𝕭𝖆𝖇 20 : CAN'T CONTROL
AKU mengambil bawang merah dan bawang putih yang baru sahaja aku beli. Lalu, aku mengupasnya untuk dijadikan bahan untuk masakan aku nanti. Sedang sibuk aku mengupas, Princess pula datang mengacau ku. Dia bertindak mengesel-geselkan badannya ke kakiku sambil mengiau kuat.
Meow ! Meow ! Meow !
"Princess, sana ! Aku nak buat kerja." Tubuhnya ku tolak perlahan menggunakan kaki.
Meow ! Meow ! Meow !
Princess masih berdegil dan cuba bermanja denganku. Perangainya semakin membuatkan moodku rosak.
Meow ! Meow ! Meow !
Hei, pecundang ! Sedarlah diri tu sikit !
Kau takkan menang, Issa...
Kau tak layak bahagia...
Apa yang buat selama ni, semuanya sia-sia !
Aku hilang perhatian untuk meneruskan kerjaku. Tambahan, mulut Princess masih lagi tidak tertutup. Badanku secara terasa panas membakar.
Meow... Meow... Meow...
"Hei, sial ! Kau boleh senyap tak ?!" Dengan segera, aku mengangkatnya lalu membaringkannya di atas meja.
Meow ! Meow ! Meow !
"Kau tahu tak aku tengah serabut sekarang ni. Kan aku dah bagi kau makan. Kau nak apa lagi ? Kalau kau kacau aku lagi, aku tak teragak-agak bunuh kau, bodoh !"
Selepas berkata demikian, aku membalingnya ke atas lantai. Pisau kembali aku capai dan aku cuba untuk kembali fokus. Suhu badanku masih lagi belum menurun.
Meow ! Meow ! Meow !
Sabar, Issa... Sabar...
Jangan biarkan kemarahan menguasai kau.
Meow ! Meow ! Meow !
Aku dah tak tahan !
Aku kembali mengangkat tubuhnya dan membaringkannya di atas alas pemotong. Aku memejamkan mataku buat seketika. Peluh semakin membanjiri segenap tubuhku. Pisau ku ambil lalu aku layangkan ke udara.
Maafkan mama, Princess...
Maafkan aku !
Zzap !
✿✿✿
AKU sempat menghadiahkan Azamee Mikail senyuman ketika lelaki itu baru sahaja turun ke dapur. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat isyak secara bersendirian di bilik tidur kami. Disebabkan aku datang bulan pada malam itu, aku mengambil keputusan untuk menyediakannya makan malam untuknya.
Mata Azamee Mikail kelihatan bersinar dan hampir terkeluar dari soket apabila dia melihat lauk-pauk yang sudah pun terhidang di atas meja makan.
"Wah, banyaknya sayang masak hari ni !" Katanya sambil mengambil tempat duduk. Aku hanya membalasnya dengan senyuman.
Aku menyedokkan lauk-pauk ke dalam pinggannya masih berisi nasi hangat. Selepas itu, gelas aku ambil lalu menuangkannya minuman.
"Makanlah..." Pelawaku.
"Sayang tak makan sekali ?" Tanyanya sambil memandang pinggan ku yang hanya ada nasi.
"Biy makan dulu. Saya nak biy rasa sedap tak makanan saya."
Azamee Mikail akur dan mula menjamu selera. Dan aku hanya memerhati tindak-tanduknya yang sedang menikmati makanan.
"Sayang, lauk apa ni ? Sayang tak pernah masak pun selama ni." Mangkuk yang berisi lauk ditunjukkan.
"Ermmm resepi baru. Sedap ?" Aku tertarik untuk mengetahui rasanya.
Azamee Mikail pantas mengangguk sambil memasukkan daging tersebut ke dalam mulutnya. Matanya tertutup tanda menikmati makanan manakala mulutnya mengukir senyuman puas dengan hasil masakan ku pada malam itu.
"Sedap ! Biy tak pernah rasa daging ni. Daging ni lembut dan tak liat pun." Komen Azamee Mikail.
"Mana sayang belajar masak ni ?"
Senyuman ku semakin lebar. Aku menopong daguku sambil memandangnya.
"Rahsia..." Ujarku perlahan. Azamee Mikail mencebikkan bibirnya.
"Sayang, cuti panjang minggu depan kita balik kampung biy tau ? Sepupu lelaki biy nak kahwin. Semua ahli keluarga biy berkumpul."
Dahiku berkerut. Balik kampung dia ?
Hurmmm menarik !
"Sayang tak kisah, kan ?" Azamee Mikail mengangkat kepalanya menghadapku buat seketika. Aku pantas mengelengkan kepala dan tersenyum menandakan aku tidak kisah.
"Saya pun teringin nak jumpa family biy yang lain. Boleh kenal-kenal tapi tu lah kekok sikit."
Azamee Mikail tertawa kecil. Tangannya mengusap rambut ku buat seketika.
"Sayang jangan risau. Biy sentiasa akan ada dengan sayang. Lagipun family biy sporting." Katanya lembut.
Aku mengangguk. Senyumanku masih lagi belum pudar, " Ermmm !"
Azamee Mikail meghadiahkan aku senyuman kecil sebelum kembali menyambung menikmati makanannya. Aku perasan sesekali matanya memandang ke arah pintu kaca menuju ke halaman rumah dan aku segera menegur.
"Kenapa biy ?"
"Mana Princess ? Biy tak nampak pun dia sejak balik kerja tadi." Soal Azamee Mikail pelik. Matanya masih memandang ke luar mencari Princess.
"Ohhh..." Aku menegakkan badanku lalu menyandarkannya pada kerusi.
"Natrah bawa dia balik buat sementara waktu. Natrah minat pula dekat dia tu yang saya izinkan. Biy tak kisah, kan ?" Tanyaku sambil mengangkat tinggi kening.
"Ermmm biy tak kisah. Haih, rindulah biy dekat dia nanti."
"Nanti dia baliklah. Now, lupakan dia..." Tangannya yang kotor aku rendamkan di mangkuk basuh tangan lalu mencucinya. Dahinya berkerut namun tidak membantah.
"Jom... Sambung makan." Aku merapatkan diri ku dengannya lalu nasi yang masih tersisa di pinggannya, ku ambil menggunakan tangan sebelum aku suapkan ke dalam mulutnya.
"Biy kata resepi baru ni sedap. Biy habiskan ya ? Saya tak makan daging." Aku masih sibuk menyuapkan makanan ke mulutnya. Aku berpuas hati apabila dia menyukai resepi baru yang dimasak oleh ku.
Azamee Mikail senang apabila aku melayannya semanja itu. Aku menyuapinya sehingga licin lauk baharu tersebut. Sesekali mataku menjeling ke arah pintu kaca dan memandang ke arah sangkar kucing yang kosong tanpa penghuninya.
✿✿✿
DAHI Eman berkerut memandang ke arah sahabatnya, Azamee Mikail yang sedang bermain-main dengan straw sambil tersenyum sendiri. Dengan pantas, dia segera menegur sahabatnya.
"Woi ! Kau dah kenapa ? Tersenyum-senyum. Gila ke apa ?"
Azamee Mikail yang bagaikan tersedar dari lamunan indahnya, pantas mengerutkan keningnya. Marah kerana lamunannya dikacau.
"Sibuklah kau ni. Kau belum kahwin, mana kau tahu betapa indahnya perkahwinan..." Ujar Azamee Mikail sambil tersenyum bangga.
"Indah sangat ke ?" Eman tertarik ingin mengetahui. Azamee Mikail menganggukkan kepalanya.
"Emmm ! Indah... Layanan dia dekat aku. Perfect !" Jari ibu ditunjukkan tanda bagus.
Eman senang selepas mendengar kata-kata sahabatnya.
"Kau sepatutnya beruntung dapat isteri macam dia."
"Yup ! Keputusan aku kahwini Qalis keputusan yang takkan pernah aku kesali sepanjang hidup aku, Man. Mencintai dia dari dulu sampai sekarang adalah satu kebahagian dalam hidup aku..."
Senyuman Eman pudar serta-merta apabila nama 'Qalis' disebut. Dia mengeluh.
Aku fikir dia dah lupakan Qalis dan nampak Issa tapi sayangnya tidak...
Kesian Issa... Eman bersimpati terhadap nasib isteri kepada sahabatnya itu.
Apa yang aku lihat, Issa merupakan gadis yang baik. Lepas aku bagitahu hal sebenar, air muka dia automatik berubah. Adakah ini semua salah ku kerana memberitahunya kemarin ?
Tak !
Issa layak tahu hal sebenar ! Aku dah tak sanggup nak tipu dia. Walaupun kenyataan tersebut sakit, lebih sakit kalau Issa tak tahu dan terus berharap. Issa harus menerimanya walaupun akhirnya dia akan menanggung penderitaan.
"Amee..." Eman memberanikan dirinya.
"Hurmmm ?"
"Tolong buka mata kau luas-luas. Buka pintu hati kau untuk terima isteri kau."
Dahi Azamee Mikail berkerut. Dia bagaikan tidak mengerti dengan kata-kata Eman.
"Apa maksud kau, bro ? Hati aku memang sentiasa untuk Qalis."
Eman cuba mengumpul kekuatan untuk bersuara. Dia sudah tidak kisah apa yang akan terjadi lepas ni. Walaupun Issa bukan kawannya seperti Qalis tapi nak tak nak Issa adik Qalis. Tambahan pula kini dia bergelar isteri kepada Azamee Mikail.
"Isteri kau Issa bukan Qalis."
Eman merenung ke arah Azamee Mikail yang terdiam. Namun, riak wajahnya kosong.
"Apa kau merepek ni, bro ?" Tanya Azamee Mikail dengan nada suara dingin. Matanya mula menikam ke arah anak mata Eman.
"Betul, bro. Sebab tu aku suruh kau buka pintu hati dan buka mata kau luas-luas. Yes ! Memang muka diaorang sama. Sebijik. Tapi kalau kau betul-betul kenal kekasih kau Qalis, kau tahu macam mana perangai Qalis...
Aku tengok perangai diaorang berbeza betul. Qalis, si pemurah senyuman. Mulut dia sentiasa mengukir senyuman. Mata dia... Mata yang sentiasa kelihatan jujur dan ceria. Tapi Issa berbeza, dari apa yang aku tengok, mata Issa melambangkan kesedihan. Penderitaan. Aku tak dapat baca mata dengan air muka dia. Dia unik bagi aku. Aku dapat rasakan dia dalam kesedihan dan dia agak tergangu."
"Wait, kau jumpa dia ? Bila ?"
Eman terdiam. Adakah dia tersilap cakap ?
"Mana ada. Ingat tak waktu korang kahwin, kan aku datang. Aku sempat jumpa dia ucap tahniah."
Azamee Mikail mengangguk. Dia bagaikan tidak berminat untuk meneruskan perbualan.
"Sekarang ni kau nak cakap aku gila lah sebab tak kenal isteri aku sendiri ?"
"Sejujurnya ya ! Sekejap, apa kata kau periksa sama ada isteri kau tu Qalis atau Issa ?"
"Macam mana ?"
"Kau kenal Qalis takkan kau tak boleh bezakan diaorang. Lepas kau kenal isteri kau betul-betul, buka pintu hati kau untuk dia. Cuba cintakan dia..."
Azamee Mikail tidak membalas dan hanya mengangguk walaupun dia tidak terlalu faham dengan kata-kata sahabatnya itu.
Apa maksud dia ? Qalis bukan isteri aku ? Dan lebih mengejutkan, Issa isteri aku ?! Takkanlah !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro