𝕭𝖆𝖇 17 : PRESENT FOR YOU
AKU mengeliat malas. Jam yang tergantung di dinding dikerling. Sudah menunjukkan pukul 10:45 pagi. Aku memicit dahiku.
Ahhh aku dah terlepas kelas pagi ni. Aduh, kenapa pula jam yang aku set semalam tak berbunyi ?! Dengan perasaan sebal, telefon pintar ku yang berada di atas almari lampu tidur ku capai.
Patutlah. Bateri habis dan telefonku mati. Aduh !
Aku cuba memulihkan semula tenagaku. Mataku melilau melihat sekeliling. Terang dengan cahaya matahari yang menembusi celah-celah langsir. Suasana yang agak sunyi. Hanya kedengaran bunyi bising burung-burung di luar.
Mana Azamee ? Aku menoleh ke bahagian sebelah tempat tidurku. Kosong.
Ah ! Suka hati dialah nak pergi mana pun. Aku mula bangkit dari pembaringan. Tuala ku capai malas sebelum menuju ke dalam bilik air dengan langkah longlai.
Usai membersihkan diri buat kali kedua, aku menuju ke dapur kerana perutku dari tadi tidak henti-henti berbunyi menyuruh aku mengisinya. Langkah ku mati di anak tangga yang terakhir apabila aku dapat menghidu aroma nasi goreng yang sedang dimasak dari dapur. Dengan penuh tanda tanya, aku meneruskan langkah menuju ke dapur.
"Biy ?" Panggilku.
Dia segera memusingkan kepalanya menghadapku sambil tersenyum lebar.
Dahiku berkerut sambil berjalan merapatinya yang sedang memasak sesuatu. Tubuhnya ku lihat atas bawah. Tubuh yang segar dan mengenakan baju yang baharu. Dia turut sama mengenakan apron bercorak bunga-bungaan.
Apakah ? Tak ada corak lain ke ?
"Good morning, my lovely wife..."
Cup !
Morning kiss diberikan. Aku hanya membatukan diri.
"Biy masak apa ni ? Sini, saya tolong." Aku cuba mengambil sudip yang berada di tangannya namun dia terlebih pantas mengelak.
"No, sayang duduk sahaja. Biar biy masak hari ni."
Aku merengus geram sebelum menurut sahaja kehendaknya.
"Kenapa biy tak kejut saya ? Dah terlepas kelas pagi ni."
"Biy tengok sayang lena semacam je lepas solat subuh tadi. Itu yang biy tak sampai hati." Terang Azamee Mikail yang sibuk dengan masakannya.
Aku mengangguk.
"Hari ni biy tak kerja ?"
Azamee Mikail memalingkan sedikit kepalanya melihatku sebelum mengelengkan kepala.
"Biy ambil cuti hari ni. Kenapa sayang ? Sayang ada nak pergi mana-mana ke ?"
Sekali lagi aku mengelengkan kepala. Aku lebih suka terperap di dalam rumah daripada keluar. Sebab itu lah ketika di bangku sekolah, rakan-rakan dan pelajar di sana memanggilku sebagai panggilan 'Vampire'.
Gila !
Otak masing-masing tak betul !
Walaupun aku dan Kak Qalis merupakan kembar seiras namun sifat kami sungguh berbeza. Qalis yang peramah, ceria dan pandai manakala aku si dingin, pendiam dan tidak terlalu pandai. Memang patutlah kami diasingkan kelas.
Meow ! Meow !
Bunyi igauan membuatkan lamunanku tersentak. Keningku terangkat tinggi.
Princess dah bangun...
Aku mula bangkit dan berjalan menuju ke pintu kaca halaman rumah. Pintu kaca tersebut ku geser lalu aku mula membongkokkan tubuhku sebelum membuka pintu pagar rumah milik Princess.
"Princess sayang..." Panggilku manja. Tubuh comel itu ku dukung.
Meow ! Meow ! Meow !
Senyumanku mati. Mataku tajam menikam anak matanya.
Diamlah bodoh ! Apasal kerja kau memekak je ni. Jangan buat aku marah pagi-pagi ni.
Princess yang bagaikan tidak menyukaiku segera melompat turun dari dukunganku.
"Kenapa, sayang ?" Tanya Azamee Mikail yang sedang memerhati dari meja makan. Kelihatan dia sedang memasukkan makanan ke dalam pinggan lalu menyusunnya.
Aku mengelengkan kepalaku sambil mencebik kecewa.
"Princess lari dari saya. Dia macam tak suka saya je..." Ujarku dengan nada suara kecewa.
Azamee Mikail tersenyum kecil.
"Biasa lah tu sayang mula-mula memanglah macam tu. Lama-lama nanti mesti dia asyik nak berkepit dengan sayang je."
Yakin ?
Aku kembali menoleh ke arah Princess yang sedang menyorok di hujung tembok. Perlahan-lahan senyuman kembali mengoyak di bibirku.
Larilah Princess ku sayang. Lari sejauh mungkin. Mama tak nak Princess menyesal nanti...
HAHAHAHAHA !
"Sayang, jom makan..." Ajak Azamee Mikail setelah makanan sudah terhidang.
Aku hanya mengangguk sambil tersenyum kembali berjalan mendekati meja makan.
"Biy masak apa ni ? Sedapnya bau..." Tanyaku. Konon ingin bermesra dengannya.
"Nasi goreng dengan telur dadar je sayang. Masakan abang taklah sehebat sayang."
Aku mengelengkan kepala sambil memeluk seketika tubuhnya. Belakangnya ku tepuk perlahan.
"Terima kasih sebab dah buatkan saya sarapan hari ni. Saya bangun lambat hari ni..."
Azamee Mikail segera menafikannya. Senyuman manisnnya masih lagi terukir.
"Biy yang patut terima kasih untuk malam tadi. Terima kasih sayang..." Ucap Azamee Mikail sambil mengenyetkan matanya.
Aku hanya tersengih.
Kenapa isu semalam kembali dibangkitkan ? Dia fikir aku ni tak malu ke ? Ahhhh shit !
"HAHA dah memang tanggungjawab saya." Jawabku ringkas.
"Jom makan, biy." Aku segera menukar topik perbualan. Wajahku semakin membahang.
Azamee Mikail menurut. Kami mula mengambil tempat masing-masing.
"Sayang, lepas makan ni tolong biy siram bunga dekat halaman rumah boleh ?" Pinta Azamee Mikail yang sedang memasukkan makanan ke dalam mulut.
Dahiku berkerut memandang halaman rumah dari pintu kaca.
Alahai, panasnya. Belum keluar dah tahu macam mana panasnya. Habislah gelap muka aku. Macam mana nanti kalau kena strok haba ?
"Boleh ?"
"Hurmmm mestilah boleh. Siram bunga je pun." Balasku acuh tak acuh.
"Good girl !" Puji Azamee Mikail sambil membelai sebentar rambut panjang ku sebelum kembali menikmati sarapannya.
Aku tidak ada selera untuk terus menjamu selera. Moodku benar-benar rosak !
✿✿✿
DAHIKU berkerut menahan kepanasan yang membakar tubuhku. Bajuku basah lencun disebabkan peluhku sendiri. Mataku melilau mencari si tak guna itu namun batang hidungnya langsung tidak kelihatan.
Mana dia ni ? Tadi suruh aku tolong dia siram bunga sekarang dia pula yang lari !
Ke dia saja nak kenakan aku ?
Berani lah dia ! Dia fikir aku tak boleh marah dia ?!
Pin ! Pin !
Bunyi hon kereta yang terletak di tempat meletakkan kenderaan berbunyi. Amarahku semakin menggunung.
Pin ! Pin !
Sial ! Siapa yang main hon tengahari buta ni ?!
Memekak, bodoh !
Pin ! Pin !
Ahhh aku tak tahan !
Aku berjalan pantas menuju ke arah tempat meletakkan kereta dan aku tidak lupa mencapai cangkul yang entah dari mana aku dapatkan.
Langkahku mati. Terdapat sebuah kereta berwarna hitam berkilat berada di tempat parkir rumah. Nampaknya kereta tersebut masih lagi baharu.
Dan lebih mengejutkan, kelihatan Azamee Mikail sedang duduk di bahagian pemandu sambil tersenyum ke arahku.
Apa ni ? Aku binggung.
"Sayang, masuklah." Teriak Azamee Mikail melalui tingkap kereta bahagian penumpang sebelah pemandu.
Dengan teragak-agak aku masuk kereta tersebut. Bau kedai... Aircond sejuk !
"Biy, kereta siapa ni ?" Tanyaku pelik.
"Kereta sayang lah."
"Hah ?!"
Aku tersilap dengar ke ni ? Ke-kereta aku ?
"Tak lawak biy. Betul-betul lah !" Aku mencebik manja. Saja lah tu ingin memberiku harapan palsu.
"Biy serius. Kereta ni biy hadiahkan untuk sayang." Tanganku diraihnya sebelum dikucup lama. Aku kaku.
"For what ?" I'm speechless.
"Sebab sayang sudi jadi isteri biy..."
"Tapi kita kahwin sebab..." Belum sempat aku ingin menghabiskan kata-kataku, Azamee Mikail terlebih pantas mencelah.
"I know but I love you, sayang. I love you. Biy tahu semua ni terlalu cepat tapi biy betul-betul ikhlas."
"You love me ? Really ?" Aku tidak dapat menahan sebak.
Bagaimana dengan arwah Qalis ? Adakah lelaki ini sudah melupakan kekasihnya ? Adakah aku punca ?
"Of course, babe. I love you so much..." Kepalaku ditarik mendekati wajahnya.
Secara tiba-tiba perasaan aneh mula muncul. Aku semakin tidak mampu menahan air mataku daripada terus mengalir.
Aku terharu. Tapi...
Tak boleh ! Ini salah !
Ini bukan sepatutnya terjadi !
"Biy..." Aku bertindak lebih pantas. Tubuhnya ku tolak menjauhiku.
Riak wajah Azamee Mikail tampak binggung dan kecewa dalam satu masa tapi aku betul-betul tak boleh biarkan hati aku terus mengawal.
"Sayang..." Azamee Mikail kembali cuba memelukku namun aku semakin menjauhi dan elak daripada disentuh olehnya.
"We... We can't. No..." Pintu kereta segera ku buka lalu aku mula berlari masuk ke dalam rumah.
Bang !
Pintu bilik ke tutup ganas. Kakiku lemah. Benteng hati ku perlahan-lahan retak.
Sejujurnya, layanan baiknya terhadap aku dari hari ke hari semakin membuatkan bentengku hampir runtuh sepenuhnya namun aku tidak boleh terlalu ikutkan kata hatiku. Aku harus ingat hasrat dan keinginan asalku.
Jangan pentingkan diri, Issa...
Tok ! Tok ! Tok !
"Sayang, sayang okey tak ?" Pintu bilik diketuk beberapa kali.
"Sayang, please buka pintu. Biy minta maaf kalau biy ada buat salah. Biy minta maaf, sayang." Dia masih lagi tidak jemu mengetuk pintu.
Tak ! Kau tak cintakan dia, Issa !
Dia milik kakak...
Kau sayangkan Qalis dan kau takkan rampas kekasih dia...
Sedar diri, Issa...
Hafizi baru kekasih kau. Jangan lupakan dia.
Dia setia tunggu kau...
Mata ku pejam serapatnya. Aku cuba bernafas senormal boleh. Sisa air mata, ku kesat menggunakan telapak tangan. Dengan seluruh tenaga, aku kembali berdiri dan membuka pintu.
"Sayang !"
"Sayang, kenapa ? Kenapa sayang tiba-tiba lari ? Biy ada buat salah ke ? Maaf. Biy minta maaf..." Bahuku dicengkam kuat olehnya.
"Saya sakit perut..."
Senyuman manis ku berikan. Perutku yang sihat, ku usap menandakan perutku benar-benar sakit.
"Really ?" Azamee Mikail sukar untuk percaya.
"Ermm ! Perut saya sakit gila. Tu yang tak cukup tanah lari masuk rumah. Sorry tinggalkan biy macam tu je. HAHAHAHA !" Aku tertawa kecil.
Azamee Mikail kembali tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Nampaknya dia percaya.
"Ni mesti nasi goreng biy kan buat sayang sakit perut. Lepas ni biy bagi sayang masak je lah. Ataupun beli luar. Kang tak pasal-pasal sayang sakit perut lagi."
"Nah !" Kunci kereta diletakkan di telapak tanganku.
Aku mengemam bibirku kuat. Aku cuba menahan perasaan sebak yang semakin menyelubungi diri selepas melihat wajah risaunya.
"Thank you !" Bibirnya ku kucup sekilas sebelum berjalan menuju ke tangga. Azamee Mikail kaku buat seketika sebelum mengejar langkah ku. Pinggangku dirangkulnya.
"Perut masih sakit ? Nak pergi klinik ?"
Aku mengelengkan kepala.
"Tak payah. Dah okey sikit."
"Betul ni ? Nak biy buatkan air teh ? Mana tahu lega sikit ?"
"Boleh je..."
Azamee Mikail berlalu ke dapur untuk menyiapkan teh O. Aku menyandarkan tubuhku di kepala sofa. Nafas ku hembus perlahan.
Lupakan semuanya. Ini bukan diri kau...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro