𝕭𝖆𝖇 19 : SHADOW
Tit !
AKU memasukkan kod pin ke alat keselamatan pintu masuk rumah. Dengan malas, pintu ku tolak. Masuk sahaja ke dalam rumah, aku ternampak tubuh Azamee Mikail sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Lihat sahaja dia membuatkan lututku lemah. Aku mencipta langkah menuju ke arahnya.
"Biy..."
"Eh, sayang dah balik. Biy tak dengar pun bunyi kereta."
"Baru sahaja sampai ni. Biy tak perasan lah tu sibuk layan tv." Azamee Mikail mengangguk.
Azamee Mikail terpandang plastik yang berada di tangan kiriku. Kelihatan seperti botol kaca besar di dalamnya.
"Botol apa tu, sayang ?" Tanya Azamee Mikail pelik.
Aku turut sama memandang plastik di tanganku sebelum menjawab soalanya.
"Ohhhh kicap...."
Azamee Mikail menganggukkan kepala. Kemudian, dia terpandang pula ke arah plastik merah yang berada di tangan kananku.
"Plastik merah tu ?"
Aku memberikan plastik merah yang tadi berada di tanganku kepadanya. Ikatan plastik dibuka.
"Shushi ?" Tanyanya sambil memandang ke arahku. Aku mengangguk.
"Biy suka shushi, kan ?"
"Ermmm ! Mana sayang tahu ?" Tanyanya lagi sambil membuka bungkusan. Shushi ketam diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Sedapnya !
Dah lama tekaknya tak rasa shushi. Akhirnya, dapat pun dia rasa !
"Just for me ? Sayang tak nak ?" Shushi yang telah tinggal separuh, dihulurkan. Aku segera menolak.
"Biy makan lah. Saya belikan memang untuk biy."
"Betul ni ?" Azamee Mikail kelihatan ragu-ragu.
"Betul..." Aku cuba menyakinkannya. Aku tidak menyukai shushi kerana rumpai laut yang dibalut pada nasi membuatkan tekakku loya. Sejak itu, aku terus berhenti untuk memakannya.
Azamee Mikail kembali menikmati shushi yang aku beli untuknya. Aku menyandarkan tubuhku pada sofa. Kepalaku masih berdenyut-denyut.
"Sayang ?"
"Ha ?"
"Are you okay ?" Soal Azamee Mikail prihatin.
Kening aku angkat tinggi. Aku sedaya-upaya mengukirkan senyuman bagi menutup kesakitan yang menyengat tubuhku.
"Okay..." Jawabku ringkas.
"I don't think so, sayang. Banyak peluh sayang keluar." Ujarnya sambil mengambil tempat di sebelahku. Aku hanya memerhati.
"Pa-panas..."
"Are you sure ?" Dia masih lagi bertanya dengan nada suara cukup perlahan. Tangannya mula bertindak mengelap peluh yang membasahi dahiku.
Aku kaku. Peluh semakin mengalir keluar membasahi dahiku. Apabila tangan kasarnya menyentuh kulitku, ia semakin membuatkan suhu di tubuhku meningkat.
Namun...
"Selama ni Amee anggap awak Qalis bukan Issa."
"Amee terlalu obses dengan arwah kekasih dia, Qalis..."
Kata-kata yang keluar daripada mulut Eman membuatkan aku tersedar dan membuatkan aku rasa tertampar dengan kenyataan yang baru sahaja keluar daripada mulut lelaki tersebut.
Kenapa hatiku tiba-tiba menjadi panas ? Aku harus mengawal diriku sendiri. Aku memejamkan mataku buat seketika.
Kenapa perasaan asing ini tiba-tiba timbul ? Sedangkan aku sendiri tahu bahawa Azamee milik kakak dan Hafizi tetap menungguku. Kenapa setiap kali dia layan aku dengan baik, membuatkan aku rasa sebak dan rasa bersalah ?
"Sayang, sayang betul-betul okay ke ni ? Peluh sayang tak berhenti-henti keluar. Badan sayang panas." Tangannya masih setia mengelap peluhku.
Dia layan kau baik sebab dari mata dia kau Qalis bukan Issa...
Ah ! Semakin memikirkan kebenaran tu semakin membuatkan aku rasa sebak ! Sial ! Aku benci perasaan ni !
"I'm okay. Don't worry about me." Tangannya segera ku tepis perlahan. Aku bingkas bangun dan membetulkan pakaian ku yang sedikit serabut.
"Err saya pergi sediakan air sekejap. Biy nak minum apa ?"
"Macam biasa teh O ais. Teh O ais sayang sentiasa sedap !"
Aku hanya memberikannya senyuman manis apabila dia memberiku pujian. Aku mengangguk sebelum melangkah ke dapur untuk menyediakan minuman.
Aku mula menyediakan minuman untuknya. Sempat aku menyengah sedikit untuk melihat dia yang masih lagi di ruang tamu. Bagus ! Dia sibuk layan tv sambil menikmati shushinya.
Lagi satu plastik yang berada di tangan kiriku, aku letakkan di atas meja. Botol kaca itu ku ambil lalu ku belek lama. Aku memejamkan mataku buat seketika.
Sorry...
Penutup botol kaca tersebut ku buka lalu ku masukkan sedikit isi air tersebut ke dalam mug besar di mana dalamnya terdapat teh O yang sudah pun ku bancuh. Akhir sekali, aku memasukkan beberapa ketul kiub ais ke dalam mug.
Siap !
Dengan berhati-hati, aku mencipta langkah kembali menuju ke ruang tamu. Aku mengambil tempat disebelahnya.
"Ni, airnya..." Mug bertukar tangan. Tanpa sebarang ragu-ragu, Azamee Mikail meneguknya rakus.
"Biy perlahan-lahan." Arahku sambil menepuk perlahan bahunya. Mug yang sudah pun kosong diletakkan di atas meja kopi.
"Sedap ?" Soalku.
Azamee Mikail menganggukkan kepalanya sebelum menyandarkan kepalanya ke bahuku.
"Air tangan sayang sentiasa sedap..."
Aku tertawa kecil. Kedua-dua belah pipinya aku usap perlahan. Mataku kembali menatap skrin televisyen.
"Ermmmm..."
Aku diam dan mataku fokus pada skrin.
"Ermmm !" Kali ini, Azamee Mikail bertindak memicit kepalanya. Aku menundukkan kepalaku menghadapnya.
"Kenapa, biy ?"
"Ermmm kepala biy sakit..." Adunya. Suara berubah lemah.
Kelihatan lelaki itu memejam matanya rapat dan dia bagaikan tidak mahu membukanya. Aku kembali menghadap skrin televisyen sambil tanganku masih mengusap pipinya. Kadang-kadang dahiku berkerut dan hidungku kembang menahan bau masam yang menusuk hidungku namun aku tahan sahaja.
"Qalis..."
Ini lah masanya !
"Qalis..."
Nama Qalis disebutnya beberapa kali. Aku tersenyum sebelum menarik tubuhnya agar kembali duduk dengan benar. Kami berpandangan buat seketika.
"Qalis..." Panggil Azamee Mikail sambil tangan kasarnya bertindak mengusap rambut panjangku. Matanya yang tadi tertutup kini terbuka dan sedang menikam anak mataku.
Aku dengan beraninya cuba membalas renungan tajamnya. Tubuhku langsung tidak bergerak dan hanya membiar setiap gerakannya.
"Qalis, Amee rindu Qalis..." Tangannya mula bergerak bermain-main dengan pipiku.
"Qalis sentiasa ada dekat hati Amee. Amee janji, sayang..." Tangannya masih setia bermain dengan pipiku. Sebelah lagi bertindak merangkul pinggangku.
Aku hanya memilih mendiamkan diri. Aku tak tahu kenapa tapi hati aku benar-benar sakit. Namun, aku cuba mengawal diriku daripada membuat sebarang reaksi.
"Amee cintakan Qalis." Bibirku terasa hangat. Kolam mataku turut sama terasa panasnya. Aku sudah tidak dapat menahan perasaan sebak yang semakin menyerang diriku.
Azamee Mikail betul-betul cintakan kakak ?
Hiks... Hiks... Hiks...
Sial...
Kenapa aku tiba-tiba menangis ni ?
Selepas mendengar tangisan halusku membuatkan Azamee Mikail kembali menjarakkan wajah antara kami. Dia tampak risau apabila melihat wajahku yang basah dengan air mataku sendiri.
"Qalis ? Kenapa ni, sayang ?" Dia menyeka air mataku menggunakan jari telunjuknya.
Namun, aku masih lagi tidak mampu berhenti. Malahan, air mataku semakin lebat mengalir.
Qalis...
Qalis...
Qalis !
"Sayang..." Azamee Mikail semakin risau.
"Qa-Qalis okay, Amee. Amee jangan risau ya..." Aku cuba menenangkannya. Aku harus berpura-pura.
Dan aku tidak sepatutnya sedih !
"Amee..." Dan sekarang aku harus menjadi kakak Qalis buat sementara waktu.
"Ya, sayang ?"
"Amee betul-betul cintakan Qalis ?"
"Of course ! Amee cintakan Qalis. Tak ada perempuan lain dalam hati Amee..."
Tahan !
Sikit lagi, Issa...
"Tak ada perempuan lain dalam hati Amee ?" Ulangku. Sulit untukku untuk terus berbicara.
"Sayang, dengar sini baik-baik. Amee cintakan Qalis sorang. Qalis milik Amee. Hanya Qalis dalam hati Amee. Tak ada sesiapa dapat pisahkan kita..."
Mata aku pejam serapatnya. Aku menarik nafas dan menghembusnya secara perlahan.
"Sayang jangan risau ya. Sekarang, hanya ada kita berdua je. Amee nak kita selama-lamanya macam ni. Amee nak kita ada anak sama-sama. Amee nak anak kita tahu betapa cintanya Amee terhadap Qalis."
Matanya ku tatap lama. Kenapa aku melihatnya betul-betul tulus ? Inikah akibatnya bila terlalu mencintai seseorang ?
"Amee..." Belum sempat aku ingin meneruskan kata-kataku, Azamee Mikail mula bertindak menarik kepalaku sebelum kembali menyerang bibir merah ku.
Takkanlah !
Aku cuba menolak tubuhnya namun kudratnya lebih kuat dariku. Matanya tertutup rapat.
Issa, dia cuma anggap kau tu Qalis selama ni. Apa-apa pun kau buat takkan berguna sebab dekat mata dia kau Hanani Qalisha bukan Hanani Harissah.
Selama ni, dia layan kau dengan baik sebab kau Qalis. Mungkin itu cara dia layan kakak kalau mereka berdua betul-betul kahwin ? Aku kena cari kebenaran dan pada masa yang sama aku kena fikir cara lain untuk meneruskan misi membalas dendamku.
Aku membalas ciumannya panasnya. Aku harus turuti sahaja kehendaknya. Walaupun dia melihat aku sebagai Qalis tapi aku tetap kena balas dendam atas kematian kakak aku. Dan aku takkan ambil hati dan peduli jika dia anggap aku sebagai sesiapa pun ! Aku kena buang perasaan asing ni !
✿✿✿
AZAMEE MIKAIL membuka matanya secara perlahan-lahan dan cuba untuk duduk. Badan disandarkan pada kepala katil. Matanya terarah ke arahku yang sedang menyikat rambut panjang ku yang masih basah di meja solek.
"Dah pukul berapa ni, sayang ?" Tanyanya dengan suara seraknya.
"6:00 pagi. Bangun dan pergi mandi. Hari ni biy kerja, kan ?"
Lambat-lambat Azamee Mikail menganggukkan kepalanya. Dia masih lagi mamai.
"Sayang, apa jadi semalam ? Kenapa biy tak ingat apa-apa ?"
Aku yang sedang sibuk menyikat rambut panjangku, berhenti serta-merta. Aku memusiangkan kepalaku menghadap dia yang masih lagi kelihatan rungsing.
"Biy terlalu penat lah tu. Jangan risau, tak ada apa pun yang perlu dirisaukan. Kadang-kadang saya pun macam tu."
"Ermmm mungkin. Entah lah sejak-menjak ni biy rasa macam ada benda tak kena."
Kening aku terangkat selepas mendengar kata-katanya.
"Kenapa biy rasa macam tu ?"
"Biy pun tak tahu kenapa dengan biy ni ? Makin difikirkan, makin pening kepala." Adunya.
"Kalau biy ada masalah, janganlah segan nak bagitahu saya. Kitakan suami isteri..." Sengaja perkataan 'isteri' aku panjangkan sebutannya. Senyuman masih lagi tidak pudar dari bibirku.
Akhirnya, Azamee Mikail tersenyum. Dia bingkas bangun dari katil dan mula berjalan menuju ke arahku yang masih lagi di meja solek.
Tubuhku dipeluknya dari belakang. Kehangatan nafasnya menampar-nampar tengkuk aku. Dia meletakkan kepalanya di atas bahuku yang terdedah.
"Wangi isteri biy." Pujinya sambil mencium pipiku. Aku tersenyum malu.
"Biy ! Dahlah. Pergi mandi sana. Lepas tu solat subuh. Saya tunggu biy ya ?"
"Ermmm ! Muah !" Azamee Mikail setuju. Sempat dahiku mencari sasara kucupannya sebelum dia berlalu ke bilik air.
Aku kembali menyikat rambutku. Cermin besar di hadapanku, aku tenung lama. Ia bagaikan menarik perhatianku. Cermin besar tersebut bagaikan sedang seronok mengejek diriku.
Pecundang !
Kau dengan arwah kakak pun kau tak boleh lawan !
Kau tu hanya bayang-bayang arwah Qalis je, Issa...
Nama Hanani Harissah tak pernah wujud dalam hidup dia. Hanya nama Hanani Qalisha sahaja yang terpahat dalam hati dia !
Kau takkan pernah bahagia, Issa...
Kau tak layak bahagia...
Dari dulu sampai sekarang kau akan terus merana dan takkan bahagia !
Cukup !
Aku menekup kedua-dua belah telingaku menggunakan telapak tangan. Aku benci kata-kata tu !
Sial !
Prang !
Sikat aku baling ke arah cermin besar tersebut. Diikuti hati aku mahu sahaja aku menghancurkannya. Ejekan semakin berbisik di telingaku.
Mata ku pejam serapat-rapatnya. Aku cuba bernafas dengan normal. Kejadian malam tadi semakin membuatkan hatiku mendidih.
Sepanjang malam semalam, mamat tak guna tu tak habis-habis menyebut nama 'Qalis' dan asyik membisikkan kata-kata cintanya. Aku dapat rasakan roh arwah kakak masuk ke dalam badanku dan membuat Azamee Mikail semakin gila.
Haih !
Sampai bila aku harus membiarkan arwah kakak mengambil alih diriku ?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro