𝕭𝖆𝖇 22 : WARNING II
"SAYANG ? Sayang !" Dahiku berkerut seribu apabila merasakan ada seseorang sedang memanggil-manggil ku dan dapat merasakan pipiku ditepuk beberapa kali.
"Sayang ?! Sayang, bangun..."
"Sayang !"
Secara perlahan-lahan aku membuka mataku. Silau ! Mataku pedih dan aku tutup buat seketika. Kepalaku berdenyut hebat.
"Huh ?"
"Bangun pun sayang. Kenapa ni hurmmm ? Kenapa sayang tidur dekat sini ?" Dahiku yang sudah pun dibanjiri dengan peluh, dikesatnya perlahan.
Tidur ? Aku tidur ?
Sekali lagi aku cuba untuk membuka mataku dan cuba melawan rasa sakit yang menyerang seluruh tubuhku. Buka sahaja mata, aku sedikit terkejut apabila melihat sepasang anak mata yang betul-betul rapat denganku.
Buk !
"Aduh !" Azamee Mikail tersentak apabila aku bertindak menendang perutnya. Aku segera mengundur ke belakang sehingga belakangku mencium pintu peti ais.
"Arrrghhh !" Dia merintih kesakitan sambil memegang perutnya yang terasa senak.
Aku masih lagi tidak berganjak dan hanya memeluk lututku. Wajah ku sembunyikan di lutut. Tubuhku menggigil ketakutan.
Kejadian malam semalam kembali berlayar di fikiranku. Aku pasti aku tidak bermimpi ! Kerana aku masih dapat merasakan kesakitan dan kesukaran untuk bernafas.
Atau...
Aku betul-betul bermimpi dan akhirnya tertidur di atas lantai ?
"Dia patut mati. Nak tahu sebab apa ? Sebab dia sama macam kau ! Sibuk hal aku. Dan, kalau dia tak sibuk pun, dia memang akan mati. Kita anggap je lah ini takdir dia. HAHAHA !"
"Ini pengajaran untuk kau..."
Arrrrghhh !
Jantan sial tu memang tak guna !
Macam mana jantan tu boleh masuk ke dalam rumah ni ? Sedangkan sistem keselamatan rumah ni boleh dikatakan agak ketat dan selamat ?
Kamera litar tertutup ?
Setahu aku rumah ni pun ada CCTV cuma aku tak tahu dekat mana nak tengok rakamannya.
Jangan-jangan lelaki tu sebenarnya memang Azamee Mikail ?!
Aku kembali mengangkat mukaku memandangnya yang turut sama memerhatikan aku dan cuba merangkak mendapatkanku.
"Jangan dekat !" Arahku. Penumbuk ku genggam kemas.
"Sayang, kenapa ni ?" Azamee Mikail masih lagi berdegil dan terus mendekatiku.
"Aku kata jangan dekat !"
Azamee Mikail terhenti. Dia agak terkejut dengan arahanku yang terdengar tegas.
Huh... Huh... Huh...
Jangan takut dengan jantan tu, Issa...
Kau bukan jenis penakut orangnya.
Lawan ! Dan jangan bagi dia nampak yang kau tu lemah !
"B-biy..." Aku berdiri dan segera mendakap tubuhnya. Dia terpinga-pinga dengan pelukan mengejut yang aku berikan.
"Huh ! Sa-saya mimpi malam tadi. Saya mimpi biy akan tinggalkan saya." Ini sahaja jalan yang ada iaitu berbohong !
"Huh ?" Tubuhku ditolak perlahan untuk baginya melihat wajahku.
Aku harus meyakinkannya dan melawan rasa takutku !
Cup !
Bibir itu ku kucup sekilas sebelum aku tertunduk menyembunyikan wajahku di bahunya.
Kepalaku benar-benar pening ! Peluh tidak putus-putus mengalir keluar membasahi tubuhku.
"Sayang ? Sayang ?" Bahuku digoncang kuat.
Aku ingin mengangkat kepalaku dan menjawab namun badanku betul-betul lemah.
"Are you okay ?"
Tak okay ! Aku hampir mati tahu tak malam tadi ?!
"I'm... I'm okay..." Namun, itu sahaja yang mampu aku balas.
"Jom duduk dekat ruang tamu. Sampai bila kita nak duduk atas lantai ni ?" Azamee Mikail berdiri. Pada masa yang sama, bahuku turut sama ditarik agar turut sama berdiri.
Namun, kakiku lemah. Tubuhku ingin kembali rebah namun tangan lelaki tersebut terlebih pantas memaut pinggangku.
Apakah ? Ini bukan drama...
"Sayang okay ? Nak biy dukung ?" Tanyanya risau.
Aku pantas mengeleng sebagai tanda menolak. Aku lebih rela dia memaut daripada dukung. Ya, aku patut turunkan egoku kerana kini aku amat memerlukan bantuannya.
"Perlahan-lahan...." Aku dibawa ke ruang tamu lalu didudukkan di atas sofa. Dengan segera, aku merungkaikan pautannya.
"Sayang okay ?" Dia masih tidak lelah menanyakan keadaanku.
"Saya okay. Biy jangan risau. Saya cuma tertidur atas lantai je lepas mengigau." Ujarku sebelum tertawa kecil.
Dahi Azamee Mikail berkerut.
"Sayang selama ni ada penyakit tidur berjalan ?"
"Ermmm ! Jangan bagitahu sesiapa tau. Malu !" Hantam sahaja lah, nak !
"Comel !" Pipiku dicabitnya. Aku cuba menahan air muka ku daripada berkerut.
"Sayang mesti lapar, kan ? Biy buatkan sarapan okay ? Ermmm tapi biy risau nanti biy buat sayang sakit perut macam hari tu..." Dia mencebik sambil mengusap belakang lehernya.
"Hahahaha biy buat nasi goreng macam hari tu je lah. Perut saya je ni hari tu bermasalah. Hari ni Insya-Allah okay !"
"Betul ni ?" Dia kelihatan ragu-ragu.
"Betul ! Saya janji saya akan habiskan."
"Okay kalau macam tu ! Biy masak sekejap ya. Jangan rindu..." Sempat dia mengusutkan rambutku sebelum pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.
Ewww siapa nak rindukan kau ? Buang masa aku je. Daripada aku rindukan kau, baik aku fikirkan masalah aku ni. Bebelku sambil membetulkan rambutku yang serabai.
Jadi...
Apa patut aku lakukan ? Macam mana aku nak buktikan Azamee lah orang yang aku cari selama ni ? Atau memang bukan dia ?
✿✿✿
AKU seronok menikmati nasi goreng yang disedaikan oleh Azamee Mikail. Masuk kali ini, sudah 3 kali aku tambah kerana perutku dari tadi berbunyi minta diisi. Mulut sibuk mengunyah makanan. Otak sibuk berfikir.
"Makan perlahan-lahan, sayang. Tercekik nanti." Tegur Azamee Mikail sambil mengusap rambut panjangku.
Aku hanya mengabaikannya. Sempat aku menoleh ke pinggannya yang masih lagi kosong tanpa makanan.
"Kenapa biy tak makan sekali ?" Tanyaku acuh tak acuh.
"Sekejap lagi biy makan. Tengok sayang makan pun dah buat biy kenyang."
Sekejap...
Dia tak makan. Aku sorang je yang makan.
Ke dia ada letak apa-apa dalam nasi goreng ni ?
Nasi goreng yang masih lagi tinggal separuh di dalam pinggan, ku tenung. Suapanku terhenti serta-merta.
"Kenapa, sayang ? Tak sedap ke ?"
"Sedap ! Mulut lenguh mengunyah." Aku mencipta alasan. Mataku masih lagi terarah ke pinggan ku.
Patut ke aku muntah balik ? Ataupun berhenti makan ?
Tapi...
Perut aku belum kenyang dan ingin terus makan.
Patut ke aku masak yang lain nanti ? Otakku ligat berfikir.
"Sayang, kenapa ni hurmmm ?" Usapannya masih lagi tidak berhenti. Wajahnya tampak risau.
"Errr tak ada apa-apa..."
Lantak lah !
Ada racun ke tak ada racun ke aku peduli apa ? Yang penting aku lapar ! Aku kembali menikmati nasi goreng ku.
"Biy... Tolong ambilkan telefon saya dekat beg tangan boleh ?" Pintaku.
"Dekat mana beg tangan sayang ?" Azamee Mikail mulai berdiri.
"Ada dekat bilik." Jawabku ringkas. Fokus ku hanya satu iaitu makanan di hadapanku. Azamee Mikail angguk sebelum berlari ke tangga menuju ke tingkat atas.
Dalam beberapa minit, Azamee Mikail kembali dengan membawa telefon pintarku. Telefon bertukar tangan.
"Biy nak pergi tandas sekejap." Katanya sebelum pergi ke bilik air yang terdapat di dapur.
Aku membuka telefon pintar ku lalu aplikasi WhatsApp dibuka. Keningku berkerut apabila melihat beberapa mesej dari si bodoh yang akan mesej aku apabila ingin memberi amaran sahaja.
Sial !
Pap !
Telefon ku letak kembali di atas meja. Tubuhku mengeletar menahan kemarahan yang semakin meluap-luap.
Berani dia permainkan aku ?
Kau tunggu... Sekarang masanya untuk kau berseronok.
Aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri...
OMG aku pening nak sokong sape💆🏻♀🏳Sorang sibuk nk balas dendam... Sorang lagi still belum move on🐒Bunuhla aque🗿❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro