𝕭𝖆𝖇 2 : NIGHTMARE
"PAKSU ! Jangan pukul Issa. Issa tak sengaja. Maafkan Issa, paksu. Arrrghhhh !" Hanani Qalisha terjaga dari tidurnya apabila mendengar suara bising dari arah sebelahnya.
Plak !
Suis lampu tidur dibuka. Tubuh kecil adik kembarnya segera didakap erat. Cermin matanya dicapai lalu dipakai.
"Adik ? Adik ? Kenapa ni ? Bangun sayang... Bangun !" Pipi adik kembarnya ditampar-tampar perlahan.
Aku membuka mata secara perlahan-lahan apabila merasakan pipiku ditepuk.
"Adik, kenapa ? Kenapa nangis ni ?" Soal Hanani Qalisha risau. Peluh yang membasahi dahiku, dikesat olehnya.
"Paksu... Paksu..."
Aku cuba untuk membuka mulutku namun gagal. Lidahku kaku.
"Kenapa dengan paksu ? Issa rindukan paksu ke sampai mimpikan dia ?"
Aku tidak membalas. Air mataku semakin deras mengalir apabila nama 'paksu' disebut. Aku trauma.
"Issa, kakak faham. Akak pun rindukan paksu. Dah 4 tahun paksu tinggalkan kita. Issa sabar, okey ?" Pujuk Hanani Qalisha sambil membelai manja rambut panjang adik kembarnya.
"Akak pun tahu Issa still lagi tak boleh terima macam mana paksu pergi. Akak pun sama, sayang. Pihak polis pun dah sahkan paksu mati disebabkan terjatuh dari gaung." Sambung Hanani Qalisha.
Tubuhku menggeletar kesejukan. Lagi-lagi apabila mengingat kembali cara paksu pergi meninggalkan kami sekeluarga.
"Adik takut. Adik dah tak rasa mengantuk..." Aduku manja.
"Alololo nak tak nak adik kena tidur juga. Esok adik nak teman akak pergi test baju kahwin tak ?"
Aku berfikir buat seketika ? Teman akak pergi butik pengantin ? Hurmmm menarik !
"Nak !" Pantas sahaja aku memberi jawapan. Kalau lambat, pasti esoknya aku akan ditinggalkan.
"Haaa kalau macam tu adik kena lah tidur. Nanti akak kejut, liat nanti bangun."
Aku akhirnya mengalah. Suis lampu tidur kembali ditutup oleh Hanani Qalisha. Tubuh adik kembarnya kembali didakap erat. Selimut ditarik menutupi tubuh mereka.
Aku masih lagi tidak boleh memejamkan mata. Aku takut bila aku pejamkan mata dan tertidur, mimpi ngeri itu akan kembali menerpaku.
Wajah bengis paksu...
Setiap pukulan dan tendangan yang diberikan oleh paksu...
Walaupun paksu sudah lama meninggal, hatiku tetap tidak berasa tenang. Seperti ada sesuatu yang masih lagi belum selesai. Apakah itu ?
✿✿✿
DAHIKU berkerut memandang tingkah-laku Hanani Qalisha yang lagaknya seperti ibu kehilangan anak. Dari tadi matanya asyik melirik ke arah telefon pintarnya yang tidak berbunyi.
Dah kenapa ? Apa yang buat dia risau sangat ni ?
"Akak kenapa ? Pening adik tengok !" Tegurku. Aku pula yang sakit hati dengan telatahnya.
Nak kata hilang suami, sudah semestinya akak kembarku belum berkahwin. Tunang lari ? Tidak mungkin ! Setahu aku, tunang akak seorang yang setia dan sanggup buat apa sahaja demi kekasih hatinya.
"Amee ni ha. Langsung tak balas chat akak. Akak risau lah, dik. Dahlah lagi 3 minggu kami akan nikah, janganlah dia buat hal..." Keluh Hanani Qalisha.
Aku ketawa besar. Pikir negatif macam tu mana nak tenang ? Haish, akak ni !
"Sekejap lagi dia sampailah. Dia sibuklah tu. Cuba husnuzon !" Aku cuba menenangkan hati Hanani Qalisha.
"Hurmmm..." Hanani Qalisha mengeluh panjang sebelum mula menyembamkan wajahnya di atas meja kopi.
Aku bingkas bangun. Pening kepala dibuatnya. Aku berjalan menuju ke rak yang terletak di hujung penjuru yang mana terdapat buku-buku contoh pakaian dan pelamin.
Salah satu buku tersebut kucapai malas. Aku belek setiap halaman buku contoh tersebut. Hurmmm cantik !
Aku mengeluh. Bilalah kekasih aku akan melamarku ? Bilalah aku merasa untuk naik pelamin ? Kalau aku terus menunggu dan hanya mendiamkan diri, nampaknya sampai ke tua lah aku membujang !
Minat ku hilang. Buku tersebut kembali di letakkan pada rak buku. Matanya terarah pula pada mahkota-mahkota yang tersusun kemas di dalam peti kaca.
Sedang kusyuk aku meneliti mahkota-mahkota tersebut, kedengaran suara lelaki dari belakang membuatkan aku memusingkan badanku.
"Sayang, sorry Amee lambat !"
"Lambat ! Tunggang kura-kura ke datang sini ?!" Tanya Hanani Qalisha dengan nada suara merajuk.
"Amee tadi pergi hantar Taufiq ke rumah dia." Terang Azamee Mikael.
"Amee nak kahwin dengan Qalis ke atau dengan Taufiq ? Asyik berkepit je. Risau kadang-kadang. Jangan buat saya ni untuk tutup segala perbuatan awak ya ! Kalau saya tahu nanti, siap awak !" Kata Hanani Qalisha berbau ugutan.
"Apa Qalis ni ? Cinta Amee untuk Qalis je lah. Suka merepek tau." Azamee Mikael pura-pura merajuk.
"Mana tahu..." Hanani Qalisha mencebik sambil menjeling manja ke arah tunang kesayangannya.
Aku hanya memerhati pasangan kekasih yang sedang bahagia itu. Kepala ku gelengkan sambil tersenyum kecil. Manja betul akak aku ni !
Mataku beralih pula menatap tunang kesayangan akak kembarku, Azamee Mikael. Tubuhnya ku tatap dari atas hinggalah bawah.
Azamee Mikael...
Lelaki yang berjaya menawan hati keras Hanani Qalisha. Hubungan persahabatan antara mereka hanyalah mengambil masa setahun sahaja sebelum Azamee Mikael meluahkan hasrat hatinya untuk memperisteri akak kembarku.
Sejujurnya, aku terkilan pada mulanya. Mana tak nak, aku dan Hanani Qalisha sangat rapat. Tiba-tiba aku mendapat berita bahawa aku harus berkongsi kasih dengan lelaki tersebut. Disebabkan tidak mahu terus bersedih, aku buka pintu hatiku untuk menerima Hafizi, lelaki yang sudah lama mencintaiku.
Lamunan aku lenyap apabila menyedari telefon pintarku berdering menandakan panggilan masuk. Skrin telefon ku tenung lama.
Hafizi❤
Ohhh kekasih aku telefon ! Perasaan sunyi ku lama-kelamaan mula memudar.
"Hello ? Kenapa call ?" Aku memulakan perbualan.
"Haih, call cinta hati saya sendiri pun tak boleh ? Jahat..."
Aku tertawa kecil. Dasar manja !
"Mana ada. Awak cakap awak busy. Saya tak nak lah kacau awak."
"Jom jumpa. Rindu lah..." Rengek Hafizi manja. Wajahku mula kepanasan.
"Ermmm tempat biasa." Aku bersetuju. Aku juga turut merindui kekasih hatiku.
"Okey sayang. I love you..."
"Love you too..." Aku membalas ucapan cinta itu sebelum mematikan panggilan. Tangan ku tekapkan di dada buat seketika. Hatiku berdegup kencang. Walaupun hubungan cinta kami hampir masuk 2 tahun, namun gelora tetap sama.
Tanpa ku sedari, ada empat pasang mata ralit memerhatikanku dari jauh.
Azamee Mikael dan Hanani Qalisha saling berpandangan antara satu sama lain.
"Tengok tu Amee, dah macam orang angau bercinta Qalis tengok. HAHAHA !" Hanani Qalisha seronok mentertawakan adik kembarnya.
"Diaorang bercinta dah nak 2 tahun kan ?"
"Haah..."
"Walaupun dah nak 2 tahun bercinta, tetap si Issa tu malu-malu. Qalis tengok si Hafi tu makin hari makin manja perangainya. Seronok Qalis tengok diaorang..."
"Samalah dengan Amee..." Azamee Mikael turut menyokong kata-kata tunangnya.
Aku berlari menuju ke arah akak kembarku dan tunangnya. Tangan Hanani Qalisha ku capai manja.
"Akak, adik nak keluar dengan Hafi boleh ?" Aku meminta izin.
"Akak tak kisah tapi jangan balik lewat tau. Tak elok keluar berdua lama-lama. Tak manis." Sempat Hanani Qalisha memberi pesanan.
"Aip aip, captain !" Sahutku sambil membuat gaya menabik tangan tanda memberi kehormatan.
"Nakal ! Ni adik nak jumpa Hafi naik apa ? Dia jemput ke ?"
"Taklah. Dia busy. Lagipun adik tak nak susahkan dia. Naik teksi jelah." Jawabku.
"No lah. Akak tak percaya. Risau lah akak. Macam ni, adik pergi bawa kereta tu. Nanti abang Amee hantar akak balik." Kunci kereta disuakan.
Aku tersenyum lebar. Rezeki oi ! Dengan sekelip mata, kunci kereta sudah pun bertukar tangan.
"Akak pun jangan asyik bermanja dengan abang Amee. Sakit mata. Bye !" Selepas berkata sedemikian, aku terus berlari menuju ke kereta yang diparkir di tempat letak kereta awam.
Enjin kereta ku hidupkan. Cermin kereta ku betulkan sedikit. Senyuman di bibirku masih tidak kendur. Akhirnya, dapat juga kami bertemu setelah hampir seminggu tidak berjumpa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro