Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 21 : WARNING I

Tit !

AKU segera berdiri lalu berjalan pantas menuju ke pintu utama apabila terdengar pintu dibuka dari luar. Siapa lagi kalau bukan Azamee Mikail ? Hanya dia sahaja yang tahu kata laluan pada pintu utama.

"Biy..." Lengannya ku paut mesra. Aku seperti biasa memberikannya layanan.

Namun, tanganku dilepasnya secara perlahan-lahan. Senyumanku pudar.

Dah kenapa dia ni ?

It's okay, Issa... Don't give up !

"Biy nak makan ? Saya dah masak makan malam." Aku masih lagi tidak mahu putus asa.

Azamee Mikail mengelengkan kepalanya sambil memberikan aku senyuman manisnya.

Senyumannya masih kelihatan seperti dulu tapi aku dapat rasakan ia tidak semanis dan seindah dulu.

"Biy masih kenyang. Baru tadi makan dengan Eman."

Eman ? Diaorang bergaduh ke ?

"Kalau macam tu, biy pergi rehat dulu. Mesti biy penat, kan ? Nanti lepas biy solat maghrib, kita makan sama-sama tau ?"

"Ermmm !" Balasnya ringkas sebelum melangkah ke tangga meninggalkan aku yang masih lagi tertanya-tanya.

Oh... Aku pening !

Dia badmood kot ? Dia pun manusia juga. Nanti okay lah tu. Aku malas untuk terus berfikir dan kembali melangkah ke sofa untuk menyambung menonton televisyen.

✿✿✿

PERLAHAN-LAHAN aku membuka mataku. Keadaan bilik gelap-gelita dan udara pada waktu itu dingin.Telefon pintar ku yang terletak di meja katil, ku capai malas. Sudah menunjukkan pukul 2:45 pagi. Telefon kembali diletakkan di tempat asal.

Kepalaku berpaling memandang orang yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Dengkuran halusnya kedengaran.Wajah nyenyak tidurnya ku tenung lama.

Kenapa dengannya ? Dia kurang bercakap dan hanya akan menjawab ketika aku tanya sahaja. Itu pun beberapa patah perkataan sahaja. Apa yang membuatnya berubah dingin seperti itu ?

Eman...

Adakah dia puncanya ? Dia ada cakap sesuatu sampai membuatkan Azamee marah ? Atau waktu dalam perjalanan pulang, sesuatu telah terjadi ?

Ah ! Sakit kepala aku bila difikirkan. Tambahan pula, tekak ku kehausan. Baik aku minum dulu sambil-sambil tu boleh fikir sekali.

Aku berjalan menuju ke dapur dengan langkah longlai. Aku terlalu malas untuk membuka lampu kerana aku lebih sukakan kegelapan dan sudah terbiasa.

Cawan ku ambil lalu aku mengambil air dari penapis air. Air dingin ku ambil sebelum ku teguk rakus.

Ahhh ! Lega !

Cawan yang sudah ku guna tadi, aku basuh di singki sebelum letakkan ia di tempat asal. Mataku lama-kelamaan kembali memberat.

Namun...

Belum sempat aku ingin meneruskan langkah keluar dari dapur, tubuhku di peluk erat dari belakang membuatkan aku hampir sakit jantung akibat terkejut.

"Biy ?" Aku cuba menghadapnya namun pelukannya terlalu kemas. Tangan kanannya bertindak merangkul pinggangku manakala tangan kirinya pula melilit leherku.

"Aku dah pesan banyak kali jangan masuk campur tapi kau degil..." Bisik 'dia' tepat ke telingaku.

Kakiku mula menggigil. Tak ! Aku tak boleh takut dengannya !

"Aku... Akan... Bunuh... Kau... Aku bersumpah, bangsat !" Aku sukar untuk bercakap akibat lilitan pada leher yang kuat. Aku mulai sesak nafas.

"Huh !" Tubuhku dilepaskan olehnya.

"Kau yakin kau boleh bunuh aku ? Sebelum kau bunuh aku, aku akan pastikan kau mati sama macam kakak kau..." Ujarnya sambil matanya menikam tajam anak mataku.

Disebabkan keadaan gelap-gelita, aku hanya dapat melihatnya dalam keadan samar-samar sahaja.

Dia memakai jaket hitam dan seluar hitam. Terdapat topi hitam menutup kepalanya. Topeng berwarna hitam menutup mukanya. Aku hanya dapat melihat matanya sahaja.

Dan aku yakin dia adalah seorang lelaki kerana tangannya berurat dan tubuhnya sasa.

"Ke-kenapa kau bunuh kakak aku ?" Aku memberanikan diri untuk bertanya. Pada masa yang sama, aku mengundurkan badanku sehingga dinding bertemu dengan belakang badanku.

Ah ! Kenapa ada dinding dekat sini ?

Lelaki itu berjalan mendekati aku sambil berjalan dengan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar.Dia tertawa kecil.

"Dia patut mati. Nak tahu sebab apa ? Sebab dia sama macam kau ! Sibuk hal aku. Dan, kalau dia tak sibuk pun, dia memang akan mati. Kita anggap je lah ini takdir dia. HAHAHA !"

Suhu badanku semakin meningkat. Penumbuk ku genggam kemas. Jantungku berdegup laju menahan kemarahan.

"Kau memang sial !"

"HAHAHAHA !Kau dengan aku sama je lah. Kau bunuh pak cik kau sendiri. Kita memang tak ada beza pun."

Mana dia tahu ?

"Tapi kau jangan risau, polis takkan tahu pun. Sebab apa ? Sebab kau akan mati !" Serentak itu, tangan kasar itu bertindak mencekik leherku.

"Arrghhh !"

"Sakit ke, sayang ?" Cekamannya semakin kuat sehingga membuatkan tubuhku menggelupur meminta udara. Aku sudah tidak mampu merayu.

"Oops !" Dia melepaskan leherku apabila mendapati wajahku mulai kemerahan. Aku terduduk lemah di atas lantai sambil memegang leher yang masih terasa berdenyut.

"Huk ! Huk ! Huk !"

Kakiku terlalu lemah untuk berdiri dan lari. Aku hanya mampu berdiam sambil kembali cuba bernafas.

"HAHAHAHA ! Issa... Issa..."

Aku hanya memerhati tindak-tanduknya yang sibuk mengantungkan tali di kipas dapur sambil menggunakan kerusi.

Apa yang dia cuba lakukan ?

"Jom main satu permainan..." Tubuhku diseretnya dengan paksa menuju ke kerusi tersebut.

"Kau nak buat apa ni ?" Tanya aku dengan nada suara lemah. Tekakku perih.

"Diri atas ni !" Bukan setakat itu sahaja, tubuhku dipaksa pula untuk berdiri di atas kerusi. Tali yang terjuntai di capai sebelum diikat pada leherku.

"Permainan dia... Kalau kau jerit, kau kalah. Harap kau dapat bertahan..."

Kerusi dapur ditarik sehingga membuatkan tubuhku tergantung di udara. Kali ini, aku benar-benar tidak dapat bernafas. Namun, aku tidak mampu untuk berteriak meminta pertolongan.

Arrrghhhh ! Sakit !

"HAHAHAHA !" Dia tertawa puas melihat aku cuba melongarkan ikatan yang mencengkam leherku.

Aku dapat merasakan nyawaku kini benar-benar di hujung tanduk. Aku tak boleh menjerit. Aku tak boleh merayu. Akhirnya,hanya air mata sahaja yang mampu aku keluarkan. Tubuhku semakin lemah dan aku melepaskan tanganku dari memegang tali.

Adakah aku akan mati tanpa membalas dendam ? Adakah hidup aku akan berakhir semudah itu ?

Maafkan adik, kakak...

Maafkan adik tak dapat tolong kakak...

Aku akan berjumpa dengan kakak !

Ya !

Tunggu adik...

Tanpa disedari, aku tersenyum kecil sambil air mataku masih deras mengalir.

"Wah, dah nak mati pun kau still boleh senyum ? Amazing !"

"Ini pengajaran untuk kau..."

Issa pun akan mati sama macam Qalis dengan Wawa ?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro