Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 25 : HYPOCRITE

DAHI Azamee Mikail berkerut. Aku tahu pandangan matanya tertancap ke arah aku yang masih lagi bermalas-malasan di atas katil. Sementara di luar, ahli keluarganya yang lain sibuk memasukkan beg pakaian mereka ke dalam bonet kereta masing-masing. Manakala, aku pula masih lagi terbaring di atas tilam tanpa bergerak seinci pun.

   "Sayang, kenapa tak siap-siap lagi? Nanti kita tertinggal macam mana?" akhirnya, Azamee Mikail membuka mulut untuk bertanya.

   Aku mencebikkan bibirku. Aku bingkas bangun dari pembaringan lalu meraih lengannya.

   "Perut saya sakitlah, biy. Boleh tak kita gerak esok?" pintaku.

   Kening Azamee Mikail hampir bercantum selepas mendengar permintaanku. Sejujurnya, aku tidak mahu saing dengan keluarganya kerana aku lebih suka bersendirian. Tak pasal-pasal banyak pula perhentiannya.

   "Sayang sakit perut?" Azamee Mikail inginkan kepastian. Dia yang tadi berdiri di sisi katil, mula melabuhkan punggungnya di birai katil lalu meletakkan tangan kanannya di perutku yang masih lagi berlapik dengan baju.

   "Hmmm!" aku cuba menyakinkannya.

   Aku memulakan skill lakonanku. Dahi dikerut konon sedang menahan sakit. Kemudian, perutku yang 'sakit' itu aku urut perlahan.

   "Nak pergi klinik? Mana tahu lepas tu dah kurang sikit?"

   Aku mengelengkan kepala. "Saya takut nak jumpa doktor. Lepas rehat nanti, okeylah tu." 

   Lama aku melihatnya diam. Mungkin dia sedang memerah otaknya sama ada berkeras atau mengalah dengan permintaan ku.

   Setelah sekian lama, dia menganggukkan kepalanya sebelum kembali bangkit.

   "Biy pergi bagitahu yang lain sekejap. Sayang rehatlah," aku angguk.

   Bagus! Aku cuba menyembunyikan senyumanku.

    "Terima kasih biy sebab faham saya," ucapku seraya mencapai tangannya lalu dibawa ke bibir.

   "Everything for you, sayang..."

   Nampaknya, Azamee Mikail suka dengan perbuatanku. Hidungku sempat dicuitnya sebelum hilang dari pandangan mata.

   Selepas beberapa minit, Azamee Mikail kembali ke dalam bilik. Riak wajahnya tenang.

   "Biy dah bagitahu yang lain. Ayu akan tumpang kita esok," senyumanku lenyap serta-merta apabila nama 'Ayu' disebut.

   "Ayu tumpang kita?"

   "Haah. Ayu kata tadi dia sakit kepala. Mak long minta biy tumpangkan dia. Sayang tak kisah, kan?"

   Menyemak! Ingin sahaja aku mengatakan 'tidak' dengan segera. Namun, ku tahankan juga diriku untuk berkata demikian. Dengan terpaksa, aku anggukan kepala.

   "Saya tak kisah!"

   "Are you sure?" dia tampak curiga.

   "Betul, biy. Saya tak kisah."
  
   "Sayang nak biy urutkan perut sayang?" Azamee Mikail ingin menghulurkan bantuan. Tangannya mencapai botol minyak urut yang terletak di atas meja sisi katil.

   "Mestilah nak. Biy pun tahu saya suka bila biy urut," kataku sambil mengoyakkan senyuman nakal.

   "Kenapa manja semacam ni hmmm?"

   Aku ketawa kecil sebelum bertindak menarik pinggangnya agar mendekati tubuhku. Rambut hitam itu ku belai perlahan.

   "Saja nak bermanja dengan suami tercinta. Kenapa? Biy tak suka?" bisikku ke telinganya.

   Reaksi Azamee Mikail cukup membuatkan aku berpuas hati. Kelihatan lelaki itu memejamkan matanya sambil mengeliat kegelian apabila aku bertindak meniup perlahan ke telinganya.

   "Sayanggg..." panggilnya dalam nada suara cukup perlahan bagaikan hilang nafas.

   HAHAHA lemah. Baru uji sikit, dh terpancing. Baiklah, mari kita teruskan permainan!

   "Kenapa, biy?" kali ini, pipi lelaki itu menjadi sasaranku. Perlahan-lahan jari-jemariku menari-nari di pipi tersebut.

   Baru sahaja aku ingin mengambil langkah yang lebih jauh, aku dikejutkan dengan ketukan pintu dari luar.

    Tok! Tok! Tok!

   Akibat terkejut dengan ketukan pintu secara tiba-tiba itu, aku tertolak tubuh sasa itu agar menjauhiku.

   "Biy per-pergi tengok sekejap siapa yang ketuk," katanya gugup seraya berdiri lalu berjalan menuju ke pintu bilik sebelum daun pintu dipulas.

   Aku berdecit. Bawah bibir ku gigit geram. Siapa yang berani-berani mengacau rancanganku?!

   "Kenapa, Ayu?"

   Dengar sahaja nama 'Ayu', semakin membuatkan angin ku rosak. Perempuan tu memang sengaja! Penumbuk ku genggam kemas.

   "Kepala Ayu makin sakitlah, bang. Kalau tak keberatan, boleh tak abang bawa Ayu ke klinik?"

   Aku mencebik menyampah dengan sikap berpura-puranya.

   Cik Ayu sakit kepala ya? Mari sini saya tolong picitkan. Lepas tu boleh saya potong sekali. Kepala tu nanti saya bagi anjing makan.

   "Sekejap. Abang tanya Issa."

   Azamee Mikail berbalik memandang aku yang masih lagi bersila di atas tilam. Aku pura-pura naif.

   "Hmmm?"

   "Sayang, Ayu minta biy bawa dia ke klinik. Sayang nak ikut sekali? Alang-alang tu boleh jumpa doktor untuk check perut sayang."

   Aku menggelengkan kepalaku sebelum bertindak melompat turun dari katil lalu mendekati tubuh suamiku yang masih lagi berdiri di pintu.

   "Biy pergilah bawa Ayu ke klinik cepat-cepat. Risau kang nanti mati disebabkan sakit kepala. Zaman sekarang, kebanyakkan orang mati secara mengejut. Demam pun boleh jadi punca kematian tau..." sengaja perkataan 'mati' ditekan.

   "Sayang tak nak ikut?"

   Sekali lagi, aku menggeleng.

   "Saya nak duduk rumah. Lepas tidur sekejap, okeylah tu," Azamee Mikail angguk.

   "Biy pergi sekejap je. Nanti biy belikan ubat sakit perut sekali. Rehat tau," sempat dia mengusap kepalaku sebelum berjalan ke pintu utama.

   Ayu memberiku jelingan mautnya sebelum membuntuti langkah Azamee Mikail ke kereta yang terparkir di halaman rumah.

   Melihat wajahnya yang masam mencuka itu membuatkan aku tercuit. Aku memeluk tubuhku sambil melihat dari jauh kereta milik suamiku menyusur keluar dari perkarangan rumah.

   Aduh!

   Dahiku berkerut seribu menahan kesakitan. Manakala, tangan kananku memegang perutku yang secara tiba-tiba terasa sakit.

   Macam mana boleh sakit betul-betul ni? Menyusahkan betullah perut aku ni! Dengan langkah longlai, aku seretkan juga kakiku untuk ke bilik air untuk melepaskan hajat.

✿✿✿

LEGA! Aku menghembus nafas lega. Tombol pintu dipulas malas. Perutku yang masih terasa sakit, ditepuk beberapa kali. Cebikan di mulutku masih belum pudar.

   Bunyi kereta di luar rumah menandakan mereka sudah pulang dari klinik. Aku mengerling ke arah jam dinding. Sudah menunjukkan pukul 3:15 petang.

   Krekkk...

   Pintu utama dibuka lalu Azamee Mikail masuk ke dalam rumah sambil memegang beg plastik berwarna putih. Aku segera mendapatkannya. Tanpa sebarang amaran, tubuh sasa itu ku peluk erat.

   "Sayang, kenapa ni?" soalnya dalam nada suara risau. Kepalaku diusap perlahan.

   "Sakit perut," aduku.

   "Alololo kesian isteri biy yang cantik ni. Biy ada belikan ubat dari klinik. Sayang makan eh?" plastik ubat dihulur. Namun, aku tidak mengambilnya.

   "Saya tak suka ubat. Pahit!" tolakku sambil menggelengkan kepala beberapa kali. Cuba berperwatakan comel hakikatnya aku sendiri rasa jijik.

   "Walau macam mana pun sayang tetap kena makan ubat. Nanti makin sakit macam mana?" Azamee Mikail cuba memujuk.

   "Boleh tapi biy suapkan!" gila punya tahap mengada-mengada.

   Ayu yang masih berdiri di pintu, hanya membisu dan menjadi pemerhati. Plastik ubat ditangannya, digenggam erat sehingga membuatkan plastik tersebut agak berkedut.

   "Manja betul sayang ni. Sekejap, biy ambil air masak dekat dapur. Lepas tu kita makan ubat, okey?"

   "Hmmm!" jawabku ringkas.

   Azamee Mikail menghilang ke dapur untuk mengambil air putih untukku. Selepas memastikan tubuh sasa itu menghilang di sebalik dapur, dengan langkah ringan aku berjalan menuju ke sofa sebelum menghenyakkan punggungku ke atasnya.

   Tangan ku depa di kepala sofa. Kemudian, aku melontarkan pandangan ke pintu utama sebelum senyuman manis bak gula dipamerkan.

   Ayu yang dari tadi hanya menjadi pemerhati, akhirnya membuka langkahnya menuju ke dapur. Namun, dia memberhentikan langkahnya apabila tiba di sofa di mana tempat yang sedang aku duduki.

   "Hipokrit!"

   Perkataan cukup perlahan disebut namun kedengaran jelas di telingaku. Aku hanya berlagak tenang sambil meletakkan kakiku di atas meja kopi. Aku hanya mahu bersantai pada petang itu tanpa mengusutkan kepalaku yang penuh dengan rancangan-rancangan yang tidak masuk akal.

   H. I. P. O. K. R. I. T.

   Haih, dia bercakap pasal diri sendiri ke apa? HAHAHA dia mesti sedang cuba memancing kemarahanku. Namun, sayang sekali, dia bukan lawanku. Cakap sahajalah yang dia sekarang sedang cemburu dengan kemesraan kami. Siapa suruh lambat? Aku lagi cepat kebas abang Amee kesayangan dia tu. Perempuan lemah!

✿✿✿

AZAMEE MIKAIL seronok bermain dengan telefon pintarnya sambil bersandar di kerusi. Kedua-dua kakinya pula dinaikkan atas meja. Selesa!

   Dengan langkah perlahan, aku berjalan merapati tubuh sasa itu. Bahu itu disentuh sebelum digosok perlahan.

   "Sayang?" tegurnya.

   "Hmmm?" sahutku ringkas. Aku merapatkan mulut ku ke telinganya sebelum bertindak menghembus dengan perlahan.

   Azamee Mikail memejamkan matanya. Dia sudah hilang fokus untuk terus bermain dengan telefon pintarnya.

   "Antara saya dengan telefon ni, siapa lagi penting?" tanyaku dengan nada suara berjauh hati. Namun, tubuhku masih lagi tidak bergerak.

   "Of course sayang lebih penting..."

   Berpuas hati dengan kata-katanya, aku mencapai telefon pintar yang terdapat di genggamannya lalu diletakkan di atas meja. Kakinya tadi yang turut sama diletakkan di atas meja, aku turunkan.

   "Kalau macam tu, biy kenalah layan saya..." ujarku sebelum bertindak duduk di pangkuannya.

   Tiada kata-kata yang keluar. Hanya mata yang saling tajam menikam antara satu sama lain. Jari-jemariku sudah pun melekap di pipinya. Oksigen di dalam bilik itu aku dapat rasakan semakin berkurang.

   Baru sahaja aku ingin menyatukan bibirku dengan bibirnya, dia bersuara sambil menjeling ke arah pintu bilik yang masih lagi terbuka luas.

   "Sayang tak nak tutup pintu bilik? Macam mana kalau Ayu nampak?" keningku terangkat tinggi.

   Aku dan dia sama-sama melontarkan pandangan kami ke arah pintu bilik. Lambat-lambat aku membuka mulut untuk membalas.

   "Don't worry. Ayu masuk tidur awal hari ni sebab kepala dia masih sakit. Baguslah tu. Dapatlah saya bermanja-manja dengan biy..."

   Sudah semestinya kenyataan yang aku berikan tidak benar sama sekali!

   Inilah rancangan ku malam ini...

   Sempat Azamee Mikail memberi ku senyuman sebelum menyerang bibirku tanpa memberi sebarang amaran. Aku sudah tidak dapat menahan senyuman yang dari tadi ku tahan. Kucupan hangat itu ku balas.

    Sesekali mataku menjeling ke arah pintu bilik. Aku pasti terdapat sepasang mata sedang memerhatikan kami dari luar. Disebabkan itu jugalah membuatkan aku semakin agresif untuk membuatkan empunya mata tersebut kecewa.

    Malam itu, rancangan ku berjalan dengan lancar. Disaat aku dan Azamee Mikail asyik dalam dunia kami, terdapat 'seseorang' yang berendam air mata sepanjang malam apabila melihat orang yang dia cintai bermesra bersama musuh ketatnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro