku redha, Ya Allah..." Aku terdengar kata-kata papaku yang sudah pun terduduk lemah disebelahku. Walaupun cukup perlahan, namun aku dapat mendengarnya dengan jelas.

Papa redha ? Macam mana papa boleh terima semua ini semudah itu ?

"No ! Bangun ! Aku kata bangun ! Kau kata kau takkan tinggalkan aku tapi kau dah mungkiri janji kau ! MUNAFIK ! Ak... Aku takkan ma-maaf kan kau ! Hiks... TAKKAN !"

"Sudahlah, nak. Biarlah polis buat kerja mereka. Sudahlah..." Papa menarik tubuhku agar menjauhi tubuh tidak bernyawa itu.

Aku tak nak ! Aku ingin memaksanya untuk bangun ! Tak boleh ! Dia tak boleh pergi ! Tak !

"Issa nak kakak ! Papa tolonglah. Kakak masih hidup. Percayalah..."

Papa tidak memberikan sebarang balasan. Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Tangisanku semakin menggila.

"Papa..." Panggilku dalam tangisan. Baju papa, aku genggam kemas.

"Shhh papa tahu, sayang. Papa tahu..." Papa menghalangiku daripada terus berbicara. Aku hanya mampu menangis dan menangis sambil mataku tidak lepas memandang tubuh berlumuran darah itu.

Dan...

Aku fikir ianya cukup sampai di situ sahaja. Aku fikir aku masih lagi ada harapan namun...

"Maafkan saya, Cik Hanani Qalisya tidak dapat kami selamatkan. Beliau kehilangan banyak darah disebabkan kemalangan tersebut. Kami dah cuba sedaya-upaya kami namun Tuhan lebih sayangkan beliau. Sekali lagi,pihak kami ingin meminta maaf..."

Sekali lagi harapanku musnah !

Dan kini, duniaku betul-betul hancur...

✿✿✿

TIDAK ku sangka, majlis perkahwinan bertukar pada kenduri tahlil. Dari sepatutnya suasana yang meriah, kini bertukar suram. Dan aku masih lagi tidak percaya dengan apa yang terjadi. Adakah aku sedang bermimpi ? Kalau jawapannya ya, aku ingin segera bangun kerana sudah tidak tahan dengan mimpi ngeri tersebut.

Air mata ku kesat perlahan dengan menggunakan hujung selendang putih yang tersarung di kepalaku. Fikiranku kosong. Aku hanya memerhati sahaja para tetamu yang sedang membaca surah Yassin.

Mataku terpandang ke arah mama yang sedang membaca surah Yassin sambil tangannya yang lagi satu sedang mengesat air mata yang tidak henti-henti mengalir. Aku tahu hati mama kini sedang remuk. Ibu mana yang tidak sedih apabila puteri kesayangannya pergi buat selamanya ? Sedangkan aku sebagai adiknya susah menerima, apa lagi mama ?

Mataku beralih pula pada papa yang juga sedang kusyuk membaca surah Yassin. Dari raut wajahnya, dia kelihatan tenang dan semenangnya sudah dapat menerima apa yang terjadi. Namun, aku tahu papa terpaksa menipu dirinya sendiri demi untuk membuat aku dan mama dapat menerima kenyataan.

Bacaan Surah Yassin selesai. Para tetamu yang hadir dijamukan juadah di kanopi yang terletak di halaman rumah. Aku tidak menurut serta. Aku malas. Aku membuat keputusan untuk berbaring di atas sofa tanpa rasa malu.

"Amee, jemputlah makan."

"Mama pun makanlah sekali. Tak selera pula bila makan sorang-sorang ni."

Telingaku menangkap perbualan di meja makan yang terletak tidak jauh dariku. Kelihatan Azamee Mikael sedang berbual dengan mamaku sambil tangannya sibuk menyuap makanan ke dalam mulut.

Wajah itu kutenung lama. Kenapa muka dia masih lagi tersenyum ? Adakah dia tidak berasa sedih akan kehilangan kekasih hatinya ?

Kalau aku berada di tempatnya, pasti aku sudah gila. Aku akan meraung sepuasnya. Namun, ketika aku melihat matanya, kelihatan mata itu agak sembab. Tapi bibirnya masih lagi tersenyum ?

"Issa..." Tegur satu suara garau.

Aku tersentak. Dengan tergesa-gesa aku merubah posisiku dari duduk bersila di atas sofa.

"Kenapa awak tak makan ? Pergilah makan. Nanti masuk angin. Dari tadi saya tengok awak menangis. Mesti banyak guna tenaga, kan ?" Soal Azamee Mikael risau.

"Aku tak lapar..." Jawabku dingin.

Dari panggilan 'saya' aku tukarkan pada panggilan 'aku'. Aku rasa buat masa sekarang moodku benar-benar rosak. Macam yang ku katakan, duniaku sudah hancur !

"Mana boleh macam tu. Okey, kalau awak tak nak makan nasi, makan lah buah tembikai ni. Arwah Qalis kata awak suka sangat buah ni." Pinggan yang berisi beberapa potong buah tembikai dihulurkan padaku.

Aku hanya memandang kosong pinggan tersebut dan tidak menyambutnya.

"Kenapa kau masih sibuk nak ambil berat pasal aku ? Dan kenapa kau tak sedih ? Kau tak cintakan Qalis ke ?" Soalan itu terpacul di mulutku.

Ku lihat lelaki itu tersenyum tipis sebelum melabuhkan punggunya di atas sofa.

"Siapa kata saya tak sedih ? Kekasih saya pergi, Issa. Pergi tinggalkan saya untuk selamanya. Macam mana saya tak sedih ? Hati saya hancur, Issa..."

Aku diam. Menunggu lagi jawapannya.

"Saya pun pada mulanya tak dapat terima apa yang jadi. Tapi, saya cuba kuatkan diri saya demi ibu dengan abah. Saya cuba kuatkan diri saya demi papa dan mama. Saya tahu ini semua dah tertulis untuk saya. Allah lebih sayangkan arwah Qalis.

Dan arwah Qalis pernah suruh saya berjanji dengan dia, kalau ada apa-apa terjadi pada dia suatu hari nanti, tolong jagakan papa, mama dan awak sekeluarga. Dia suruh saya sayangkan keluarga ni seperti mana saya sayangkan keluarga saya.

Saya terlalu cintakan arwah Qalis. Saya tak nak kecewakan dia. Saya redha, Issa. Saya redha dengan ketentuan-Nya. Jodoh, ajal maut semua di tangan Tuhan..." Ujar Azamee Mikael panjang lebar.

Aku terdiam. Kata-kata Azamee Mikael membuatkan lidahku kelu.

Masuk telinga kanan... Keluar telinga kiri...

Aku tidak memberi sebarang komen. Tenagaku semakin berkurangan. Aku kembali merebahkan tubuhku di atas sofa. Mataku pejam rapat dan akhirnya aku terlelap.

Ohhh so sadddd😔Kesian Issa yang baru sahaja kehilangan kakak kembarnya. Kesian juga dekat Amee yang turut sama kehilangan kekasih hatinya💔Stay strong guys...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro