Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕭𝖆𝖇 18 : BACK TO REALITY

NATRAH dan Jojo saling berpandangan. Dah kenapa dengan minah ni ? Gila ke apa senyum sorang-sorang ?

"Oi, Jo. Si Issa ni dah kenapa ? Dari tadi asyik senyum sorang-sorang. Aku risau dia makin sakit lah." Bisik Natrah.

Jojo menjongkitkan bahunya tandanya turut sama tidak tahu.

"Woi, Issa !"

Pak !

Meja ditepuk kuat sehingga membuatkan aku tersedar dan terpinga-pinga memandang ke arah kedua sahabatku yang dari tadi asyik memerhatikan aku.

"Kau kenapa ? Gila ke ?" Berangku. Dahiku berkerut.

"Woi, sepatutnya aku yang tanya soalan tu dekat kau ? Tadi kau datang sini dengan kereta Audi hitam tu, kereta siapa kau rembat ?"

Ohhhh !

Cakap pasal kereta, kembali membuatkan bibirku mengoyakkan senyuman.

"Kereta akulah. Kereta siapa lagi ?"

Mata Natrah dan Jojo terbeliak. Dah macam Momo pula dua ekor ni !

"Kereta kau ? Serius lah ? Fuyooo banyak gila duit kau. Model baru tu..." Jojo excited.

"Mana ada guna duit aku. Tu Azamee belikan." 

"HAH ?!"

Mataku turut sama terbeliak apabila Natrah dan Jojo bertindak merapatkan wajah mereka dengan wajahku.

"Kauorang pahal ?! Ish !" Muka mereka aku tolak menggunakan telapak tangan bagi menjauhiku.

"Kau biar betul, Issa. Baru 3 bulan kahwin, kau dah berjaya kikis duit dia. Caya lah babe !"

Aku tersenyum megah sambil mengangkat tinggi bahuku. Ini Hanani Harissah lah !

"Untunglah. Bilalah aku nak kahwin ? Boyfriend pun tak ada." Natrah mencebik. Wajahnya berubah masam.

"Jojo kan ada. Kahwin lah korang berdua. Kalau korang kahwin, akulah perempuan paling bahagia tau !" Seloroh aku sambil tersenyum penuh makna.

Natrah merengus geram sambil menjeling tajam ke arah Jojo manakala lelaki itu membalas pandangannya dengan kenyitan mata.

"Tapi lepas kahwin, kau kena tabah lah Nat. Jojo ni buaya sejati. Pantang nampak perempuan, air liur mulalah meleleh !"

Senyuman Jojo mati.

"Hello, aku enjoy buat sementara waktu. Aku masih lagi belum jumpa lagi perempuan yang betul-betul sesuai dengan aku. Lepas dah jumpa, aku janji aku akan berubah demi dia !" Ujar Jojo sambil menunjukkan telapak tangannya tanda angkat sumpah.

"Sampah !" Komen Natrah perlahan.

Aku cuba menahan diri daripada ketawa. Wajah mereka berubah masam. Untuk melupakan sebentar suasana suram itu, aku menyeluk beg tangan ku untuk mengambil telefon pintar namun tiada. Dahiku berkerut.

Mana pula telefon aku ni ?

"Kenapa, weh ?" Tegur Jojo apabila melihat ku sedang sibuk menggeledah beg tangan ku.

"Telefon aku tak ada."

"Cuba kau pergi cari dekat kereta. Mana tahu kau tertinggal." Aku akur dan mula keluar dari kafe. Kereta yang aku parkir kan di tempat meletakkan kenderaan, dituju.

Tit !

Pintu kereta ku buka. Mataku melilau mencari telefon pintar ku.

Haaaa tu pun !

Dengan segera, aku menyambarnya. Pintu kereta kembali ditutup dan aku mula mencipta langkah untuk menuju ke kafe yang terletak tidak jauh dari keretaku.

Langkahku mati apabila melihat dua orang lelaki memakai kemeja lengkap sedang berjalan tidak berjauhan dari tempat aku berdiri. Kedua lelaki tersebut sedang menuju ke sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari kafe. Aku mengenali salah satu dari mereka...

Azamee...

Dia dengan siapa tu ?

Perasaan ingin tahu semakin membara. Aku ingin membuntuti mereka namun gagal apabila telefon pintar ku berbunyi. Nama 'Jojo' tertera di skrin.

"Haaa kenapa ?" Aku memulakan perbualan. Mataku asyik memerhatikan dua lelaki tersebut.

"Okay, sekejap lagi aku datang." Panggilan dimatikan.

Tak apa, Issa. Sekejap lagi kau pergi usya balik okey ? Pujuk hatiku.

Dengan langkah berat, aku kembali ke kafe. Pintu kafe ditolak malas. Belum sempat aku ingin terus melangkah, telefon ku berbunyi menandakan mesej dari aplikasi WhatsApp masuk.

Ahhhh si bodoh ni lagi ?


Aku tersenyum sinis. Dia fikir aku akan takut dengan dia ? Sorry tapi kau salah orang...

Huh ! Aku takkan rugi apa-apa lah. Bagi aku, kakak lah orang yang paling berharga dalam hidup aku dan ia sudah pun hancur. Dan sekarang aku takkan menyesal apa-apa lagi !

Telefon aku tutup lalu ku masukkan ke dalam poket seluarku. Aku memerhati sekeliling. Satu-persatu pelanggan yang ada aku perhati.

Mata ku tertumpu pada kedua sahabatku, Natrah dan Jojo yang mejanya terletak di tengah-tengah dah di bawah kipas.

Kelihatan Jojo sedang menikmati kek tiramisu yang dipesan olehnya dan kadang-kadang matanya terpejam menikmati makanannya. Makan pun bernafsu !

Kemudian, aku beralih pula ke arah Natrah yang sedang menyembunyikan wajahnya di atas meja. Lagaknya seperti sedang tidur. Teruk ! Tidur tak kenal tempat !

Aku berjalan menuju ke mereka. Natrah masih lagi belum mengangkat kepalanya. Aku kembali duduk di tempatku.

"Lamanya. Kau pergi mana ?" Tanya Jojo dalam nada suara berbisik.

"Tadi aku singah kedai runcit dekat sebelah ni." Bohong ku. Jojo mengangguk sebelum menyambung menikmati makanannya.

Kami bertiga sibuk bercerita tentang tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah di universiti. Walaupun kami belajar dari universiti yang sama namun fakulti kami berbeza dan kami jarang berjumpa di sana.

Sedar tak sedar 20 minit sudah berlalu. Jojo dan Natrah mengeliat malas.

"Fuh ! Lenguhnya badan aku.  Okaylah weh, aku caw dulu ! Ngantuk..." Jojo meminta diri.

"Aku pun sama. Banyak assignment belum siap ni. Aku gerak dulu. Jom !" Ajak Natrah. Dia turut sama berdiri. Aku segera menolak.

"Korang baliklah dulu. Aku nak singgah kedai makan sekejap sebelum balik. Lapar." Kataku sambil tersenyum nipis.

Natrah mengangguk sebelum melambaikan tangan. Usai memastikan kereta mereka bergerak keluar dari perkarangan kafe, aku bingkas bangun dan berlari keluar dari kafe.

Adakah Azamee masih lagi dengan kawannya ?

Aku berjalan pantas menuju ke kedai makan yang aku pasti Azamee Mikail dan kawannya masuk ke dalam. Ya ! 100% pasti !

Oh, itu pun dia !

Kini, Azamee Mikail sudah pun tiada. Hanya kawan lelakinya sahaja yang masih duduk di meja makan. Kelihatan lelaki tersebut sedang leka bermain dengan telefon pintarnya.

Mana Azamee menghilang ?

Haaaa.... Aku ada idea !

Telefon pintar ku seluk lalu aplikasi WhatsApp ku buka. Nama 'Azamee' aku cari. Tanganku lincah menaip.

Bagus ! Dia dekat rumah !

Dengan penuh keyakinan, aku berjalan masuk ke dalam kedai makan tersebut. Aku mendekati meja yang sedang diduduki oleh kawan kepada Azamee Mikail dan mula menyapa.

"Maaf, ganggu..."

Lelaki tersebut mengangkat kepalanya. Wajahnya tampak terkejut.

"Qalis..."

Dahiku berkerut.

Qalis ?

"T-tak ! Maksud saya Harissah. Maaf..." Lelaki tersebut segera meminta maaf. Aku mengeleng. Sudah menjadi kebiasaan orang selalu tersalah faham.

"Jemput lah duduk." Pelawanya. Aku akur dan mula mengambil tempat.

"Qali... Sorry I mean Harissah apa khabar ?"

"Sihat. Ermmm encik kenal arwah kakak ke ?" Tanyaku straight to the point.

Lelaki itu tersenyum lebar sambil menganggukkan kepalanya.

"Kami bertiga berkawan rapat. By the way, just call me Eman. Tak selesa pula panggil encik bagai."

Aku mengangguk tanda faham. Aku diam buat seketika cuba untuk mencari idea untuk meneruskan perbualan. Aku juga menyedari mata Eman ralit merenung wajahku lama.

"Qalis..." Ujarnya cukup perlahan namun telingaku dapat mendengarnya.

"Azamee... Sampai bila kau nak macam ni ?" Ujarnya lagi. Matanya tetap merenung mukaku.

Dia ni dah kenapa ? Kenapa nama Kak Qalis asyik disebut.

Dan... Kenapa air muka dia lain macam ?

"Eman..." Tegur ku. Eman bagaikan tersedar segera meminta maaf.

"Ada apa-apa yang saya tak tahu ke ? Saya dapat rasakan ada sesuatu tapi awak tak nak bagitahu saya." Aku serius.

Eman kelihatan serba-salah. Tekaan aku tidak pernah salah !

"Eman..."

Eman mengeluh. Wajahnya kelihatan suram. Dan ia semakin membuatkan aku gementar.

"Issa saya minta maaf..."

Kenapa dia tiba-tiba minta maaf ?

"Kenapa awak tiba-tiba minta maaf ?" Soalku.

Sekali lagi aku mendengar dia mengeluh. Apa masalah dia ni ?

"Saya tak sampai hati nak bagitahu perkara ni tapi saya dah tak sanggup nak tipu awak. Saya tak nak awak menyesal suatu hari nanti. Dan masih lagi ada masa untuk awak ubah dia..."

Aku tidak mengerti dengan kata-kata Eman.

"Ap-apa maksud awak ?"

"Saya nak awak bertenang dan dengar apa yang saya nak cakap. Saya minta maaf terlebih dahulu kalau kata-kata saya ni akan buatkan awak kecewa..." 

Aku semakin tidak tentu arah. Peluh mula merinik membasahi dahi. Jantungku bagaikan hendak tercabut !

Bertenang, Issa...

Bertenang...

"Selama ni Amee anggap awak Qalis bukan Issa."

What ?

"Haaa ?"

Eman menarik nafas sebelum kembali bersuara.

"Sejak arwah Qalis pergi, Amee depression dan alhamdulillah dia cepat pulih. Hanya saya sahaja yang tahu pasal depression tu. Itu pun saya paksa dia jumpa doktor. Suatu hari tu, dia bagitahu yang dia nak kahwin. Kahwin dengan Qalis walaupun dia sendiri tahu Qalis dah tak ada. Saya fikir dia main-main tapi rupa-rupanya betul. Awak Issa, kembar Qalis...

Saya mula-mula pelik takkan semudah itu Amee lupakan arwah Qalis. Rupanya saya silap, Issa. Qalis sentiasa ada dalam hati dia sampaikan dia buta dan tak dapat bezakan awak dengan arwah. Lagi-lagi apabila muka korang betul-betul seiras."

Aku kaku. Tiada kata-kata yang dapat aku katakan sekarang.

"Setiap kali dia jumpa saya, dia tak pernah sebut nama Issa. Dia selalu gelarkan awak sebagai Qalis. Banyak kali saya ingatkan dia tapi dia tak pernah dengar dan hanya ketawa sahaja."

Mata aku pejam buat seketika. Dada ku secara tiba-tiba sesak.

Eman yang melihat aku mendiamkan diri segera menenangkanku. Dia semakin rasa bersalah.

"Maafkan saya, Issa. Maafkan saya. Saya dah cuba tapi banyak kali gagal. Tolong saya. Tolong kembalikan kebahagiaan dia. Tolong sedarkan dia balik. Saya tahu awak susah nak terima semua benda ni tapi saya tak nak awak kecewa suatu hari nanti..."

"Amee terlalu obses dengan arwah kekasih dia, Qalis. Bantu dia..."

Obses...

Aku cuba tersenyum. Kepala ku angguk.

"Tak apa. Saya faham. Ermmm saya minta diri dulu. Saya risau Azamee cari saya nanti." Aku segera ingin pergi.

"Baiklah. Boleh saya dapatkan nombor awak ? Kalau awak nak tahu apa-apa pasal dia, awak boleh contact saya."

Kami saling bertukar nombor telefon. Dengan langkah longlai, aku berjalan menuju ke kereta ku.

Pap !

Pintu kereta ku tutup perlahan. Kepalaku berdenyut-denyut. Dadaku turun naik menahan gementar. Kaki dan tanganku menggigil.

Ahhh ! Aku terlalu malas untuk telan ubat hari ni.

Betul tu...

Takkan dia semudah itu lupakan kakak. Pasti ada agendanya...

Apa yang terjadi apa hari ini cukup membuatkan aku sukar untuk bernafas. Ia bagaikan satu mimpi...



Issa... Koyak to you too😆❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro